Monday, January 24, 2011

Cookies

Comel kan??

h = hakim.. :)


Okiess.. Sekian. Update ringkas dari saya yang kepenatan dan keletihan di selubungi cookies. :p

Tuesday, January 18, 2011

Bunga Jelly a.k.a Bunga Telur

De kawan2 bertanya, 'apa perkembangan sekarang?? perlukan apa2 bantuan?' Hurmmm.. Tak tau nak kata pe. Sekarang ni gigih memotong TQ tag. Letih hadap benda tu. Sampai kebas2 jari. Tapi rasa2nya tak semua paper bag de TQ tag tu nanti. Tak larat la nak potong banyak2. Hari tu hampir2 terpotong jari sendiri. Mujur je tak sampai berdarah. Saya tak pandai potong gunakan gunting. Sebab lepas tu nanti tangan mesti bengkak. Pesal ntah. Dengan gunting pun alah. Nak pakai pemotong kertas tu pulak, saya rasa lagi banyak yang reject je nanti. So kita potong dengan pisau je. Saya memang teror bab2 main pisau ni. Tu yang dulu sampai berani2 toreh tangan sendiri dengan pisau. Pastu gelak2 kepuasan. Jahil betul rasa.

Saya bukan nak berlagak cakap mampu buat sendiri semuanya sekarang ni. Kalau di berikan pilihan, memang saya nak sangat de pembantu. De ramai2 orang yang membantu. Memang tak menang tangan dah sekarang ni. Tapi saya segan nak susahkan orang. Saya takut susahkan orang. Saya tak suka. Dan lagi pulak, saya ni susah sikit nak puas hati dengan hasil keje orang. Tapi dalam masa sekarang ni, memang tak pikir dah hasil tu ok ke tak. Asal siap pe yang saya rancangkan dah kira bagus. Tapi tetap kene ikut piawaian gak la.

Malam tadi operasi memotong TQ tag dihentikan seketika. Bagi laluan nak buat keje lain pulak. Keje mengisi jelly dalam bunga jelly. Actually ianya bunga telur. Tapi sebab dah tukar isi dengan jelly, kita panggil je la bunga jelly. Tapi bunga jelly ni bukan untuk majlis saya. De untuk majlis seseorang hujung minggu ni. Dah last minit baru nak pulun membungkus jelly. Bukan tak nak buat awal2 hari tu. Tapi takut nanti sampai masa dah tak rupa bunga pulak. Saya suka buat keje2 camni. Boleh leka dok diam2 sorang2 hadap bende2 camni.

 yang dah siap isi, cucukkan je kat tepi2 kotak tu. malas nak selongkar box malam2 cari polistrin. hehee..

Ikut perancangan majlis saya nanti takde bunga2 telur ni. Kalau de pun tak banyak. Maybe dalam 200pcs je. Tu pun akak yang nak sponsor. So tak termasuk dalam list 'things to do' saya. Tapi tibe2 minggu lepas mak bising2 nak de bunga telur gak. Kalau takde macam bukan kenduri kahwin je katanya. Huurrrmmm.. Kadang2 kene gak la ikutkan kata orang tua. Walaupun sebenarnya saya tak nak. Bertambah lagi list. Nak cari bunga telur 300pcs. Nak buat memang dah tak cukup tangan rasanya. Bila la nak berkurang list 'THINGS TO DO' ni..

Monday, January 17, 2011

Got de Blues

Huhhhh.. Kenapa mesti de monday blues.. Agak moody pagi ni. Mood kelaut. Bukan sebab penyakit bulanan. Tapi rasa dari semalam lagi kot dah 'terputus urat senyum'. Penat kot. Sebab paksa diri bekerja sepanjang hari tanpa rehat yang cukup. Hari cuti lagila 24/7 buat kerahan tenaga. Pastu flet gila..

Pagi ni patut sampai ofis awal sebab de meeting pagi2 hari. Slide untuk meeting de pada saya sebab buat kat rumah semasa hari cuti!! Takpe.. Bukan selalu. Cool je. Pagi2 sabtu bos dah call cakap de bende lain lagi dia nak tambah. Maknanya memang kene datang awal dan edit kat ofis. Sampai2 stesen komuter pagi tadi dah terlepas tren. Rilek lagi sebab bajet macam sempat sampai kalau tunggu tren lain. Nasib baik tak payah tunggu lama. Tapi yang tak best, hari ni boleh pulak pitam dalam tren!!! Berpeluh-peluh tahan nak muntah. Last2 rasa macam dah tak sedar pe yang jadi. Tak suke!!!

