Monday, February 28, 2011

Jeles Dalam Diam

Gara-gara entry INI, de orang jeles rupenye. Hikhikkk.. Lawak la. Jeles dalam diam. Tiba-tiba je suprise2 pastu kene paksa-paksa suruh terima. Ecehhhh.. Padahal dalam hati suka yang teramat. Jeles la lagi.. jeles la lagi..


Alasan FH pilih yang limited edition sebab tak nak bagi saya terjumpe orang lain yang sama jam. Pastu feeling gedik2 dalam komuter senyum2 dalam hati. Hahaha.. Lawak betul la. Limited edition pun boleh jumpe yang sama gak pe. De 2000pcs kan. Dan saya pemilik yang ke 784.

Huiiii.. geli-geli tangan nak pakai jam baru. Tapi awal2 dah kene sound..'canot..canot..canottt..!!! Ni nak letak atas dulang hantaran tauuu. Semua dia nak test awal2'.. Elehhhh.. dia pun sama je. Bluweeekkk!!

Friday, February 25, 2011

Walimatul Urus


Keje baru dah sampai. 3500pcs untuk diedar. Hukhukkkk.. Kene amik mood dulu la nak mulakan keje lipat2, tulis2, gam2, lekat2, pastu pos2. Esok lusa jela mulakan keje baru ni.


Gila teruja tengok nama sendiri atas kad jemputan, atas bunting. Macam tak pecaya. Senyum2 malu. Senget betul. Sebelum balik, adik SA kedai kad ucap 'tahniah, selamat pengantin baru'.. Rasa macam.... ding dong ding dong. Betul ke pe yang saya dengar. Heiii.. sweet je tau.. Lama lagi la dik~~

Thursday, February 24, 2011

1 Bulan 2 Minggu 5 Hari = 51 Hari ----> BooOOoollaattt!!!


Hoyeahhhh!!! Mari seramkan diri sendiri. Tinggal lagi 51 hari. Hambeekkk.. Cuak berganda2. Tapi makin malas nak pikir. Owhhh.. not gud..not gud.. Tahukah anda, lagi menjelang tarikh tu, saya semakin membulat sekarang ni. Adakah sebab stress berganda2 setelah beberapa kali di serang migrain di malam hari. Tak pernah dalam sejarah hidup gagah bangun tengah2 malam pegi cari panadol kat dapur. Selalunya nyorok belakang almari tipu2 cakap dah makan ubat. Padahal tak muat je nak masuk belakang almari tu :p *teringat kenangan dengan mereka2.. aku rindu korang*

Mana la tak makin membulat. Sekarang ni dah mula balik hobi jadi hos lantik sendiri jalan2 cari makan. Tiap2 malam keluar pegi try kedai2 makan yang de kat bangi nun. Hari ni kedai lain, esok kedai lain plak. Tengah makan pun boleh aim lagi kedai mana nak terjah esok lusa. Buruk lantak betul. Pagi2 pulak belasah roti ranai. Roti pisang, roti sardin, roti peanut butter. Padahal sebelum keluar rumah dah ngap biskut jacobs 4, 5 keping.

membooolat bagaikan juara

nasi goreng, ayam percik dan daging goreng

hidangan set E untuk 2 orang kat yati ayam percik, bangi

Sebelum ni makan roti je pagi2. Lunch dah tak makan sebab kenyang lagi. Pastu kang kalau rajin buat air. Iyeee.. Saya sangat malas nak bangun pegi makan. Apetah lagi suruh turun tapau makanan kat cafe. Kalau lapar cari je pe2 makanan yang de kat dalam pantry tu. Balik keje kang terus pegi makan. Sekarang ni tidak lagi yeee. Pagi dah bekfest. Lunch tetap tak makan. Tapi pukul 3 kang dah masuk pantry. Belasah lagi roti 2, 3 keping. Balik keje malas nak pegi makan. Malam lepas maghrib baru nak keluar pegi makan. Balik rumah dah kenyang terus tido. Owhhh.. indahnye la kan. Mana la tak membulat kan. Masak?? agagagaga... Tak ingat bila last memasak. Masa mak uji suruh masak asam pedas kot 2 bulan lepas. Tu pun menggelabah search kat tenet cari resepi. Tapi tenet seloww gila kat kampung. Last2 belasah je. Nasib baik sedap :p

