Thursday, November 18, 2010

Bila Kau Berubah




Bila dia berubah, terus rase susah hati. Kadang rasa macam nak ngamuk, kadang rasa... 'ahhh.. abaikan je.. esok2 ok la balik tu..' Tapi biasanya lebih kepada rasa nak meroyan. Huwaaa... Kenapa la susah sangat nak buat keputusan yang tepat. Kenapa la mesti de yang cuba untuk menggoda. Kenapa la mesti de orang ketiga, keempat, kelima dan ke..seterusnya.. Kalau saya ni kejam, saya biarkan je anasir2 luar tu. Biar mereka makan hati dan berperang dengan perasaan mereka sendiri. Tapi saya tak cukup kejam lagi kot.. Pe yang saya akan buat hari ni, akan menentukan hari2 akan datang saya nanti. Kalau hari ni saya biarkan mereka makan hati dengan saya, esok2 saya yang akan terus makan hati bertahun2 dengan mereka. Huhuuuu.. Tak nakkkkk!!!

Pe la yang saya merepekkan malam2 ni kan. Bukan la FH ke pe yang berubah. Tapiii... tarikh nak kahwin ni haa.. Elllooooo... Dah dekat dah kan. Patut takde dah nak pilih2 tarikh, tukar2 tarikh lagi. Bila mula2 decide dan bagitahu semua yang kami nak nikah 29 april dan sanding 1 mei, ramai yang cakap...'heiii..lama sangat dah tu..hari tu janji bulan mac..' Ok.. saya cepatkan sikit. Nak cepatkan tu agak ngeri ehhh.. Sebab semua dah libatkan planning yang dah baik saya atur. Tapi yelaaa.. Kita hanya merangcang, Tuhan yang menentukan. Redhaaa...

Patah balik ke planning asal. Bulan mac. Alang2 buat bulan mac, konon nak amik tarikh 'main2 cinta kami'.. Nikah 25 mac.. sanding 27 mac. Sekali, adik pulak sound.. 'ehhh..aku final exam la masa tu..' dah la dia jauh. Susah la pulak nanti kan. So, bincang balik. Amik keputusan anjakkan 2minggu ke depan. So, selamat sikit sebab dah lewatkan balik. Tarikh baru adalah 15 april pulak nikah. Sanding 17 april. Pening sudah vendor2 kami. Asyik dok tukar tarikh. Planning kami lagila huru hara. Tapi tak pe.. Cool lagi..

Tapi tibe2 dapat pulak khabar, kata bulan april nanti dah penuh kenduri kahwin kat kampung tiap2 minggu. Haaaaa.. Pitam dah tu.. Mintak awal bulan 3 atau hujung bulan 2. Hadoiiii.. Cuti sekolah plus chinese new year rasanya. Lagi banyak kenduri kahwin nanti. Diskus dengan parent, mak dah bising2 cakap.. 'jangan pentingkan diri sendiri. Ikut je planning orang tua buat. Nak kahwin bukan kahwin sorang2. Ikut la pendapat orang ramai..' Ikut ayah pulak.. 'takpe..takpee.. bulan 6 pun ok.. nak lagi senang, bulan 7 je terus..' See... Senang je kan ayah. Cool gila. Tapi sudahnya mak ayah pulak bertekak. 'Jangan pentingkan diri sendiri..jangan pentingkan diri sendiri..' Tu la yang diorang dok ulang2. Haisyoooo.. Pening sudaaaa... Ni yang buat malas nak kahwin ni. Kahwin hujung tahun terus kang.

Ikut mak memang la nak suruh cepat2 je.. Dah rimas kot nak jawab soalan orang kampung. Yela, anak2 mak je yang tak kahwin2 lagi. Dah jadi anak dara tua katanya. Lagi pulak saya dah bertunang hampir 3tahun. Ayat slumber jawab kat mak hari tu.. 'mak..nasib orang ni dah bertunang tau, kalau belum, takdenye orang nak pikir nak kahwin lagi sampai sekarang ni..syok je hidup bujang ni..' Senyap terus mak. Heheheeee... Ayah pulak macam tak sedia je lagi nak lepaskan saya. Yela, terasa macam masih kanak2 lagi kot. Dah kahwin nanti walaupun tak pegi jauh dari diorang, tapi dah tak sama macam sekarang ni. Saya akan ada family sendiri nanti. Mungkin ayah sedih. Boleh tak bajet ayah akan nangis masa saya nikah nanti. Camne ayah sedih masa family FH datang merisik dulu. Huhuuuu.. Ayah tak tunjuk. Tapi kita boleh nampak sendiri.

