Tuesday, November 30, 2010

Keputusan Temuduga Khas Peringkat Separuh Akhir Peraduan Gerbang Cinta

Sejak petang ahad dah ramai yang bertanya pada kami tentang keputusan temuduga pagi tu. Semalam saya sengaja ambil cuti untuk menghilangkan stress dan berehat-rehat dari segala kekusutan. Dan hari ni baru masuk keje. Ramai jugak lagi yang bertanyakan keputusan. Huhuuuu.. Dalam lemah saya hanya mampu beri jawapan..'tunggu dan lihat je la nanti.. Kami dah cuba habis baik. Andai de rezeki, de la nanti. Andai takde, kami redha..' Yang sebenarnya kami semua pun tak tau bila keputusan temuduga tu akan keluar. Dan saya pun lupa untuk bertanya hari tu. Mungkin dah rasa lega lepas kene tanya dalam bilik temuduga lebih dari sejam, so saya dah lupakan hal lain. Hanya fikir, saya mau pulang dan rehat. So, tunggu jela nanti.

Pe yang pasti, kami dah cuba untuk buat yang terbaik pagi tu. Dan kami ambil langkah kurangkan stress dengan secara suka rela amik turn nombor 1. Physco kan kalau tengok wajah2 mereka yang keluar dari bilik interview. Macam2 reaksi de. Senyum, ketawa, marah, sedih.. So, kami rela jadi yang pertama untuk bilik no 3. Syukur FH banyak membantu. Memang saya akui, FH lebih arif dalam bab2 agama. Sampaikan saya mengaji pun FH tegur, 'tajwid banyak salah..' Malu saya bagi FH dengar saya mengaji. First time tapi teruk bunyinya.

Sebab lega sangat, sampai lupa nak snap2 pic sepanjang pagi tu. Cepat2 balik meyesakkan diri kat MAHA yang MAHA MENGUJI KESABARAN KAMI..!!! Nasib baik masih teringat2 pesan ustazah, '...sabar tu penting..SABAR...banyakkan SABAR..' Dan di sebabkan stuck kat parking MAHA dari pukul 5petang sampai pukul 9malam, cuti saya semalam telah bertukar menjadi cuti menjaga orang sakit yang banyak ragam. FH demam. Bayangla, kami tunggu trem untuk ke parking pun hampir sejam dalam hujan. Walaupun berpayung, tapi tetap lencun. Ikut emosi, saya marah sangat dengan pengurusan MAHA kali ni. Gerammm!!! Kami dah call buat aduan. Tapi tak tau la pe tindakan yang diambil.

So semalam pagi saya hantar FH pegi klinik, bawak pegi makan tengahari, hantar balik rumah suruh rehat. Saya gurau2 pun hasilnya kene marah balik dengan FH. Orang tak sihat diajak bergurau, padahnya memang la kene marah balik. Tapi sian kat tetamu kat rumah saya, tergolek2 kat rumah kebosanan tak tau nak buat pe. Saya pulak malas nak keluar memandangkan FH demam. Dia tu banyak ragam sikit kalau demam. Kene standby jela. Maaf ye aainaa.

Lepas maghrib, FH mintak hantarkan pulak ke rumah akak dia. Kebetulan MIL2B pun de kat serdang. Lepas makan2 dan FH manje2 dengan mak dia, saya hantar FH balik. Nasib saya tunggu sampai dia masuk rumah sebab risau dia pengsan. Tiba2 dia cakap tak bawak kunci rumah pulak. Kawan2 semua keluar. Sudahnya saya suruh dia tido dalam kereta sementara tunggu mereka balik. Dan saya?? Terkulat2 tak tau nak buat apa dan berperang dengan nyamuk yang mengganas. Tengok jela dia tido nyenyak sampai berpeluh2. Nak hidupkan aircond, saya tau dia sejuk. Sudahnya malam tadi, saya tak boleh tido. Sakit2 badan dan batuk2 mula datang. Hasilnya pagi ni, saya pun dah terjangkit virus demam. Huiiii.. seksanya la batuk2. Sakit dada dah ni..

