Monday, May 16, 2011

Sebulan Berlalu *Penyesuaian Diri*

Nampaknya dah sebulan bertukar status.. Sebulan selepas lima.belas.april. Dan nampaknya tak sempat2 lagi nak abadikan semua cite2 tujuh.belas.april kat blog ni. Simpan lama2,takut esok lusa sendiri yang terlupa.

Sekejap je dah sebulan. Cepat betul masa berlalu. Dah sebulan kahwin, tapi baru sekali je saya sempat masak untuk FH. Sabtu yang lepas. Lauk simple2 je pun. Sayur campur, telur dadar yang tak jadi dan terlupa letak garam dengan ikan masin yang saya rasa lagi sedap kalau mak yang goreng.. :p Gambar-gambar lauk memang tak dela. Tak nyempat dah nak snap2 pic. FH tunggu saya siap masak sampai dah tahap lapar bona. Siap hidang terus ngap. Saya tak arif sangat kat dapur. Masak lauk simple camtu pun berejam. FH pulak jenis lunch awal. Bila mintak komen dari dia, sedap jela dia cakap. Bodek ke pe tu tak tau la. Tapi bertambah gak la makan.

Lepas ni dah tinggal sama, lagi pening la nak pikir nak masak pe hari2.. Buat masa ni kami masih lagi tinggal berasingan. Memangla selama ni rumah sewa kami dekat2 je. Tapi bila nak dekat tarikh majlis hari tu, atas beberapa faktor, kami terpaksa ambil langkah ni. Orang lain tengok macam susah, macam kesian.. Tapi kami ok je. Tetap jumpa hari2, tetap balik kampung ikut giliran setiap minggu. *tipuuu.. saya suka buat muka ketat bila turn balik rumah dia dan cari point nak balik kampung sendiri jugak dan jugak!! :p* So takde masalah sangat bagi kami, mahupun kedua belah pihak keluarga. Takde pulak timbul masalah orang tua bising2 bila pengantin baru tinggal berasingan. Dan insyaallah, dalam masa terdekat ni kami akan duduk bersama. Masih tunggu mood untuk mengemas dan packing barang2. Nasib baik la barang tak banyak sangat sepanjang hampir 4tahun tinggal kat 425. Tapi baju je la yang teramat banyak.. Macam nak kene beli almari lain je untuk baju2 FH nanti..

Tak syok nak update panjang2 takde picca. Nak cite sekitar tujuh.belas.april pun tak boleh. Soft copy picca dah lama dapat dari OP. Tapi sebab de problem nak upload picca thru ipad, maka takdela entry penuh dengan picca. Tu yang tak berapa nak syok nak update tu.. Nanti dah ok, boleh update live terus. Sebab ipad sentiasa berada di tangan walau pegi ke mana. Melainkan kalau kene tunggu turn FH layan game racing kete. Dia jumpa dah feberet dia.. Sonyap2 yo donload. Den yang tertekan nengok ehhh.. Mujur den tak reti nak mendelete.. Hahaaa.. Dengki kan..

4 comments:

Danial Marzuki said...

jahat gila nk delete....

Anonymous said...

perkara yg sama jadi kat aku ... geram jerrr ak nak delete game en man kat android phone aku nihhh !!! Hisssshh !!!

Fathullah Hakim | FH said...

hahaha..kot2 ngh geram bole men game..hahaha..jgn marah2 ye.:P

Anonymous said...

telur dadar x letak garam??aisshhh...