Showing posts with label penjagaan kulit. Show all posts
Showing posts with label penjagaan kulit. Show all posts

Thursday, August 12, 2010

Hureyy..!! Dah Habis Appointment Doc

Saya pernah de masalah kulit muka serius. Betul tak tipu. Sape tak percaya boleh tengok CITE LAMA. Tibe2 je jadi camtu tanpa tau sebab. Tapi sekarang adalah masa untuk jerit kuat2 lompat2 riang cakap.. WehoooOOoo..!! Ianya telah berakhir!! Appointment 1julai hari tu merupakan yang last sekali. Tapi bukan jaminan 100% doc. Sebab kalau masih lagi gatal2 bereksperimen dengan macam2 produk kat muka, doc jamin masalah yang sama akan berulang. Dan saya akan terus terpakse berjumpa dengan doc dengar dia bebel2 lagi. So, sila jadi budak baik dengar cakap doc kalau tak nak duit simpanan untuk beli acer ferrari habis terbang melayang2 masuk akaun doc. Sadis okeee.. Tapi tetap kene datang juz untuk beli ubat saje. Tak perlu jumpe doc lagi dah. Owhh.. beli ubat saje pun masih banyak lagi duit yang akan melayang. Terpakse jadi kedekut jimat2 guna ubat yang de. Hihiiii..

So jumpe doc ari tu doc bekalkan ubat yang sama saje. Krim sapu untuk pagi dan losyen untuk malam. Siap de tambahan ubat. Doc bagi gentle skin cleanser cetaphil. Yang dah sekian lama cari tapi tak beli2 sebab mahal. Owhh..kedekut terserlah. Tapi bile doc dah bagi, terpakse beli jugak. Untuk kebaikan sendiri.

cleanser ni pakai ciput2 je sebab kedekut nak jimat

Masa mula2 pakai rase macam pelik. Sebab cleanser ni lembut je takde bau2 wangi dan takde buih2 sabun sebab ianya bebas sabun. Rasa macam tak puas hati loo takde buih2. Tapi dah sebulan lebih pakai ni lama2 dah ok. Biase je. Cleanser ni sesuai untuk kegunaan hari2, sesuai untuk kulit sensitif. Bukan je untuk muka, sesuai gak untuk badan. Tapi sebab mahal, pakai kat muka ciput2 pun dah cukup rasanya.

Gentle skin cleanser ni membantu kulit mengekalkan kelembapan yang diperlukan. Kulit akan terasa lembut dah halus macam kulit baby *auww...auww.. feeling2 baby comel dah ni* Boleh pakai dengan dua cara. Tanpa air dan dengan air. Kalau tanpa air, picitkan sikit atas tapak tangan. Gosok2 lembut kat seluruh muka. Lapkan dengan kain lembut. Takyah lap bersih2 pun takpe. Kalau dengan air pulak, pakai macam biasa je la. Sape tak biase ngade2 la tu ehh.

29 oktober 2010 - peringkat awal selepas jumpe doc

10 julai 2010 - hureyyy.. dah habis. tak payah makan ubat lagi

Mula2 nekad nak pegi Nathan Skin & Laser Center ni masa 8 oktober 2009. Last apponintment 1 julai 2010. Sepanjang tu de la 10 appointment gak. Kadang2 sebulan sekali. Kadang2 2minggu sekali. Tengok pada keadaan tindak balas dengan ubat la. So total untuk 10 sesi ni dah habiskan duit simpanan lebih 3k. Owhh..terlebih 1k. Sebab mula2 dulu bajet akan habiskan 2k je. Tapi bukan la bayar sehempok terus 3k tu. Bayar sikit2 ikut bil ubat tiap kali jumpe doc. Huwaa.. Banyaknya duit saving melayang kat akaun doc. So sekarang sila beringat dan dengar arahan doc. Jangan jadi budak degil. Bulan puasa ni la masa untuk jadi budak baik dengar cakap orang tua. Takmoo dah duit melayang sia2 camtu je..

