Monday, January 17, 2011

Got de Blues

Huhhhh.. Kenapa mesti de monday blues.. Agak moody pagi ni. Mood kelaut. Bukan sebab penyakit bulanan. Tapi rasa dari semalam lagi kot dah 'terputus urat senyum'. Penat kot. Sebab paksa diri bekerja sepanjang hari tanpa rehat yang cukup. Hari cuti lagila 24/7 buat kerahan tenaga. Pastu flet gila..

Pagi ni patut sampai ofis awal sebab de meeting pagi2 hari. Slide untuk meeting de pada saya sebab buat kat rumah semasa hari cuti!! Takpe.. Bukan selalu. Cool je. Pagi2 sabtu bos dah call cakap de bende lain lagi dia nak tambah. Maknanya memang kene datang awal dan edit kat ofis. Sampai2 stesen komuter pagi tadi dah terlepas tren. Rilek lagi sebab bajet macam sempat sampai kalau tunggu tren lain. Nasib baik tak payah tunggu lama. Tapi yang tak best, hari ni boleh pulak pitam dalam tren!!! Berpeluh-peluh tahan nak muntah. Last2 rasa macam dah tak sedar pe yang jadi. Tak suke!!!

Nasib baik sempat gak sampai ofis awal. Rilek jap amik angin, terus cepat2 siapkan slide. Pagi2 dah terkejar2. Bukan selalu pun wat keje camni. Selalu sampai2 ofis terus breakfast dulu. Tapi hari ni, sampai sekarang ni pun tak makan pe2 lagi. Takde selera. Nak bangun pegi pantry amik air pun macam pening gila kepala. Nak nangis je rasa. Bos, nak balik boleh tak?? Macam nak half day je hari ni. Tak larat la..

1 comment:

Danial Marzuki said...

ala tiap2 isnin pun macm ni, byk je karenah...keke