Wednesday, December 22, 2010

Agihan ASB 2010


Agihan Pendapatan = 7.5 sen
Bonus = 1.25 sen seunit

Cepat keluarkan kalkulator sape2 yang belum kira. Saya awal2 lagi dah kira semalam. Ramai yang rajin tolong kirakan.


Hureeeeyyyyy... Boleh lompat2 katak pegi beli ipad + blackbery torch. Hippp..hipp.. hureyyyy!!!

Dah isi borang cuti untuk 3 januari nanti. Mesti ramai orang kat bank kan.

Happy Birthday



For the one
I love more than myself…

For the one
Who is my life

For the one
Who has filled me with new passion.

Happy Birthday Sweetheart!

Hari ni bezday FH yang ke 25. Mungkin juga bezday yang terakhir sebagai 'bujang'.. Insyaallah. Belum sempat lagi nak celebrate. Nanti kita kuar ramai2 dengan budak2 425 pegi makan je la ehhh.. Wish pun dah lambat. Pagi tadi baru sempat wish. Sebab malam tadi mengantok gila tak tahan nak countdown tunggu detik 12malam. Dah berapa kali bezday FH pun macam tu jugak. Tidur tak sedar diri sampai lambat wish. Hikhikkkk.. Nasib baik tak sentap.

Hadiah pun belum de. Tak tau nak belikan pe. Kalau tanya dia, confirm tunjuk yang kat kedai nikon tu je. Mana mampu. Padankan muka. Sape suruh jual hari tu. Hahaaaa.. Gelak kejam kat bezday boy. Happy bezday Fathullah Hakim. Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki. Semoga kebahagiaan sentiasa berada bersama. Pasni tak boleh sentiasa jadi kanak2 riang. Awak tu dah tua. Matang sikit ehhh.. :p

This is my just my little way of saying
HAPPY BIRTHDAY
May be later I can show you
How I say “I Love You”... :)

Thursday, December 16, 2010

Review Peraduan Gerbang Cinta

10 pasangan akhir di sisipan mega 15 disember 2010

Saya terpanggil untuk buat entry ni memandangkan ramai mereka-mereka di sekeliling yang bertanya macam mana saya boleh join Peraduan Gerbang Cinta Musim 2 hari tu. Dan ada juga yang cari gerbang cinta musim 3 kat blog ni. Musim ke 3 belum bermula lagi ye kawan-kawan. Sebagai individu yang pernah terlibat, rasanya ada la serba serbi pengalaman yang boleh saya kongsikan untuk mereka2 yang berminat untuk turut serta di masa akan datang. Mana tau kalau-kalau pihak utusan dan penaja2 semua bercadang untuk adakan musim ketiga pula tahun hadapan. De rezeki, dapat kahwin sponsor. Siapa tau kan. Pengantin tak payah bersusah payah pikirkan persiapan majlis. Cuma perlu datang bawak diri je. Sebab selebihnya semua dah diuruskan oleh pihak penaja. Siapa tak nak kan.

Peraduan ni dianjurkan oleh akhbar utusan malaysia melalui sisipan mega dengan sokongan kumpulan penaja. Untuk musim ke 2, peraduan bermula dari 4 Ogos lalu hingga 9 Oktober yang lalu. Untung la sape yang rajin baca paper. Macam saya pun, kadang2 miss. Pe guna de member. So member yang terbaca pasal gerbang cinta ni yang bagitau. Saya tak berpeluang hebahkan kat sini kerana kekangan waktu di masa tu. Sepanjang tempoh peraduan, borang peraduan di keluarkan setiap hari di dalam paper. Ikut je la syarat2 yang diberi. Tak susah pun.