Tuesday, April 6, 2010

Kini Ku Tahu Kenapa Merah2 Itu..

Isnin minggu lepas dapat mc sebab gatal2 kan. Dan sebenarnya dah lame pun kene gatal2 tu. Seingatnya dari hujung bulan 12 hari tu. Seminggu baik, pastu kang jadi lagi. Sampai la isnin minggu lepas. Sampaikan dah tak larat nak pegi klinik jumpe doctor syed. Dah tak tau nak cakap sebab pe lagi. Kadang tu rase macam mengade-ngade sangat la pulak. Tapi siyes parah. Bukan main2 punye gatal. Sampai bengkak2 tangan kalau kene. Yang peliknye, setiap kali kene gatal2 pun mesti naik kat area jari2 tangan dan kaki. Tempat lain tak de la pulak. Tu yang doctor syed pun sampai tak tau dah nak kate saya ni alah dengan pe. Sebab dah de sejarah alah dengan semut dan habuk, so doctor cume cakap suruh jauhkan dari bende2 tu.

Alah dengan semut..?? Macam kelakar kan. Tapi tu la.. Asal kene gigit semut sikit je, mule la rase bise sangat2 satu badan. Pastu kang kejap je la dah naik bengkak2 kat tempat yang kene gigit dengan semut tu. Bukan kate kat tempat tu je. Kat kawasan sekeliling tu pun jadi bengkak2. Selagi tak makan ubat, selagi tu la tak ok. Kalau kene kat kaki sampai rase tak boleh nak jalan la. Kadang tu tak sempat pun semut tu nak gigit, tapi tetap gak la nak naik bengkak2 tu. Pe hal entah. Kalau alah kat habuk tu biase la. Tak de la separah alah dengan semut.

Tapi yang kali ni punye gatal2 lain macam sikit. Tak de pulak kene gigit semut ke.. main habuk ke.. Tetap la jadi gatal2. Dah basuh baju dengan dettol, mandi dengan dettol, cadar, sarung bantal dengan selimut sume pun dah basuh dengan dettol. Tak ok gak lagi. Minggu lepas kene gatal2 yang agak siyes lagi terus pegi klinik jumpe doctor syed. Tak pasal2 kene cucuk kat lengan sebab macam dah tak jalan je nak makan ubat.


Ni la keadaannye bile kene gatal2 tu. Sume tengok pun macam pelik jee



So, hari khamis minggu lepas de appointment kat nathan skin & laser centre. Terfikir nak tunjuk yang gatal2 ni kat doctor. Yela.. Nama pun pakar kulit kan. Mesti dia tau kenapa dengan masalah kulit saya ni. Hulur dua2 tangan kat doctor tunjuk tempat yang gatal. Mase ni masih merah2 dan gatal2 sikit. Sekali tu doctor boleh pulak buat muke pelik senyum2 *diorang2 kat klinik ni memang friendly.. Boleh sembang2 macam kawan2* Doktor tanya sejak bile jadi camni. Cite punye cite.. sekali doctor cakap.. ‘I ingatkan u tak kene infection ni. Ingatkan kulit u tahan..’ Mase tu macam blur2 lagi. ‘Gatal2 ni sebab ubat yang u makan tu la. Kan I dah bagitau kulit u akan jadi kering2 dan de sesetengah orang akan jadi gatal2 macam u ni..’ Laaa… tak pasal2 saya kene cucuk kat lengan hari tu. Huhuuuu.. Doktor senyum2 cakap ‘sian u ehhh.. sampai kene cucuk.. don’t worry.. tak de pe ni. Nanti I bagi ubat untuk kulit kat tangan ni sekali…’


Dapat ubat baru.. banyaknye ubat..



