Thursday, June 2, 2011

Bro Eyriqass Terkena.. Saya Pun Terkena Jua!!!


Baru semalam pagi baca kat blog Bro Eyriqazz entry bertajuk Aduan Pengguna Giant Malaysia dan Fresh & White. Petang semalam saya dah terkena. Ciissss!!! Petang semalam balik keje terus ke the mines. Dengan niat nak buat spect baru sebab sangat pandai tinggalkan spect atas dashboard kereta di bawah terik mentari lalu spect murah tu terus retak seribu. Nasib baik jenis pakai spect on off. So tak la rasa terganggu sangat. Tapi siyes tak selesa sangat2. Lagi2 kalau malam. Blurrr.

So lepas dah pilih2 bingkai, SA tu cakap boleh siap dalam masa 30minit. Sementara nak tunggu siap tu, kami decide nak masuk giant. Masa nak masuk terus teringat entry bro Eyriqass. Nak cerita dekat en.husben. Tapi bila dah tengok2 barang terus keterlupaan. Adalah membeli beberapa barang. Salah satu barang yang kami beli ialah seluar. Harga pada tag RM19.99. Harga pada rak juga tertulis RM19.99. Sebab beli barang tak banyak, saya boleh ingat setiap harga barang2 yang kami ambil. Tapi tetap cuai masa kat kaunter bayaran. Dan saya terlepas pandang masa dia scan seluar tu. Saya pulak tak check balik resit sebab nak cepat2 balik tengok nora elena. Keluar dari giant, ambil spect dan terus bergegas balik.

Sampai di rumah, baru tengok resit. Tibe2 ada satu item yang saya rasa pelik sangat2. Harga yang tertulis untuk seluar tu kat resit adalah berharga RM24.99!! Geramnya!!! FH suruh buang je resit tu dan anggap bukan rezeki kami hari tu. Macam yang bro eyriqass tulis, bukan isu duit yang saya marahkan. Tapi isu ketelusan berniaga, isu hak pengguna. Saya akui silap saya sebab cuai tak tengok semula harga barang semasa pekerja di kaunter scan. Tapi, cuba bayangkan kalau mereka yang beli barang banyak2 sampai penuh 1 troli, agak2 diorang boleh ingat ke semua harga tiap2 barang yang diambil samada sama dengan yang di scan dengan yang tertulis kat rak?? Barang2 yang selalu di beli mungkin bolehla ingat. Tapi tu pun harga ada masa berubah bila ada offer.

tag harga pada seluar

resit dan tag pada seluar


Mungkin lepas ni kene amalkan bawa buku dan catat harga pada rak bagi setiap barang yang diambil. Tapi akan timbul masalah di kaunter pulak nanti. Dah kalau setiap barang yang pekerja kaunter scan, kita pulak sebok nak check balik harga yang kita catat dalam buku. Satu dia scan, satu kita check. Dua dia scan, dua kita check. Kang pekerja tu pun sentap, orang belakang pun bengang. Tolongla giant. Dah banyak timbul isu ni rasanya. Harga kat rak lain, bila kat kaunter jadi lain. Tolongla jangan kelirukan pengguna..

8 comments:

Anonymous said...

alah giant tu mmg dah terkenal dgn kaki kelentong...ramai yg terkena...kalo akak la,time shopping siap tgu cashier tu scan rege pastu scan lak dlm pale otak...same x rege scan mesin ngan rege scan otak...kalo x btol pon paling² akak bebel sorang²...kalo rajin baru gi sound cashier tu...


::kak nora opis sebelah::

cik3zza said...

kak nora,
tu la.. ezza cuai la semalam..

~@mOi ~~ said...

za pon banyak kali terkena.... adoii... dah balik rumah baru perasan... nak pegi balik mmg malas la... so redha je la... kaya la giant tu!

Dim Benihana said...

ni sebab nora elena la ni, kalau xcepat2 mesti perasan tu....

dah banyak kali kena, bukan kt giant je, tempat lain pun ada.....

Puan Salwa said...

aku pun dah terkena kat carefour...mmg tipah rasa sgt tertipu...mmg kita kena semak harga..org pompuan..terutama yg jaga petty cash suami..mmg serius bab2 duit nie...

iedchan said...

wahhh..ade ekk kes ni..tak sangka..sy tak slalu shopping kat giant..tapi kat tesco..byk beli brg tak pernah cek resit...:P

@e_da said...

kalau seorang satumestiterkena camni cepat kaya la depa..memang harus buat aduan pengguna...

Anonymous said...

lain kali ingt satu2 barang yg dibeli..
sy ada pernah tgk ada 1 chinese dgn ank dia bli barang penuh 1 troli kt care4... dia tunggu n check 1,1 harga y di scan n dia ingt tiap2 harga 2... sy tggu belakng berbulu je sbb lama sgt..