Showing posts with label bezday party. Show all posts
Showing posts with label bezday party. Show all posts

Wednesday, April 16, 2014

Hannah is Turning 2

Salam.  Today is hannah's 2nd birthday. MasyaAllah.. Time flies really fast. My baby girl is already two years old. Tahun lepas mumy dengan ayah gigih baking rainbow cake on your 1st birthday. Tapi hannah tengok je mumy dengan ayah makan kek tu. Kamu belum boleh makan kek. Sory sayang. Tahun lepas jugak mumy dengan ayah amik cuti, bawak hannah jalan-jalan kat taman. Tahun lepas jugak mumy dan ayah buat hannah 1st birthday party panggil kawan-kawan mumy dan ayah datang rumah. Ayah masak main menu, mumy buat rainbow cake sekali lagi. 

kita potong kek bertiga je malam birthday hannah


birthday girl termenung kat taman

Untuk tahun ni, no baking cake, no birthday party. Mumy dengan ayah bawak awak mandi laut puas-puas. Harap awak suka. Awak kan suka mandi kolam, mandi laut, berendam, main air dan segala mala yang berkaitan air. Ni penangan mumy snorkeling masa awak 3bulan++ dalam perut mumy dulu ke apa mumy pun tak tahu lah. 

Iffa Hannah, kamu semakin pandai mengeksperasikan perasaan kamu. Kamu anak yang tersangat pemalu. Kamu anak yang mudah tersentuh. Kamu anak yang tersangat manja. Mumy tak pelik kalau kamu lambat mesra dengan stranger. Mumy tak pelik kalau kamu tak nak bercakap dengan orang lain walhal kamu seorang anak yang tersangat banyak berkata-kata. Mumy tak pelik. Sebab itulah diri mumy sebenarnya. Kamu sangat klon mumy sekarang ni. Tak mengapa hannah. Kamu masih punya banyak waktu. Take your time sayang. Moga kamu dapat membina keyakinan diri satu masa nanti. 

Anakku iffa hannah yang cantik, membesarlah kamu menjadi anak yang disenangi, anak yang solehah, anak yang berjaya di dunia dan di akhirat. Mumy dan ayah sayang hannah! 

Hannah 1st birthday party

No matter how many birthdays come and go, you'll always be my little girl.

Friday, January 7, 2011

Photogedix Raikan Hari Tua FH


Jangan nak karang cite panjang2. Kasi layan gambar je. Nanti bebel2 tak ingat dunia lagi.. Mari biarkan gambar yang bercerita.. Haahaaa.. bahasa apakah??

starter la konon ni

weee... nampak agak gelojoh disitu.. tak sabar2 nak makan

semua sedang berenang2.. wuuu... lapar tibe2

black forest icecream cake.. yummyy..

' auuuww.. terkezut mak..'

make a wish katanya.. lentik semacam jari..

gedik girls

malu2 meow konon.. nampak tak macam de pelamin kat belakang tu

owhhh.. lense yang sangat kejam buat saya 'kembang'

nyum..nyum..nyum..

semua dah tersandar kekenyangan

bezday boy yang over gedik malam tu. takpe. kasi la can..


Hadiah bezday je tak bagi lagi. Belum beli pun. Bagus tak?? Nak blackberry torch kan?? Meh tukar belikan ipad dulu. Baru adil. Tak pun D90. Ehhh.. bezday sape ni?? Tibe2 orang lain pulak yang over mintak hadiah.

Raikan Hari Tua FH


8 of us.. will mish them till de end of my life..

Minggu lepas tiba2 kak ayu bagi idea nak keluar makan ramai2. Yela.. nanti dah dalam pantang mana la boleh makan sesuka hati kan. Nama pun pantang. Hot mama tu dah plan nak berpantang betul2 sebab nak bagi badan selim melim. Baru la betul2 vouge katanya.


Alang2 dah plan nak keluar makan ramai2, terus datang idea nak celebrate bezday budak tua gedik tu sekali. Bukan senang nak kumpul ramai2 semua de. So celebrate lambat sikit. Bajet nak buat suprise party. Tapi bezday boy tu budak kuat perasan. Mana la boleh nak suprise2 lagi dah. Lagipun dah 3tahun berturut2 kot pakai tektik yang sama, dalang2 yang sama. Dia dah boleh baca. Mula2 dulu jela dia macam blur2 nak nangis terharu. Hahaaa..