Rase macam kene april fool je mase tu. Tak pe la. Yang penting doctor dah cakap tak de pe2. Pasni tak de la nak risau2 lagi dah pasal gatal2 kat tangan ni. Kalau tunjuk kat doctor dari awal hari tu kan senang. Nasib baik la kesan gatal2 tu tak tinggalkan parut. Kalau tak, tak pasal2 je jadi budak comot de banyak parut2 kat tangan. Dah tak comel pulak nanti. Comel ke selama ni?? Hahahahah…..

Thursday, April 1, 2010

Pegi Klinik Amik Ubat Lagi

Asyik cite pasal klinik je sekarang ni. Hari jumaat hari tu pegi klinik, isnin pegi klinik.. Dan hari ni, jam 2.30petang nanti pegi klinik lagi. Hari ni saya de appointment kat nathan skin & laser centre. Hari ni amik stok ubat lagi untuk bulan yang terakhir. Kejap je dah masuk bulan yang ke-6 saya makan ubat tu. Semuanya nampak macam ok je. Harap-harap appointment bulan depan adalah yang terkhir. Asyik makan ubat je. Badan ni macam dah tak boleh nak terima je *poket lagila tak boleh nak terima..duit saving dah banyak kene korek.. hahaha* Pe2 pun, tunggu je la doktor cakap pe petang ni.

Lepas ni biarla member saya pulak yang meneruskan tradisi menjadi pengunjung tetap bulanan kat klinik tu nanti. Pesanan untuk member yang terpakse dirahsiakan name 'Sabar sikit ekk kak..minggu pertama memang susah sikit nak nampak hasilnye..lagi2 kalau masalah dah kronik sangat..lepas ni duit gaji banyak2 tu tak payah la nak beli skII ke..shiseido ke..bukan bende ni tak elok..kadang tu tak serasi dengan kulit kite..buat rawatan kat klinik yang sepatutnya lagi berbaloi lagi dari beli semua bende2 tu saya rase..sekurang-kurangnya doktor tau pe masalah kulit kite yang sebenar..rajin2 la makan ubat yang doktor bagi..' HooOoooHHhh.. Cakap macam terer je.. Boleh cas bayaran konsultansi ni.. Hehehee..

Friday, March 26, 2010

Nak Pegi Klinik Lagi.. Dan Lagi..

Tengahari nanti dah janji nak bawak kawan pegi klinik. Semalam lagi dia dah pesan mintak temankan. Bukan la dia tak sihat.. No..no..no.. Dia sihat-sihat saje.. Cume sekarang ni dia ade masalah dengan kulit muke dia. Dah lama saya pesan suruh jumpe doktor cepat-cepat. Tapi dia takmo. So hari ni saya nak bawak dia pegi ke klinik yang biase saya pegi, Nathan Skin & Laser Centre.

Incik doktor, saya bawak kastemer untuk incik doktor hari ni. Takkan tak de pe2 komisyen kot untuk saya.. Dapat diskaun kat harge ubat pun jadi la.. Hahahaa.. *Tak.. tak.. Gurau je*

Ramai kawan-kawan tanye lokasi klinik ni. Tak susah pun nak cari. Alamat penuh klinik ni kat : Tingkat 1, Menara DBKL II, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia. Menara DBKL II ni betul-betul bertentangan dengan bangunan KWSP. Tak tau gak lagi?? Alaaa... Dekat-dekat je dengan Sogo. Sogo pun tak tau.. Tipu la tu.. Padahal tetiap bulan memang selalu pegi sane kan.. Jangan tak ngaku ehh.. Agak-agak memang tak tau sangat tu, tengok je la GPS..

p/s : Appointment dengan doktor hari khamis minggu depan untuk amik ubat yang terakhir. Hoyeeeaaahhhh...

Friday, March 5, 2010

penjagaan kulit muka.. cegah sebelum terkena

Kehhh… meeting tadi biase2 je.. banyak la pulak keje.. biase la kan.. ‘saya yang menurut perintah’.. lupakan yang tu.. saya nak bayar hutang cite ni.. kite cite pasal appointment doc dulu la ekk.. yang misi penting tu masih dalam rangka lagi.. gileee la.. macam pe je siap nak rangka2 dulu.. panjang sangat cite..

