Tuesday, March 18, 2014

Kisah hannah dan gigitan

Terasa ingin menulis kat sini hari ni. Setelah sekian lama. Alhamdulillah hannah dah pun 23bulan. How fast time flies. Semakin hannah membesar, semakin manja hannah. Sekarang dah pandai request panggil dia ’baby’. Semakin banyak bercakap. Alhamdulillah tumbesaran seiring dengan usia hannah. Cuma badan je semakin menyusut. Semakin kurus.

hannahFHM masa 21bulan

Alhamdulillah hannah dah boleh sesuaikan diri kat taska. Dah tak menangis bila ayah hantar setiap pagi. Tapi sekarang ni masalah baru pulak muncul. Hannah macam trauma nak pegi sekolah sebab dah kerap kene gigit. Alahai.. sian hannah. Tiap-tiap hari balik mesti mengadu tangan dia sakit kene gigit. Sampai biru lebam. Yang terbaru ni, sampai luka berdarah. Hannah pulak, selagi tak hilang kesan lebam tu, selagi tu la dok ngadu cakap sakit. Ke memang betul-betul masih terasa sakit.

Hannah bukan budak yang suka menggigit. Tapi bila dah selalu kene gigit ni, mumy pun gigih la cari cara atasi budak suka mengigit. Nanti boleh share dengan cikgu hannah. Bagi cikgu sama alert dengan masalah ni. Tapi cikgu pun dah tampal artikel pasal gigit-gigit ni kat dinding taska. Harap-harap parent tu prihatin la sikit. Nak harap cikgu yang ajar anak dia sepenuhnya, takut cikgu-cikgu tu pun hilang sabar nanti. Anak orang pulak kan. Nak ajar lebih-lebih pun, nanti parent tak terima pulak. 


Mengapa anak suka menggigit 

Jika melihat kanak-kanak kecil menggigit, ia adalah perkara biasa. Tidak kira sama ada dia menggigit kawan sebaya ataupun sesuatu objek, menggigit seolah-olah satu tabiat wajib bagi kanak-kanak berusia setahun hingga dua tahun. 

Kadag kala jika anak kita yang menjadi mangsa gigitan kanak-kanak lain, rasa hendak marah sahaja tetapi apalah yang difahami oleh si anak kecil itu. Namun, mengapa ibu bapanya membiarkan anak mengigit sesuka hati. 

Bagi anak kecil, menggigit adalah salah satu ekspresi emosi untuk melepaskan kemarahan, kegeraman atau rasa kecewa. Apatah lagi jika anak kecil memerlukan perhatian, penat, cemburu kepada adik dan sebagainya. Kanak-kanak yang belum boleh bertutur mencara cara tersendiri untuk mengekspresikan emosinya termasuk mengigit. 

Jadi, menggigit adalah cara dia untuk menyalurkan emosi negatif. Menggigit lebih kerap terjadi dalam kalangan kanak-kanak lelaki. Semakin kemahiran bahasanya berkembang, kecenderungan menggigit akan turut berkurangan. 


Cara atasi anak suka menggigit

1. Tenangkan mangsa terlebih dahulu. Beri perhatian kepada anak yang menjadi mangsa gigitan apatah lagi jika dia anak orang lain. 

2. Tetap tenang namun tegas. Katakan kepada anak “jangan gigit orang”. Tegaskan kata-kata supaya dia faham. Elakkan bebelan yang panjang kecuali anak lebih besar dan memahami. 

3. Tenangkan si penggigit jika perlu. Mungkin anak tidak tahu gigitannya amat menyakitkan. 

4. Apabila situasi sudah tenang, sarankan alternatif lain kepada anak yang suka menggigit. Misalnya, ajar dia menggunakan kata-kata “jangan” atau “tidak” kepada orang yang membuatnya rasa hendak menggigit. 

5. Alih perhatian anak yang suka menggigit kepada aktiviti lain. Kadang kala disebabkan kebosanan atau ingin perhatian, mereka mencari pasal dengan menggigit orang lain. 

Sumber : pa&ma