restoren italess, bangi

sizzling yee mee + egg & fish n chips

Malam tadi on de way balik dari makan cik dokter dah tepon cakap tunggu depan rumah. Huhuuuu.. Spesel kes betul dokter datang rumah nak buat test aras gula dengan kolestrol dalam darah. Macam bidan kampung pulak rase. Tapi malam tadi baru buat test aras gula je. Aras kolestrol malam ni kot baru buat. Suka dokter ina ehh hari2 datang rumah cucuk2 amik darah saya. Macam best pulak. Hasilnya, aras gula saya adalah rendah. 2.3mmol/l. Selamatttt!!! Jauh dari risiko diabetes. Ehhh.. tapi macam rendah sangat je pulak. Rendah sangat pun tak elok kan. Aras gula dalam darah kene seimbang dan sentiasa stabil untuk dapatkan kesihatan yang sempurna. Kene la pegi makan jap ni. Daaaa~~~~
 

Wednesday, February 23, 2011

Persalinan Family ---> Budak Tertekan

Sabtu lepas request kat FH suruh bawak pegi jalan taiping. Nak cari baju persalinan untuk family. A few month ago dah pegi cari kat jakel shah alam. Pastu dah penat pusing2 lama gila dalam tu sampai kedai nak tutup, sekali tepon mak kene marah cakap jangan membazir buat macam2 benda. Terus rasa...'ok..saya malas nak pikir' Sambil cakap tepon terus keluar. Rasa sangat kurang ajar dengan SA tu. Saya juz blah without saying anything. Kurang ajar kan?? Tapi sebab saya sedih. Saya penat. Nasib baik masya de gak beli kain masa tu. Kalau tak, kesian SA tu penat2 ikut kami, tapi takde hasil. Sejak tu saya macam takde mood nak cari. Saya penat asek kene marah.

budak tertekan.. semua i said NO..NO..NO!!

Ni pun tak tau pe respon dorang pasal kain yang saya beli. Pasalnye balik kampung hari tu terus bagi kat mak pastu terus simpan dalam bilik. Saya penat. Serius penat. Masa nak beli hari tu pun dah macam nak nangis sebenarnya kat kedai tu. Macam tak berkenan sangat dengan kain yang saya pilih. Badan kat kedai tu, hati tetap kat jakel. Tapi nak cakap kat FH nak pegi jakel selepas penat pusing2 3jam dalam kedai tu memang dah tak berani. Padahal dekat je pun. Simpan jela dalam hati.

over tertekan.. bajet badan menggiurkan boleh gode2 pilih kain tu dan cepat2 balik

Saya cerewet bab2 kain ni. Kalau saya tak puas hati, memang susah nak say yes. Tapi kalau dah berkenan, cepat je suruh bungkus. Bab kaler, material, semua saya belek. Tapi sebab dah lama sangat dan saya rasa mereka2 dah penat melayan saya, what to say?? Juz say yes. Atau ko nak makan amukan mereka2 yang lapar dan penat melayan lepas tu. Rasa ralat sampai hari ni. Sebab saya sendiri tak sepenuh hati berpuas hati dengan kain yang saya pilih. Lagi pulak harga dia tak jauh beza dengan jakel. Tu la kuasa mind set. Kalau dah kata jakel is de best, jakel je la yang ko nampak. Dasar!!!

Tuesday, February 22, 2011

VOIR High Tea Fashion Show


Dapat jemputan high tea fashion show lagi. Kali ni dari Voir. Sabtu ni. 26 Febuari 2011. Jam 3.00 petang. Bertempat kat VOIR Alamanda. Nak pegi la. Mana tau dapat cabutan bertuah best2. Tak pun, dapat voucher ke. Jom datang ramai2..

Friday, February 18, 2011

Hantaran Hunting

Semalam petang baru hegeh2 nak sambung cari barang hantaran yang sepatutnya dah lama setel. Tu pun FH kekeliruan dan ketamakkan tak tau nak pilih pe. Padahal list hantaran awal2 lagi dah buat. Pastu last minit camni nak tukar macam2 benda. Boboy keliru katanya. Lempang~~~

ketamakkan ketara.. nama orang lain kene blur2kan. nanti kene marah.. takuttt :)

Last2 dapat gak la pe yang dia nak. Tu pun dah rambang2 mata semua dia nak try. Olololoooo.. Senyum je tau bila dah dapat. Senyum2 malu. Gedik betul. Nak tau pe yang dia pilih??

jam tissot

Ehhh.. jam dia takde pulak. Bekas kosong je. Tak suprise la nanti kalau dah tunjuk awal2. Terpakse la FH lupekan dulu galaxy tab ke, ipad ke, blackberry ke, nikon d7000 sume tu dulu. Tunggu rezeki asb lain tahun. Hahaha.. Matikla kalau dia tuntut ni kang.

