Wednesday, August 10, 2011

Jatuh Cinta Lagi!!!

Jatuh cinta pandang pertama!!! Sejak dah jatuh cinta ni, hari-hari dok usha-usha dia. Macam orang lain bercinta, tak dapat tengok orang, dapat tengok bumbung rumah dia pun jadi la.. Sah la sasau dan angau tu. Parah betul.


FH dah bagi green lite. Ni yang buat makin angau kat Lumix GF3 ni. Lagi-lagi yang kaler merah hitam tu. Fuhhh... Mengancam habis. Eiiii.. Geram je. Macam nak gi angkat satu hari ni jugak je.

yang pink ni pun menggoda

Tapiiii kann... Hukhukkk.. i'm looking for waterproof compact camera. Baru la boleh bawak camera sambil main-main air. Sebab dslr and compact camera yang kami ada sekarang ni bukan type waterproof. Nampaknya Lumix GF3 ni bukan keperluan. Dah jatuh pada kategori kehendak nafsu semata je. Kene pikir sampai masak ranum la nampaknya sebelum muktamad nak pegi beli. Patah la hati~~~ **meratapi..

Friday, August 5, 2011

Muffin Nutella

Petang tadi tengok rancangan Dapur Selebriti Knorr. Tugasan pertama hari ni kene buat cookies dan muffin. Tengok Rusdi Ramli dengan anak bujang dia, Efiezal Ridza (boy) buat muffin memang terliur habis. Muffin dia, cookies dia, cara deco dia..memang wallahhhh!!! Rusdi and boy bersaing dengan team Sheila Mambo dan anak daranya. Pastu team Rozita Che Wan dengan anak bujang dia. Dan seperti dijangka, team rusdi yang menang masa tugasan pertama. Memang paling menarik la saya tengok. Sampaikan rusdi dengan boy pun tak percaya. Sebab first time buat katanya. Lagipun lawan dengan team mak orang pulak kan.


Memang menarik untuk try buat dan try rasa. Tapi tak tau resepi la pulak. Resepi masakan dalam rancangan tu semua kene cari kat giant. Nanti de masa nak kene try cari.Dan di sebabkan terliur tengok muffin yang rusdi ramli dan boy buat, so kene la buat muffin. Tak dapat resepi dorang lagi, kita buat la dulu muffin version sendiri. Muffin nutella. Melazatkan.. Yumm..yummm..yummeeeehhhh..!!! V^_^ Jemput makan... :)

Brownies Pop Cakes

brownies pop cakes

Ini bukan projek cookies raya. Projek cookies raya masih belum bermula. Tunggu la dah penghujung ramadhan nanti. Ni projek beberapa hari sebelum kedatangan ramadhan. Sambil buat, feeling-feeling dah nak hari raya. ^_*

First time buat pop cakes. Resepi pakai belasah je pulak tu. Takde ikut mana-mana resepi, takde sukatan. Buat--buat--buat--buat... Taraaa!! Dah siap. Tu la jadinya, resepi ciptaan saya dan FH. Sedap!!!

Ada pulak yang ingat saya nak bisnes brownies pop cakes ni sempena hari raya nanti. Huhuuu.. Tak terfikir pun. Buat untuk makan sendiri tu bolehla. Sedap untuk tekak sendiri. Tekak orang lain, memang tak dijamin.

Dah Dapat SAMPUL Duit Raya

Semalam de banyak urusan dengan bank. Renew roadtax dan insuran kereta. Pastu terus buat penukaran alamat. Masa akak kat kaunter tu sibuk-sibuk uruskan dokumen, terfikir pulak pasal tukar duit raya. Dah alang-alang kat bank kan. Bukan pe. Kalau dah tukar awal ni senang. Tak payah bersesak kat bank hujung bulan ramadhan nanti. Sekali akak tu hulur 4paket sampul duit raya. Ehhh.. macam tau-tau je kan. "kak.. kalau akak bagi sampul berisi kan lagi syokkk.." :p Memang tak la kan.


Settle je urusan kereta, settlekan urusan akaun ASB pulak. Ding dong ding dong ding dong... terus terlupa nak tanya pasal tukar duit raya. Hurrrmmm.. Lain kali je la. Yang penting, dah selesaikan urusan yang lagi penting. Senang hati sikit. Pastu dapat sampul duit raya pulak kan. Sekarang ni dah tak pernah beli sampul duit raya. Pegi shopping sana sini mesti dapat masa kat kaunter bayaran. Jimat duit.