Saya bukan la sakit tenat atau kronik sangat pun.. sakit ngade2 je ni.. jumpe doc pun ngade2 je.. kalu orang tau mesti rase macam nak sepuk je.. heheheee… dari oktober 2009 sampai la sekarang, saya adalah salah seorang pesakit dan pengunjung setia kat Klinik Nathan Skin & Laser Centre, Jalan Raja Laut. Hooohhhhh.. entry ni bukan nak promote klinik ke pe ekk.. saya tak de syer pun dengan mereka. Sekadar nak berkongsi pengalaman.



Kisah bermula :

16 Jun 2009 (kalu tak silap) :
Beberapa hari selepas balik dari site visit kat terengganu, tibe2 perasan de bintik2 halus penuh kat muke ni.. macam ruam. Member rumah cakap mungkin nak kene demam campak (saya belum pernah kena lagi tau). Amik langkah pencegahan awal, suruh uncle law belikan air kelapa. Tu pun setelah dapatkan nasihat mak. Kecoh tepon2 mak risau kena demam campak. Takut muka dah tak comel. Hahahaaa.. perasan comel selama ni..

Setelah beberapa hari :
Muka masih tak ok. Mak suruh balik banting nak tengok. Risau la kan nanti anak dara dia dah tak comel.. hahhaaaa.. tak boleh blah..
Balik banting mak tengok cakap tak de pe2 la kot. Tapi muke mase ni dah mule sakit2 dan bengkak2. rase macam jadi ninja turtle pun de.. mase ni dah pegi klinik jumpe doc Syed. Doc bising2 cakap ‘dah tau kulit sensitive kenapa tak jaga betul2. pasni awak elakkan kucing, elak tempat berhabuk..bla…bla…bla..’ macam biase la dia membebel. Mau tak dia bebel. Dalam rekod saya kat klinik dia tu penuh la dengan amik ubat gatal je. Manjang la alah. Gatal + miang betul saya ni.. meow..meoooww…

Setelah beberapa minggu :
Makin kronik muke ni.. nak pegi ofis segan sangat2 rasenye. Kalu boleh tak nak jumpe sesape. Muke siyes bengkak2.. kat pipi kat dahi.. penuh dengan jerawat yang besar2. kalu dulu muke ni susah sangat nak kuar jerawat. Kalu de pun 1 ke 2 je la mase piyed tu. Tu pun tak tentu. Kadang tak de. Bukan saya nak berlagak. Tapi kenyataan. Muka saya jenis yang senang di jaga. Tak cerewet.






ni gambar mase bulan 7


Ogos 2009 :
Makin tak yakin dengan diri sendiri. Muke makin teruk. Teruk sangat2 bagi saya yang tak pernah de masalah jerawat selama ni. Mase ni baru saya tau pe perasaan orang lain yang selalu rase rendah diri bile muke penuh jerawat. Saya dah cube macam2 petua yang orang bagi. Masih tak serasi lagi.

September 2009 :
Bile jumpe kawan2 dan sedara mara mase raya sume pun tanya ‘kenapa dengan muke ni.. pe dah jadi kat dahi yang licin ni.. kat pipi yang dulu tembam ni..’ lagila rase tak semangat. Pegi mane2 pun sume orang tanye. Mase ni teringat kak mona pernah cite pasal klinik Nathan ni. Dia cakap kawan dia pegi sana ok. Tapi mahal sikit la. Terus rajin2 search kat tenet pasal klinik ni. Sume orang pun cakap ok but mahal. Banyak kali gak pikir.. nak pegi ke tak..nak pegi ke tak.. muke dah penuh dengan jerawat batu dah ni. Tapi ye ke jerawat?? Lain macam je.. sampai de yang cakap saya kene buatan orang la.. ngarut je rasenye..