Thursday, February 17, 2011

Kalau Dah Jodoh :B



Kebetulan. Pagi tadi keluar rumah dah terlambat sikit. Padan muka tertinggal tren. Tren selepas tu adalah special tren. Coach adalah bercampur lelaki perempuan. Sebab special tren ni panjang de 6 coach, so takdela sesak sangat walaupun kene berdiri. Biasanya kat stesen serdang memang susahla nak dapat peluang nak duduk. Saya berdiri kat sebelah seat sorang amoi. Dan kat sebelah dia de sorang laki melayu tengah syok tido. Tibe2 terperasan satu benda kat mamat tu (ter ke?? atau sengaja tengok) Senyum sorang2. Dalam hati..'alahaiiiii.. suwitnyeeee..' Nak tau pe?? JAM TANGAN KITORANG SAMA!!! Jangan imagine mamat tu pakai jam tangan pempuan pulak. Tak..tak..

elle EL501

1st time ni jumpa orang yang pakai jam sama. Cuma dia punya yang new edition. Masa saya beli tahun 2009 dulu cuma de kaler standad je. 1kaler tu je. Baru2 ni tengok dah de kaler hitam pulak. Smart. Saya memang suka pakai jam tangan besar dan berat. Jam saya ni pun takdela nampak macam jam laki sangat pun. Entah. Saya rasa jam ni unisex. Sesuai je kot.


Jam ni la benda yang buat FH tak puas hati kat saya sampai sekarang. Sebab saya pegi beli sendiri tak ajak dia. Tau2 balik keje tayang2 kat dia. Bukan dia tak bagi pegi beli sendiri. Dia bising sebab tau nanti saya tipu2 harga. Hahaha.. Memangla. Mana boleh bagitau harga sebenar. Nanti kene bebel2 sebab beli mahal2. So cakap jela beli murah2 yang lelong2 punya. Padahal, new arrival. Tapi banyak kali kantoi bila pegi kedai jam. Sebab mesti FH nampak jam yang sama pastu usha2 harga. Pastu mula la cakap..'tu kenapa harga lain??' Hahahaa.. Terus senyum manis2 elak kene jawab soalan. Gagaggaga... Tapi memang sekarang ni tengok jam yang sama design ni harga dia makin mahal la. Nasib baik dah beli awal2 dulu. Boleh trade in.. :p

jam yang dah calar balar akibat keganasan rumahtangga

Sampai kat kl sentral, amoi tu turun. So saya duduk betul2 sebelah mamat jam sama tu. Senyum2 dalam hati. Malu2 sendiri. Lawak!! Bila mamat tu perasan je jam kami sama, terus dia macam sorok2 tangan. Saya takdela over ramah tamah sampai nak sakat2 orang sesuka hati kan. Dok diam2 jela kat sebelah. Tapi dalam hati rasa macam nak gelak pun de. Sampai kat stesen bank negara, dia pun turun gak. Apakah??? Dia 1 ofis ke?? Saya tak amik tau pun. Terus cepat2 jalan tak toleh2 belakang sebab dah lambat masuk ofis wehhh..

Wednesday, February 16, 2011

Home Alone


Bila sorang2 kat rumah tu la jadinya. Sebenarnya masa ni dah pukul 2.30 pagi. Sibuk nak try buat hantaran pulak. Nak tengok pe lagi barang2 yang kurang. Angkut sekali 2 box barang keluar. Masa ni gak la nak buat list barang2 yang nak dibeli. Sambil2 tu mata tetap nak tengok tv. Dan sambil2 tu nak online jugak. Tapi kejap2 kang dengar lagu. Pastu melalak buat konsert pagi2 buta. 