Atas persetujuan semua, kami ke Restaurant @ MAEPS. Dalam kawasan tapak MAHA tu je. Tapi memang terbaik la layan steamboat kat situ. Berbaloi2. Cuma RM20 per person. Boleh makan banyak mana korang nak. Sebelum ni kalau makan steamboat berdua dengan FH kat tempat lain pun dah sampai RM60. Tu amik steamboat je. Belum lagi amik desert2 lain. Kat sini boleh amik semua makanan yang de. Pilih je mana nak. Buffet steamboat tu pun banyak sangat pilihan. Sampai rasa tamak semua pun nak amik. Sape tak nak amik steamboat, boleh makan nasi goreng ke, mee goreng ke, aiskrim ke.. Buah2 pun de. ABC de, cendol de.. Macam2 la..

Ruang makan yang selesa dan santai. Sesuai la nak datang bawak family. Budak2 kecik boleh bebas bermain lari2, kejar2.. Sebab dia bukan restoran yang dok dalam bilik beku2 sejuk2. Restoran ni ala2 konsep dalam taman je. Kebetulan masa kami ke sana tu mungkin de wedding yang baru lepas berlangsung. So ada la deco2 menarik macam pelamin. Mungkin la. Ataupun memang deco restoran tu camtu?? Tapi memang cantik la. Tapi kene la datang awal sikit. Memang ramai orang kat sini. Mereka cakap sentiasa full.

Alamakkk.. Dah bebel panjang sangat pulak tibe2. Pics makan2 tu tunggu next entry je la. Lalaaaa~~

mari main2 masak2.. lense telah berjaya meng'gemokkan' saya. jahat budak jahat..

Wednesday, December 22, 2010

Happy Birthday



For the one
I love more than myself…

For the one
Who is my life…

For the one
Who has filled me with new passion.

Happy Birthday Sweetheart!

Hari ni bezday FH yang ke 25. Mungkin juga bezday yang terakhir sebagai 'bujang'.. Insyaallah. Belum sempat lagi nak celebrate. Nanti kita kuar ramai2 dengan budak2 425 pegi makan je la ehhh.. Wish pun dah lambat. Pagi tadi baru sempat wish. Sebab malam tadi mengantok gila tak tahan nak countdown tunggu detik 12malam. Dah berapa kali bezday FH pun macam tu jugak. Tidur tak sedar diri sampai lambat wish. Hikhikkkk.. Nasib baik tak sentap.

Hadiah pun belum de. Tak tau nak belikan pe. Kalau tanya dia, confirm tunjuk yang kat kedai nikon tu je. Mana mampu. Padankan muka. Sape suruh jual hari tu. Hahaaaa.. Gelak kejam kat bezday boy. Happy bezday Fathullah Hakim. Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki. Semoga kebahagiaan sentiasa berada bersama. Pasni tak boleh sentiasa jadi kanak2 riang. Awak tu dah tua. Matang sikit ehhh.. :p

This is my just my little way of saying
HAPPY BIRTHDAY
May be later I can show you
How I say “I Love You”... :)

Tuesday, July 13, 2010

Darkroom Photogedix Session

Rata2 semua pun dah tau i-city adalah bandar bercahaya, kawasan yang dilimpahi dengan lampu yang berwarna-warni. Sape yang tak pandai bermain dengan teknik pencahyaan kat sini, memang susah nak dapatkan pic yang terbaekk.. Kang kejap2 de yang golap2 muka. Tak pun muka dah terang bercahaya sesuci bidadari, pic kawasan sekeliling pulak golap2. Dah tak nampak macam berada kat i-city. Terus tensi2.. Grrrr..