Cara Menyertai :
  1. Hantar gambar bersama pasangan yang menarik berukuran 5R 3keping semasa majlis pertunangan. Sekarang ni semua pun hire OP kan untuk majlis pertunangan. So takde masalah la kalau setakat nak pilih 3keping posing menarik tertarik tu.
  2. Kumpulkan sekurang-kurangnya 20 kepala akhbar utusan dari tarikh peraduan bermula. Boleh dapat lebih dari 20keping kalau kumpul hari2.
  3. Lengkapkan slogan. Masa ni la nak tunjuk bakat kesusasteraan masing2. Kasi ayat bunga ke jiwang karat ke. Asal tak out off topic sudah.
  4. Buat bayaran wang pos/deposit ke akaun maybank. Tak sure pulak untuk apa. Proses penyertaan agaknya. Tak mahal pun. RM10 sahaja.
  5. Isi borang. Hanya borang asal sahaja yang diterima. Dah lengkap semua, pos jela ikut alamat yang diberi.

Tak susah mana pun kan. Tapi tu pun saya amik masa lama gak nak selesaikan. Sebab macam main2 je. Dan kebetulan banyak sangat keje2 lain yang perlu di dahulukan. Last day baru hegeh2 nak hantar. Tak sempat by pos, saya kerah FH hantar by hand. Nasib baik diterima. Syarat yang paling utama bagi siapa2 yang nak join peraduan ni mestilah akan berkahwin buat pertama kali. Takde la untuk Miss J ke Mr D ke. Tak pun yang rasa2 untuk bini no 2 ke. Harap maaf ye tuan puan. Bagi peluang kat adik2 yang bujang2 ni ye..

Satu lagi perkara yang saya rasa penting. Kalau rajin dan kreatif, deco2 kan la borang yang nak dihantar tu. Saya tau semua bride to be memang kreatif bab deco2 ni. Saya yang keras tangan ni pun berjaya la deco ala kadar sekadar termampu. Bukan pe, ni sekadar untuk bagi sedap mata juri2 yang serabut dan susah nak buat pilihan. Bukan sikit2 borang ye juri nak tengok. Lebih 10k jugak la. Kalau borang tu cantik, nampak la sikit kesungguhan kita. Takde extra mark pun disitu. Tapi kalau cantik, kita sendiri pun puas hati. Tu sekadar pandangan saya.

hasil keras tangan yang termampu dan tak tido 2 malam tapi tak siap2 jugak..

Hurmmm.. Pe lagi?? Tu je la kot. Tapi apa yang saya kongsikan ni untuk musim kedua yang masih lagi berlangsung sekarang ni. Peserta masih giat berusaha siapkan tugasan yang diberikan untuk merebut tempat pertama. Caiyokk..caiiyyookk.. Kalau de musim akan datang, mungkin lain pulak syarat yang dikenakan oleh penganjur. Mungkin lagi dahsyat. Atau mungkin lagi mudah. Dan mungkin hadiah lagi maha-maha-maha best. Siap de siaran langsung mungkin. Mana tau kan. So pada mereka2 yang rasa nak join, kene la sentiasa alert dengan berita semasa. Rajin2kan la baca paper utusan.

Sekian. Ulasan dari 'saya bukan duta utusan'. Sekadar untuk berkongsi dan diharap dapat membantu. Untuk melihat aktiviti mereka yang selanjutnya dari semasa ke semasa, boleh lihat sendiri di gerbang cinta. Bersedia untuk vote peserta pilihan anda!!

Entry Rajuk Tanpa Tajuk




Best kan. Syok kot kalau dapat join. Member plan nak buat xpdc new year nanti. Ajak join sekali. Suka sangat. Dah lama kot angan2 nak rasa. At least sekali pun takpe. Tapi dalam mimpi jela. Semua tak boleh.. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Pe yang boleh?? Dok rumah diam2 debabkan badan. Geram + kecewa + remuk. semua ada. Dia jela yang boleh!!!

pics di atas diambil dari Malaysia Adventure Holidays

Wednesday, December 15, 2010

Kepuasan Berganda Kuasa Dua!!!



Cube teka pe budak berdua dalam gambar di atas tengah buat?? Tengok pe tu?? Sape kenal baju merah tu? Baju  free masa gatsby deodorant street fair bersama nuffnang dulu.