So, kesimpulan kat sini, tak payah la tengok tickers kat atas tu. Tak larat dah nak ubah2 tarikh. Sampai sekarang ni pun takde lagi tarikh tetap. Macam main2 je kan nak kahwin. Tiba2 hari tu de ura2 nak kene nikah awal disember nanti. Nikah gantung dulu. Tanya mak, dia on je. Tapi tak tanya ayah pun. Sebab dah tau jawapan ayah. 'Tunggu jun nanti pun takpe. Ayah tak kisah. Ikut mana yang senang..' See.. cool kan ayah. Banyak benda tak sempat nak siapkan kalau nak nikah bulan depan. Baju nikah saya pun tak hantar tempah lagi. Borang2 prosedur semua belum prepare ape2. Dan yang pasti, saya belum bersedia dari segi mental dan fizikal. Saya stress sangat2 sekarang ni bile pikir semua masalah ni. Banyak pihak, banyak hati dan perasaan nak kene jaga. Tapi dalam masa yang sama, saya jadi buntu. Tak tau pe penyudahnya nanti. Sekarang ni saya nak fokus pada gerbang cinta dulu. Kalau2 menang, saya redha je ikut tarikh yang penaja2 tetapkan. Ecehhhh.. macamkan menang kan.. Sape tau kalau de rezeki saya nak menang nanti.. Semoga di permudahkan urusan kami. Amin..


gambar takde kaitan dengan emosi. hasil tangkapan kat nilai 29okt hari tu. bunga untuk centrepiece. tapi bukanla guna bucket ni


p/s : lagi stress bila orang sekeliling hari2 tanya soalan yang sama.. 
'cik ezza, bila nak kahwin...mana kad..bila tarikh majlis..' 
sabar boleh tak?? dok diam2 tunggu je kad. 
kadang tu macam perli pun de.. huhuuuu.. 
sensitip pulak sekarang ni..

Monday, November 15, 2010

Kursus Keluarga Sakinah Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan Musim ke-2


Dari 12 november 2010 (jumaat) hingga petang semalam (14 november 2010) telah berlangsung kursus keluarga sakinah sempena Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan Musim ke-2 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi. Seperti yang telah diberitahu dalam utusan malaysia, dari lebih kurang 10ribu permohonan, hanya 100 pasangan terpilih yang layak untuk ke peringkat saringan seterusnya.

Cuti deepavali 5 november hari tu lebih kurang pukul 3.00 petang, saya telah terima panggilan dari pihak utusan memaklumkan saya antara 100 pasangan yang bertuah. Bila cakap kene pegi kursus kahwin dari 12 sampai 14 november, terus cakap ok je. Takde masalah. Tibe2..OMG..OMG baru teringat de kursus kat cherating. Clash tarikh. Kalau tak pegi, confirm kene sound dengan 'big boss'. Dah nama pun urusetia. Terus runsing.

Dalam berbelah bagi, pegi gak cherating. Tapi bernasib baik dapat pelepasan dari boss. So hari khamis malam dalam keadaan hujan sepanjang perjalanan, saya dapat merasa lagi pengalaman menaiki bas ekspress setelah beberapa tahun tak merasa. Terhuyung hayang dalam bas tak boleh nak tido dari kuantan ke bukit jalil. Nasib baik de zura and de geng yang nak melayan. Thanks adik2 semua!!!

Dalam penat mental dan fizikal, gagahkan diri gak pegi. Takut + segan terlebih sebenarnya. Tu la masalah paling besar. Dah sampai depan pagar ilim sempat lagi suruh FH buat u-turn. Hahaaa.. Sengalll.. Penat memang penat la. Jadual pack dari pagi sampai ke malam. Terkejar2. Tapi berbaloi sebab ceramah semua terbaik. Memang best. Tak sempat nak mengantuk la. Asal dah layu2 je mata, terus penceramah wat lawak. Segar balik mata. Nak pulak nombor giliran no 6. Port baik punye setentang mata dengan penceramah. De berani nak pejam mata. Potong markah kang. Alhamdulillah..sepanjang 3hari 2malam, takde la sampai saya terpejam mata dalam dewan. Ceramah yang sempoi dan santai, so bile dengar boleh terus ingat. Bila masa nak exam, tak sempat study pun boleh ingat pe yang mereka ajar. Syukur..

Tapi dalam rasa2 boleh jawab tu, banyak gak buat silap masa exam. FH pulak lagi teror. Banyak jawapan betul. Agaknye markah dia yang banyak backup markah saya. Pe2 pun, thanks sebab sama2 berusaha untuk yang terbaik. Terharu sangat. Hari ahad, masa penentuan untuk penyingkiran. Semua peserta tak sabar nak tunggu hari ahad tu rasanya. Saya ni pulak tak sabar sebab dah pikir nak balik kampung. Hahaaa.. Memang tak berharap sangat walaupun memang nak. Sebab yang lain semua memang terbaik hebat2. Rasa keciiiikkk je di samping dorang semua. Tapi sape tak nak kahwin ditaja. Bukan sikit tau.. 80k tu. Sampai ke honeymoon ditaja. Pengantin tinggal bawak badan je.

