Tuesday, November 30, 2010

Keputusan Temuduga Khas Peringkat Separuh Akhir Peraduan Gerbang Cinta

Sejak petang ahad dah ramai yang bertanya pada kami tentang keputusan temuduga pagi tu. Semalam saya sengaja ambil cuti untuk menghilangkan stress dan berehat-rehat dari segala kekusutan. Dan hari ni baru masuk keje. Ramai jugak lagi yang bertanyakan keputusan. Huhuuuu.. Dalam lemah saya hanya mampu beri jawapan..'tunggu dan lihat je la nanti.. Kami dah cuba habis baik. Andai de rezeki, de la nanti. Andai takde, kami redha..' Yang sebenarnya kami semua pun tak tau bila keputusan temuduga tu akan keluar. Dan saya pun lupa untuk bertanya hari tu. Mungkin dah rasa lega lepas kene tanya dalam bilik temuduga lebih dari sejam, so saya dah lupakan hal lain. Hanya fikir, saya mau pulang dan rehat. So, tunggu jela nanti.

Pe yang pasti, kami dah cuba untuk buat yang terbaik pagi tu. Dan kami ambil langkah kurangkan stress dengan secara suka rela amik turn nombor 1. Physco kan kalau tengok wajah2 mereka yang keluar dari bilik interview. Macam2 reaksi de. Senyum, ketawa, marah, sedih.. So, kami rela jadi yang pertama untuk bilik no 3. Syukur FH banyak membantu. Memang saya akui, FH lebih arif dalam bab2 agama. Sampaikan saya mengaji pun FH tegur, 'tajwid banyak salah..' Malu saya bagi FH dengar saya mengaji. First time tapi teruk bunyinya.

Sebab lega sangat, sampai lupa nak snap2 pic sepanjang pagi tu. Cepat2 balik meyesakkan diri kat MAHA yang MAHA MENGUJI KESABARAN KAMI..!!! Nasib baik masih teringat2 pesan ustazah, '...sabar tu penting..SABAR...banyakkan SABAR..' Dan di sebabkan stuck kat parking MAHA dari pukul 5petang sampai pukul 9malam, cuti saya semalam telah bertukar menjadi cuti menjaga orang sakit yang banyak ragam. FH demam. Bayangla, kami tunggu trem untuk ke parking pun hampir sejam dalam hujan. Walaupun berpayung, tapi tetap lencun. Ikut emosi, saya marah sangat dengan pengurusan MAHA kali ni. Gerammm!!! Kami dah call buat aduan. Tapi tak tau la pe tindakan yang diambil.

So semalam pagi saya hantar FH pegi klinik, bawak pegi makan tengahari, hantar balik rumah suruh rehat. Saya gurau2 pun hasilnya kene marah balik dengan FH. Orang tak sihat diajak bergurau, padahnya memang la kene marah balik. Tapi sian kat tetamu kat rumah saya, tergolek2 kat rumah kebosanan tak tau nak buat pe. Saya pulak malas nak keluar memandangkan FH demam. Dia tu banyak ragam sikit kalau demam. Kene standby jela. Maaf ye aainaa.

Lepas maghrib, FH mintak hantarkan pulak ke rumah akak dia. Kebetulan MIL2B pun de kat serdang. Lepas makan2 dan FH manje2 dengan mak dia, saya hantar FH balik. Nasib saya tunggu sampai dia masuk rumah sebab risau dia pengsan. Tiba2 dia cakap tak bawak kunci rumah pulak. Kawan2 semua keluar. Sudahnya saya suruh dia tido dalam kereta sementara tunggu mereka balik. Dan saya?? Terkulat2 tak tau nak buat apa dan berperang dengan nyamuk yang mengganas. Tengok jela dia tido nyenyak sampai berpeluh2. Nak hidupkan aircond, saya tau dia sejuk. Sudahnya malam tadi, saya tak boleh tido. Sakit2 badan dan batuk2 mula datang. Hasilnya pagi ni, saya pun dah terjangkit virus demam. Huiiii.. seksanya la batuk2. Sakit dada dah ni..

1 comment:

Danial Marzuki said...

harap korang berjaya la,
FH demam ke? patut la blog xberupdate,
n skg ezza lak, hmmm

so both of u, sila jage kesihatan next time ye,
kalo x nyeksa diri je,