Thursday, November 18, 2010

Bila Kau Berubah




Bila dia berubah, terus rase susah hati. Kadang rasa macam nak ngamuk, kadang rasa... 'ahhh.. abaikan je.. esok2 ok la balik tu..' Tapi biasanya lebih kepada rasa nak meroyan. Huwaaa... Kenapa la susah sangat nak buat keputusan yang tepat. Kenapa la mesti de yang cuba untuk menggoda. Kenapa la mesti de orang ketiga, keempat, kelima dan ke..seterusnya.. Kalau saya ni kejam, saya biarkan je anasir2 luar tu. Biar mereka makan hati dan berperang dengan perasaan mereka sendiri. Tapi saya tak cukup kejam lagi kot.. Pe yang saya akan buat hari ni, akan menentukan hari2 akan datang saya nanti. Kalau hari ni saya biarkan mereka makan hati dengan saya, esok2 saya yang akan terus makan hati bertahun2 dengan mereka. Huhuuuu.. Tak nakkkkk!!!

Pe la yang saya merepekkan malam2 ni kan. Bukan la FH ke pe yang berubah. Tapiii... tarikh nak kahwin ni haa.. Elllooooo... Dah dekat dah kan. Patut takde dah nak pilih2 tarikh, tukar2 tarikh lagi. Bila mula2 decide dan bagitahu semua yang kami nak nikah 29 april dan sanding 1 mei, ramai yang cakap...'heiii..lama sangat dah tu..hari tu janji bulan mac..' Ok.. saya cepatkan sikit. Nak cepatkan tu agak ngeri ehhh.. Sebab semua dah libatkan planning yang dah baik saya atur. Tapi yelaaa.. Kita hanya merangcang, Tuhan yang menentukan. Redhaaa...

Patah balik ke planning asal. Bulan mac. Alang2 buat bulan mac, konon nak amik tarikh 'main2 cinta kami'.. Nikah 25 mac.. sanding 27 mac. Sekali, adik pulak sound.. 'ehhh..aku final exam la masa tu..' dah la dia jauh. Susah la pulak nanti kan. So, bincang balik. Amik keputusan anjakkan 2minggu ke depan. So, selamat sikit sebab dah lewatkan balik. Tarikh baru adalah 15 april pulak nikah. Sanding 17 april. Pening sudah vendor2 kami. Asyik dok tukar tarikh. Planning kami lagila huru hara. Tapi tak pe.. Cool lagi..

Tapi tibe2 dapat pulak khabar, kata bulan april nanti dah penuh kenduri kahwin kat kampung tiap2 minggu. Haaaaa.. Pitam dah tu.. Mintak awal bulan 3 atau hujung bulan 2. Hadoiiii.. Cuti sekolah plus chinese new year rasanya. Lagi banyak kenduri kahwin nanti. Diskus dengan parent, mak dah bising2 cakap.. 'jangan pentingkan diri sendiri. Ikut je planning orang tua buat. Nak kahwin bukan kahwin sorang2. Ikut la pendapat orang ramai..' Ikut ayah pulak.. 'takpe..takpee.. bulan 6 pun ok.. nak lagi senang, bulan 7 je terus..' See... Senang je kan ayah. Cool gila. Tapi sudahnya mak ayah pulak bertekak. 'Jangan pentingkan diri sendiri..jangan pentingkan diri sendiri..' Tu la yang diorang dok ulang2. Haisyoooo.. Pening sudaaaa... Ni yang buat malas nak kahwin ni. Kahwin hujung tahun terus kang.

Ikut mak memang la nak suruh cepat2 je.. Dah rimas kot nak jawab soalan orang kampung. Yela, anak2 mak je yang tak kahwin2 lagi. Dah jadi anak dara tua katanya. Lagi pulak saya dah bertunang hampir 3tahun. Ayat slumber jawab kat mak hari tu.. 'mak..nasib orang ni dah bertunang tau, kalau belum, takdenye orang nak pikir nak kahwin lagi sampai sekarang ni..syok je hidup bujang ni..' Senyap terus mak. Heheheeee... Ayah pulak macam tak sedia je lagi nak lepaskan saya. Yela, terasa macam masih kanak2 lagi kot. Dah kahwin nanti walaupun tak pegi jauh dari diorang, tapi dah tak sama macam sekarang ni. Saya akan ada family sendiri nanti. Mungkin ayah sedih. Boleh tak bajet ayah akan nangis masa saya nikah nanti. Camne ayah sedih masa family FH datang merisik dulu. Huhuuuu.. Ayah tak tunjuk. Tapi kita boleh nampak sendiri.