Tiba saat pengerusi umumkan keputusan top 25, nama pertama yang disebut adalah pasangan bernombor 2, pastu 8.. Pastu terus ke angka yang lebih besar. No giliran kami adalah 6. So dah terlepas. Terus setkan dalam kepala, its ok. Masing2 de rezeki masing2. Saya dah dapat ilmu dari kursus tu. Dalam tak fokus pada nama2 yang diumukan sebab dah lost dalam dunia sendiri, tibe2 dengar nama saya dan FH disebut. Tak dengar pun nombor 6 disebut. Terus saya tergamam blur2 bangun untuk kenalkan diri. Henbeg kat riba saya biar tergolek jatuh ke lantai. Kalut gila masa tu. Tak sanggup nak tengok balik video nanti. Pusing ke arah kanan mencari FH. Tapi tak nampak. Rabun kan. Tak tau nak kata pe perasaan masa tu. Kanan kiri wish congrate. Tapi siyes blur. Mujur la tak nanges2 kan. Dah macam menang award je kan. Baru top 25 je pun.. Banyak lagi cabaran pasni. Tapi pe2 pun, tetap rasa bersyukur sangat2. Alhamdulillah..

25 pasangan di peringkat separuh akhir

Terus de sesi bergambar dan sesi taklimat bersama utusan dan penaja2 yang lain. Tadi tengok kat utusan dah kuar pun pic top 25 tu kat mukasurat 3. Tapi muka aii kecik comel je la. Jauh nun kat atas. Pasni kene hadapi cabaran lain. 28 november ni de interview kat ilim dengan semua pihak penaja. Takut la pulak. De 2minggu je lagi. Harap2 berjaya ke peringkat akhir. Kene la banyak study ni.. Buku nota banyak dah MIL2B bekalkan semalam. Doakan kami berjaya nanti.

Terima kasih kepada pihak Utusan dan Jakim dan semua penaja kerana memilih kami antara 25 pasangan yang akan ke peringkat separuh akhir nanti.

kredit to Syokkahwin.com



Tuesday, November 2, 2010

tahniah xora dan zaila

Konon2 nak mengupdate belog malam ni cite pasal persiapan. On9 sikit punye awal. Tapi kalau dah sesambil tengok tv, memang ke laut la. Plus2 lagi pulak blogwalking dulu. Pastu sangkut kat blog zaila tengok video nikah. Syahdu.. ulang tengok banyak2 kali terus diam tamoo cakap. Duduk diam2. Takut rumate terkesan de sendu dan airmata dah bergenang. Huhuuu...


Zaila cantik sangat. Tumpang bahagia tengok hari bahagia dia. Mule la berangan macam tengah tengok diri sendiri. Auwww.. Gatal tibe2. Tak dapat nak bayang saat tu nanti. Zaila.. Selamat Pengantin Baru.. Owhh.. Tak lupe untuk xora juga. Selamat pengantin baru, semoga kekal ke akhir hayat. xora pun cantik sangat. Berseri2. Walaupun cume follower yang perhati dari jauh, cuma baca diam2 tanpa bicara, tapi tetap rasa happy bila apa yang mereka rancang sumenye baik2 saje. Tahniah!! Suke follow blog mereka sebab suka share idea2 yang bernas untuk b2b. Teruskan berblogging yaaaa...


Sepatutnya esok cuti. Tapi macam ke laut jugak leeerr.. Bos dah tepon berkali2 malam ni mintak jumpe dia esok pagi. Haishhh.. Lupe lagi la tu saya cuti. Tapi sebab tadi takde peluang nak mencelah, so juz cakap 'baik bos..esok pagi2 saya jumpa'.. Baru letak fon, dah tepon lagi cakap benda yang sama.. 'ni urgent tau.. kene selesaikan minggu ni' Wat to say?? Bukak almari, pilih baju, iron... So tiada la istilah cuti untuk hari esok walaupun dah in holiday mood. Saya yang menurut perintah kan. Di sebabkan keje esok, dan tak nak de masalah kepandaan, baik saya tido sekarang. Kalau tak nanti liat nak bangun pagi. 5.30 alarm bunyi asyik la jap lagi..jap lagi..jap lagi.. Pastu gelabah sudah lambat. Hehee.. Selamat malam semua.. Muaaahhh..

Wednesday, October 27, 2010

Senarai semak 6 hingga 12 bulan sebelum



Persiapan bergerak dengan agak slow. Orang cakap masih dalam zon selamat dan selesa. Tapi sendiri rasa pening2 dah ni. Tarikh dah beberapa kali berubah. Bila tibe2 tarikh di cepatkan terus rasa tak senang duduk. Banyak benda lagi nak kene pikir, nak kene buat. Harap2 sentiasa di berikan kekuatan mental dan fizikal nak hadapi semua ni.