Nasib baik sempat gak sampai ofis awal. Rilek jap amik angin, terus cepat2 siapkan slide. Pagi2 dah terkejar2. Bukan selalu pun wat keje camni. Selalu sampai2 ofis terus breakfast dulu. Tapi hari ni, sampai sekarang ni pun tak makan pe2 lagi. Takde selera. Nak bangun pegi pantry amik air pun macam pening gila kepala. Nak nangis je rasa. Bos, nak balik boleh tak?? Macam nak half day je hari ni. Tak larat la..

Friday, January 14, 2011

Apa??? 92 Hari Lagi..!!!

Banyak kali nak update.. Tapi asyik tak terupdate jugak lagi. BW pun dah jarang2. Sory ehh.. Kenapa entah selalu takde masa. Jeles dengan korang sebab selalu berjaya curi masa update walaupun busy. Syabas!! Nanti saya buat kunjungan kat blog korang. Ok?? Tapi macam biasa la. Jarang tinggal jejak. Pemalu konon.. Pang!!

Ni konon nak update ringkas2 je. Kat ofis maaa.. Mana boleh suka2 update blog.. *ecehhh.. macamkan baik je selama ni*..

Tadikan, tibe2 rasa nak betulkan wedding ticker tu kejap. Yela.. Hari tu kan buat tarikh lain. Pastu bila dah ubah tarikh kahwin, ticker tu tak ubah2 pun. So selalu pun feeling chillex sebab tengok lambat lagi nak kahwin. Tapi bila dah betulkan tadi.. hurmmm.. hukhukkk..nanges~~ Tu yang terus rasa nak update blog nak buat luahan hati dan perasaan. Lagipun danial dah marah blog bersawang..*tibe2 petik nama danial*

Nampakkan yang baru tu.. Lagi 3bulan 1hari je tinggal. Maksudnya.. lagi 92hari jela kan nak buat persiapan. Tu belum campur tolak hari bekerja, hari malas, hari takde mood, hari tak sihat.. Tu semua kene amik kira. Owhhh.. banyak lagi bende nak buat. Pastu lagi de hati request kat ayah nak buat landskap kat rumah. Saje je nak menambahkan keje kan. Tiba2 rasa nak balik kampung cakap kat mak... 'tambah lagi 1bulan boleh tak??' Huuwwaaa... Memang tak la kan. Jangan cari pasal la wehhh...

K la.. Tak nak bebel banyak2. Nak bukak checklist tengok pe lagi yang belum setel.

Friday, January 7, 2011

Photogedix Raikan Hari Tua FH


Jangan nak karang cite panjang2. Kasi layan gambar je. Nanti bebel2 tak ingat dunia lagi.. Mari biarkan gambar yang bercerita.. Haahaaa.. bahasa apakah??

starter la konon ni

weee... nampak agak gelojoh disitu.. tak sabar2 nak makan

semua sedang berenang2.. wuuu... lapar tibe2

black forest icecream cake.. yummyy..

' auuuww.. terkezut mak..'

make a wish katanya.. lentik semacam jari..

gedik girls

malu2 meow konon.. nampak tak macam de pelamin kat belakang tu

owhhh.. lense yang sangat kejam buat saya 'kembang'

nyum..nyum..nyum..

semua dah tersandar kekenyangan

bezday boy yang over gedik malam tu. takpe. kasi la can..


Hadiah bezday je tak bagi lagi. Belum beli pun. Bagus tak?? Nak blackberry torch kan?? Meh tukar belikan ipad dulu. Baru adil. Tak pun D90. Ehhh.. bezday sape ni?? Tibe2 orang lain pulak yang over mintak hadiah.

Raikan Hari Tua FH


8 of us.. will mish them till de end of my life..

Minggu lepas tiba2 kak ayu bagi idea nak keluar makan ramai2. Yela.. nanti dah dalam pantang mana la boleh makan sesuka hati kan. Nama pun pantang. Hot mama tu dah plan nak berpantang betul2 sebab nak bagi badan selim melim. Baru la betul2 vouge katanya.


Alang2 dah plan nak keluar makan ramai2, terus datang idea nak celebrate bezday budak tua gedik tu sekali. Bukan senang nak kumpul ramai2 semua de. So celebrate lambat sikit. Bajet nak buat suprise party. Tapi bezday boy tu budak kuat perasan. Mana la boleh nak suprise2 lagi dah. Lagipun dah 3tahun berturut2 kot pakai tektik yang sama, dalang2 yang sama. Dia dah boleh baca. Mula2 dulu jela dia macam blur2 nak nangis terharu. Hahaaa..