Port depan tv dah penuh. Ni dok jauh2 pun bukan sebab sibuk nak cari port nak duduk ke nak cari position nak amik gambar ke. Bukan. Tapi sebenarnya masa ni tengah gigih bakar cookies. Angkut je oven letak kat ruang tamu terus. Senang keje. Penuh 1 ruang tamu 425 dengan barang2. Hahahahaaaa.. Tau kat budak 425 ni, mesti dorang geleng2 kepala. Semua benda pun nak buat dalam 1 masa. Pukul 4 pagi baru siap semua keje. Terus cepat2 mandi dan tido. Phewww.. Super tired..

Candy Goodie Bags

dah penuh 1 box

Candy goodies dah hampir siap. Malam ni kalau gigih mengadap benda ni rasa2nya boleh siap semua la kot. Buat tak banyak. 300pcs je pun. Malam tadi je dah berjaya siapkan separuh. Tu pun hasil bantuan masya dan FH. Bagi kat FH sikit suruh dia sama2 buat kat rumah. Si masya geram kot tengok saya leka diselubungi candy, terus cepat2 tutup lapy tolong buat sama. Pastu dia yang gian buat tamo behenti pulak. Cepat sikit keje saya siap bila de yang membantu. Thanks..

sumber : google images

Comel kan kalau dapat buat macam yang pink ni. Suka kat riben polka dot tu. Ahaaaa..!!! Idea sudah mari.. Nak cuba buat la.. Sukeee... sukee~~~ :)

Friday, February 11, 2011

Kesedihan Berganda

Rasa macam nak menangis saat ni. Dem!!! Kenapa mesti de rasa camni masa kat ofis. Susah nak control. Kesedihan berganda bila tiba2 tersedar dah buat salah kat kad jemputan sedangkan dah proceed dan saya rasa printing oredi done now!! Macam mana saya boleh cuai dengan perkara penting ni. OmaiGod!!! Apa saya dah buat ni. Cuai!! Cuai!!! 10times make correction still do de dumb mistake!! Saya harap saya yang dah tersalah tengok tadi. Harap2 hasilnya baik2 saja nanti.

Lagi sedih bila kejap tadi lady bos panggil untuk sampaikan amanah dan handover keje sebab dia tak sempat nak train new lady bos nanti. Sedih~~~ Saya akan kehilangan bos. Dan entah untuk kali ke berapa bertukar bos sejak 3tahun keje kat sini. Kami tak la kamceng sangat. Tapi as a boss and staff, baik2 saje. Sebab dia bukan seorang boss yang bossy. Juz like a fren. De masa we can share personal matter. De masa masing2 buat hal sendiri. Sebab tu saya selesa bekerja dengan dia. Owwwhhh.. Think positive. Mungkin hari esok akan lebih baik dari hari ni. Kan?? Tapi hati tetap mahu menangis saat ni~~~

p/s : I like to walk in the rain because nobody knows that I'm crying

Thursday, February 10, 2011

Hana Tajima Inspired

Sape tak kenal Hana Tajima?? Tipula kalau tak tau. Dia comel. Cik Epal cakap muka dia licin bebenau. Betul!! Cik Epal dah jumpe tau. Tak pecaya pegi tengok kat blog Cik Epal.

Hana Tajima & Cik Epal.. dua2 pun comel kan??
p/s : Cik Epal... kita pinjam pic awak..

Tiba2 feeling nak jadi macam Hana Tajima dan Cik Epal. Transformasi katanya. Hasil bantuan, terus BERTUKAR!!!! Tapi tak la comel macam Hana Tajima. Nak tau jadi pe?? Hahaaaa..

bolat kecik.. bolat kecik.. bolatla besar~~~ :p

Tu la dia hasilnya.. 'Ana-anak-jawa'.. Maaf. Bukan mempersenda nama Hana Tajima. Tapi ni konon2 Hana Tajima version anak jawa macam saya. 1st time pakai shawl. Tu pun orang lilitkan.

bersama budak putar belit alam pelilit kepala

Sudah..sudah..!! Berhenti berangan nak jadi comel macam Hana Tajima. Tak cukup confident lagi nak keluar pakai camtu. Maklumla.. Muka boolat2 macam doremon. Part melilit pun tak pass lagi sebenarnya. Tapiiii... best gak kan sekali sekala buat make over.

