Thursday, August 26, 2010

Lagu Raya oOOowwhhh Lagu Raya

Dalam tak sedar sekejap je dah masuk hari yang ke 16 kita semua berpuasa. Kejap je rasa. Kebetulan semalam pagi uncle law de urusan berkaitan newborn new baby grey kat maju junction. So dia hantarla saya pegi keje. On de way tu terdengar pulak lagu raya kat radio. Rasa macam... alahaiiii.. dah masuk hari ke 15 berpuasa ke?? cepat betul masa berlalu. Mula la feeling2 sedih nak balik kampung sambil layan lagu raya. Terasa macam jauh sangat berada di perantauan. Hehhh!! Gedik betul rasa.

Saya lebih suke dengar lagu2 raya yang version lama. Bukan la sebab dah veteren ke pe. Tapi lagu2 tu la yang buat teringat kenangan masa kecik2 dulu. Masa budak2 dulu kan macam tak sabar sangat nak raya. Lagi2 bila kat radio dah mula mainkan lagu raya. Rindu sangat suasana tu. Rasa meriah sangat raya. Sekarang ni bila dah besar panjang, dah kurang rasa meriah tu. Mungkin sebab dah besar atau zaman yang dah semakin berubah. Macam adik2 saya la. Diorang lebih suke duduk rumah berjuang depan tv dengan dia punye ps2 dari pegi berkunjung ke rumah saudara mara. Mak ayah ajak pun kang kejap je dah bising2 cakap bosan. Raya ni siapla. Dah plan nak sorok ps2 diorang atas almari.

Semua lagu raya pun saya suka. Mungkin sebab setahun sekali je dapat dengar. Tapi de satu lagu yang betul2 buat saya teringat kat seseorang kalau dengar. Memang saya akan tertunggu2 lagu tu. Kira special sikit la dari lagu2 yang lain. Lagu Halil Chik dengan Trio Manja. Tajuk lagu tu Lenggang Mak Limah. Setiap kali dengar lagu ni saya mesti teringat kat arwah nenek. Sebab arwah nenek pun takde gigi. Hehee.. Saya suka membayangkan mak limah dalam lagu tu adalah arwah nenek. Huurrmmm.. Kalau la nenek masih de.. Rindu sangat2..

Halil Chik & Trio Manja

Lenggang Mak Limah

( Hai lenggang sayang )
Lenggang lengggok Mak Limah jalan berlenggang
( Hai lenggang sayang )
Menyambut tiba hari raya menghias rumah
( Mak Limah sayang )

Ramai tamu Mak Limah datang ke rumah
( Mak Limah sayang )
Ketupat rendang kuih-muih sama dihidang
( Hai lenggang sayang )

Sungguh lawa Mak Limah pandai menghias diri
Sayang sedikit Mak Limah tak ada gigi
( Mak Limah sayang )

Hari raya Mak Limah tak lupa zakat fitrah
Mohon doa moga-moga panjang usia
( Mak Limah sayang )

( ulang dari mula )

Mak Limah sayang
( Hai lenggang sayang )
( 2X )

Hurrmm.. TerEMO pulak tibe2. Tamoo la sedih2. Nanti jadi moody pulak sepanjang hari. Semalam dah happy2 dengar dapat duit raya RM 500. Bersyukur la kan. Dari takde langsung. Dapat gak topup2 nak buat tukar tayar + rim raya ms. grey nanti. Tak pun tukar lepas raya nanti je la. Lagipun new baby grey dapat kuar sebelum raya. Bolehla melaram param2 dengan new baby grey. Tak pun viva forever itam legam tu pun dapat kuar gak sebelum raya. Hureyyy.. Banyak driver la aii tahun ni. Ms. grey boleh duk diam2 kat rumah sebelum dapat kaki baru.

Monday, August 23, 2010

Senaman Kaki dan Mata di Bulan Ramadhan

Sabtu minggu yang lalu terasa sangat cergas. Telah menjalankan aktiviti yang sangat menyihatkan. Melakukan senaman walau dalam bulan puasa. Sepanjang hari berjaya melakukan senaman berjalan kaki sejauh lebih 30km. Hohhh.. Berpeluh gak. Mau tak. Berhimpit2 dalam lautan ratusan manusia dekat pkns shah alam, alam sentral dan bazar ramadhan stadium. Lenguh kaki tak menganggu senaman asal mata terasa makin sihat dan bersinar. Ting..tinggg..