Thursday, August 4, 2011

Mee Kari Udang

Atas permintaan FH, menu berbuka puasa semalam adalah mee kari udang. Mencabar dan menguji minda betul. Berpeluh-peluh wife dia ni masa dapat mesej tengahari semalam. Dahla tak pandai masak. Masak kari tu pe tah lagi. Tak pernah buat. Tapi demi tak menghampakan, gigihla gugel resepi kat tenet. Senang je sekarang ni kan. Semua di hujung jari.. :) Try la jugak masak. Nasib baik jadi. Sedap la jugak. Seronok tengok orang tu makan sampai bertambah-tambah.

Resepi asal mee kari udang ni dari cikepel. Tapi macam biasa la. Terpaksa di olah mengikut citarasa tekak saya dan FH. Kang dia tamoo makan lagi susah.

Resepi Mee Kari Udang



Bahan-bahan:

Mee kuning
1/2 kilo udang (basuh& direbus bersama kulitnya) -buang kulit dan ambil airnya
Rempah kari ikan (Babas)
1 peket fish ball
2 keping fish cake
1 mangkuk santan
1/2 kiub pati ayam knorr

Bahan menumis (dikisar)
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit halia
sedikit cili kering
minyak utk menumis

Bahan sampingan
1 ikat sayur sawi (dicelur)
Taugeh (dicelur)
cili merah potong

Cara:
  • Panaskan minyak, masukkan bahan tumis yg dikisar tadi.
  • Masukkan rempah kari yang dah dicampurkan dengan sedikit air rebusan udang. Kacau sampai naik minyak.
  • Masukkan air udang, sedikit air biasa dan kiub pati ayam. Biarkan mendidih.
  • Masukkan santan dan kacau. Bila kuah mendidih, masukkan fish ball dan fish cake yang dah dipotong. Last sekali masukkan udang.
  • Tambahkan garam secukup rasa.
  • Bila mendidih sekali lagi bolehlah diangkat
  • Sajikan mee dengan bahan sampingan dan kuah kari.
  • Siap!! Sedia untuk dimakan.

*Lagi senang kalau hubby yang request nak makan apa. Tak de la pening-pening kepala nak pikir menu pe nak masak. Tinggal saya je la, mampu ke tak nak penuhi permintaan. Tak cuba tak tau kan. Dah cuba, senang je rupenye.

Jejak Sejarah

Bersempena dengan bulan kemerdekaan bulan ni, saya berkesempatan berkunjung ke beberapa tempat bersejarah yang ada kat Perak.

salah satu tempat yang sempat pegi - kellies castle

SEJARAH. Memang sejarah la bagi saya. Saya minat subjek sejarah masa tingkatan 4. Walaupun student lain cakap cikgu sejarah tu garang sangat macam singa. Lagi pulak kebetulan cikgu yang ajar subjek sejarah masa tu cikgu perempuan. Anak dara lanjut usia. Orang cakap andalusia ni biasanya garang, emosi lebih. Tak tau la teori mana yang diguna pakai. Awal tingkatan 4, ok lagi. Boleh catchup pe cikgu ajar. Sebab masa cuti sekolah hujung tahun saya dah study habis-habisan subjek sejarah ni. Bukan susah pun. Benda fakta dan teori. Cari buku rujukan dan hafal je. Dan masa belajar dulu saya memang seorang penghafal buku. Not gud.. not gud.. Sepatutnya fahamkan nota. Kan??

Bila dah lama-lama tu, saya akui cikgu sejarah tu memang sangat garang. Susah nak senyum. Kalau senyum pun macam nak perli student. Tapi mana-mana cikgu sejarah pun memang garang kan. Lepas tu bila dah belajar banyak bab, dah hafal banyak perkara fakta, banyak ingat tarikh penting dan bersejarah.. terus otak macam jammed. Tak boleh nak terima. Sejak tu terus macam...'oowwhhh.. susahnye sejarah ni...' Terus buat hal. Keje sekolah selalu tak siap. Buku nota tak pernah buat.

Dan satu peristiwa yang buat saya terus benci subjek sejarah, bila cikgu garang tu lempar buku nota saya ke koridor dari dalam kelas. Baik punye terbang buku nota tu sampai sikit je lagi nak terjun dari tingkat 3. Saya dendam dalam hati. Sebab bagi saya, dalam buku nota tu ada ilmu. Cikgu tu tak patut lempar. Padahal masa tu memang salah saya. Saya dah miss salin nota banyak bab!! Cikgu mana tak marah kan. Padahal sebelum tu, markah exam saya antara yang ok. Banyak main ni!! Nasib baik keputusan subjek sejarah masa SPM ok. Lepas buku nota dah kene lempar bukan nak insaf ke pe. Pegi kutip buku kat luar kelas terus lepak kat tangga. Merajuk!! Cikgu tu pulak yang datang mintak maaf. Nakal betul!!!

