Tuesday, March 29, 2011

Tiada Bulan Lagi

WehooooOOoo.. no more moon.. Malam ku gulap gulita.. wekkk.. Ngarut. Dah lama kot tak jenguk blog sendiri. Sebab ngeri. Rasa macam banyak bende tak buat lagi. Tapi tetap de masa layan angry bird tiap2 hari. Kang kalau bengang tak menang2, layan pulak cut the rope.. pastu feeling2 pilot sibuk bawak kapatebang tapi asik terhempas. Dah tebakor kang tukar main pancing2 ikan pulak. Tak dapat2 ikan, main puzzle pulak. Tu je la kejenye tiap2 hari lepas balik keje sampai la tido. Kalau dah hadap game, memang lupa daratan betul.

Nasib baik FH tak amik dan delete sume game2 tu. Tunggu la dia over amukan nanti. Bukan kata game, semua sekali dia delete kang. Huhuuu.. nangesss..

Tadi beranikan diri jenguk blog sendiri. Ehemmm.. hukhukkk.. Rasa macam tercekik milo. Dah takde bulan kat wedding tickers tu. Tinggal lagi 2 minggu 3 hari. Horeeeyyyyy.. Saya barjaya men'chillex' kan diri sendiri sampai lupe daratan masa dah semakin singkat.. Syabas ezza.. syabasss.. ~~oh bulan jangan layan diriku lagi pabila, air mata membasahi pipi...~~~

Friday, March 18, 2011

Turun 5 Kaliii..!!!


Ohoooo.. rindunya kat cekgu ben. Lama gila tak jumpa. Cekgu ben, maafkan anak muridmu sebab lepas habis kelas bulan 8 tahun lepas, sampai la sekarang ni, kami telah ingkar arahan cekgu ben. Woiii.. dah lama tak turun pool. Habisla hilang semua skill cekgu ben ajar dulu. Ni kalau sekali turun, mesti kene rotan vontot sebab tenggelam timbul je. Entry kelas renang pun sampai sekarang ni pending tanpa de penutup.

Ni semua gara-gara bajet nak jaga kulit la ni sampai tak nak pegi renang-renang lagi. Maklum jela. Takut sunburn masa sanding. Tapi tahukah anda, sebab nak jaga kulit muka punya pasal, sekarang ni badan sudah rasa tak fit. Pewott macam mooncet gelebeh-gelebeh. Lengan lembik2. Padahal berat tetap maintain. Kurus, tapi tak fit. Tak sukeeee!!! Habisla tak gojes masa sanding nanti. Gulppp!!! Paling tak best, bukan je badan tak fit, tapi sekarang dah macam cepat mengah. Semput ke pe ni. Susah je nak nafas. Kalau dalam pool, cekgu ben jerit je.. TURUN 5 KALI!!! Blupp..bbllooopp.. bloopp.. bubbling la korang dalam tu bagi hilang mengah. Taraaa!! Terus ok pastu.. Ni agak-agak entah ingat lagi ke tak nak buat bubbling. Melampau punya pelupa kan. Tapi takat breaststroke dengan free style tu dah master kot. Wahhh!! Riak pulak. Not gud..not gud..

Teman-teman seperjuangan, jomla kita pergi renang-renang lagi. I dah usha pool kat pusat maritim tu. Tapi tengok dari luar je la pun.. :p Yang ni confirm tak sunburn. Uols renang-renang la sampai kembang kecut badan. Yomm laaa.. Yomm la.. Sebelum i kawen ni. Kasi badan fit sikit. Tapi bile la ehhh.. Beli swimsuit baru dulu jom!! Agagaggaa..

Thursday, March 17, 2011

Kematian itu pasti

Malam semalam tertengok drama melayu kat channel 9. Tak pasti tajuk cite pe. Tengok dah hujung-hujung Rusdi Ramlee berlakon jadi OKU. Betul-betul tengok part mak dia meninggal. Sambil tengok sambil makan sup pedas panas-panas. Sok..sek..sok..sek.. Konon pedas. Padahal nanges layan drama. Tersentuh tengok part anak-anak tak dapat terima kenyataan mak diorang dah takde. Ya Allah..sesungguhnya saya belum bersedia untuk hadapi saat tu nanti. Baik mak, ayah, akak atau adik-adik.. Sungguh saya takut kehilangan salah sorang dari mereka.

Saya akui saya bukan anak yang akan hari-hari telefon mak ayah cakap rindu-rindu, sayang-sayang. Memang janggal nak sebut. Seingat saya, sekali je dulu saya pernah sebut rindu sangat kat mak. Tu pun sebab saya kat kedah. Di awal-awal hidup jauh merantau. Mak gelak je masa tu. Terkejut kot. Mesti mak tak boleh nak tido malam tu sebab risau saya buang tebiat. Pernah dulu saya demam teruk. Malam sebelum tido saya makan ubat. Pesan kat mak esok jangan kejut saya bangun tido, saya nak tido lama-lama. Niat kat hati, sebab saya nak tido puas-puas biar cepat sembuh. Rupanya mak fikir lain. Malam tu mak tak boleh tido. Sibuk jaga saya sebab risaukan saya tak bangun-bangun lepas tu. Biar pun saya tak pandai luahkan rasa sayang saya kat mereka, tapi sememangnya saya sayangkan mereka. Saya tak sanggup kehilangan salah sorang dari mereka.