Ecehhh.. macam nak bagi kelas teknik2 pencahayaan je kan. Saya sendiri pun tak terer tang teknik2 tu. Yang saya tau, bagi pose terbaekkkk je. Hikhikkk.. Boleh bayangkan camne kawasan yang penuh bercahaya warna-warni boleh jadi ala2 photo studio darkroom?? Sape nak tau teknik2 tu, sila la tanye kat uncle law sendiri. Juz wanna share some of pic photogedix kat i-city.. Lets enjoyy~~


owhhh.. luv dis pic.. really smart.. gud job!!


alololooo.. aksi manje dari masya


macam feeling2 jadi dj radio je. siap letak2 tangan kat telinge. sebenarnye saje nak fokus kat cekak atas kepala tu jee.. owwhhh drumstick ku..mencikkk~~~


syomeell.. bayang2 spect kat muke masya nampak macam dia de kening ala2 samurai dah.. istana takeshii!!! hikhikkk..


'teknik pose bengkok2 sakit pinggang'.. kak nat cakap macam kanak2 tak cukup umur main cekak telinge minie mouse. tak kisah.. nak posing2 dengan cekak telinga minie mouse gak..

and for de last one.. pic yang paling saya sukeee.. terbaekk laaa..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

luv dis pic sooo much.. really2 smart.. well done dear.. i'm loving it..!! uii.. menggalahnye aii


p/s : lepas ni jom try buat whiteroom photogedix session pulak.. ehhh.. dah macam nak buat pre wedding photoshoot je kan

Monday, July 12, 2010

Photogedix @ i-City, Shah Alam

i-city, shah alam


Ni adalah sambungan dari entry party terkejut-kejut. Maklum je la. Kalau dah sampai tahap kemalasan, bagi la bahan banyak mane pun nak story mory tetapla tak terupdate blog ni. Makanya akan terhasilla banyak entry2 basi. Tak kisah pun cite dah lame ke pe kan. Saje nak share dan abadikan moment2 indah kat sini. Pasni nak tepek pulak photogedix mase family day jabatan pertanian kat port dickson dan osmet day kat sungai congkak *dah de yang sound mane photox aii sambut belon air dalam senyuman* Pastu nak tepek pulak pics aksi poyo gedik mase wedding marlia hari tu *dah kene sound gak la ni baru hegeh2 nak buat*.. See.. banyak je kan story mory yang saya dah miss..

Sape tak tau i-city?? Kesiannn.. Macam saya.. Eiipp..eiipp.. saya bukan tak tau ekk.. Saya tau okeee.. Tapi selalu lalu lalang je depan tu. Takde la nak menyinggah. Nyanyila lagu riang camne pun kat telinge uncle law tu. Dia buat deeekkk je. Dah kebal kuttt.. Mencikkkk.. Makanya lepas semua dalang2 terhebat habis santap, semua pun decide nak pegi i-city ni. Nak layankan kehendak bezday girl la kononnye. Sape yang tak tau, i-city ni terletak kat seksyen 7, shah alam. Tau jakel shah alam?? Haaa.. tak jauh dah la tu *gila bagi landmark jakel terus* Tak tau gak jakel, senang cakap kat pintu belakang uitm shah alam. Tak tau gak lagi... wehhhh..pegi beli GPS la.. ko cari la sendiri gaduh2 dengan awek turn left..turn left tu. Geram tau.. Kadang tu suke2 je nak suruh orang turn left turn right. Tak ikut kang dia bebel2 la wrong way. Aii selalu je jerit2 sadaaaappp youuuu dengan awek GPS ni..Heheee.. *sengal*

Actually bukan la first time pun saya sampai kat i-city. Sebelum ni pernah gak pegi. Tapi juz pusing je. Tak berhenti pun sebab mase tu tengok macam ramai sangat la orang. So lalu je la. Kali ni baru la berpeluang nak jejak kaki main kejar2 guling2 bawah lampu macam filem hindustan. Mase sebelum ni pegi, takde la pulak de bayaran masuk. Bile pegi baru2 ni, dah de kene bayar pulak. Bayaran masuk RM2 per kereta. Kire okla. Takde mahal sangat. Tempat parking pun luas. Ramai gak la orang mase tu. Kat dalam tu de gak kedai2 makan. Tapi tak banyak lagi yang dah bukak. Tapi terperasan de van bergerak pizza hut dan kfc yang jual makanan.