Ok. Ni de senarai semak dari 6 hingga 12 bulan sebelum majlis. Amik dari majalah pengantin keluaran bulan bile punye entah. Tak ingat sudah.. Kan dah cakap malas nak pikir sekarang ni. Bolehla tengok pe yang patut dah..pe yang belum lagi. Pastu sendiri gelabah. Omaigod..omaigod..


SENARAI SEMAK
PENGANTIN LELAKI & PEREMPUAN
Nama pengantin lelaki : FH
Nama Pengantin perempuan : cikezza

Tarikh Nikah : 25 mac 2011 (tarikh genap 6tahun bersama main2 cinta..wink..)
Tarikh sanding/resepsi (perempuan) : 27 mac 2011
Lokasi : of coz rumah ku syurgaku *tibe2 ayah cakap nak buat kat dewan..me dun like

Tarikh sanding/resepsi (lelaki) : 3 april 2011
Lokasi : rumah FH


6 hingga 12bulan sebelum 
   1. Pilih tarikh dan waktu bernikah - DONE. nak nikah lepas isyak. tapi tak tau kalau tibe2 de permintaan suruh cepatkan lagi tarikh. pitam~~
2. Pilih lokasi dan waktu jamuan serta membuat tempahan - lokasi rumah sendiri. waktu jamuan?? suruh mak je la pikir. tak tauu..
3.      3. Memesan lokasi dan waktu upacara persandingan berlangsung - dah pesan lokasi kat ayah. Rumah kene tiptop.. Hehee.. nak bersanding pukul 12
 4. Menentukan gaya serta tema majlis persandingan - DONE. tema purplish *purple+pink+grey
5. Mengaturkan bajet - dah banyak lari bajet
6. Pilih penyelaras majlis perkahwinan yang terbaik bagi menata majlis anda - tak pikir lagi 
7. Kumpul nama tetamu - belum sepenuhnya
8. Pilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis - DONE. dah chop awal2
9. Pilih catering - akak akan uruskan
10. Pilih jurufoto dan juruvideo - DONE. FH team
11. Pilih kedai bunga serta penghias lokasi majlis - Kedai bunga belum cari. Penghias - DONE. masuk sekali dalam pakej pengantin
12. Pilih cincin pernikahan - DONE. cincin FH je tak beli lagi
13. Pilih muzik - belum pilih. tak nak de orang nyanyi lagu ku tunggu jandamu. respek majlis orang boleh??
14. Pilih kek pengantin - belum cari
15. Memesan cenderahati untuk tetamu - DONE. nak tambah lagi 50pcs

aktiviti membeli doorgift 25april dulu

tangan budak ni sampai legam wrapping barang penuh 2 troli

N Nampak macam banyak je yang done tu kan. Tapi banyak gak lagi bende nak kene pikir pasni. Pikir part kos tu yang agak berat.. huhuuuu..


Personaliti Jun

De sorang member ni rajin share setiap pe yang dia dapat. Baru2 ni dia sharekan pe yang dia dapat pasal orang yang lahir dalam bulan jun. Sape lagi, Saya la tu. Dia ni kadang saje je nak kenekan orang. Nasib baik kebetulan semua nya pun baik2 je. Heheee.. Meh saya sharekan personaliti mereka2 yang lahir dalam bulan jun. Sekadar untuk suka2. Jangan pulak de yang percaya bulat2. Mana yang betul tu pun kadang2 hanya kebetulan je.

