Tuesday, January 7, 2014

Bila Hannah Mula ke Nursery

How fast time flies. Pejam celik pejam celik Hannah dah hampir 21bulan. Cepatnya kamu membesar. Dan dalam tak sedar, dah hampir 21bulan mumy berjaya BF hannah. Ada 3bulan lagi perjalanan BF hannah. Mumy tak pasti bila harus wean off. Tapi yang pasti, lepas ni mumy and hannah akan rindukan semua tu. Lama tak menulis di sini. Terasa ingin menulis disini tapi tulisan hari ni lebih kepada meluahkan emosi yang terpendam sejak beberapa hari. Mungkin juga untuk kenangan hannah satu hari nanti. Selama ni hannah duduk bermanja di rumah pengasuh sepanjang mumy dan ayah bekerja. Mumy perhatikan, memang hannah manja dengan keluarga ibu. Dari hannah 3bulan dah bersama mereka. Dan semalam hari pertama hannah ke nursery. Menghantar hannah ke nursery, mengingatkan mumy kenangan 6tahun yang lepas. Berada dalam nursery hannah beberapa jam, mengingatkan rutin kerja mumy 6tahun dulu.

Tahun 2007, mumy berpeluang menjadi pengasuh di sebuah pusat asuhan di KL selepas habis belajar. Seminggu ditugaskan menjaga baby dari umur 2bulan ke 12 bulan. Dan 4bulan ditugaskan menjaga anak-anak berumur 12bulan hingga 24 bulan. Agak kekok mulanya. Tapi penerimaan anak-anak di sana agak baik. Seawal 6.30pagi ada parent yang dah mula datang menghantar anak-anak. Tugas mumy pagi-pagi sebelum anak-anak sampai, siapkan sarapan untuk semua pengasuh dan cikgu. Ataupun bersihkan ruang-ruang bilik yang ada.

Bila satu persatu anak-anak sampai, tugas mumy sambut mereka di pintu. Anak-anak di bawah jagaan mumy jarang ada yang meragam pagi-pagi. Mungkin mereka dah terlatih dari kecil untuk hidup berdikari sepanjang mak dan ayah mereka bekerja. Jadi makin mudahla kerja mumy. Sambut mereka, sediakan baju untuk mereka mandi, periksa beg sebab kadangkala ada parent yang bawakan bekalan makanan. Selesai mandikan, bekejar untuk pakai pampers, baju, sikat dan bedak, siap-siap untuk sarapan. Siap sarapan, aktiviti indoor game. Kalau mumy rajin, kita main playground kat luar. Tapi biasanya tak lama. Semput mumy dengan sorang lagi pengasuh nak jaga anak-anak 7orang tu berebut nak main. Dengan ada 2orang anak-anak yang perlu extra care. Umur dah hampir 24bulan. Tapi masih takut2 untuk berjalan. Masih nak berdukung je. Kalau berani melangkah pun nak berpimpin. Tido pun nak berteman kat sebelah je. Kalau mumy bangun, alamatnya tak sampai 5minit dah dengar suara dia meraung. Kene cepat2 bawak lari sebelum dia buat anak-anak yang lain terjaga sama.

Selepas makan tengahari, bersihkan diri, tukar pampers, masa untuk anak-anak minum susu dan tido. Dari pukul 12 sampai la ke pukul 2 petang. Masa ni la masa untuk kami makan, solat dan berehat. Jam 2, kejutkan anak-anak untuk bangun mandi. Selesai mandi, waktu santai2 di depan tv. Bukakan je nursery rhymes, barney, tekun dorang menonton sambil2 minum petang. Jam 5, sorang demi sorang balik. Ada 2-3 anak-anak yang selalu pulang lewat. Kadang hingga ke jam 2 pagi. Tapi parent akan maklumkan awal-awal kalau terpaksa ambil anak hingga lewat malam. Camtu la rutin kami setiap hari. Letih. Tapi seronok dengan gelagat mereka.


---------------------------------------NNNNNNN----------------------------------------

Sekarang giliran mumy pulak hantar hannah ke nursery. Ofis ayah baru bukak nursery. Dan kami tak lepaskan peluang untuk cuba hantar hannah ke sana. Pagi masa mumy dan ayah hantar, hannah ok je. Mumy tengok hannah seronok tengok ramai kawan, banyak mainan. Walaupun hannah nampak malu-malu depan ramai2 orang tu. Elok hannah bermain, membaca, berkawan. Hannah gelak-gelak. Sikit pun tak gaya nak nangis. Kawan-kawan hannah ada yang mula menangis dari mula-mula sampai. Mumy tengok Hannah rilek je meninjau kawasan. Nampak tak kekok. Bagusla camtu. Ayah terpaksa bawak kawan hannah keluar untung tenangkan dia dari terus menangis. Bila keadaan dah nampak terkawal, mumy lari keluar senyap-senyap. Ayah dah dari tadi tinjau dari luar tingkap je.