Pagi ni sampai ofis awal sangat. Biasa la cuti sekolah. Jalan ke KL mana jammed. Pukul 6.50 pagi dah sampai bukak pintu ofis. Bila kawan-kawan ofis sampai, dapat berita husben ofismate meninggal malam tadi terkena serangan jantung. Dalam usia muda. Ya Allah.. Besarnya dugaan yang Kau beri pada mereka. Anak-anak masih kecik. Saya berkesempatan untuk pegi ziarah arwah. Anak-anak kecik tu berlari riang di luar surau. Tak mengerti apa yang berlaku di sekeliling. Saya percaya anak-anak kecik itu sudah faham erti kehilangan. Cuma tadi bila ramai kawan-kawan di sekeliling, mereka tak sedar ayah mereka telah tiada. Pergi meninggalkan mereka untuk selamanya. Mungkin malam ni, mungkin esok lusa, anak-anak itu akan bertanya mana ayah mereka. Mereka akan tetap rindu dan bertanya mana ayah mereka bila mereka teringat. Tak sanggup rasanya membayangkan keadaan tu. Apatah lagi untuk meletakkan diri dalam situasi tu. Sedangkan berpisah hidup pun rasa tersiksa bila rindu. Walhal masih boleh berjumpa selepas tu. Ni kan pulak berpisah mati. Macam mana lagi nak jumpa bila rindu?? Hanya doa yang mampu di hadiahkan. Mati itu pasti. Cuma kita tak tahu bila pula sampai masa kita nanti. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan semoga keluarga arwah tabah hadapi dugaan ini.

Saturday, March 12, 2011

Resepsi - Adawiyah & Amir


'Selamat Pengantin Baru Adawiyah dan Amir. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga. Di kurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..' Sobb..sobb.. Saya sedih sikit. Tapi saya happy banyak tengok adah kahwin.


Ok. Dah. 1 pic je dulu. Gambar lain tunggu next entry kalau rajin. Dah pukul 4 pagi sekarang ni. Blogwalking sambil bakar cookies. Nak masuk tido pulak sambil diselubungi cookies. Huaaarrrggghhh... Nantokk~~~

Friday, March 11, 2011

Saya nakkan Bridesmaid

Lama tak update blog. Mood tak ok hari tu. Malas tulis blog sebab takut berbakul2 je makian, kesedihan, luahan perasaan.. haihhh.. Macam-macam la..

Bridesmaid. Tu lagi 1 hal. Hari tu angan-angan nak de bridesmaid. Dah kenalpasti sape sasaran untuk di pilih jadi bridesmaid. Dah bayang nak buat camne. Bajet nak buat suprise last minit bagi kad. “Will you be my bridesmaid”. Pastu angan-angan nak beli baju siap-siap untuk diorang. Tinggal tunggu dan datang majlis pakai cantik-cantik je nanti. Hehhhh... Angan-angan kan. Semuanya boleh jadi tersangat indah.

saya nak camni. tapi tidakla seksi begini.. tapi apakan dayaaaa...

Sumber imej : google

Konon nak suprise la sangat kan. Sekali diri sendiri yang kene suprise. Nasib badan. Elok tengah angan-angan nak pilih baju yang camne untuk bridesmaid pakai nanti, dapat call.. 'owhhhh.. kitorang de exam la on that day..' Stress kejap masa tu. Tertekan wehhh. Sebab dan penuh dengan angan-angan yang indah kan sebelum tu. Sekaliiii.. nan hadooo.. Redha jela. Lupekan je angan-angan tu.


Sebenarnya dah plan awal2 nak suruh zura bawak geng-geng dari kuantan nun datang jadi bridesmaid. Dah plan nak comelkan anak-anak dara orang pakai gaun seksi meksi. Sekali korang exam la pulak adik-adik oiiiii.. Bukan kata bridesmiad je takde. Silap2 kang time majlis dengan zura tu sekali takde. Nak buat cmne kan. U dorang tu pelik2 je jadual. Suke sangat lain2 dari U lain. Tau la international. Pelik2 je. Dah elak2 pun terkena gak minggu exam masa majlis nanti. So kene siapkan jawapan dari sekarang sebab confirm de orang akan tanya.. 'eehhh.. zura takde.. laaa..kenapa buat tarikh ni kalau tau dia takde..' Ok. Nak rakam jawapan siap2. Supaya kalau de je orang tanya, terus cepat2 tekan button 'play' kat voice recorder. Pengantin nak control ayu. Risau2 kalau jawab soalan yang sama 44kali terus de pengantin jawap dengan jegil mata tunjuk 4 batang gigi taring. Mau??

p/s : adik-adik sekalian, kalau korang ok je nak jadi bridesmaid, sound akak awal-awal ehh.. on de dot i pegi beli gaun seksi meksi untuk uols.. ehhh.. takkk.. jubah la.. ehhh.. bukan jugak.. Rahsia dulu la.. Nak baju cantik tak?? (cubaan untuk menggoda dan menggula2kan budak-budak tidak berdosa itu)

1 month 4 days to go~~~ 36 hari lagi?? gulllpppp..