So, kesimpulan kat sini, tak payah la tengok tickers kat atas tu. Tak larat dah nak ubah2 tarikh. Sampai sekarang ni pun takde lagi tarikh tetap. Macam main2 je kan nak kahwin. Tiba2 hari tu de ura2 nak kene nikah awal disember nanti. Nikah gantung dulu. Tanya mak, dia on je. Tapi tak tanya ayah pun. Sebab dah tau jawapan ayah. 'Tunggu jun nanti pun takpe. Ayah tak kisah. Ikut mana yang senang..' See.. cool kan ayah. Banyak benda tak sempat nak siapkan kalau nak nikah bulan depan. Baju nikah saya pun tak hantar tempah lagi. Borang2 prosedur semua belum prepare ape2. Dan yang pasti, saya belum bersedia dari segi mental dan fizikal. Saya stress sangat2 sekarang ni bile pikir semua masalah ni. Banyak pihak, banyak hati dan perasaan nak kene jaga. Tapi dalam masa yang sama, saya jadi buntu. Tak tau pe penyudahnya nanti. Sekarang ni saya nak fokus pada gerbang cinta dulu. Kalau2 menang, saya redha je ikut tarikh yang penaja2 tetapkan. Ecehhhh.. macamkan menang kan.. Sape tau kalau de rezeki saya nak menang nanti.. Semoga di permudahkan urusan kami. Amin..


gambar takde kaitan dengan emosi. hasil tangkapan kat nilai 29okt hari tu. bunga untuk centrepiece. tapi bukanla guna bucket ni


p/s : lagi stress bila orang sekeliling hari2 tanya soalan yang sama.. 
'cik ezza, bila nak kahwin...mana kad..bila tarikh majlis..' 
sabar boleh tak?? dok diam2 tunggu je kad. 
kadang tu macam perli pun de.. huhuuuu.. 
sensitip pulak sekarang ni..

Monday, November 15, 2010

Kursus Keluarga Sakinah Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan Musim ke-2


Dari 12 november 2010 (jumaat) hingga petang semalam (14 november 2010) telah berlangsung kursus keluarga sakinah sempena Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan Musim ke-2 bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi. Seperti yang telah diberitahu dalam utusan malaysia, dari lebih kurang 10ribu permohonan, hanya 100 pasangan terpilih yang layak untuk ke peringkat saringan seterusnya.

Cuti deepavali 5 november hari tu lebih kurang pukul 3.00 petang, saya telah terima panggilan dari pihak utusan memaklumkan saya antara 100 pasangan yang bertuah. Bila cakap kene pegi kursus kahwin dari 12 sampai 14 november, terus cakap ok je. Takde masalah. Tibe2..OMG..OMG baru teringat de kursus kat cherating. Clash tarikh. Kalau tak pegi, confirm kene sound dengan 'big boss'. Dah nama pun urusetia. Terus runsing.

Dalam berbelah bagi, pegi gak cherating. Tapi bernasib baik dapat pelepasan dari boss. So hari khamis malam dalam keadaan hujan sepanjang perjalanan, saya dapat merasa lagi pengalaman menaiki bas ekspress setelah beberapa tahun tak merasa. Terhuyung hayang dalam bas tak boleh nak tido dari kuantan ke bukit jalil. Nasib baik de zura and de geng yang nak melayan. Thanks adik2 semua!!!

Dalam penat mental dan fizikal, gagahkan diri gak pegi. Takut + segan terlebih sebenarnya. Tu la masalah paling besar. Dah sampai depan pagar ilim sempat lagi suruh FH buat u-turn. Hahaaa.. Sengalll.. Penat memang penat la. Jadual pack dari pagi sampai ke malam. Terkejar2. Tapi berbaloi sebab ceramah semua terbaik. Memang best. Tak sempat nak mengantuk la. Asal dah layu2 je mata, terus penceramah wat lawak. Segar balik mata. Nak pulak nombor giliran no 6. Port baik punye setentang mata dengan penceramah. De berani nak pejam mata. Potong markah kang. Alhamdulillah..sepanjang 3hari 2malam, takde la sampai saya terpejam mata dalam dewan. Ceramah yang sempoi dan santai, so bile dengar boleh terus ingat. Bila masa nak exam, tak sempat study pun boleh ingat pe yang mereka ajar. Syukur..

Tapi dalam rasa2 boleh jawab tu, banyak gak buat silap masa exam. FH pulak lagi teror. Banyak jawapan betul. Agaknye markah dia yang banyak backup markah saya. Pe2 pun, thanks sebab sama2 berusaha untuk yang terbaik. Terharu sangat. Hari ahad, masa penentuan untuk penyingkiran. Semua peserta tak sabar nak tunggu hari ahad tu rasanya. Saya ni pulak tak sabar sebab dah pikir nak balik kampung. Hahaaa.. Memang tak berharap sangat walaupun memang nak. Sebab yang lain semua memang terbaik hebat2. Rasa keciiiikkk je di samping dorang semua. Tapi sape tak nak kahwin ditaja. Bukan sikit tau.. 80k tu. Sampai ke honeymoon ditaja. Pengantin tinggal bawak badan je.

