Wednesday, October 27, 2010

Senarai semak 6 hingga 12 bulan sebelum



Persiapan bergerak dengan agak slow. Orang cakap masih dalam zon selamat dan selesa. Tapi sendiri rasa pening2 dah ni. Tarikh dah beberapa kali berubah. Bila tibe2 tarikh di cepatkan terus rasa tak senang duduk. Banyak benda lagi nak kene pikir, nak kene buat. Harap2 sentiasa di berikan kekuatan mental dan fizikal nak hadapi semua ni.

Ok. Ni de senarai semak dari 6 hingga 12 bulan sebelum majlis. Amik dari majalah pengantin keluaran bulan bile punye entah. Tak ingat sudah.. Kan dah cakap malas nak pikir sekarang ni. Bolehla tengok pe yang patut dah..pe yang belum lagi. Pastu sendiri gelabah. Omaigod..omaigod..


SENARAI SEMAK
PENGANTIN LELAKI & PEREMPUAN
Nama pengantin lelaki : FH
Nama Pengantin perempuan : cikezza

Tarikh Nikah : 25 mac 2011 (tarikh genap 6tahun bersama main2 cinta..wink..)
Tarikh sanding/resepsi (perempuan) : 27 mac 2011
Lokasi : of coz rumah ku syurgaku *tibe2 ayah cakap nak buat kat dewan..me dun like

Tarikh sanding/resepsi (lelaki) : 3 april 2011
Lokasi : rumah FH


6 hingga 12bulan sebelum 
   1. Pilih tarikh dan waktu bernikah - DONE. nak nikah lepas isyak. tapi tak tau kalau tibe2 de permintaan suruh cepatkan lagi tarikh. pitam~~
2. Pilih lokasi dan waktu jamuan serta membuat tempahan - lokasi rumah sendiri. waktu jamuan?? suruh mak je la pikir. tak tauu..
3.      3. Memesan lokasi dan waktu upacara persandingan berlangsung - dah pesan lokasi kat ayah. Rumah kene tiptop.. Hehee.. nak bersanding pukul 12
 4. Menentukan gaya serta tema majlis persandingan - DONE. tema purplish *purple+pink+grey
5. Mengaturkan bajet - dah banyak lari bajet
6. Pilih penyelaras majlis perkahwinan yang terbaik bagi menata majlis anda - tak pikir lagi 
7. Kumpul nama tetamu - belum sepenuhnya
8. Pilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis - DONE. dah chop awal2
9. Pilih catering - akak akan uruskan
10. Pilih jurufoto dan juruvideo - DONE. FH team
11. Pilih kedai bunga serta penghias lokasi majlis - Kedai bunga belum cari. Penghias - DONE. masuk sekali dalam pakej pengantin
12. Pilih cincin pernikahan - DONE. cincin FH je tak beli lagi
13. Pilih muzik - belum pilih. tak nak de orang nyanyi lagu ku tunggu jandamu. respek majlis orang boleh??
14. Pilih kek pengantin - belum cari
15. Memesan cenderahati untuk tetamu - DONE. nak tambah lagi 50pcs

aktiviti membeli doorgift 25april dulu

tangan budak ni sampai legam wrapping barang penuh 2 troli

N Nampak macam banyak je yang done tu kan. Tapi banyak gak lagi bende nak kene pikir pasni. Pikir part kos tu yang agak berat.. huhuuuu..


1 comment:

apex said...

oit oit...aku final weh........x balik aku nanti....