Monday, February 7, 2011

Angpow CNY Dari Kelantan

@ pantai cahaya bulan


Wott..wottt.. Selamat kembali bertugas semua!! Syokkan cuti panjang minggu lepas. Cuti CNY hari tu kami bercuti ke kelantan. 3hari 2malam. Bertolak pagi khamis pukul 4pagi. Perjalanan pegi makan masa lebih kurang 8jam. Perjalanan balik lebih 10jam. Huhuuu.. Memang takmo dah la pegi kelantan naik kete pasni. Tu la... Dah cakap awal2 naik flight je senang.

Gambar memang tak banyak kali ni. Sebabnya FH sangat la pandai. Lagi sekali tertinggalkan D200 kat tepi pintu rumah. Beg baju je dia angkut masuk dalam kete. Dah sampai Bentong baru sedar buah hati dia tu tertinggal. Hahaa.. Padan muka. Geram tapi syok gak sekali sekala. Baru la betul2 menghayati percutian bersama. Kalau tak, dia sibuk jela nak belek2 buah hati dia tu. Kali ni biar dia fokus kat saya je. Hahaaa.. Bunyi orang jeles.

Ole2 pun jangan ditanya la ehhh.. Kota Bharu adalah jammed sepanjang cuti CNY hari tu. Dengan macam2 sikap manusia yang tak reti bersabar. Memang menguji kesabaran betul. Sebelum pegi dah niat nak shopping macam2. Tapi hasil yang berjaya di bawak balik tak seberapa. Ole2 yang paling best dapat dari Kuala Krai la kot. Mahal tu. Terbaik punya. Nak tau pe?? Haaaa.. tu la dia. Angpow CNY. RM300. Banyakkan dapat angpow. Ada sape2 nak?? Kami tak nak. Terbaik la sarjan misai bagi SAMAN!!!

Wednesday, February 2, 2011

Misi Seterusnya --- Mari belajar menjahit

**sory.. entry semalam penuh dengan emosi

Kalau tak jerit2 show off progres majlis de orang dengki pulak kan kata saya ni dok senang lenang kaya raya goyang kaki tapi lambat sangat nak kahwin pulak kan. Meh sini saya tunjuk sikit pe saya buat. Lepas ni jangan nak kepochi pulak kata.. 'ehhh..dia tu kan suka nak menunjuk. sikit2 tunjuk..sikit tunjuk.. padahal beli barang murah je pun. not my taste' Lempang nak??

Hari ni malas nak emosi. Penat la. Sebab nanti satu hari macam de awan mendung ikut atas kepala. Pastu sikit2 nak nangis. Sikit2 nak touching. 'Ko la ni buat!!!' Dah..dahhh la tu..

Weekend hari tu balik kampung dengan macam2 jadual dah tersusun dalam kepala. Nak cat bilik, nak menjahit, nak main masak2, nak mendobi, nak bercucuk tanam, nak buat tu, nak buat ni.. Tapiiii... kelaut jela semua.. Musim hujan kan. Sejuk2 camtu lagi syok dok dalam bilik bungkus2 dalam comforter sambil layan tv. Lagi pulak tengok2 ayah tengah tolong catkan bilik. Selesai satu keje. Bagus punya anak kan. Bukan nak tolong.

Sambil melayan cerekarama, baru la sibuk2 nak kuarkan mesin jahit. Nak buat pe?? Ehemm..ehemmm.. Tak boleh bagitau lagi. Sebab hampir nak putus asa dah ni. Jahit2 tak jadi.. jahit2 bukak balik. Fedup betul. Sampai rasa nak tetak mesin jahit. Pastu ngamuk2 dalam hati sendiri. Hahaaa.. Sengal~~ Nanti kalau dah jadi betul2 baru cite la ehh.. Kang poyo2 cakap lebih2 de orang cakap over pulak. Yawwww!!


Mesin jahit tu dah lama kot mak tak guna. Sejak2 dah tak berapa nak nampak ni, malasla nak jahit baju sendiri. Semua pun hantar tempah. So setting dia macam dah tak berapa nak betul. Yang hangin tu, bila try atas perca, baik pulak cantik dia punya jahitan. Try atas kain yang sepatutnya...hancurrrr.. Grrrr... Lempang kang.

