Showing posts with label kad jemputan. Show all posts
Showing posts with label kad jemputan. Show all posts

Friday, February 25, 2011

Walimatul Urus


Keje baru dah sampai. 3500pcs untuk diedar. Hukhukkkk.. Kene amik mood dulu la nak mulakan keje lipat2, tulis2, gam2, lekat2, pastu pos2. Esok lusa jela mulakan keje baru ni.


Gila teruja tengok nama sendiri atas kad jemputan, atas bunting. Macam tak pecaya. Senyum2 malu. Senget betul. Sebelum balik, adik SA kedai kad ucap 'tahniah, selamat pengantin baru'.. Rasa macam.... ding dong ding dong. Betul ke pe yang saya dengar. Heiii.. sweet je tau.. Lama lagi la dik~~

Friday, February 11, 2011

Kesedihan Berganda

Rasa macam nak menangis saat ni. Dem!!! Kenapa mesti de rasa camni masa kat ofis. Susah nak control. Kesedihan berganda bila tiba2 tersedar dah buat salah kat kad jemputan sedangkan dah proceed dan saya rasa printing oredi done now!! Macam mana saya boleh cuai dengan perkara penting ni. OmaiGod!!! Apa saya dah buat ni. Cuai!! Cuai!!! 10times make correction still do de dumb mistake!! Saya harap saya yang dah tersalah tengok tadi. Harap2 hasilnya baik2 saja nanti.

Lagi sedih bila kejap tadi lady bos panggil untuk sampaikan amanah dan handover keje sebab dia tak sempat nak train new lady bos nanti. Sedih~~~ Saya akan kehilangan bos. Dan entah untuk kali ke berapa bertukar bos sejak 3tahun keje kat sini. Kami tak la kamceng sangat. Tapi as a boss and staff, baik2 saje. Sebab dia bukan seorang boss yang bossy. Juz like a fren. De masa we can share personal matter. De masa masing2 buat hal sendiri. Sebab tu saya selesa bekerja dengan dia. Owwwhhh.. Think positive. Mungkin hari esok akan lebih baik dari hari ni. Kan?? Tapi hati tetap mahu menangis saat ni~~~

p/s : I like to walk in the rain because nobody knows that I'm crying

Tuesday, March 23, 2010

Secebis Undangan Bersulam Ingatan

Hari tu dah cerita pasal barang kemas. Hari ni nak tunjuk pulak kad undangan majlis perkahwinan yang comel2 dan cute mute. Kalau ikutkan masih awal lagi untuk weols tempah kad kahwin ni. Tapi tak salahkan kalu pilih awal2. Sampai mase nanti senang nak pegi terjah.

Suke sangat kad jemputan yang ni. Simple tapi comel dan cute. Kredit to Gedung Kad Kahwin

Yang ni pun comel. Tengok kat Gedung Kad Kahwin jugee..

Yang ni cute. Gambar couple dating meting. Yang ni tengok kat Kad Kahwin

Semua pun gambar kartun yang weols tengok.. hehee.. Tibe2 jadi kanak-kanak riang pulak *ni gara-gara tengok de member buat nampak cute la ni* Nak cari yang simple2 je. Harga pun mestilah yang berpatutan. Takde la sampai yang mahal melampau. Kad2 tu semua harga berpatutan. Masih di bawah bajet kami. Biar bawah bajet, jangan terover bajet. Kang kene cut cost kat part yang lain-lain pulak.. Huhuuuu..

Tips untuk dikongsi bersama :
# Masa yang sesuai untuk menempah kad undangan perkahwinan adalah 2 atau 3 bulan sebelum majlis perkahwinan.
*tak boleh lambat sangat. bukan kamu sorang je yang nak kahwin. ni untuk elak masalah kepada printer. kang dapat kad tak seperti yang diinginkan jangan salahkan orang lain. sape suruh buat last minit kan*

# Masa yang sesuai untuk edarkan kad undangan perkahwinan adalah 6 minggu sebelum majlis perkahwinan. *waktu yang tepat rasenye 6minggu sebelum majlis tu. ambil kira untuk penghantaran dengan pos bagi kawan-kawan yang jauh. kalau awal sangat edar kad, takut sampai mase nanti de tetamu yang dah terlupa majlis kamu. kad pun tak ingat dah letak kat mane. masalah jugak kalau edar lambat sangat. nak pulak majlis kamu tu mase cuti sekolah. dah tentunye banyak majlis lain lagi yang tetamu-tetamu kamu perlu hadiri. so, kalau edar pada waktu yang tepat, mereka boleh la merancang dari awal. dan sudah tentunye majlis kamu akan di utamakan oleh mereka.