Jun

• Berfikiran jauh & berwawasan – hurrmmm.. semua orang pun suka cakap camtu
• Mudah ditawan kerana sikap baik – hatiku memang mudah tertawan.. ceaaa..
• Berperangai lemah lembut – tengok tempat. Dengan adik2 dah macam mak tiri
• Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood – sokong!! Sekelip mata kau berubah..
• Idea yang terlalu banyak di kepala – memang pun. Pastu gelabah tak tau nak buat yang mana satu. Semua pun tak menjadi. Hahahaa..
• Bersikap sensitif – mudah sentap okeee.. salah cakap, volume kuat sikit terus tiktiktik..nanges..
• Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir) – sepanjang masa pun nak berfikir. Kuat berangan
• Sukar melakukan sesuatu dengan segera – betul2.. slow and steady beb..!!
• Bersikap suka menangguh-nangguh – kadang2. kalau urgent harusla segera. tengok keadaan la kan..
• Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik – mesti lah. Rambang mata kalau bab2 nak beli barang
• Cepat marah & cepat sejuk – marah..marah..marah..pastu nanges..pastu dah cool.. senang kan??
• Suka bercakap & berdebat – berdebat tak. bercakap, kadang2 je bila perlu. Lebih banyak mendengar
• Suka buat lawak & bergurau – kadang2 jugak. Kalau jumpe geng sekepala, memang tak hengat dunia
• Otaknya cerdas berangan-angan – semua orang cakap saya hebat berangan2 dan mempunyai angan2 yang hebat. Faham??
• Mudah berkawan & pandai berkawan – hurrmm.. saya agak susah nak berkawan. Sebab malu yang teramat. Tapi once dah kenal, hambikkk.. letih kot nak layan
• orang yang sangat tertib – orang yang tak kenal mungkin cakap camtu. Tapi bile dah kenal, confirm menyesal cakap camtu. Hahaha..
• Pandai mempamerkan sikap – yuupp.. kalau bengang takde nak sorok2 lagi dah. Dan2 tu air muke berubah
• Mudah kecil hati – memang la. Cepat sangat sentap. Kadang sendiri menyampah
• Mudah kena selsema – tak jugak. Saya susah jatuh sakit. Tapi kalau dah kena, memang terbaik la pakej dia datang
• Suka berkemas – hehhh.. tengok mood
• Cepat rasa bosan – betul..betul..betulll.. bos..nak mintak tukar.. saya sudah buhsannn..
• Sikap terlalu memilih & cerewet – memang la. Dan terlalu teliti
• Kurang mempamerkan perasaan – salah.. saya tak hipokrit
• Lambat untuk sembuh apabila terluka hati – iyeeee.. lambat sangat ++ berdendam lagi
• Suka pada barang yang berjenama – kadang2. sebab kalau berkenan yang kat pasar malam pun rembat gak. Tapi tetap kene belek, telek cari yang terbaekk..
• Mudah menjadi eksekutif – amin.. jauh lagi perjalanan.. nak de company sendiri nak jadi bos
• Kedegilan yang tidak terkawal – hehhhh.. nasib la. Memang degil yang amat
• Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan – semua orang sukakan pujian. Tapi de masa rase pelik kalau lebih2. nak bodek ke?? Sory..saya tak makan bodek.. tegur pun tengok cara.. kalau cakap elok2 ok la.. kalau volume tinggi perli baik punye, selamat jalan la nak dengar.. boleh blahh..


De yang betul, de yang tak.. De jugak yang kene ikut keadaan. Contoh macam kat ofis, dah kalau bos marah keje tak betul takkan nak sentap nanges2 pulak kan. Kene la profesional. Makan hati tu tetap gak la. Geramm.. Hihiiii...



Tuesday, October 26, 2010

Hutang..Owwhh...Hutang~~




Sape tau camne cara nak mintak orang bayar hutang tapi dalam masa yang sama tak kecikkan hati orang.. Kadang tu bukan kedekut sangat tak nak bagi orang pinjam duit. Tapi ni la masalah saya. Saya susah nak mintak2 orang bayar balik. Camne liatnya orang tu nak bayar, liat lagi saya nak mintak. Segan la. Sah2la duit tu memang milik saya. Tapi tetap segan nak mintak. Lagipun nanti tak ke diorang malu kalau saya mintak. Tapi nak tunggu mereka faham2 sendiri dan bayar..hurmmm...memang makan tahun kottt.. Nak kira halal?? Bukan sikit2 tuuu..

Bila dah terkena dengan orang2 yang liat nak bayar ni, tempiasnya kena kat orang lain sekali la. Susah dah nak bagi orang pinjam duit. Cuma orang tertentu je. Mereka2 yang takde dalam senarai hitam. Hahaa.. Siap de senarai hitam. Mereka2 yang terkecuali dari senarai hitam ni orang2 yang hari ni pinjam, esok dapat je duit terus bayar balik. Pastu selagi dia tak bayar, asal jumpa je dia akan say sory banyak2 kali pastu cakap malu..malu..malu gila sebab terpakse pinjam duit perempuan.