Hahaaa.. Senaman la sangat. Terapi mata je kut lebih. Macam biasa la bila bulan puasa. Mula la sibuk nak cari baju raya. Dan macam biasa, antara destinasi yang akan di tuju semestinya pkns shah alam. Huiiii.. Ingatkan pegi awal2 ramadhan ni takde la ramai sangat orang. Nak pulak belum gaji lagi kan. Sekali tengok, semua orang pun orang kaya rupenye. Tak gaji pun boleh shopping2 penuh beg plastik kat tangan celah ketiak junjung atas kepala. Tak macam aii yang sedang sengkek hanya mampu cuci2 mata sambil ketap bibir menahan geram. Grrrr.. Kenapa la tiap2 tahun pun kene renew roadtax nak dekat2 raya. Sob..sob..

Pilihan baju jangan cakapla. Memang banyak yang berkenan kat hati. Ni la kelebihan pegi awal2. Masih banyak pilihan. Dan semestinya senang nak cari saiz. Kalau pegi hujung2 kang, asal kenan je mesti tinggal saiz XXL. Pastu geram2 nangis dalam kereta hentak2 kaki. Pastu terpakse la beli yang RM2** sebab yang tu je yang de saiz. Owhhh.. Dah serik. So, bile pegi usha awal2 dan dah nampak yang kenan, rasa macam nak gesek kad ceri je hari tu. Nasib baik iman ni kuat.

Gagah tu tawaf entah berapa round. Tapi berkenan sangat2 kat baju kat satu kedai tu. Betul2 kat kedai tu je yang de. Dalam hati pikir tak pe..tak pe.. kalau de rezeki datang lagi esok2 mesti baju tu de lagi.. Tamoo tunjuk gambar baju tu dalam blog nanti de orang dengki pegi beli pastu tayang2 depan mata. Hehehee.. Lagipun memang tak nyempat la nak kuarkan E66 snap pic bagai. Kang tak pasal2 terlepas dari tangan. Dah kata pun ramai orang sampai jalan laga2 bahu macam nak gaduh. Aii yang agak gems ni pun bape kali kene rempuh.

Dari pkns terus menapak ke plaza alam sentral pulak. Pusing2 dalam nagoya cari kain untuk projek butang langsir si masya. Pastu menapak balik ke pkns. Dah nak sampai ke parking kereta kat seberang jalan, baru teringat belum terjah tempat kiuh raya untuk cuci2 mata. Masuk semula ke pkns. Lega rasa bila dapat duduk kejap dalam kereta. Terus menuju ke giant stadium. Konon macam gagah lagi nak menapak dari giant ke bazar ramadhan stadium.

Sekali lagi la kene berjalan laga2 bahu dengan orang ramai. So, tak dapat gak nak snap2 pic makanan yang boleh membuat kalian terliur di tengahari ni. Gulp..gulp.. Paling mencabar sekali mencari menu idaman masya. Punye la besar bazar tu, cume de 1 gerai je yang jual nasi dagang. Sampai2 dah habis pun nasi dagang. Terpakse la tukar menu beli nasi lemak kukus ayam togel. Hahahaa.. Tau kenapa togel?? Sebab yang tinggal betul2 nasi dengan ayam dan sambal je. Timun ke..telur rebus ke pe kacang ke bilis ke apa sume dah habis. Baru pusing 2x dah habis dah semua makanan.

