Showing posts with label event nuffnang. Show all posts
Showing posts with label event nuffnang. Show all posts

Tuesday, June 15, 2010

Hipp..hiipp..hureyy... Saya Menang Motoo

Semalam dapat email dari digi. Email pasal Digi So Easy To Be Famous Winners Announcement. Ni dah kire kes lawan tokei la ni.. Saya yang join contest, tibe2 orang lain pulak yang glemer. Mane aci kan tibe2 muke orang lain pulak yang dijaja jadi model iklan. Nak marah ni.. nak marah ni.. Tibe2 nak ngamuk tak tentu pasal pulak kan. Nak tau pasal pe??


tibe2 muka mamat ni pulak yang menang.. 'muka jawa awak tu de value nampak yanggg'


Bukan uncle law pun yang join contest ni ehh.. Saya yang join. Muka je muka dia. Nama peserta tetapla nama saya. Konon2 nak dajalkan dia hari tu. Tu yang tepek muke dia tu. Gelak guling2 saya tengok vidstar dia ni banyak2 kali. Muke tak boleh blah. Tapi tak sangke la pulak boleh jadi top 10. Tak pasal2 uncle law jadi star role iklan Digi kat blog2 pasni. Kalau nasib baik silap2 jadi star role iklan Digi kat tv pulak.. Ciss sungguh la.. Kalau tau hari tu, baik tepek muke sendiri je. Aii kan gile glemer.. Aii rela je kalau disuruh jadi momok kuning tu pun..

Hari tu saya de join gak untuk photostar. Letak muke sendiri. Tapi tak menang la pulak yang tu. Mesti sebab gambar tak clear kutt.. Pandai2 pegi resize gambar tu. Pastu dah jadi blur2. Padan la tak menang kan..*ayat2 orang tak dapat terima hakikat muke takde potensi jadi model* Nak tengok gambar yang di pertaruhkan untuk photostar??


ilham dari gambar mulut ikan emas comel kami ni.. menjadi...

*
*
*
*
*
*
*
*

begini.. ni la dia.. blur je kan gambar2 ni.. 'kak mud & masya.. kite tak menang la kali ni.. aksi mulut ikan emas kite tu kurang hottt la..' Hahahaaa..

Monday, April 19, 2010

Dapat Acer Ferrari 1200 Laptop & Blackberry Bold Dari Nuffnang & Gatsby

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.. Memang tak sia2 la join Gatsby Deodorant Street Fair kat Berjaya Times Square sabtu hari tu. Letih tu biase la kan. Tapi berbaloi dengan pe yang saya dapat pada event tu. Memang berbaloi-baloi. Bertuah sungguh rasenye bile 1st time join dah boleh dapat macam2 bende. Tidak mengecewakan dan sangat mengujakan. Nuffnang.. lain kali buat lagi ekkk.. Saya suke rela nak join sekali lagi.


aucccaaakkk..!!! mase untuk posing dan bergambar dengan mereka semua..


lautan manusia berbaju merah. cube cari di manakah saya.. hahahaaa..


ramai dan meriah kan??


gambar dari belakang. banyak sangat la tangan yang kelihatan..


Seperti yang dirancangkan, rekod telah pun tercipta dalam Malaysia Book of Record sebagai Largest Gathering of Bloggers (518 bloggers). Tahniah kepada semua blogger, Nuffang dan terutama sekali Gatsby yang terlibat dalam event ni untuk mencipta rekod. Gempak gempita kat Berjaya Times Square hari tu bagaikan ada perhimpunan penyokong Thaksin Shinawatra. Ratusan bloggers yang hadir semua berbaju merah untuk memeriahkan lagi event tersebut. Semua pun nampak happy dan ceria.


banyak kali try tapi tak pernah lepas dari petak nombor 11.. fedup aiii..


senang je main ni.. baling-baling je.. hahahaaa..


Macam-macam permainan yang disediakan untuk semua yang hadir. Syok gile main. Sume pun senang-senang dan menarik. Dah main dapat kupon untuk kumpul point. Pastu boleh redeem barang-barang Gatsby. Main pun untuk suke2 je. Cube sekali tak berjaya, boleh cube banyak2 kali. Lagi banyak dapat kupon, lagi banyak dapat point dan lagi banyak barang boleh redeem. Masing2 pun semangat nak kumpul kupon.


main mende ni la yang dapat kupon banyak gile tu.. dahh..tengok la gaya dia ni.. semangat gile main lembu.. mooo.. moooo..