Kehh.. lets enjoy de photogedix taken by our personal photographer..

kat kepala kak mud de cekak rambut lampu kelap kelip hello kitty


4 dara pingitan..opppss..yang sorang tu mak dara


mulut muncong itek.. saya pun de cekak rambut lampu kelap kelip tinge minie mouse hasil mengepow kak mud


mata bertentang mata.. ecehhh.. kami memang camni. rilex je posing2 aksi gedik walaupun banyak mata yang memerhati


masya memang suke dok bawak ketiak aii.. hehehe..


tak tau la kenapa de aksi ni. kalau dah namenye gedik..memang suke posing poyo2 gitu..


ni pun aksi gedik poyo gak.. jari tangan nampak keding2 dan panjang2 sekali. tsk..tsk.. dah macam kaki cicak.. gila kutuk diri sendiri. uols jangan sibuk2 nak tumpang sekaki kutuk ehh.. aii je boleh


lihat pewottku.. kempiskan..terima kasih tutttt..tuttt.. ecehhh.. tibe2 puji diri sendiri..


So, sape2 yang tak pernah sampai lagi i-city ni cepat2 la pegi terjah. Tak rugi pun. Best tengok lampu kelap kelip banyak2 ni. Teruja wehh.. Dah feeling2 macam hari raya je.. ~Balik kampung..ooo..oo..ooo.. balik kampung~ Tibe2 nyanyi lagu raya pulak.. eiippp...eiippp.. Tak habis ganti pose tak boleh feeling2 raya lagi.

Wednesday, July 7, 2010

Party Terkejut-kejut, Terjerit-jerit dan Termalu-malu..

Ni adalah cite yang dah agak lama sebenarnye. Tak nyempat2 la nak cite kat sini.

Memang tak pernah terfikir akan de suprise party setiap kali bezday saya tiap2 tahun. Lagi pulak sekarang ni dah besar panjang kan. Lagila rase macam... ’sape je la yang nak wat suprise party kan.. De orang wish pun dah cukup beruntung tanda mereka2 masih ingat kat saya’... Sebab tu saya tak rase pe2 yang special pun setiap kali masuk bulan jun. Cume terfikir..’ohh.. my bezday juz around de corner.. akan bertambah satu angka lagi nampaknye..’

Tapi saya rasa berbeza tahun ni. Rase macam nak jadi bezday girl setiap hari. Saya dilayan bagaikan puteri. Hari yang indah untuk di kenang.. Tak pernah rase camni. Sampai boleh senyum2 sepanjang mase setiap kali ingat saat tu dan setiap kali tengok gambar semasa kejadian.. *sayangnye takde videocam mase tu.. kenape takde yang terfikir nak rakam saat aii jerit-jerit tutup telinge macam kene histeria lepas kene tipu kow2 dengan uols*

Jujur cakap, saya memang blur dan tak terfikir pe mase tu. Padahal banyak gile hint2 yang boleh buat saya syak kat dalang2 terhebat tu. Dan dah banyak kali rupenye diorang2 ni terkantoikan diri sendiri dari beberapa hari sebelum kejadian. Tapi saya masih blur gak. Sangat tulus mulus pemikiran aii yang sentiasa positif kat dalang2 terhebat tu.

Mungkin sebab saya penat makanya saya malas nak pikirkan hal2 yang remeh tameh. Balik2 keje terus cepat2 bertukar sebab mau pegi soping mopeng.. Kene sopeng sepantas kilat sebab dah malam dan banyak kedai nak tutup pulak tu. Hasil tangkapan tak dapat2 lagi ni. Terus jadi stress..grrr.. *nasib baik akhirnya dapat gak hasil tangkapan yang berbaloi2*

Dan mungkin jugak perasaan bersalah lebih mengatasi segalanya masa tu. Bersalah buat semua orang tertunggu sebab melayan kerenah saya. Bersalah terpakse tolak pelawaan orang nak belanje dinner *de 3 orang offer nak belanje bezday girl mase ni.. sangat susah oke nak buat keputusan sebab nak jage hati semua orang* Tapi kan.. mase ni sebenarnya dah sedih sebab tibe2 kene marah dengan kak nat. Saya yang tak tau pe2 tibe2 kene marah sebab buat dia tunggu lama dan makanan semua dah sejuk *mantap lakonan ehhh..nanti aii bagitau bang usop selam de pelakon baru nak up*

