Thursday, February 24, 2011

1 Bulan 2 Minggu 5 Hari = 51 Hari ----> BooOOoollaattt!!!


Hoyeahhhh!!! Mari seramkan diri sendiri. Tinggal lagi 51 hari. Hambeekkk.. Cuak berganda2. Tapi makin malas nak pikir. Owhhh.. not gud..not gud.. Tahukah anda, lagi menjelang tarikh tu, saya semakin membulat sekarang ni. Adakah sebab stress berganda2 setelah beberapa kali di serang migrain di malam hari. Tak pernah dalam sejarah hidup gagah bangun tengah2 malam pegi cari panadol kat dapur. Selalunya nyorok belakang almari tipu2 cakap dah makan ubat. Padahal tak muat je nak masuk belakang almari tu :p *teringat kenangan dengan mereka2.. aku rindu korang*

Mana la tak makin membulat. Sekarang ni dah mula balik hobi jadi hos lantik sendiri jalan2 cari makan. Tiap2 malam keluar pegi try kedai2 makan yang de kat bangi nun. Hari ni kedai lain, esok kedai lain plak. Tengah makan pun boleh aim lagi kedai mana nak terjah esok lusa. Buruk lantak betul. Pagi2 pulak belasah roti ranai. Roti pisang, roti sardin, roti peanut butter. Padahal sebelum keluar rumah dah ngap biskut jacobs 4, 5 keping.

membooolat bagaikan juara

nasi goreng, ayam percik dan daging goreng

hidangan set E untuk 2 orang kat yati ayam percik, bangi

Sebelum ni makan roti je pagi2. Lunch dah tak makan sebab kenyang lagi. Pastu kang kalau rajin buat air. Iyeee.. Saya sangat malas nak bangun pegi makan. Apetah lagi suruh turun tapau makanan kat cafe. Kalau lapar cari je pe2 makanan yang de kat dalam pantry tu. Balik keje kang terus pegi makan. Sekarang ni tidak lagi yeee. Pagi dah bekfest. Lunch tetap tak makan. Tapi pukul 3 kang dah masuk pantry. Belasah lagi roti 2, 3 keping. Balik keje malas nak pegi makan. Malam lepas maghrib baru nak keluar pegi makan. Balik rumah dah kenyang terus tido. Owhhh.. indahnye la kan. Mana la tak membulat kan. Masak?? agagagaga... Tak ingat bila last memasak. Masa mak uji suruh masak asam pedas kot 2 bulan lepas. Tu pun menggelabah search kat tenet cari resepi. Tapi tenet seloww gila kat kampung. Last2 belasah je. Nasib baik sedap :p

restoren italess, bangi

sizzling yee mee + egg & fish n chips

Malam tadi on de way balik dari makan cik dokter dah tepon cakap tunggu depan rumah. Huhuuuu.. Spesel kes betul dokter datang rumah nak buat test aras gula dengan kolestrol dalam darah. Macam bidan kampung pulak rase. Tapi malam tadi baru buat test aras gula je. Aras kolestrol malam ni kot baru buat. Suka dokter ina ehh hari2 datang rumah cucuk2 amik darah saya. Macam best pulak. Hasilnya, aras gula saya adalah rendah. 2.3mmol/l. Selamatttt!!! Jauh dari risiko diabetes. Ehhh.. tapi macam rendah sangat je pulak. Rendah sangat pun tak elok kan. Aras gula dalam darah kene seimbang dan sentiasa stabil untuk dapatkan kesihatan yang sempurna. Kene la pegi makan jap ni. Daaaa~~~~
 

6 comments:

Anonymous said...

sabar ek.....semua tu dugaan

Dim Benihana said...

patutlah makin bulat skg....
nant jgn sampai bj xmuat lak...keke

cik3zza said...

cik anon : thankss

danial : heiii, muat lgla.. dengki btl bdk ni.

nemo said...

boolattt itu chumel...ekekeke

Warna Warni Kehidupan said...

aish lapar jadi nyee

cik3zza said...

nemo : comelkan.. :p

Warna Warni Kehidupan : lapar gak ni asek tgk2 gmbr mknan je.. jom mkn!!