De satu kes masa zaman study dulu, sorang member laki nak pinjam duit sebab parent lambat masukkan duit belanja (ni jenis loan pa&ma). Banyak gak dia pinjam. Yela..zaman student dulu kita pun makan pakai duit loan. Bile member nak pinjam sampai rm500 terasa besar sangat. Tapi atas dasar percaya, bagi gak la. Bukan sebab cinta. Sebab laki tu hanya kawan dan tak pernah pun de skandle maupun sampai tahap bercinta. Tolong atas dasar percaya kat kawan. Tapi dia punya malu..tak tau nak kata. Setiap kali jumpe mesti cakap segan gila..mesti cakap sory..pastu janji cepat2 bayar bila parent dia masukkan duit belanja. Masa nak bagi duit kat dia pun macam nak tak nak je amik. Yela..jatuh kot maruah dia sebagai laki yang macho dan jadi rebutan ramai student pompuan. Hahaaa.. Teringat ayat dia.. 'ko akan menyesal sebab tolak pelawaan aku ajak ko keluar.. ko tengok la nanti.. aku tak nak ajak ko naik kereta aku' Hahaaa.. tu la laki. Bile tawaran di tolak, mula la rasa maruah tercabar kan. Tau la dia student hot. Mampu pakai honda ek di kala semua kawan2 yang lain naik honda ex5 je. 'Aku tak menyesal pun sampai hari ni..cume aku kesal sebab ko makin sombong lepas aku tamoo keluar dengan ko.. dan sampai hari ni aku tak terliur tak merasa naik kereta ko tu..sebab aku tau ko memang budak mulut jahat..suke cakap lepas..' Opppsss.. melalut kan?? Kehhh.. walaupun dia ni mulut jahat macam longkang tapi jiwang mengayat pompuan, bile parent dia bank in je duit belanja, terus dia bayar semua hutang. Tak payah tunggu saya mintak. Tu pun dia punya say sory, dah macam anak jepun angguk2 kepala. Hahaaa.. On dad time berubah sikit persepsi saya pasal laki on part pinjam duit dan bayar hutang.

Tapi yang tak bestnye bila de kawan2 lain yang pinjam duit sampai almost 1k tapi tak bayar2 hutang. Nak mintak..saya tak nak jatuhkan maruah dia.. Tak mintak..takut esok2 dia ingat saya halalkan je pulak. Serba salah jadinya. Yang lagi tak best, bila hutang tu di bayar secara ansuran. Tak rasa sangat duit tu sebab dapat sikit2. Sekarang ni dah keje pun jadi camtu gak lagi. Sebab tu sekarang ni saya susah sikit nak bagi orang pinjam duit. Sebab dah terkena banyak kali. Tapi atas dasar kawan, kadang tu saya bagi gak. Dan sekarang ni saya rasa macam nak jadi ceti dah. Nak pegi kejar orang kutip hutang. Jadi along bukit beluntung kang. Sape nak buat loan letak interest sampai 80%. Amacam?? De sape berani?? Eiiii.. Cekik darah kan?? Camne nak bagi dorang bayar cepat2 ekk.. Susah hati sudah..



Monday, October 25, 2010

R.I.N.D.U



Lamanya tak dapat peluang nak update blog. Macam dulu. Macam selalu.Sekarang ni waktu lunch pun tak boleh nk curi2 update. Baru log in, telefon..telefon berbunyi.. Baru karang2 ayat.. 'jumpa saya kejap...' ayarrkkk.. Camne nak update. 'Kejap' tu bukan seminit dua. Sejam dua pun dah kire bagus. Banyak gile nak share. Sampai de yang dah lupa. Maklumla.. dah berabad + dah de sikit masalah pelupa. Malas berpikir sekarang ni. Letih..

Haiii laaaa.. Cepat la masa berlalu. Tak sabar nak jadi macam sebelum ni. Bukan sentiasa pandang ke belakang. Tapi ada masa untuk diri sendiri. Sekarang ni habis tengok siti kelembai je terus pejam mata. Kadang tu tak sempat siti kelembai habis pun, dah selamat melambai2 semua wish gud nite. Siti kelembai dah habis minggu lepas. Silap2 berita jam 9 tak habis lagi terus dah pejam mata nanti. Pe la nak jadi. Hidup makin tak terurus. Dulu keluar malam tengok wayang midnite pun rileks je. Sekarang tengok wayang pukul 8.30 pun tengok separuh jalan je. Selebihnya dah pejam mata gak. Hahaa..

Jangan kata nak keluar merayap tengah2 malam. Nak keluar makan malam pun dah malas sekarang ni. Asal keluar makan malam, kat kedai makan lagi mata dah layu2.. on de way balik dalam kereta lagi mata dah pejam sepanjang perjalanan. Padahal kedai makan 5minit je dengan rumah. Jalan terbaik, balik keje terus pegi makan. Makan petang salah satu cara elak gemuk kan. Kan tak elok makan malam2. Padahal asal malam je tak larat bukak mata. Ramai tegur badan makin melidi. Tapi pipi tetap menten bambam. Hoiii.. Macam alien je rase. Kepala besar badan kecik. Hahaa.. Rindu je dulu2. Sanggup keluar pegi cari kedai makan best2. Kadang dari serdang sanggup ke shah alam malam2 sebab nak cari kedai best2 yang kawan2 citer. Sekarang?? Dalam mimpi je la...