Dah siap beli mengikut kehendak tekak, terus cepat2 ke padang kat perkarangan masjid shah alam pulak untuk berbuka puasa. Dah lambat sangat dah pun waktu ni. Betul2 nak dekat2 waktu berbuka. Sampai2 je terus cepat2 tebar tikar atas padang. Orang lain dah dok sila mengadap makanan masing2. Nasib baik ramai gak lagi yang baru sampai. Best tau berkelah kat tengah2 padang. Walaupun tak kenal dengan mereka2 yang lain, tapi rasa macam buke puasa beramai2 sambil tengok budak2 kecik berlari2 riang kat tengah2 padang. Masuk kali ni dah 2x gak la buka puasa dok kat sini. Memang meriah.

masya yang teruja..lain kali kite pegi lagi ehh

sesi menghidang makanan yang dibeli dari bazar

menunggu waktu berbuka

Habis je makan terus cepat2 kemas zass ke giant stadium semula. Selesai menunaikan kewajipan, terus memulakan misi mencari chicken ball untuk projek sup sayur 425. Dalam menjinjit chicken ball dan comfort softener tu *terlupa hari tanpa plastik* sempat lagi nak cuci2 mata tengok baju raya kat tempat feberet. Dah hasilnya selepas sayang gila nak letak balik baju yang tinggal satu sebab ramai orang dah aim macam bila aii letak je nak cepat2 sambar, terus goda2 abang penjual mintak murah dan dapat la jugak satu hasil tangkapan baju raya hari tu. Tapi bukan saya punya. Untuk diberikan kepada seseorang. Senyum.. senyum puas hati selepas tergunakan duit untuk bayar sewa rumah tertunggak 2bulan ke tempat lain. Takpe. Pasti de rezeki lain nanti. Misi seterusnya.. senaman kaki ke jalan TAR pulak jumaat nanti. Harus slim camni.

Friday, August 20, 2010

Walaupun Nombor Rumah Hitam, Dalamnya Tetap Ceria!!!

depan rumah 425

Nampak tak pe2 yang pelik dalam pic kat atas tu?? Okeee.. Saya tau nanti mesti de yang kata... 'yang lainnya rumah sebelah dinding cantik.. rumah 425 dinding dah berlumut.. nombor rumah pun itam'.. Lagi2 tuan anon. Dia suke komen bagi orang down. Tak pe. Asal tak bikin saya touching sampai tangkap leleh sudah. Cepat tajamkan mata tengok pe yang pelik dalam gambar tu. Alaaa.. Senang je boleh nampak kan. So, meh kita kasi zoom sikit..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

tugu tembok 425.. muka tembok betul

Drum rollss.... tadaaaa.. Tu la si tina tamtam. Balik2 keje nak tengok peti surat tibe2 rasa macam lain macam je. Rupenye de si tamtam ni. Dia tengah tumpang berteduh. Masa ni gerimis. Terus saya cepat2 kuarkan E66 snap2 pic pastu panggil masya suruh tengok. Comel je. Tapi macam sian pun de. Yang pelik tu, porch punye la luas dalam pagar nun, tapi dia tetap gak nak nyelit kat situ. Tak paham betul.

Si tamtam ni bukan kucing 425. Kadang2 je dia datang rumah tumpang2 makanan wewe. Tapi memang pemalu la sangat2. Kalau wewe tengah makan, dia tengok je dari jauh. Kang de saki baki kang baru dia pegi makan. Dasar sedar diri menumpang kut. Bagus si tamtam ni. Wewe pun mule2 je ketuk2 kepala dia. Sekarang ni dah buat tak tau je. Tak pernah la dapat pegang2 si tamtam ni. Sebab baru datang dekat je dia dah cepat2 lari. Penakut sangat. Umur lebih kurang wewe. Tapi badan keding je. Tak macam wewe. Dah macam rimau pun de. Auumm..auumm..


Thursday, August 19, 2010

Interesting Blog Award


Dapat award ni dari budak kuantan yang tengah majuk lagi tapi dah de ure2 nak balik kampung nak tarik balik kejap mogok tu. Hahaha.. Kan dah kata.. Kejap je tu. Hikhikk.. Dah lama pun dapat award ni. Tapi macam tak nyempat2 je nak amik. Konon2 busy update status payment yang pending juta2 lemon tu. Huihhhh.. Kalau duit sendiri tu, confirm meriah raya kang. Mimpi je la kan.. Lepas raya kang kene jadi hantu cek menghantui tido malam orang2 yang berhutang tu. Habisla korang rasakan mimpi ngeri 7hari 7malam kang. Awas!!