ni mase bulan 9. tengok betul2 kat dahi. pipi mase ni belum kronik lagi

Oktober 2009 :
Akhirnya saya pegi gak klinik ni. Mule2 pegi tu dia tengok2 je.. amik gambar pastu bagi ubat sapu dan antibiotic. Nak tengok respon kulit saya. Dan doc sahkan memang muke saya kena jerawat. Doc tak bagi pakai pe2 kosmetik melainkan bedak Johnson baby saje. Cuci muka pun pakai air paip saje yang dibenarkan. Yang peliknye.. selama ni memang pun saya tak pakai pe2 make-up. Just pencuci muka, krim pelembap dan bedak je (jimat ke kedekut) hehehehee…Tak tau la kenapa tibe2 jadi camtu. Dah tertulis kan..

ni la selepas rawatan. lepas doc korek2 muke. tapi ni bukan yang terkini. kalau tak silap ni mase nov 09

Beberapa bulan sepanjang treatment :
De la beberapa kali gak kena korek2 muka. Doc picit2 kuarkan segala kotoran yang de. Sakit sangat. Sampai kebas2 muke. Muke pun jadi bengkak2. darah kat kapas tu jangan cakap la. Ngeri tengok. Banyak gileee… saya terpakse makan antibiotic yang kuat (mahal wehh ubat ni) sebab tindak balas yang sangat slow. Siap kena sign agreement bagai la. Semasa makan ubat ni, saya tidak dibenarkan mengandung. Selepas behenti amik ubat ni, dalam tempoh 4bulan baru saya dibenarkan mengandung. Kalau tak nanti baby mungkin cacat (tak pe tak kahwin lagi. Tapi takut gak). Saya juga akan mengalami kulit yang agak kering. Terutama di bahagian bibir (doc dah bagi lipbalm sekali).





ni la ubat yang mahal tu. nasib baik 1hari telan 1 je. kalu tak saya buat macam makan nasi je la.

Sekarang (Mac 2010) :
Setelah beberape kali appointment, alhamdulillah muka saya makin ok. Jerawat sume dah susut. Tapi masih kena makan antiobtik yang doc bagi. Saya kena makan dalam tempoh 6bulan (untuk ubat yang mahal tu). Semalam pegi, de lagi 1bulan je lagi saya kena makan ubat tu. Dan semalam doc bagi tengok gambar mase mula2 saya datang klinik tu. Banyak sangat perubahan. Tinggal bekas2 yang dah tak berapa nak nampak je. Dalam 5bulan ni, dah 8kali appointment (kalau tak silap) dan total sume rawatan, saya dah habis lebih 2k.. so korang kira sendiri la berape kene bayar tiap kali jumpe. Bukan saya nak berlagak kat sini cite kemampuan saya untuk pegi jumpe pakar untuk masalah yang kecik ni. Cume nak kongsi dengan anda sume. Kot2 la de yang de masalah yang sama macam saya. Sekurang-kurangnye dah tau kan nak pegi mana. Kan lebih baik mencegah dari merawat. Tapi kalu dah terkena macam saya, lebih baik rawat dengan segera sebelum menjadi makin parah. Tak kisah la pe jenis penyakit pun.

Meh saya share sikit note yang doc bagi kat saya dengan anda sume.

NORMAL DAILY FACE SKIN CARE:
1. use only lipstick, eye shadow and eye pencil (sume pun saya memang tak pernah de)
2. Johnson & Johnson baby powder to face
3. NOTHING ELSE and NO FACIAL
4. Avoid sun

FOR FUNCTION:
1. Make up can but :
# should be lightly applied
# should be oil free base (clinique brand) – ni bukan saya yang promote ehh
2. remove the make up after the function with your usual remover and then use cetaphil cleanser as the last step to wash your face

Ok. Itu saje untuk hari ini. Sekarang saya dah semakin pandai telan ubat pil. Ni sume gara2 ubat mahal punye pasal. Kalau dulu ubat tu main pusing2 je dalam mulut sampai cair. Pastu sah2 la ke sink. Hehheeee… sekarang tidak lagiii...