Dalam list sikit punye banyak bende yang nak di buat. Konon2 nak ke pkns shah alam cari baju, konon2 nak ke jakel shah alam beli kain, konon2 nak ke ikea beli barang2, konon2 nak ke umbai makan2, konon2 nak bercuti riang ria..owwwhhh.. Banyaknye konon2. Semua pun entah bile la nak buat. Hujung minggu jangan mimpi nak buat semua tu. Maklum je la. Sekarang ni dah musim kenduri kahwin sana sini kan. Sebab banyak jemputan kenduri ni la yang buat gelabah nak beli baju. Serabut kepala pikir nak pakai baju apa. Saya nak baju pink yang bling..bling.. yang comel2.. Saya nak baju kaftan yang sangat woww!!! Rindu nak sopeng2 baju tak hengat dunia macam dulu. Sekarang semua pun no..no..no...

Harap2 esok..tak pun lusa.. tulat..semua dah berubah.. tingggg..!!! as u wish ezza!!! Hahahaaa.. very de mengarut kan. Tak mungkin akan terjadi. So kena la pasrah lalui kehidupan hari ni dengan riang ria. Baru la semua pun ceria. Walaupun serabut dan serabai sikit sekarang ni. Tapi tetap rindukan keadaan yang dulu. Boleh pinjamkan masa silam yang damai tu sekejap tak?? R.I.N.D.U. sangat2..

Sunday, October 10, 2010

Karnival Sambutan Ulangtahun ke-35 Fakulti Kejuruteraan UPM 2010

Makluman : Sticky post sehingga 10 0ktober 2010. Nak tengok entry yang latest, scroll ke bawah dan bawah lagi. Tu pun kalau ada. Hikhikkk.. Entry ini juga di 'copy-paste' dari FH atas permintaan, kebenaran dan atas 'habuan' yang telah di janjikan. Hehhh..!! Sekadar untuk berkongsi maklumat. Di harap dapat membantu menyampaikan sedikit info kepada anda semua. Terima kasih.. :)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sempena dengan Sambutan Ulangtahun ke-35 Fakulti Kejuruteraan, Kelab Sukan dan Sosial Fakulti Kejuruteraan akan menganjurkan satu karnival bagi menyambut hari ulang tahun tersebut.

Tarikh : 8 - 10 Oktober 2010
Masa : 8.30pg - 5.30ptg
Tempat : Fakulti Kejuruteraan, UPM

Pelbagai acara disediakan seperti:
1. Pertandingan memancing
2. Auto Show
3. Jualan pakaian dan makanan
4. Pameran oleh JABATAN, PERMATA HIJRAH, PETROSAINS
5. Pemeriksaan kesihatan oleh Pusat Kesihatan Universiti, UPM
6. Derma darah
7. Sukaneka untuk kanak-kanak
8. Kayak
9. Carboot sale
10.Tayangan filem

Dan banyak lagi acara yang disediakan. Jadi jangan buang masa, tandakan di dalam diari anda dan bawalah keluarga anda ke karnival yang julung-julung kali diadakan ini. Sila warwarkan pada semua rakan-rakan anda dan juga kaum keluarga anda

Tapak jualan/gerai disediakan untuk berniaga. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan Pn. Salbiah di talian 012-6499132 @ En. Nasir 019-3675992

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Hakim : 013-3882306 / Nik : 012-6570906

Monday, October 4, 2010

Sila Sedarkan Diri..tingggg!!

Lama gila tak update blog. Banyak perkara terpakse diutamakan dulu. Terkejar2 ke sana sini. Weekdays busy. Weekend lagila takde peluang nak rehat. Penat. Makin menambahkan semak kat ruang tamu 425 dengan hasil deco2 yang ntah apa2. Harap2 semangat terus de. Tapi macam dah hampir2 nak putus asa. Haiii laa hatiii..

Sila sedarkan diri. Bukan nak bagi warning kat sape2 pun. Ni amaran untuk diri sendiri. Lagi2 di tuju khas untuk orang tu. Busy manjang ehhh.. Buat2 la busy. Esok2 de orang lain ganti jadi partner i atas pelamin padan kan muka. Gerammm!!! Boleh tak nak bagi warning camtu?? Kejam je kan.

Bukanla nak kejam sangat pun. Takde pun nak cari orang lain ganti. Tapi dalam tak sedar sebenarnya tinggal lagi lebih kurang 6bulan je lagi masa yang kami de untuk buat persiapan. *lama gila kot tak cite pasal progres persiapan*. 6bulan tu belum lagi tolak dengan hari bekerja, tolak dengan hal2 lain, hal2 persendirian. So agak2 berapa bulan je la masa yang de kan. Waktu untuk berkejar2 urus macam2 benda hanyala pada hari sabtu ahad. Tu pun kalau masing2 tak balik kampung atas urusan masing2. Biasanya tiap2 minggu de orang tu memang akan balik kampung.

