Showing posts with label bukit tinggi. Show all posts
Showing posts with label bukit tinggi. Show all posts

Thursday, August 5, 2010

Rabbit Park, Berjaya Hills

Selepas dari japanese village dan colmar tropicale, kami terus ke rabbit park. Bayaran masuk yang di kenekan hanyalah RM3 sahaja. Kat sini kita boleh main2 bermain arnab2 yang de sambil bagi makan. Makanan arnab de dijual kat kaunter. Tapi tak ingat plak bape ringgit sebungkus. Kalau tak silap RM1.50 saja.

nama dia comot. tengok hidung dia. comot kan?? asek nak titon jeee..

Arnab2 kat sini tak takut orang. Dah biasa de ramai2 orang datang main2. Kita hulur je tangan, nanti cepat la dia datang. Macam tau je dalam tangan kita tu de makanan. Tapi macam geli sikit sebab boleh rase dia geget2. Hihiiii.. Tapi tak dibenarkan angkat arnab ni tau. Saya macam kesian kalau tengok orang angkat arnab tarik kat telinge dia yang panjang tu. Memang camtu ke nak angkat arnab?? Sian la tengok. Nanti dia sakit.. So, kat sini memang tak dibenarkan untuk angkat2 arnab. Jadi jangan ngade2 nak try angkat ehhh.. Nanti dia shishi kat ko baru tau.

Tapi untuk kali ni saya rase bilangan arnab yang de macam makin berkurangan. Dan arnab yang de pun nampak macam tak sihat je. Telinge lentok2 la.. kaki luke2 la.. Selalu gaduh berebut awek makanan kutt.. Sian dia. Saya rasa mane2 arnab yang sakit tu janganla kuarkan dari kandang dan biar main2 dengan orang ramai. Sebab macam kesian sangat. Kan lebih baik kalau di rawat dulu sampai dah betul2 ok baru kuarkan dari kandang dia. Owwhhh.. saya agak sensitif kalau tengok de haiwan teraniaya. Sian sangat..

heppp..heppp.. pe main kish2 vontott ni.. hihiii.. yang lain pakat bersusun tido tepi pagar nun

Masa saya datang tahun 2004 dulu kat rabbit park ni de tempat untuk memanah. Bayaran hanya RM10 saja. Sape rase nak try bolehla try. Tapi sekarang ni dah takde pulak. Tau la pulak dah pindah kat mana. Dan sekarang ni dah naik lot kedai pulak sebelah rabbit park ni. Dulu kawasan parking dia sangat luas. Sekarang dah agak terhad sikit. Tempat keldai dan rusa masih de dekat belakang nun. So bolehla jenguk2 sekali.

Ok. Habis dah cite pasal bukit tinggi ni. Sebab tiap kali saya datang pun memang akan datang kat 3 tempat ni je. Kat japanese village, colmar tropicale dan rabbit park. De lagi tempat2 lain kat bukit tinggi ni. Macam kandang kuda, tempat bowling dan tempat paintball. Tapi saya tak pernah sampai. Mungkin kunjungan kali ke 4 pulak nanti saya sampai sana. Mana tau kan..


p/s : teringat masa kecik dulu pernah bela arnab bulu putih gebus mata merah. comel. sampai tak sanggup nak makan bila dah sembelih. last2 bagi orang lain makan. nak sembelih pun suruh orang lain buatkan.

Tuesday, August 3, 2010

Colmar Tropicale, Berjaya Hills

colmar tropicale

Selepas ke japanese village, kami terus ke Colmar Tropical. Tempat yang paling menarik bagi saya kat bukit tinggi ni. Dan semestinya harus di kunjungi kalau anda datang ke bukit tinggi. Bangunan2 kat colmar tropicale adalah bertemakan desa Perancis pada abad pertengahan. Sikit sebanyak dah boleh membayangkan budaya mereka.



bridge entrance

Kat sini de gak souviner shop. Bolehla beli sikit ole2 tanda kenangan dari bukit tinggi. Kalau kat japanese village cume de Ryo Zan Tei Japanese Restaurant yang menghidangkan makanan jepun, kat colmar tropicale ni pulak de berbagai cafe yang menghidangkan bermacam2 jenis menu. Selain dari yang dah saya bagitau dalam entry japanese village, kat sini de gak cafe yang menghidangkan menu perancis otentik, kedai roti perancis, kek, sandwich dan de gak restoran yang menyajikan makanan malaysia. So, banyak sikit pilihan untuk melayan anak tekak dan perut yang kebulur. Hihiiii..

flea market





De banyak aktiviti boleh buat kat sini. Kat sini de flea market yang jual macam2 bende menarik tertarik. De clown dan de mase kalau bernasib baik de dances performances. De kiddies games room. De taman2 yang menarik dan cantik untuk berehat. Owhhh.. macam2 lagila yang de.



de square

Bilik2 yang de kat sini tak kurang menarik. Sape yang suke dengan suasana romantik bolehla datang untuk bermalam dan rasa sendiri suasana romantik tu. Lagi2 untuk mereka yang baru kahwin *winkkk..gatal* Saya nampak ramai yang jari masih merah berinai datang sini. Mungkin honeymoon kutt. Kalau saya takde dahla nak datang honeymoon kat sini. Saya ni bukan boleh duduk dalam hutan. Datang kejap2 balik hari tu bolehla. Lama sikit kang mule la nak meroyan. Hihiiii.. Kalau laut ke pulau ke aii suke la. Tempat yang boleh sopeng..sopeng..sopeng.. lagila saya suka berganda..!!

