Monday, November 15, 2010

Kursus Keluarga Sakinah Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan Musim ke-2


Dari 12 november 2010 (jumaat) hingga petang semalam (14 november 2010) telah berlangsung kursus keluarga sakinah sempena Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan Musim ke-2 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi. Seperti yang telah diberitahu dalam utusan malaysia, dari lebih kurang 10ribu permohonan, hanya 100 pasangan terpilih yang layak untuk ke peringkat saringan seterusnya.

Cuti deepavali 5 november hari tu lebih kurang pukul 3.00 petang, saya telah terima panggilan dari pihak utusan memaklumkan saya antara 100 pasangan yang bertuah. Bila cakap kene pegi kursus kahwin dari 12 sampai 14 november, terus cakap ok je. Takde masalah. Tibe2..OMG..OMG baru teringat de kursus kat cherating. Clash tarikh. Kalau tak pegi, confirm kene sound dengan 'big boss'. Dah nama pun urusetia. Terus runsing.

Dalam berbelah bagi, pegi gak cherating. Tapi bernasib baik dapat pelepasan dari boss. So hari khamis malam dalam keadaan hujan sepanjang perjalanan, saya dapat merasa lagi pengalaman menaiki bas ekspress setelah beberapa tahun tak merasa. Terhuyung hayang dalam bas tak boleh nak tido dari kuantan ke bukit jalil. Nasib baik de zura and de geng yang nak melayan. Thanks adik2 semua!!!

Dalam penat mental dan fizikal, gagahkan diri gak pegi. Takut + segan terlebih sebenarnya. Tu la masalah paling besar. Dah sampai depan pagar ilim sempat lagi suruh FH buat u-turn. Hahaaa.. Sengalll.. Penat memang penat la. Jadual pack dari pagi sampai ke malam. Terkejar2. Tapi berbaloi sebab ceramah semua terbaik. Memang best. Tak sempat nak mengantuk la. Asal dah layu2 je mata, terus penceramah wat lawak. Segar balik mata. Nak pulak nombor giliran no 6. Port baik punye setentang mata dengan penceramah. De berani nak pejam mata. Potong markah kang. Alhamdulillah..sepanjang 3hari 2malam, takde la sampai saya terpejam mata dalam dewan. Ceramah yang sempoi dan santai, so bile dengar boleh terus ingat. Bila masa nak exam, tak sempat study pun boleh ingat pe yang mereka ajar. Syukur..

Tapi dalam rasa2 boleh jawab tu, banyak gak buat silap masa exam. FH pulak lagi teror. Banyak jawapan betul. Agaknye markah dia yang banyak backup markah saya. Pe2 pun, thanks sebab sama2 berusaha untuk yang terbaik. Terharu sangat. Hari ahad, masa penentuan untuk penyingkiran. Semua peserta tak sabar nak tunggu hari ahad tu rasanya. Saya ni pulak tak sabar sebab dah pikir nak balik kampung. Hahaaa.. Memang tak berharap sangat walaupun memang nak. Sebab yang lain semua memang terbaik hebat2. Rasa keciiiikkk je di samping dorang semua. Tapi sape tak nak kahwin ditaja. Bukan sikit tau.. 80k tu. Sampai ke honeymoon ditaja. Pengantin tinggal bawak badan je.

Tiba saat pengerusi umumkan keputusan top 25, nama pertama yang disebut adalah pasangan bernombor 2, pastu 8.. Pastu terus ke angka yang lebih besar. No giliran kami adalah 6. So dah terlepas. Terus setkan dalam kepala, its ok. Masing2 de rezeki masing2. Saya dah dapat ilmu dari kursus tu. Dalam tak fokus pada nama2 yang diumukan sebab dah lost dalam dunia sendiri, tibe2 dengar nama saya dan FH disebut. Tak dengar pun nombor 6 disebut. Terus saya tergamam blur2 bangun untuk kenalkan diri. Henbeg kat riba saya biar tergolek jatuh ke lantai. Kalut gila masa tu. Tak sanggup nak tengok balik video nanti. Pusing ke arah kanan mencari FH. Tapi tak nampak. Rabun kan. Tak tau nak kata pe perasaan masa tu. Kanan kiri wish congrate. Tapi siyes blur. Mujur la tak nanges2 kan. Dah macam menang award je kan. Baru top 25 je pun.. Banyak lagi cabaran pasni. Tapi pe2 pun, tetap rasa bersyukur sangat2. Alhamdulillah..

25 pasangan di peringkat separuh akhir

Terus de sesi bergambar dan sesi taklimat bersama utusan dan penaja2 yang lain. Tadi tengok kat utusan dah kuar pun pic top 25 tu kat mukasurat 3. Tapi muka aii kecik comel je la. Jauh nun kat atas. Pasni kene hadapi cabaran lain. 28 november ni de interview kat ilim dengan semua pihak penaja. Takut la pulak. De 2minggu je lagi. Harap2 berjaya ke peringkat akhir. Kene la banyak study ni.. Buku nota banyak dah MIL2B bekalkan semalam. Doakan kami berjaya nanti.

Terima kasih kepada pihak Utusan dan Jakim dan semua penaja kerana memilih kami antara 25 pasangan yang akan ke peringkat separuh akhir nanti.

kredit to Syokkahwin.com



No comments: