Thursday, April 21, 2011

LimaBelas.April.DuaRibuSebelas

Teaser limabelas.april.duaribusebelas


Kau masih ku cintai...sungguh
Dari awal dulu hingga hari ini
Aku pasti seyakinnya pasti
Kaulah satu untuk ku

Kau masih dewi hati ku...sungguh
Biar sejuta tahun hilang di hari
Usar gusar...sayang...usah ragu
Aku milik mu

Cinta ku jika kau tanya pada bintang
kemilauan sinar takkan hilang
Akan kusinari duniamu
Moga terpadam sangsi mu

Cinta ku jika kau lihat tingginya awan
Takkan tercakar tinggi cinta ku
Hanya hati ku tahu apa mahu ku
Dan duniaku pastinya milik mu
Hingga ke akhir hayat ku...

Kau masih ku cintai...sungguh...
Dari hari pertama ku nikahi
Aku pasti...yakinnya pasti
Engkau milik ku


Lagu Iris. Nyanyian awie.. Tapi pada majlis 17april2011 hari tu, lagu ni di dendangkan khas oleh FH sendiri, untuk saya. Tersentuh, terharu, sebak.. Speechless. Tapi sehabis baik cover. Tak nak menangis lagi. Cukup2la dah meraung masa nikah.. T__T

Sunday, April 17, 2011

Today is de day....!!!!!

Akhirnya..harinya tiba jua.. Ahamdulillah.. Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.. Kami telah selamat diijabkabulkan pada 15 april 2011 selepas waktu isyak.. Dan telah selamat diraikan pada siang tadi dalam majlis yang saya rasakan sangat meriah dan sangat memberikan sejuta kenangan terindah buat diri saya. Jutaan terima kasih buat semua yang membantu..

Tak boleh nak cerita lebih2.. Pics pun takde lagi.. Dan banyak part yang mungkin saya dah terlepas pandang so mungkin takde dalam gambar.. Huhuuu... K la.. Nak bersiap.. Malam ni de bbq untuk meraikan ahli keluarga dan sanak saudara yang dah banyak bertungkus lumus 1minggu lebih ni.. Siap de karaoke lagi..

Syok pulak layan tenet.. 'pakcik tu' tengah dok kat dapur perap ayam... Hahahaaa... Awal2 dah kene buli.. Daaaa... Nak pegi tolong tengok orang perap ayam..