tensi.. tensi.. buruk ya amattt.. mak bising tibe2 pakai benang kaler lain.. :p

Bajet dah setting baik punya, rilek la kejap layan tv. Sekali adik2 pulak sibuk. Masa ni pulak la sibuk nak tumpang jahit seluar. Selama ni malas la tu nak angkut keluarkan mesin jahit. Ingatkan dorang jahit je la. Tak usik pe2. Bila time nak sambung menjahit, tengok2 setting dah tak jadi lagi.. Dorang pegi gatal tangan ubah2. Grrrr... Nak nangis ok masa ni. Habis cerekarama, terus bungkus simpan balik mesin letak jauh2 sebelum kena karate. So sampai sekarang ni masih pending lagi projek DIY yang 1 ni. Tak tau samada nak teruskan atau tak. Kot la kental nak jahit dengan tangan je nanti. Hukhukkk~~ 'Yanggg.. belanje spect baru bole??' Dushhh!!

atas perca elok je la pulak... grrrr..

Geramkan menjahit tak jadi punya pasal, terus cakap kat mak tukar mesin jahit baru jela. Yang tu dah tak best. Konon nak yang lagi canggih, yang de sulam2, de komputer bagai. Pastu bila jahit boleh set2kan pastu tinggalkan dia jalan sendiri camtu je. Padahal sendiri dah takde skill menjahit. Tula.. Rajin sangat. Azam nak pegi kelas menjahit pun pending lagi sampai sekarang ni.

Tuesday, February 1, 2011

Apa masalah kau??? KECOH!!!!!

Kalau nak diikutkan rasa marah dalam diri ni, rasa macam nak maki tepat2 kat batang hidung orang tu. Tapi kang kata saya ni takde adap pulak..tak cool pulak.. Pastu kang kata, 'lek la beb, member gurau2 pun nak sentap..' Mangkuk ko gurau. Agak2la kan kalau nak gurau. Berani gurau depan2 la kan. Cakap belakang buat pe. Takut kene sembur balik ke??


'' Sepanjang aku susah payah uruskan majlis kahwin ni, takde pun rasa2nya aku susahkan ko. Buat kerahan tenaga ko sikit pun takde. Setitik peluh ko pun aku tak hutang. Dah tu yang ko nak kecoh2 kat orang lain cakap pasal majlis aku ni pe hal?? Aku tak harap pun ko nak tolong. Ko tanya pe progres pun dah cukup baik. Tapi tak jugak. Lagi ko nak kata belakang pasal aku lagi de la. Bukan kata nak bagi semangat. Nak downkan aku lagi de la. Ko pe hal yang sakit hati sangat dengan aku. Aku kahwin ni pakai duit ko ke?? Aku kahwin lambat2 ni kacau laki ko ke?? Tak kan?? So boleh tak dok diam2 je. Bising2 macamkan ko susah. Macamla ko yang sponser. Ko dah kahwin, ko patut tau camne susahnye nak uruskan macam2 sebelum majlis. Aku tak tau pulak kalau masa ko dulu semuanya lancar je. Yela. Aku lupa. Ko anak orang kaya sangat kot. Duit melambak la sangat!!! ''


Pedih hati simpan bende ni sorang2. Memang mulanya malasla nak kecoh2. Saya faham. Macam2 dugaan akan datang pada masa2 ni. Tapi saya sedih. Kenapa la dalam saya diam2 uruskan semuanya sendiri dengan family, tetap gak de orang lain bising2 macamkan saya ni kerah tenaga dia. Saya tau saya dah bertunang dalam tempoh yang lama. Lebih 3tahun. Tapi kami de sebab kami sendiri kenapa kami pilih jalan ni. Takkan kat semua orang saya nak canangkan sebab pe kami begini, sebab pe kami begitu. Biarla antara family kami je yang tau. Saya bukan kecoh macam dia tu. Semua benda pun dia nak canang. Semua bende pun dia nak jerit. Kecoh la luuuuu..!!!


Tak faham kenapa la de insan yang sentiasa dengki dengan orang lain. Kalau tengok orang lain lebih dari diri sendiri, cube lihat balik pada diri sendiri. Kenapa mereka boleh lebih berjaya. Kenapa kita tak jadi lebih baik dan berjaya macam mereka. Bukannya menghasut orang lain untuk sama2 mencari kekurangan mereka, menjaja2 keburukan mereka. Yang baik kita tak nampak. Yang buruk tu jela yang kita asyik nak kata. Dasar manusia dengki!!!!


p/s : gurau, gurau gak beb..
tapi tak semua orang gurau tahap busuk macam ko.
tahap mulut longkang..
kepochi gile!!!