Thursday, December 16, 2010

Review Peraduan Gerbang Cinta

10 pasangan akhir di sisipan mega 15 disember 2010

Saya terpanggil untuk buat entry ni memandangkan ramai mereka-mereka di sekeliling yang bertanya macam mana saya boleh join Peraduan Gerbang Cinta Musim 2 hari tu. Dan ada juga yang cari gerbang cinta musim 3 kat blog ni. Musim ke 3 belum bermula lagi ye kawan-kawan. Sebagai individu yang pernah terlibat, rasanya ada la serba serbi pengalaman yang boleh saya kongsikan untuk mereka2 yang berminat untuk turut serta di masa akan datang. Mana tau kalau-kalau pihak utusan dan penaja2 semua bercadang untuk adakan musim ketiga pula tahun hadapan. De rezeki, dapat kahwin sponsor. Siapa tau kan. Pengantin tak payah bersusah payah pikirkan persiapan majlis. Cuma perlu datang bawak diri je. Sebab selebihnya semua dah diuruskan oleh pihak penaja. Siapa tak nak kan.

Peraduan ni dianjurkan oleh akhbar utusan malaysia melalui sisipan mega dengan sokongan kumpulan penaja. Untuk musim ke 2, peraduan bermula dari 4 Ogos lalu hingga 9 Oktober yang lalu. Untung la sape yang rajin baca paper. Macam saya pun, kadang2 miss. Pe guna de member. So member yang terbaca pasal gerbang cinta ni yang bagitau. Saya tak berpeluang hebahkan kat sini kerana kekangan waktu di masa tu. Sepanjang tempoh peraduan, borang peraduan di keluarkan setiap hari di dalam paper. Ikut je la syarat2 yang diberi. Tak susah pun.

Cara Menyertai :
  1. Hantar gambar bersama pasangan yang menarik berukuran 5R 3keping semasa majlis pertunangan. Sekarang ni semua pun hire OP kan untuk majlis pertunangan. So takde masalah la kalau setakat nak pilih 3keping posing menarik tertarik tu.
  2. Kumpulkan sekurang-kurangnya 20 kepala akhbar utusan dari tarikh peraduan bermula. Boleh dapat lebih dari 20keping kalau kumpul hari2.
  3. Lengkapkan slogan. Masa ni la nak tunjuk bakat kesusasteraan masing2. Kasi ayat bunga ke jiwang karat ke. Asal tak out off topic sudah.
  4. Buat bayaran wang pos/deposit ke akaun maybank. Tak sure pulak untuk apa. Proses penyertaan agaknya. Tak mahal pun. RM10 sahaja.
  5. Isi borang. Hanya borang asal sahaja yang diterima. Dah lengkap semua, pos jela ikut alamat yang diberi.

Tak susah mana pun kan. Tapi tu pun saya amik masa lama gak nak selesaikan. Sebab macam main2 je. Dan kebetulan banyak sangat keje2 lain yang perlu di dahulukan. Last day baru hegeh2 nak hantar. Tak sempat by pos, saya kerah FH hantar by hand. Nasib baik diterima. Syarat yang paling utama bagi siapa2 yang nak join peraduan ni mestilah akan berkahwin buat pertama kali. Takde la untuk Miss J ke Mr D ke. Tak pun yang rasa2 untuk bini no 2 ke. Harap maaf ye tuan puan. Bagi peluang kat adik2 yang bujang2 ni ye..

Satu lagi perkara yang saya rasa penting. Kalau rajin dan kreatif, deco2 kan la borang yang nak dihantar tu. Saya tau semua bride to be memang kreatif bab deco2 ni. Saya yang keras tangan ni pun berjaya la deco ala kadar sekadar termampu. Bukan pe, ni sekadar untuk bagi sedap mata juri2 yang serabut dan susah nak buat pilihan. Bukan sikit2 borang ye juri nak tengok. Lebih 10k jugak la. Kalau borang tu cantik, nampak la sikit kesungguhan kita. Takde extra mark pun disitu. Tapi kalau cantik, kita sendiri pun puas hati. Tu sekadar pandangan saya.

hasil keras tangan yang termampu dan tak tido 2 malam tapi tak siap2 jugak..

Hurmmm.. Pe lagi?? Tu je la kot. Tapi apa yang saya kongsikan ni untuk musim kedua yang masih lagi berlangsung sekarang ni. Peserta masih giat berusaha siapkan tugasan yang diberikan untuk merebut tempat pertama. Caiyokk..caiiyyookk.. Kalau de musim akan datang, mungkin lain pulak syarat yang dikenakan oleh penganjur. Mungkin lagi dahsyat. Atau mungkin lagi mudah. Dan mungkin hadiah lagi maha-maha-maha best. Siap de siaran langsung mungkin. Mana tau kan. So pada mereka2 yang rasa nak join, kene la sentiasa alert dengan berita semasa. Rajin2kan la baca paper utusan.

Sekian. Ulasan dari 'saya bukan duta utusan'. Sekadar untuk berkongsi dan diharap dapat membantu. Untuk melihat aktiviti mereka yang selanjutnya dari semasa ke semasa, boleh lihat sendiri di gerbang cinta. Bersedia untuk vote peserta pilihan anda!!

5 comments:

EiDa_wAn!e said...

mon ... mcm salah jer RIVIEW tu ... bukan REVIEW kekekek ... hhihihi ...

@e_da said...

wah tahniah ezza... bertuah kan dapat masuk

Atia Adina said...

waaaaa...bestnye...nasib baik da kawen...

aDieyZa said...

congrats dear sbb terpilih..

cik3zza said...

ceynuk : nmpk je kan bdk ni.. dh btlkan.. wekkkk.. :p

kak eda : thanks.. tp dh tersingkir pun..

atia : hihiiii.. nsib baik dh khwin ekk.. kalau x msti nk join skali tu..

adieyza : thanks.. tp xsmpat smpai top 10..