Harusla jadi kepuasan berganda kuasa dua kan. Lepas dah makan sedap2 kat the grato, pastu sibuk nak uji skill suara pulak. Heeee.. Konon2 nak try kat green box. Sebelum ni dengar je orang cite karok kat green box. Diri sendiri tak pernah lagi menerai. Selalu pegi kat Superstar Alamanda, Just K the mines, apanamantahtakkutahu giant sri kembangan. Kalau pegi karok kat red box pulak bukan jadi sesi uji suara. Terus bertukar jadi sesi menguji tahap kemerahan pipi + kepanasan telinga + meresap dalam sofa. Hahaaaa.. Biasa la kalau pegi karok dengan bos. Bos rilek je. Saya yang malu terlebih macam kucing takde misai. Geram jee..

embah dukun pun de?? sape punye keje la ni..
So hari tu teringin la nak try karok kat greenbox kat jusco cheras selatan. Sekali amoi tu pakse2 kitorang karok sampai 5jam pulak. Tau la suka dengar suara merdu kitorang ni kan. Kitorang bukan pe. Kang sape nak bayar suara mahal ni. Lagipun kang risau pulak kot de komposer2 terdengar kitorang karok terus dia offer nak jadi mentor. Hahahaaa.. Padahalll.. Tak mampu kot nak karok sampai 5jam. De yang nyanyi keluar suara itik pulak nanti. Sian jiran bilik2 sebelah tekanan jiwa raga nanti. Belum lagi kitorang lompat2 atas sofa bajet rock habis, karok sambil baring2 konon feeling gila tangkap leleh.. Opppsss.. Tu aksi lepas laku.

aksi tak berapa nak lepas laku
So nak tak nak, ke tempat biasa la jugak malam tu. Superstar Alamanda. Pastu gatal tangan nyanyi tak habis main next..next lagu lain. Tengah syok2 next, sekali habis masa sudaaa.. Padankan muka.. Pastu tak puas hati sibuk nak repeat. Ntah bila kala la nak pegi lagi. Masing2 tak sihat je sekarang ni. Bergilir-gilir pulak demam..

Kepuasan Berganda!!

Pheeewww... Akhirnya kami jumpe gak pe yang dicari. Tu pun setelah meng'gugel' jalan ke The Grato dan setelah berputar2 macam gasing kat bangi perdana malam sebelumnya. Cakap banyak pun tak guna kan. Sebab kepuasan berganda tu hanya dapat dilihat melalui ekspresi muka mereka2 yang menikmati makanan penuh kenikmatan, kelazatan dan kepuasan. Super yummyyy..

Let the pics tell de whole story..

dua budak debab yang kelaparan

chicken carbonara sudah sampai




chicken carbonara + lamb chop with pasta + sosej oleo
.
.
.
.
.

tingggg... sume pinggan licin

lazat sehingga menjilat garfu.. hahahaaa..

Ni gambar depan kedai
The Grato ni bukan la kedai makan yang besar. Cuma warung tepi jalan kat bawah pokok yang ala2 sempoi tapi makanan memang tahap super duper terbaik. Dahla sedap. Murah pulak tu. Sampai rasa nak order sume bende. Total untuk makan 3orang malam tu hanya lah RM25 saje. Murahkan?? Pegi la terjah kat seksyen 3, Bangi Perdana.

Ni sume gara2 tergoda dengan entry kak jemah la ni. Baik punye kak jemah promote the grato ni. Harusla saya tergoda pastu bising2 cakap nak try terjah. Dahla memang tengah teringin gila nak makan chicken carbonara. Memang terbaik la. Thanks kak jemah. Kalau kak jemah jadi hos JJCM haruslah saya semakin gemuk pasni.. Huhuuuu..

Friday, December 10, 2010

Misi Tidak Berjaya



Malam tadi..

Impian nak karok tak kesampaian..

Tiba-tiba...

Tingggg!!! Idea mengejut sudah mari.

Jalan2 cari makan pun macam best.