Tengah beratur panjang nak redeem kupon, de 2orang akak datang pada saya bagi kupon. Thanks too akak yang tak sempat nak kenal sebab dia macam tergesa-gesa nak balik. Terima kasih banyak2 akak.. Kalau ‘akak’ orang yang saya maksudkan, sila tegur saya.. Nanti saya poskan barang yang saya dah redeemkan ni. Hehehe… Betul kak.. Tak tipu.. Pastu dapat pulak kupon lagi. Kali ni berlambak okeee.. Sangat teruja gile masa ni.. Thanks a lot bro.. Murah rezeki dan bertuah hari tu. Tengok la pe hasil yang saya dapat lepas redeem kupon2 tu sume. 3kali redeem okee.. Tu pun dah bagi 25keping kupon kat orang lain gak. Sharing is caring kan…


antara kupon yang kami dapat..


ni la hasil kami selepas 3 kali redeem hari tu.. stok setahun ni..


Banyak kan?? Bertuah kan?? Cume tak cukup bertuah kat cabutan bertuah la.. Dan saya bukan la orang yang dapat bawak balik Acer Ferrari 1200 Laptop dan Blackberry Bold macam kat tajuk entry ni.. *tajuk saje bikin gempak okeee*.. Pe2 pun, tahniah kat uols yang dapat hadiah yang best2 kat cabutan bertuah tu. Yang tak dapat pun tahniah gak. Sebab masing2 tak balik dengan tangan kosong. Dapat gak redeem barang2 gatsby kan... Yang penting kite happy!!!


last sekali mesti la tayang gambar tuan rumah sendiri.. lalalaaa..

Friday, March 19, 2010

"I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair"


Yeeaaayyy.. lagi sekali blog saya dihiasi dengan pics yang comel lote dan cute mute ni. Nampak tak ianya sangat colorfull dan wonderfull tu.. Sangat riang ria. Menarik bukan?? Ok, mari bercerita berkenaan event tersebut. Ni la sebenarnya projek rahsia yang dirahsiakan dan sulit selama ni. *berape kali nak sebut rahsia*. Projek 400 nuffnang, projek terbaru nuffnang bersama Gatsby… ‘Gatsby Deodorant Street Fair’

Sape berminat nak join?? Saya naaaakkkk saaannggaaat join. Please nuffnang..pliss..pliss.. *nampak bersungguh-sungguh tak* Rugi kalau tak join sebab macam-macam ada kat sana nanti. Bile?? Kat mana?? Meh saya bagi sedikit info

Tarikh : 17 April 2010
Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi : Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur



Tak rugi sape-sape yang join event ni. Sebab hadiah-hadiah yang dijanjikan oleh nuffnang dan Gatsby sumenye gempak dan BESAR-BESAR semuanya!!! Sume yang join berpeluang untuk mendapat cabutan bertuah. *banyak pulak sume* Antara hadiah-hadiah yang boleh dibolot nanti antaranya 'cool gadgets' berjumlah lebih dari RM 15,000.00. kalau dapat ni, sorrgaa…sorgaaa.. *tiba-tiba feel nak jadi si mata duitan*

Hadiah dah buat hati jadi riang ria kan?? Nak tambahkan lagi keriangan semua blogger bersama nuffnang, ada pelbagai game-game yang menarik telah dirancang di Gatsby Deodorant Street Fair nanti. Antaranya, ‘Sumo Wrestling (in air bag suits), ‘gladiator battles’ dan banyak lagi.. Bersedia la anda sume untuk di buli. HahaHHhahaAa.. bukan buli pukul-pukul, dush-dush kepala.. Nak tau camne, kene la datang untuk tengok sendiri nanti. Dijamin tidak akan menyesal. *Datang jangan tak datang. Rasakan sendiri kemeriahannya*


Sebelum ni kalau sebut pasal Gatsby mesti terbayang produk hair styling je. Sebenarnya ada banyak lagi produk keluaran Gatsby ni tau. Antaranya hair coloring, body care, face care dan shaving. Banyak sebenarnye kan.. Dan yang terbaru ni deodorant. Ada macam-macam jenis haruman untuk mempelbagaikan lagi pilihan kepada pengguna.


Terima kasih kat nuffnang dan Gatsby untuk tawaran yang gempak dan hebat!!! Saya nak sangat.. nak sangat join dan tak nak lepaskan peluang ni..

Anda bagaimana?? Berminat untuk join?? Dapatkan pelbagai info mengenai Gatsby Deodorant Street Fair ni kat :

www.gatsby.com.my/streetfair
cepat klik.. cepat klik..