Hannah nampak ok mulanya. Duduk bermain kat meja. Tiba-tiba kawan-kawan yang lain menangis meraung menjerit2. Hannah ketakutan. Suasana tu mungkin sangat asing bagi dia. Dari luar mumy dengar hannah jerit panggil mumy. Suara hannah makin lama makin bergetar. Hannah berlari ke setiap ruang yang ada. Mumy.. mumyyyy.. hannah mula cari mumy. Mumy nampak hannah berlari ke pantry, ke bilik2 lain cari mumy. Tapi bila hannah mula lari ke toilet cari mumy tanpa cikgu sedar, cepat2 mumy suruh ayah masuk untuk ambil hannah. Mumy takut hannah jatuh. Semua kawan hannah mula meraung. Cikgu nampak kalut dengan keadaan tu. Sampai tak ada sorang pun nak pujuk hannah menangis. Mumy geram dari luar. Sebab mumy tahu kalau cikgu cepat tackle hannah masa hannah mula mencari mumy tadi, hannah takkan sama-sama meraung berguling kat lantai tadi. Takpe la. Nama pun first day.

Bila ayah dah masuk semula, keadaan makin kronik. Mumy pun terjah masuk untuk tenangkan hannah. Rupanya kawan-kawan hannah makin teruk meraung bergayut kat kaki mumy. Cepat2 ayah lari keluar. Sebab semua dah mula gayut kat kaki ayah jugak. Mumy susukan hannah. Tapi hannah tetap menangis nak kan ayah. Memang anak ayah.

Dalam terpaksa, mumy terpaksa biarkan cikgu tarik hannah dari mumy. Maafkan mumy sayang. Harap-harap cara tu takkan buatkan hannah terus trauma. Mumy dengan ayah terus tinggalkan hannah tanpa menoleh lagi. Mumy tau kalau mumy tengok, mumy akan menangis sama. Padahal masa tu, dok tahan je air mata menitik. Mumy keraskan hati. Ayah bawak mumy keluar jalan2 pegi alamanda. Tapi tetap tak boleh behenti memikirkan hannah.

Tengahari tu, ayah dapat whatsapp dari kawan ofis. Gambar hannah tengah makan. Tenang hati mumy tengok hannah ok je sebenarnya. Bersemangat makan. Yang penting hannah dah behenti nangis. Petangnya nampak plak gambar hannah tengah tido. Dah tukar baju. Dah mandi la tu. Sian anak mumy. Camne la awak tido tadi. Pukul 4 petang tu kami de mesyuarat dengan pengusaha taska. Parent di minta tulis biodata anak-anak. Masa mumy submit nama hannah, cikgu cakap hannah makan banyak sangat lunch tadi. Bersemangat je hannah makan. Bagus. Nampaknya cikgu dan mula ingat dan kenal hannah. Dan cikgu terkejut sebab hannah minum susu dalam cawan je. Tak dalam botol macam kawan-kawan lain. Cikgu ingat awal sangat mumy train hannah untuk stop minum pakai botol. Tapi sebenarnya sejak hannah setahun lebih hari tu hannah dah mula menolak botol. Cara lain nak bagi jugak hannah minum susu, panaskan dan tuang dalam cawan je. Itu je cara yang buatkan hannah nak minum susu. Itu pun 4oz je sekali minum.

Habis mesyuarat, mumy dengan ayah turun amik hannah. Pengasuh kat situ teruja nak cerita hal hannah pada mumy. Rupanya hannah tetido dalam terowong mainan sambil peluk balang biskut pagi tu. Pastu pengasuh cakap hannah makan banyak dan bersemangat dari budak-budak lain. Senang hati mumy dengar pengasuh cerita. Bagusla kalau hannah memudahkan keje semua orang. Semoga hannah akan terus jadi orang yang disenangi. Jadi orang yang memudahkan dan menyenangkan hati semua orang. Kuatla sayang. Mumy pun masih belajar untuk jadi kuat untuk hannah. Mumy tau kalau mumy terus kuat, terus positif, hannah pun akan sama-sama kuat dan sama-sama positif. Maafkan mumy sebab sampai hari ni mumy masih takde kekuatan untuk hantar hannah sendiri ke nursery. Even ke rumah ibu dulu pun mumy tak cukup kuat. Mungkin satu hari nanti masanya akan tiba kan sayang.

Panjang mumy bercerita hari ni. Semoga coretan mumy hari ni boleh jadi satu kenangan untuk hannah bila hannah boleh membaca nanti. Kita sama-sama belajar jadi kuat ye sayang. Semoga Allah temukan kita semula dalam keadaan sihat dan sempurna sepertimana Allah pisahkan kita dalam keadaan sihat dan sempurna setiap pagi. Mumy dengan ayah, sayang hannah hingga hujung nyawa kami.

No comments: