Wednesday, June 29, 2011

Senyum.. Tak Perlu Kata Apa-apa




Semakin hari semakin sayang.. Muuuaaxxx.. *_^

Monday, June 27, 2011

Penangan 'Si Merah'


Semua orang risaukan merah. Tak semua la. Siape yang kenal merah macam kami ni la. Sebab tau merah ni manja. Kalau kene serang memang takde la nak tengok dia serang balik. Paling hebat dia boleh buat, angkat tangan rebahkan badan tanda tamoo buat serangan balas. Takat gurau2 ketuk kepala tu dia berani la. Kalau musuh dia lalu sebelah, dia terus tunduk sopan diam2 kat situ. Tak gerak. Bila de orang terdekat dengan dia, cepat2 dia nyorok belakang kaki sambil jalan sama2. Sian Merah selalu kene buli. Sebab yang lain semua jeles kat Merah. Merah selalu dapat extra layanan dan perhatian.

Gedik~gedik. Merah gedik

Merah pecahkan tabung

Merah si mata duitan. Semua pun dia nk buat main

Aksi dalam kereta setiap kali balik kampung. Belakon je tu. Poyo betul merah

Ni aksi mintak perhatian. Bila tak dapat layanan, merah dok sebelah laptop dengan harapan orang pandang dia jugak

Masa majlis kahwin saya hari tu, merah ni la satu2nye kucing yang sibuk keluar masuk bilik pengantin, keluar masuk almari baju pengantin. Nasib baik merah rajin mandi. Merah tak boleh dok sendiri. Mesti sibuk nak ikut kaki orang. Dah tuan dia busy sangat masa tu. Saya la yang jadi mangsa. Kat mana orang sibuk buat keje, kat situ la dia nak baring main, nak tido. Sape tak geram.

Semua gambar adalah dicilok dari fb sis ejan. Tuan punya merah si manje.

Berita terkini : merah dah balik.. De yang kene hantar balik kampung ni kang. 'dah..dahh.. merah tak payah ikut balik sawah lagi pasni. lagi jauh pulak dia merayau.. bikin orang risau je tau..'

Wednesday, June 22, 2011

Nota Ringkas

Nak update blog. Tapi tenet slow ya hamattttt.. Tertekan..tertekan... TERTEKAN aii.. Kenapa la tenet slow sangat kat presint 9 ni. Lain kali jela update. Tataaaa... Peace yoooo..

p/s : ling..lingggg... Hadiah bezday nak iMac. Takk.. Takkk.. Nak yang rim olen tu.. U know wat i mean.. Bakul pink tau.. Mekacih.. :D

Thursday, June 2, 2011

Bro Eyriqass Terkena.. Saya Pun Terkena Jua!!!


Baru semalam pagi baca kat blog Bro Eyriqazz entry bertajuk Aduan Pengguna Giant Malaysia dan Fresh & White. Petang semalam saya dah terkena. Ciissss!!! Petang semalam balik keje terus ke the mines. Dengan niat nak buat spect baru sebab sangat pandai tinggalkan spect atas dashboard kereta di bawah terik mentari lalu spect murah tu terus retak seribu. Nasib baik jenis pakai spect on off. So tak la rasa terganggu sangat. Tapi siyes tak selesa sangat2. Lagi2 kalau malam. Blurrr.

So lepas dah pilih2 bingkai, SA tu cakap boleh siap dalam masa 30minit. Sementara nak tunggu siap tu, kami decide nak masuk giant. Masa nak masuk terus teringat entry bro Eyriqass. Nak cerita dekat en.husben. Tapi bila dah tengok2 barang terus keterlupaan. Adalah membeli beberapa barang. Salah satu barang yang kami beli ialah seluar. Harga pada tag RM19.99. Harga pada rak juga tertulis RM19.99. Sebab beli barang tak banyak, saya boleh ingat setiap harga barang2 yang kami ambil. Tapi tetap cuai masa kat kaunter bayaran. Dan saya terlepas pandang masa dia scan seluar tu. Saya pulak tak check balik resit sebab nak cepat2 balik tengok nora elena. Keluar dari giant, ambil spect dan terus bergegas balik.

Sampai di rumah, baru tengok resit. Tibe2 ada satu item yang saya rasa pelik sangat2. Harga yang tertulis untuk seluar tu kat resit adalah berharga RM24.99!! Geramnya!!! FH suruh buang je resit tu dan anggap bukan rezeki kami hari tu. Macam yang bro eyriqass tulis, bukan isu duit yang saya marahkan. Tapi isu ketelusan berniaga, isu hak pengguna. Saya akui silap saya sebab cuai tak tengok semula harga barang semasa pekerja di kaunter scan. Tapi, cuba bayangkan kalau mereka yang beli barang banyak2 sampai penuh 1 troli, agak2 diorang boleh ingat ke semua harga tiap2 barang yang diambil samada sama dengan yang di scan dengan yang tertulis kat rak?? Barang2 yang selalu di beli mungkin bolehla ingat. Tapi tu pun harga ada masa berubah bila ada offer.

tag harga pada seluar

resit dan tag pada seluar


Mungkin lepas ni kene amalkan bawa buku dan catat harga pada rak bagi setiap barang yang diambil. Tapi akan timbul masalah di kaunter pulak nanti. Dah kalau setiap barang yang pekerja kaunter scan, kita pulak sebok nak check balik harga yang kita catat dalam buku. Satu dia scan, satu kita check. Dua dia scan, dua kita check. Kang pekerja tu pun sentap, orang belakang pun bengang. Tolongla giant. Dah banyak timbul isu ni rasanya. Harga kat rak lain, bila kat kaunter jadi lain. Tolongla jangan kelirukan pengguna..

Wednesday, June 1, 2011

Bila Skill Menulis Mula Menghilang

Bila dah lama tak update blog, maka dah lama jugak tak menulis dan mengarang ayat. Makanya, rasakan kau.. taip-taip-taip padam-padam-padam dan delete-delete-delete. Taip-taip-taip.. SAVED.. Simpan jadi draft. Dan hasilnya kini, berlambak entry berstatus DRAFT!! Perlukan proses editing untuk di publish. Ntah bila la tu~~