Thursday, November 18, 2010

Bila Kau Berubah




Bila dia berubah, terus rase susah hati. Kadang rasa macam nak ngamuk, kadang rasa... 'ahhh.. abaikan je.. esok2 ok la balik tu..' Tapi biasanya lebih kepada rasa nak meroyan. Huwaaa... Kenapa la susah sangat nak buat keputusan yang tepat. Kenapa la mesti de yang cuba untuk menggoda. Kenapa la mesti de orang ketiga, keempat, kelima dan ke..seterusnya.. Kalau saya ni kejam, saya biarkan je anasir2 luar tu. Biar mereka makan hati dan berperang dengan perasaan mereka sendiri. Tapi saya tak cukup kejam lagi kot.. Pe yang saya akan buat hari ni, akan menentukan hari2 akan datang saya nanti. Kalau hari ni saya biarkan mereka makan hati dengan saya, esok2 saya yang akan terus makan hati bertahun2 dengan mereka. Huhuuuu.. Tak nakkkkk!!!

Pe la yang saya merepekkan malam2 ni kan. Bukan la FH ke pe yang berubah. Tapiii... tarikh nak kahwin ni haa.. Elllooooo... Dah dekat dah kan. Patut takde dah nak pilih2 tarikh, tukar2 tarikh lagi. Bila mula2 decide dan bagitahu semua yang kami nak nikah 29 april dan sanding 1 mei, ramai yang cakap...'heiii..lama sangat dah tu..hari tu janji bulan mac..' Ok.. saya cepatkan sikit. Nak cepatkan tu agak ngeri ehhh.. Sebab semua dah libatkan planning yang dah baik saya atur. Tapi yelaaa.. Kita hanya merangcang, Tuhan yang menentukan. Redhaaa...

Patah balik ke planning asal. Bulan mac. Alang2 buat bulan mac, konon nak amik tarikh 'main2 cinta kami'.. Nikah 25 mac.. sanding 27 mac. Sekali, adik pulak sound.. 'ehhh..aku final exam la masa tu..' dah la dia jauh. Susah la pulak nanti kan. So, bincang balik. Amik keputusan anjakkan 2minggu ke depan. So, selamat sikit sebab dah lewatkan balik. Tarikh baru adalah 15 april pulak nikah. Sanding 17 april. Pening sudah vendor2 kami. Asyik dok tukar tarikh. Planning kami lagila huru hara. Tapi tak pe.. Cool lagi..

Tapi tibe2 dapat pulak khabar, kata bulan april nanti dah penuh kenduri kahwin kat kampung tiap2 minggu. Haaaaa.. Pitam dah tu.. Mintak awal bulan 3 atau hujung bulan 2. Hadoiiii.. Cuti sekolah plus chinese new year rasanya. Lagi banyak kenduri kahwin nanti. Diskus dengan parent, mak dah bising2 cakap.. 'jangan pentingkan diri sendiri. Ikut je planning orang tua buat. Nak kahwin bukan kahwin sorang2. Ikut la pendapat orang ramai..' Ikut ayah pulak.. 'takpe..takpee.. bulan 6 pun ok.. nak lagi senang, bulan 7 je terus..' See... Senang je kan ayah. Cool gila. Tapi sudahnya mak ayah pulak bertekak. 'Jangan pentingkan diri sendiri..jangan pentingkan diri sendiri..' Tu la yang diorang dok ulang2. Haisyoooo.. Pening sudaaaa... Ni yang buat malas nak kahwin ni. Kahwin hujung tahun terus kang.

Ikut mak memang la nak suruh cepat2 je.. Dah rimas kot nak jawab soalan orang kampung. Yela, anak2 mak je yang tak kahwin2 lagi. Dah jadi anak dara tua katanya. Lagi pulak saya dah bertunang hampir 3tahun. Ayat slumber jawab kat mak hari tu.. 'mak..nasib orang ni dah bertunang tau, kalau belum, takdenye orang nak pikir nak kahwin lagi sampai sekarang ni..syok je hidup bujang ni..' Senyap terus mak. Heheheeee... Ayah pulak macam tak sedia je lagi nak lepaskan saya. Yela, terasa macam masih kanak2 lagi kot. Dah kahwin nanti walaupun tak pegi jauh dari diorang, tapi dah tak sama macam sekarang ni. Saya akan ada family sendiri nanti. Mungkin ayah sedih. Boleh tak bajet ayah akan nangis masa saya nikah nanti. Camne ayah sedih masa family FH datang merisik dulu. Huhuuuu.. Ayah tak tunjuk. Tapi kita boleh nampak sendiri.