Tiba saat pengerusi umumkan keputusan top 25, nama pertama yang disebut adalah pasangan bernombor 2, pastu 8.. Pastu terus ke angka yang lebih besar. No giliran kami adalah 6. So dah terlepas. Terus setkan dalam kepala, its ok. Masing2 de rezeki masing2. Saya dah dapat ilmu dari kursus tu. Dalam tak fokus pada nama2 yang diumukan sebab dah lost dalam dunia sendiri, tibe2 dengar nama saya dan FH disebut. Tak dengar pun nombor 6 disebut. Terus saya tergamam blur2 bangun untuk kenalkan diri. Henbeg kat riba saya biar tergolek jatuh ke lantai. Kalut gila masa tu. Tak sanggup nak tengok balik video nanti. Pusing ke arah kanan mencari FH. Tapi tak nampak. Rabun kan. Tak tau nak kata pe perasaan masa tu. Kanan kiri wish congrate. Tapi siyes blur. Mujur la tak nanges2 kan. Dah macam menang award je kan. Baru top 25 je pun.. Banyak lagi cabaran pasni. Tapi pe2 pun, tetap rasa bersyukur sangat2. Alhamdulillah..

25 pasangan di peringkat separuh akhir

Terus de sesi bergambar dan sesi taklimat bersama utusan dan penaja2 yang lain. Tadi tengok kat utusan dah kuar pun pic top 25 tu kat mukasurat 3. Tapi muka aii kecik comel je la. Jauh nun kat atas. Pasni kene hadapi cabaran lain. 28 november ni de interview kat ilim dengan semua pihak penaja. Takut la pulak. De 2minggu je lagi. Harap2 berjaya ke peringkat akhir. Kene la banyak study ni.. Buku nota banyak dah MIL2B bekalkan semalam. Doakan kami berjaya nanti.

Terima kasih kepada pihak Utusan dan Jakim dan semua penaja kerana memilih kami antara 25 pasangan yang akan ke peringkat separuh akhir nanti.

kredit to Syokkahwin.com



Tuesday, November 2, 2010

tahniah xora dan zaila

Konon2 nak mengupdate belog malam ni cite pasal persiapan. On9 sikit punye awal. Tapi kalau dah sesambil tengok tv, memang ke laut la. Plus2 lagi pulak blogwalking dulu. Pastu sangkut kat blog zaila tengok video nikah. Syahdu.. ulang tengok banyak2 kali terus diam tamoo cakap. Duduk diam2. Takut rumate terkesan de sendu dan airmata dah bergenang. Huhuuu...


Zaila cantik sangat. Tumpang bahagia tengok hari bahagia dia. Mule la berangan macam tengah tengok diri sendiri. Auwww.. Gatal tibe2. Tak dapat nak bayang saat tu nanti. Zaila.. Selamat Pengantin Baru.. Owhh.. Tak lupe untuk xora juga. Selamat pengantin baru, semoga kekal ke akhir hayat. xora pun cantik sangat. Berseri2. Walaupun cume follower yang perhati dari jauh, cuma baca diam2 tanpa bicara, tapi tetap rasa happy bila apa yang mereka rancang sumenye baik2 saje. Tahniah!! Suke follow blog mereka sebab suka share idea2 yang bernas untuk b2b. Teruskan berblogging yaaaa...


Sepatutnya esok cuti. Tapi macam ke laut jugak leeerr.. Bos dah tepon berkali2 malam ni mintak jumpe dia esok pagi. Haishhh.. Lupe lagi la tu saya cuti. Tapi sebab tadi takde peluang nak mencelah, so juz cakap 'baik bos..esok pagi2 saya jumpa'.. Baru letak fon, dah tepon lagi cakap benda yang sama.. 'ni urgent tau.. kene selesaikan minggu ni' Wat to say?? Bukak almari, pilih baju, iron... So tiada la istilah cuti untuk hari esok walaupun dah in holiday mood. Saya yang menurut perintah kan. Di sebabkan keje esok, dan tak nak de masalah kepandaan, baik saya tido sekarang. Kalau tak nanti liat nak bangun pagi. 5.30 alarm bunyi asyik la jap lagi..jap lagi..jap lagi.. Pastu gelabah sudah lambat. Hehee.. Selamat malam semua.. Muaaahhh..