Nama je duduk rumah sewa dekat2 dalam satu taman. Tapi nak dapat peluang duduk diskus sama2 teramat la payah. Dapat peluang keluar makan malam sama2 sekali sekala pun dah cukup untung kot. Tu pun kang sibuk la nak cepat2 de macam2 hal. Boyfren ramai sangat kutt.. Hoiiii..kalahkan dekan je busy. Siang malam busy. Cuti pun busy. Lempang kang.. Tengok. De ciri2 isteri mithali dah kan.

Lagi geram bile sibuk plan suruh saya amik cuti. Tapi pastu sendiri sibuk. Harusla saya meroyan kan. Tak tau ke saya tengah nak jimat cuti yang tinggal ciput je tu. Pe u ingat u sorang je busy. Tak tau i pun busy. Walaupun cuti, berkali2 ofis call siap pakej kene marah sume dah. Mujur je kete kat u, kalau tak, harus on the dot i pegi ofis. Takde makna dah nak pegi hunting barang yang banyak gile tu bagai. Padankan muka kene pegi cari sorang2. Pandai ke??

Owwhhh.. teremo sudah. Jap lagi mesti kene warning suruh edit entry ni. Tak nak..tak nakk.. Nasib la.. Sebab malas nak zikir kat telinga orang yang berkenaan tu hari2, so saya dah buatkan wedding ticker. Ataupun nama lainnya, ticker lu pikir la sendiri. Buat 2 lagi tu. Letak kat atas dengan kat bawah sekali. Ni kalau tak bagitau mesti de orang tu pura2 buat tak nampak je kan. Sendiri mau ingat la yeee.. Boleh?? Bukan pe. Saya ni tak suke nak membebel. Kalau dah mula kang, memang cakap laju2 tanpa henti tanpa de peluang orang tu nak menyelit. Pastu kang cakap.. 'lawak la cakap laju2..macam kartun..tak faham pun' Boleh?? Tak tau ke orang tengah serius. Terus tak sampai hati nak marah lebih2. Geram..!!! Lempang kang..

perkiraan setakat hari ni punye

ni yang kat belah atas

Tapi kan.. sendiri seram tengok wedding ticker tu. Anjak tarikh lagi boleh?? Agak2 de berani ke nak kene tazkirah free dari mereka2 yang terlebih prihatin?? ohh tidakkk..

Wednesday, September 22, 2010

Detik Kelahiran New Baby Grey

Salam Aidilfitri, selamat kembali ke kota wahai anak rantau dan selamat kembali bertugas menjalankan rutin harian seperti sediakala. Belum terlambat rasanya untuk saya memohon ampun dan maaf andai sepanjang saya berblog ni ada mengguris hati mana2 pihak. Dan maaf gak sebab biarkan blog ni sunyi sepi beberapa ketika.

Tentunya dah ramai yang kembali bertugas isnin yang lalu. Mood masih tertinggal kat kampung?? Camtu gak la saya yang sejak dari 14 september dah kembali memulakan tugas di ibu kota ni. Jalan lengang, ofis sunyi. Tapi dari 16 september (hari malaysia) hingga la isnin lepas saya 'sambung bercuti raya'. Atas sebab-sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. Terlebih main mercun + bunga api kot ni. Terlebih sedut asap. Heheee..

Dan isnin yang lalu, dalam tak sihat tu sempat lagi ke kajang untuk menyambut sendiri kelahiran new baby grey. Seyes la tak larat. Tapi terpakse laratkan gak. Semangat new baby grey membuatkan kaki gagah melangkah dan mampu drive sampai ke kajang. Hebat bukan?? Nak tau pe new baby grey yang saya maksudkan?? Jom intai pics. Masih selsema + batuk2. Tak elok bebel banyak2 kan. Mata pun berat macam nak pejam2.

blue alto.. sekadar gambar selingan.. bukan baby grey yang sebenar.. :)

tadaaaa... uncle law + mr razi with new baby grey.. WUJ *66*

mr razi bebel2 part depan dulu

wahhh.. uncle law dah duduk kat dalam nampak..

mr razi pun syok sama.. join duduk kat sebelah pulak

pe lagi ntah diorang ni membebel.. saya tengok dari jauh je.. tak larat nak bangun gi dengar

tengok spare tyre pulak kutt..

Uncle law punye la syok dapat bawak balik baby grey, dia biar je saya memfollow jauh di belakang. Selalu kalau keluar naik kereta lain2, uncle law yang akan memfollow saya dari belakang. Ni saya pulak yang kene tinggal jauh kat belakang. Drive sorang2 dalam keadaan demam. Sedih.. sedihh.. Sampai hati tauuu.. Tunggu nanti aii beli alto pulak..

WUJ *66* on the road.. aii kene memfollow uncle law je sebab tak tau jalan pulang.. hahahahaa..