Hasil lakonan dalang2 terhebat, berjaya gak la diorang2 ni heret saya ke lokasi kejadian. Sepanjang jalan kak nat asyik call je suruh cepat. Sampai sesat2 dah. Lagila rase cuak. Tapi patutnya dah boleh syak de something kan mase tu. Tapi saya blur oke.. Dari tepi jalan dah nampak kak nat cekak2 pinggang. Matiklaaa.. kak nat dah bad mood. Sampai2 terus dapat parking. Cantik depan pintu masuk pizza hut. Dan sebenarnya elok2 cantik parking sebelah kereta saya sendiri. Tapi boleh tak perasan wehhh.. Gile bute ko ni ezza.. Kete sendiri dah tak kenal.

Sampai2 je terus saya cepat2 nak masuk. Tak nak bagi kak nat bebel2 lame2 kat luar. Pizza hut nak tutup dah pun mase ni. Bile saya nak masuk, terus staff dia halang cakap dah tutup. Tapi sebab makanan dah sejuk beku kat dalam tu, dapatla kami masuk. Saya yang belagak nak coolkan balik keadaan tegang mase tu, terus je duduk. Tengok makanan sikit punye banyak. Sedangkan kami berlima je mase tu. Meja panjang gile. Bersusun pinggan2, cawan2 semua. Pizza sampai berpan2..spageti lagi. Air berjug2. Tapi serius blur tak syak pe2. Even mase saya nak duduk pun kak nat dah tentukan kerusi mana yang saya kene duduk. Kan banyak gile hint tu. Mase tu tak tau kak nat call sape. So saya pikir maybe de kawan dia akan join same kutt...

Saya tak rase lapar pun mase ni. Walaupun dari siang tak makan pe2. Mungkin rase bersalah tengok pizza tu dah sejuk beku. Tapi nak bagi semua cool, saya cepat2 capai pisau nak amik pizza dan suruh semua pun cepat2 makan. Nak bagi semua happy2 balik lepas dah kene bebel2 kan.. Tapi dalam kepala sempat lagi fikir mase ni..’kalau la uncle law de sekali..’ Dan secara tibe2 je...saya dengar orang bisik kat telinga ’epy bezday sayang’.. Macam kenal je suara.. Cepat2 saya paling muke.

Yeeesss..!!! as i wish.. Uncle law de kat sebelah bersama kek dan 7 batang lilin yang masih nyala kat tangan *entah mase bile dari celah mane dia muncul* Tersenyum riang nyanyi lagu bezday dengan member2 rumah dia. Dan satu pizza hut tu ikut sama menyanyi. Saya tak tau nak gambarkan camne perasaan saya mase tu. Terharu sangat2. Hampir2 menitiskan air mata. Saya tak pernah di raikan sebegitu sekali. Thanks sangat2 kat semua yang rancangkan semua ni, dalang2 terhebat. Thanks kat semua yang terlibat sama, yang tibe2 join sama nyanyikan lagu bezday untuk saya... Saat indah yang takkan saya lupekan sampai bila2.. Sayang semua.. Muuaaahhh..

Enjoy de pics bersama dalang2 terhebat..


hepi bukan main lagi ehh budak bertiga ni nak buli orang..


pesal entah time ni saya boleh jerit2 sambil tutup2 telinge.. bukan tak nak dengar diorang nyanyi.. malu sangat kuttt..


adik2 yang sporting enjoy same nyanyikan lagu besday


my feberet cake.. tiramisu.. "epy bezday cikezza"


muke budak keliru.. nak nangis ke.. nek gelak ke.. blurrr


ketar tangan wehh nak potong kek.. sampai nak hancur kek tu jadinye


sedap sehingga menjilat jari ye yunkkk.. pinggan aii gak kosong lagi..


semua dalang2 terhebat dan habis santap. bersih licin sume makanan. sian uols dah kebulur tunggu aii ehhh..


p/s : tapikan...lupe pulak nak collect hadiah bezday dari uols hari tu.. nanti jangan lupe hantar kat rumah ehhh.. hahahaa..