Berputar2 kat Bangi cari The Grato..

Masuk ss4, keluar kat ss3..

Masuk ss3, keluar kat ss3 jugak.

On GPS sampai 2 pun masih terpusing2 kat tempat yang sama.. Nasib baik takde suara 'to the left..to the left..'

Sudahnya..

Ke ani sup utara jela layan milo ais tabur.. Syookk jugak!!

Tapi semua pun muka kecewa + letih..

Takpeee..

Malam ni sambung misi lagi.. menjejak chicken carbonara..
+
+
+
+
+
Karok 4jam tanpa henti. Ayuhhhh kita ke green box.. lalalalalaaa...


cik3zza bebel : prosperity burger sudah kembali.. nyum..nyummm.. misi menggemukkan badan sudah bermula. Nanti MUA bising badan selim-melim. Banyak nak kene alter kat baju.. :p

 

Thursday, December 9, 2010

10 Pasangan Peringkat Akhir Peraduan Gerbang Cinta



Semalam pagi keputusan rasmi dah dikeluarkan kat fb gerbang cinta. Dah kecoh dari jumaat yang lepas lagi. Yela.. Masing2 pun nak tau kan. Bukan kata peserta2 je nak tau. So semalam pagi dah terjawab semua persoalan secara rasmi. Dukacita dimaklumkan, kami tak terpilih untuk ke peringkat akhir. Tamat sampai di sini saja perjuangan kami dalam peraduan gerbang cinta musim ke-2 ni. Semua hebat2 wehhh.. Dapat ke peringkat separuh akhir hari tu pun dah rasa macam tak percaya. Pe2 pun, tetap rasa bertuah sebab sekurang-kurangnya kami dapat rasa pengalaman ni, dapat kenal ramai kawan2, dapat banyak ilmu.. Terima kasih untuk semua yang mendoakan kami selama ni. Yang bagi sokongan, yang bagi kata2 semangat.. Cuakkan nak g interview hari tu. Saya kan memang gelabah lebih.. Phewww..

Senarai nama finalis PESERTA GERBANG CINTA 2010/11 (Musim Kedua)

1. Farid Fikri Shukri & Nur Natalia ku Yusof
2. Harizal Bin Hashim & Nurul Dayana Mohd Zani
3. Marni Azlina Bt Deraman & Mohd Shaharul Hisyam b Hashim
4. Nurul Ainie Mohamad & Mohd Izham Saripudin
5. Mohd Danial Hasan Basari & Nurul Iliyiana Nor Zaidi
6. Mohd Ridhuan Roselee & Nur Yasmin Mahazir
7. Mohd Shuib Mohd Deris & Ainul Malina Ismail
8. Nurul Hasni Fariza Hj Khairani & Mohd Firdaus Bin Hj Ashaari
9. Tun Nor Azura Mohamed Hafizi & Mohamad Aizuddin Khairuddin
10. Nasran Hafiz Hassim & Salina Aziz


Tahniah kepada 10 pasangan yang berjaya ke peringkat akhir. Semoga berjaya. Memang terbaik antara yang terbaik. Korang memang hebat. Kahwin nanti jangan lupa jemput. Nak gak rasa pegi majlis korang yang gilang gemilang tu. Mestinya meriah..

kenangan terhebat

Hurrrmmm.. Baru awal bulan disember, jadual dah pack setiap minggu. Kene banyak curi masa untuk uruskan macam2 benda. Harap2 kali ni tarikh yang dipilih tak dapat tentangan dari banyak pihak lagi. Kami sudah letihhhh..!!! Elak sana, elak sini.. tup..tuppp tarikh kahwin hampir2 bertembung dengan besfren kat kampung masa zaman kanak2 dulu. Sweet je rasa. Tapi cuak jugak. Sebab baju nikah saya nanti mak dia yang akan jahitkan. Owhhh nenek.. baju saya boleh siapkan?? Terima kasih sebab nak melayan 'cucu' yang suka datang mengejut-ngejut ni.. Huhuuuu..