Last sekali, harusla tayang pic aii yang feeling2 model tapientahbilenakglemer.. Heiiipp..heppp.. ni blog saya kan. Nasibla kalau jemu asyik tengok muka saya je..

model picture wall kat pathway to de square

Monday, August 2, 2010

Japanese Village, Berjaya Hills

Hanya perlu drive lebih kurang 45minit dari Kuala Lumpur dah boleh sampai kat Berjaya Hills ni *kalau layan drift sambil diiringi abang2 ninja badan kental2 mungkin cepat sikit boleh sampai. salah satu sebab suke perjalanan ke pantai timur boleh tengok abang2 ninja berkonvoi layan lap sambil vroomm..vroomm bikin aii tik..tikk.. netes air mata. impian yang tak tau entah tercapai ke tak* Tak tau berjaya hills ni kat mana?? Kat KM48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia. Semestinya kat Malaysia. Bukan bukit tinggi yang kat indonesia nun. Yang tu tak pernah sampai lagi walau sekali pun.

Bayaran masuk adalah hanya RM 12 sahaja. Siap dapat voucher less 15% untuk dining pleasures kat Le Poulet Roti *hidangan ayam panggang, homemade mashed potatoes dan muffin*, La Flamme *hidangan pastri, pasta dan pizza*, Ryo Zan Tei Japanese Restaurant *hidangan masakan jepun*, La Bistro *minuman beralkohol dan non-alkohol, lite snack* dan L'Orient *restoran indochine*. Ryo Zan Tei tu je yang de kat Japanese Village. Yang lain2 sume antara restoran yang de kat Colmar Tropicale. Tapi harga makanan memang agak mahal dari biase. Sepinggan pasta pun dah macam harga berpinggan-pinggan pasta kat tempat lain. Standad la kan kalau tempat peranginan camni. Itu lumrah.


salah satu punca mata juling. tangan tunjuk lain. mata tengok lain


Tempat pertama yang kami diterjah adalah japanese village. Japanese Village ni salah satu tempat menarik yang harus di kunjungi kalau datang Bukit Tinggi. Boleh drive terus sampai atas. Tinggalkan kereta di tempat parking yang disediakan dan tunggu trem datang kutip anda di tepi jalan. Tu untuk orang yang malas nak jalan tonggek2 daki bukit macam saya la. Sape rajin boleh je jalan kaki. Tak jauh pun nak sampai kat japanese garden tu. Manje lebih takut ketiak masyam. Lalalaa..




Kali ke-3 datang tempat ni. Dah jadi macam acara wajib setiap 3tahun. First time sampai kat sini ni masa tahun 2004. Pastu datang lagi tahun 2007. Dan tahun 2010 ni datang lagi. Pasni mungkin tahun 2013 akan kembali lagi kut.. Kutt la ehh.. Tu pun kalau de perubahan kat tempat ni. Sebab tengok sama je macam dulu. Takde pe2 perubahan. Kalau de yang berubah pun, japanese garden dah tak wangi, botanical garden dah tak banyak sangat bunge2, ikan koi dah besar dan sangat agresif *best*, air terjun dah banyak ranting2 dan dahan2 takde sape nak bersihkan... Ehhh.. kenapa macam makin tak best je ni. Tapi udara dia tetap segar walau tak sesegar dulu. Best :)




Kat japanese garden ni de air terjun yang de banyak2 ikan koi. De rumah mini ala2 macam kat jepun. Bolehla nak duduk rehat2 kejap. Sape nak rase lebih feel lagi macam kat jepun, bolehla sewa kimono kat sini. Harga sewa RM18. Pastu posing2 sambil minum teh kat japanese tea house. Tak pun sambil bagi ikan koi makan. Makanan ikan pun de jual gak. Dah penat2 berjalan, bolehla pegi kat tatami spa. Macam2 de. Dari yang basic foot spa dan urutan 90minit hingga la sesi yang paling lama 4jam. De body scrub, body wrap, onsen, massage dan de makan sekali di sediakan. Tapi harga dia boleh buat aii pitam muntah2. Memang takde la nak merasa masuk. Balik rumah layan massage kat spa nana pun dah kire bagus. Hihiiii..





Sape yang nak bermalam kat japanese village ni de gak tempat untuk bermalam. Kat Ume Tatami Suite. Rumah yang boleh memuatkan kumpulan yang besar macam yang datang berfamily ke. Duduk lagi ramai lagi bagus rasanya. Sebab rumah ni betul2 seketul je kat tengah2 hutan tu. Sape pencinta alam dan sukakan ketenangan tengah2 hutan bolehla kutt. Macam aii ni, takde la wehh. Kang mule la terbayang rimau kat luar rumah. Bunyi burung malam2 pun kang aii dengar macam bunyi pontianak mengilai. Camne?? Eiiii.. Serammm..




Selain dari tu, de gak Souvenir Shop dan Botanical Garden. Bolehla beli ole2 sebagai kenangan. Kat botanical garden pe lagi yang de kalau bukan bunga2. Burung pun banyak. Kebetulan masa datang hari tu ramai photog kat sana tengah try shoot pix burung dari jarak jauh. Lense diorang jangan cakapla. Panjang sedepa. Macam meriam buluh dah gayanya *dah nak raya kang boleh pinjam main perang2 dengan jiran sebelah* Mesti berat nak pikul. Harga sebijik myvi tu. Tibe2 rase d200 tu kecik je. Sila la upgrade ye.. Yang d200 tu turun temurun kat aii je pasni. Lalalaaa..