Monday, February 7, 2011

Angpow CNY Dari Kelantan

@ pantai cahaya bulan


Wott..wottt.. Selamat kembali bertugas semua!! Syokkan cuti panjang minggu lepas. Cuti CNY hari tu kami bercuti ke kelantan. 3hari 2malam. Bertolak pagi khamis pukul 4pagi. Perjalanan pegi makan masa lebih kurang 8jam. Perjalanan balik lebih 10jam. Huhuuu.. Memang takmo dah la pegi kelantan naik kete pasni. Tu la... Dah cakap awal2 naik flight je senang.

Gambar memang tak banyak kali ni. Sebabnya FH sangat la pandai. Lagi sekali tertinggalkan D200 kat tepi pintu rumah. Beg baju je dia angkut masuk dalam kete. Dah sampai Bentong baru sedar buah hati dia tu tertinggal. Hahaa.. Padan muka. Geram tapi syok gak sekali sekala. Baru la betul2 menghayati percutian bersama. Kalau tak, dia sibuk jela nak belek2 buah hati dia tu. Kali ni biar dia fokus kat saya je. Hahaaa.. Bunyi orang jeles.

Ole2 pun jangan ditanya la ehhh.. Kota Bharu adalah jammed sepanjang cuti CNY hari tu. Dengan macam2 sikap manusia yang tak reti bersabar. Memang menguji kesabaran betul. Sebelum pegi dah niat nak shopping macam2. Tapi hasil yang berjaya di bawak balik tak seberapa. Ole2 yang paling best dapat dari Kuala Krai la kot. Mahal tu. Terbaik punya. Nak tau pe?? Haaaa.. tu la dia. Angpow CNY. RM300. Banyakkan dapat angpow. Ada sape2 nak?? Kami tak nak. Terbaik la sarjan misai bagi SAMAN!!!

4 comments:

Danial Marzuki said...

padan muka, sape soh bwk keta xbetul..

cik3zza said...

mane pulak bawak kete tak betul.. bawak betul dah. tapi de pulak kete depan tu bawak macam dah tak mampu nak tekan minyak. kaki standby kat brek je follow belakang dia. last2 dia ke kiri konon baik hati bagi kami lalu. elok je muat tak lepas ke lane sebelah pun potong. tapi double line kan, kene tahan la jugak kat depan nun. kitorang suspek tu orang sarjan misai gak la. saje nak pedajal kitorang. ehhh.. panjang pulak balas..

Anonymous said...

ehehe , ingat lalu emergency lane :P

cik3zza said...

EiDa_wAn!e : tak..tak.. kami baik2 je..