Sekarang ni bila ingat balik, rasa macam teruknya la saya masa tu. Kenapa la nakal sangat. Dah besar camni baru la sibuk nak amik tahu balik pasal sejarah. Banyak pun yang saya dah lupa. Sebab dulu study hafal buku. Hafal-hafal-hafal pastu luahkan semua atas kertas exam.. Keluar dewan exam, hilang dah semua yang dihafal. Not gud.. not gud.. Teknik belajar dah salah tu kan.

Wednesday, August 3, 2011

Ia Cantik Ia Manis

Selamat pagi semua!!! Selamat menjalankan ibadah puasa untuk hari yang ketiga. Pagi-pagi ni moh la kita menjamu mata. Tengok yang cantik-cantik, yang manis-manis.


Bulan puasa ni, tengok semua makanan pun nampak macam sedap kan. Macam je la. Sedap ke tak tu belum tau lagi. Cara yang terbaik, kurangkan aktiviti mengukur lilit bazar ramadhan. Rambang mata kang. Masak je kat rumah. Tapi jenuh gak la memikirkan menu yang nak di masak. Rebus jagung pun ok jugak kan. Jagung manis jagung cantik, terbaik dari kampung. Pencuci mulut yang mudah dan ringkas nak sediakan.

huiii.. kuning betul kan

kasi close up lagi.. cantik je butir-butir jagung ni

style corn in cup.. cara makan orang malas menggigit tongkol jagung.. saya la tu.. :p

Tuesday, August 2, 2011

Dua.Ogos dan Ramadhan Pertama

Alhamdulillah.. Hari ni dah masuk hari yang kedua kita berpuasa. Ramadhan tahun ni merupakan Ramadhan yang pertama kami sebagai suami isteri. Tiga tahun yang lepas, bertarikh hari ini (02.08.2008) kami mengikat tali pertunangan. Terasa macam baru sekejap je bergelar tunang FH. Hari ni dah pun selamat bergelar isteri FH selama 3bulan 2minggu 4hari. Pantas betul masa berlalu sekarang ni. Syukur kepadaNya kerana bahagia masih bersama kami sehingga ke hari ini. Semoga ianya kekal hingga ke syurga. InsyaAllah..


17.04.2011

02.08.2008

Menternak Lemak di Restoran Seri Melayu

Eeehhh... eehhhh.. Bukan tak puasa ye.. Ni cite minggu lepas. Sesi menternak lemak bersama rakan ofis sebelum bulan puasa. Lokasi pilihan, Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay. Wallaweehhhh.. Pilihan makanan memang banyak la. Sedap-sedap pulak tu. Tu yang pusing berapa round pegi amik makanan. Ingatkan takde sape perhati. Sekali tu de pulak orang sound.. ''udah-udah la tu ezza.. dahla tembam.. makin gemok je sekarang ni..'' Cissss kauuuu.. Nasib baik aii tak sentap. Sebab memang dah sejak azali lagi tembam. Pasrahhhhh.. T_T

bos cakap ni pose ala-ala hos nona

Owwhhh.. Sambil tulis ni pun teringat-ingat kesedapan spaghetti bolognese, laksa, abc extra kacang, aiskrim, kek coklat.. Yummyyy.. *hoiii.. hhoooiii.. puasa la.. insaf~~ Nasi putih de, nasi minyak de. Ada banyak lauk. Tapi saya tak amik nasi hari tu. Sebab aii ni kureng sikit makan nasi. Menu-menu yang lain pun banyak tak try sebab perut dah sendat. Huhuuuu..

bos kecik tersenyum kekenyangan :p

Sempena bulan puasa ni de bufet untuk berbuka puasa pulak. Bolehla ngade-ngade ajak FH pegi nanti kalau rasa-rasa malas nak masak. Ehhh.. Bukan malas. Tapi tak tau nak masak pe. Hahahaaa.. Alasannn~~

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan 1432H


Syukur kerana masih dipanjangkan usia untuk bertemu ramadhan kali ni. Sememangnya bulan yang menjanjikan 1001 ganjaran lumayan buat umat Islam yang bijak mengambil peluang memanfaatkan sepenuhnya peluang yang tersedia. Semoga ramadhan kali ni lebih bererti dari yang sebelumnya. Di kesempatan ini saya nak ucapkan,

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
Semoga mendapat rahmat dan keberkatan
Mohon maafkan segala salah dan silap

Selamat berpuasa semua..!!!

Hadis Anas r.a. meriwayatkan : Apabila Ramadhan bermula, maka Rasulullah s.a.w. pun bersabda; 'Sesungguhnya telah datang kepadamu suatu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan...'