Wednesday, September 22, 2010

Detik Kelahiran New Baby Grey

Salam Aidilfitri, selamat kembali ke kota wahai anak rantau dan selamat kembali bertugas menjalankan rutin harian seperti sediakala. Belum terlambat rasanya untuk saya memohon ampun dan maaf andai sepanjang saya berblog ni ada mengguris hati mana2 pihak. Dan maaf gak sebab biarkan blog ni sunyi sepi beberapa ketika.

Tentunya dah ramai yang kembali bertugas isnin yang lalu. Mood masih tertinggal kat kampung?? Camtu gak la saya yang sejak dari 14 september dah kembali memulakan tugas di ibu kota ni. Jalan lengang, ofis sunyi. Tapi dari 16 september (hari malaysia) hingga la isnin lepas saya 'sambung bercuti raya'. Atas sebab-sebab kesihatan yang tidak mengizinkan. Terlebih main mercun + bunga api kot ni. Terlebih sedut asap. Heheee..

Dan isnin yang lalu, dalam tak sihat tu sempat lagi ke kajang untuk menyambut sendiri kelahiran new baby grey. Seyes la tak larat. Tapi terpakse laratkan gak. Semangat new baby grey membuatkan kaki gagah melangkah dan mampu drive sampai ke kajang. Hebat bukan?? Nak tau pe new baby grey yang saya maksudkan?? Jom intai pics. Masih selsema + batuk2. Tak elok bebel banyak2 kan. Mata pun berat macam nak pejam2.

blue alto.. sekadar gambar selingan.. bukan baby grey yang sebenar.. :)

tadaaaa... uncle law + mr razi with new baby grey.. WUJ *66*

mr razi bebel2 part depan dulu

wahhh.. uncle law dah duduk kat dalam nampak..

mr razi pun syok sama.. join duduk kat sebelah pulak

pe lagi ntah diorang ni membebel.. saya tengok dari jauh je.. tak larat nak bangun gi dengar

tengok spare tyre pulak kutt..

Uncle law punye la syok dapat bawak balik baby grey, dia biar je saya memfollow jauh di belakang. Selalu kalau keluar naik kereta lain2, uncle law yang akan memfollow saya dari belakang. Ni saya pulak yang kene tinggal jauh kat belakang. Drive sorang2 dalam keadaan demam. Sedih.. sedihh.. Sampai hati tauuu.. Tunggu nanti aii beli alto pulak..

WUJ *66* on the road.. aii kene memfollow uncle law je sebab tak tau jalan pulang.. hahahahaa..