Atas persetujuan semua, kami ke Restaurant @ MAEPS. Dalam kawasan tapak MAHA tu je. Tapi memang terbaik la layan steamboat kat situ. Berbaloi2. Cuma RM20 per person. Boleh makan banyak mana korang nak. Sebelum ni kalau makan steamboat berdua dengan FH kat tempat lain pun dah sampai RM60. Tu amik steamboat je. Belum lagi amik desert2 lain. Kat sini boleh amik semua makanan yang de. Pilih je mana nak. Buffet steamboat tu pun banyak sangat pilihan. Sampai rasa tamak semua pun nak amik. Sape tak nak amik steamboat, boleh makan nasi goreng ke, mee goreng ke, aiskrim ke.. Buah2 pun de. ABC de, cendol de.. Macam2 la..

Ruang makan yang selesa dan santai. Sesuai la nak datang bawak family. Budak2 kecik boleh bebas bermain lari2, kejar2.. Sebab dia bukan restoran yang dok dalam bilik beku2 sejuk2. Restoran ni ala2 konsep dalam taman je. Kebetulan masa kami ke sana tu mungkin de wedding yang baru lepas berlangsung. So ada la deco2 menarik macam pelamin. Mungkin la. Ataupun memang deco restoran tu camtu?? Tapi memang cantik la. Tapi kene la datang awal sikit. Memang ramai orang kat sini. Mereka cakap sentiasa full.

Alamakkk.. Dah bebel panjang sangat pulak tibe2. Pics makan2 tu tunggu next entry je la. Lalaaaa~~

mari main2 masak2.. lense telah berjaya meng'gemokkan' saya. jahat budak jahat..

Kedatangan Duaribusebelas

Yawww~~~ Baru nak buat cerita new year. Padan muka. Sebab selalu bajet busy. Hurrmm.. Macam tahun2 sudah. Takde pe2 plan bila new year. Takde la lepak dataran ke keluar makan2 ke countdown ramai2 sambil tunggu bunga api ke.. Sebab penakut. Rasa macam ramai orang keluar malam2 tu pastu enjoy2 party2 minum2 mabuk2 pastu drive gila2 langgar orang sampai mati. Takpun pegi rompak, rogol pastu bunuh orang. Uisshhh... Memang dari dulu takut. Kolot ehhh?? Biar la..


Malam new year lepak kat rumah je. Pukul 9 dah tertido depan tv sebab letih seharian sopeng kat JJ Bukit Tinggi dengan masya. Mentang2 dapat cuti umum jumaat tu, terus bangun pagi2 keluar pegi sopeng sampai petang. Penat tapi puas. Tu yang malam new year tido awal gila walaupun lapar. Lagipun mogok sebab de orang busy gila konon takde masa langsung. Mesej pun tak sempat2 nak balas. Bosan~~


Terjaga pagi baru sedar.. 'ehhh.. dah new year..' Wish epy new year kat diri sendiri. Kesian~~ Pagi new year pun takde perancangan ke mana-mana. Orang busy tu nak balik kampung. Malas nak follow. So, sambung tido lagi bagus. Mengubat jiwa yang bengang!!


Terjaga lagi pukul 8.30 dengar kecoh2. Masya ajak teman pegi batu pahat. On je la. Bukan de pe2 plan. Pukul 10 gerak dari serdang. Pukul 1 sampai batu pahat. Sempat la lepak kat kfc kat pekan tu sambil layan perempuan gila gatal. Sembang sikit punya kuat. Macam nak bagi 1kfc tu dengar. Kitorang tak boleh nak sembang. So, dengar jela dorang sembang sambil ajuk balik dari meja belakang. Iyeeekkk~~ Rasa macam nak bangun pegi lempang laju2 budak tu. Emosi tibe2. Sian abang jual insuran tu. Jumpa customer gatal tapi tak reti baca agreement dalam BI. Puas la abang tu explain satu2. E66 takde bateri. Memang saja tak nak cas. Biar takde sape boleh call. Kalau E66 de bateri boleh snap2 gambar budak tu letak sini. Miang2 kucing. Pang kang!!


Pukul 2.30 kot gerak balik serdang. Tak sure sampai pukul bape. Sebab perjalanan balik rilek2 je. Tapi tak terus balik rumah. Sambung sopeng kat JJ Equin pulak. Sampai la ke malam. Penat tak ingat. Tapi nak gak berjalan lagi. Asalkan tak serabut ingat masalah. Balik rumah lepak2 sembang2 sampai ke pagi.


So, tu je la cerita sambutan kedatangan 2011. Penuh dengan aktiviti sopeng jela. Kalau orang lain mungkin sibuk plan nak countdown celebrate new year malam tu. Saya pulak awal2 lagi dah tertido. Sampai member2 sume sound... "uiiikkk.. lama gila tido. setahun wehhh.. dari tahun 2010 ko tido. 2011 baru bangun.." Siot je kan. Pastu bangun pagi buat ayat sedih.. "lapar... dah setahun aku tak makan.." Setahun la sangatttt~~~