Tuesday, October 26, 2010

Hutang..Owwhh...Hutang~~




Sape tau camne cara nak mintak orang bayar hutang tapi dalam masa yang sama tak kecikkan hati orang.. Kadang tu bukan kedekut sangat tak nak bagi orang pinjam duit. Tapi ni la masalah saya. Saya susah nak mintak2 orang bayar balik. Camne liatnya orang tu nak bayar, liat lagi saya nak mintak. Segan la. Sah2la duit tu memang milik saya. Tapi tetap segan nak mintak. Lagipun nanti tak ke diorang malu kalau saya mintak. Tapi nak tunggu mereka faham2 sendiri dan bayar..hurmmm...memang makan tahun kottt.. Nak kira halal?? Bukan sikit2 tuuu..

Bila dah terkena dengan orang2 yang liat nak bayar ni, tempiasnya kena kat orang lain sekali la. Susah dah nak bagi orang pinjam duit. Cuma orang tertentu je. Mereka2 yang takde dalam senarai hitam. Hahaa.. Siap de senarai hitam. Mereka2 yang terkecuali dari senarai hitam ni orang2 yang hari ni pinjam, esok dapat je duit terus bayar balik. Pastu selagi dia tak bayar, asal jumpa je dia akan say sory banyak2 kali pastu cakap malu..malu..malu gila sebab terpakse pinjam duit perempuan.

De satu kes masa zaman study dulu, sorang member laki nak pinjam duit sebab parent lambat masukkan duit belanja (ni jenis loan pa&ma). Banyak gak dia pinjam. Yela..zaman student dulu kita pun makan pakai duit loan. Bile member nak pinjam sampai rm500 terasa besar sangat. Tapi atas dasar percaya, bagi gak la. Bukan sebab cinta. Sebab laki tu hanya kawan dan tak pernah pun de skandle maupun sampai tahap bercinta. Tolong atas dasar percaya kat kawan. Tapi dia punya malu..tak tau nak kata. Setiap kali jumpe mesti cakap segan gila..mesti cakap sory..pastu janji cepat2 bayar bila parent dia masukkan duit belanja. Masa nak bagi duit kat dia pun macam nak tak nak je amik. Yela..jatuh kot maruah dia sebagai laki yang macho dan jadi rebutan ramai student pompuan. Hahaaa.. Teringat ayat dia.. 'ko akan menyesal sebab tolak pelawaan aku ajak ko keluar.. ko tengok la nanti.. aku tak nak ajak ko naik kereta aku' Hahaaa.. tu la laki. Bile tawaran di tolak, mula la rasa maruah tercabar kan. Tau la dia student hot. Mampu pakai honda ek di kala semua kawan2 yang lain naik honda ex5 je. 'Aku tak menyesal pun sampai hari ni..cume aku kesal sebab ko makin sombong lepas aku tamoo keluar dengan ko.. dan sampai hari ni aku tak terliur tak merasa naik kereta ko tu..sebab aku tau ko memang budak mulut jahat..suke cakap lepas..' Opppsss.. melalut kan?? Kehhh.. walaupun dia ni mulut jahat macam longkang tapi jiwang mengayat pompuan, bile parent dia bank in je duit belanja, terus dia bayar semua hutang. Tak payah tunggu saya mintak. Tu pun dia punya say sory, dah macam anak jepun angguk2 kepala. Hahaaa.. On dad time berubah sikit persepsi saya pasal laki on part pinjam duit dan bayar hutang.

Tapi yang tak bestnye bila de kawan2 lain yang pinjam duit sampai almost 1k tapi tak bayar2 hutang. Nak mintak..saya tak nak jatuhkan maruah dia.. Tak mintak..takut esok2 dia ingat saya halalkan je pulak. Serba salah jadinya. Yang lagi tak best, bila hutang tu di bayar secara ansuran. Tak rasa sangat duit tu sebab dapat sikit2. Sekarang ni dah keje pun jadi camtu gak lagi. Sebab tu sekarang ni saya susah sikit nak bagi orang pinjam duit. Sebab dah terkena banyak kali. Tapi atas dasar kawan, kadang tu saya bagi gak. Dan sekarang ni saya rasa macam nak jadi ceti dah. Nak pegi kejar orang kutip hutang. Jadi along bukit beluntung kang. Sape nak buat loan letak interest sampai 80%. Amacam?? De sape berani?? Eiiii.. Cekik darah kan?? Camne nak bagi dorang bayar cepat2 ekk.. Susah hati sudah..



1 comment:

d.i.m said...

wah dgn cik ezza boleh pinjam smpai 1k..best2
cik ezza nk loan jugak...kekeke