So, kesimpulan kat sini, tak payah la tengok tickers kat atas tu. Tak larat dah nak ubah2 tarikh. Sampai sekarang ni pun takde lagi tarikh tetap. Macam main2 je kan nak kahwin. Tiba2 hari tu de ura2 nak kene nikah awal disember nanti. Nikah gantung dulu. Tanya mak, dia on je. Tapi tak tanya ayah pun. Sebab dah tau jawapan ayah. 'Tunggu jun nanti pun takpe. Ayah tak kisah. Ikut mana yang senang..' See.. cool kan ayah. Banyak benda tak sempat nak siapkan kalau nak nikah bulan depan. Baju nikah saya pun tak hantar tempah lagi. Borang2 prosedur semua belum prepare ape2. Dan yang pasti, saya belum bersedia dari segi mental dan fizikal. Saya stress sangat2 sekarang ni bile pikir semua masalah ni. Banyak pihak, banyak hati dan perasaan nak kene jaga. Tapi dalam masa yang sama, saya jadi buntu. Tak tau pe penyudahnya nanti. Sekarang ni saya nak fokus pada gerbang cinta dulu. Kalau2 menang, saya redha je ikut tarikh yang penaja2 tetapkan. Ecehhhh.. macamkan menang kan.. Sape tau kalau de rezeki saya nak menang nanti.. Semoga di permudahkan urusan kami. Amin..


gambar takde kaitan dengan emosi. hasil tangkapan kat nilai 29okt hari tu. bunga untuk centrepiece. tapi bukanla guna bucket ni


p/s : lagi stress bila orang sekeliling hari2 tanya soalan yang sama.. 
'cik ezza, bila nak kahwin...mana kad..bila tarikh majlis..' 
sabar boleh tak?? dok diam2 tunggu je kad. 
kadang tu macam perli pun de.. huhuuuu.. 
sensitip pulak sekarang ni..

6 comments:

Anonymous said...

insyallah leh menang nanti..so suh FH study leklok..awk pun study la gak sma..xleh harapkan dia sensorg..cayok emon :P..v(^^,)v...

anaztasias aira said...

hiii say pun pernah rasa macm awak rasa. tensen org asyik tanya.salam kenal b2b =)

Cyda Acme said...

salam perkenalan,
jejak punya jejak, selak punya selak tgk2 terselit plak gambo my hubby lam blog u nih ... member opis kot. kecik tul dunia blog nih kan .. hu3

Rileks dik, jgn tensen2. Abaikan jek pertanyaan2 dr org2 yg tak terlibat lgsg ngan persiapan majlis awk nih. Yg penting kita buat keje kita smpi setel. Dah lepas tarikh keramat tuh .. fuhhhh sangat2 lega. Tapi alam rumahtangga lagik byk cabaran dan dugaannya. Banyak2lah bersabar ... Kena ingat tu ... Congrate n jgn lupa jemput yek :D

cik3zza said...

tuan anon : thanks ehhh.. tgh konon2 study la ni..

anaztasias aira : salam kenal.. penat dah nak jawab soalan. de masa sy senyum je tnpa bg pe2 jwpn..

Cyda Acme : salam kenal jugak.. yeke?? yg mne?? harap akak xmrah.. sory tau.. insyaAllah time majlis nnt sy jemput. tp tarikh pun xtetap lg smpai skrg ni.. huhuuuu..

Cyda Acme said...

alahai dik .. takde mananya akak nak marah. nak tau yg mana ker? haaaa saje nak semakkan lagik kepala otak awk .. awk teka jeklah yg mana satu hu3

rEizWaNie said...

mon ... ko jgn wat ujung bln 5 & awal bulan 6 lak ... ujung bln 5 majlis aku .. awal bln 6 kat umah man lak .. nnt clash booking date .. tak dpt aku g wedding ko !! hihihi !!