Hehhh!! Dah start mengarut lepas biarkan blog ni bersawang berhari2. Dasarrr!! Mari menjawap tag. Huiiii.. Pesal la kene jawab2 tag ni pulak. Layankan je la.

1- Ucap tq pada insan yg link anda dan jgn lupa link kan...
Ooowhhh.. Saya sangat2 terharu dengan anugerah yang diberikan. Terima kasih la kepada budak kuantan yang tengah konon2 mogok tamoo balik kampung tu.. Dah bagi award ni, raya kang bagi duit raya pulak ehh..

2- Tag 15 other bloggers yg anda pikirkan olala tropika! fantastic bola-bola ngeee:) yaa rebba yaa rebba! heeee...
Alaaaa.. Ni yang malas ni. 15 pulak tu. Esok2 je la pulak. Malas maoo pikir sekarang ni. Dasarr!!

3- Kena bagitahu insan2 yg bertuah ni kt chatbox dorg...
Dah tag esok baru la sound2 kat diorang. Tunggu mood rajin.

4- Nyatakan 7 perkara tntg diri-sendiri...
Aisehhh.. Mencabar pulak soalan ni. Fuhhh.. Berpeluh..
  • Saya yang menurut perintah.. Aci kan jawap camni.
  • Pendiam.. Ehh, yeke?? Orang2 yang tak berapa nak kenal dan rapat memang akan nampak saya ni pendiam. Padahalll.. Yarabbiiii.. Kecoh la jugak kut.
  • Tersangat la pemalu... Yess.. Saya memang pemalu yang teramat. Lagi2 dengan orang2 yang tak dikenali. Yang kenal pun kadang malu gak sebab tak berapa nak ngam.
  • Daydreamer.. Ni de orang yang gelarkan. Maybe sebab dia suka tengok saya ni dok menyendiri sorang2 senyap2 tak campur orang sangat. Tak perlu masuk campur kot kalau takde kaitan. Betul ke camtu.
  • Suka menyakat.. Haaa.. Camne tu?? Dah kata pendiam, pemalu yang teramat, daydreamer lagi mau ngaku suka menyakat. Saya suka sakat orang2 yang saya betul2 rapat je la. Takde la suka2 hati je nak sakat semua orang. Mangsa buli selalunya adalah... budak2 425. Terutama sekali masya. Best!!
  • Suka shopping.. Tak dapat shopping, dapat window shopping pun jadila kan. Tapi pastu sendiri sakit hati. Huwaaa..
  • Tak pernah de barang2 make up.. Pelik?? Percaya la kerana ianya benar. Hari2 pun cume pakai bedak powder baby johnson je kat muka. Takde dah moisturizer ke pe. Pastu tak nak bagi nampak pucat, boh sikit lipbalm kat bibir. Tu je. Tak rajin la nak mekap2 ni. Tak sempat kuar rumah, sume dah cair kang.

Ok. Cukup dah 7. Rasa macam panjang lebar sangat je jawapan. Ni membebel stok cover yang 3hari lepas punye la ni. Hihiii..

Friday, August 13, 2010

WeehooOooo.. Mau Pulang ke Kampung Halaman Tercinta

Petang ni balik dari ofis mau terus pulang ke kampung. Bestnyeee.. Dapat buka puasa bersama family. Mesti mak ayah masak sedap2. Bulan puase je dapat tengok ayah masak okee. Menu memang pelik2 la. Tapi best!! Bolehla buka puasa ramai2 main rebut2 makanan kat meja dengan adik2. Diorang memang kecoh suke main rebut2 makanan. Pastu bukan habis pun. Bukan takat rebut makanan. Tempat duduk, pinggan, cawan pun diorang nak main chop..choppp. Biasa la budak2. Saja bikin gamat suasana je. Lagi2 kalau budak yang kat kuantan tu de. Dia pun join sama main rebut2. Pening..peninggg..

Agak2 mak masak pe ehh petang ni. Hurrmm.. Harap2 de tempe goreng, tak pun cucur udang. Antara menu wajib tiap kali buka puasa. Biasa la. Orang jawa dengan tempe mana boleh dipisahkan. Family kami memang tak makan nasi waktu berbuka puasa. Juz makan kuih2 je. Tapi kadang mak masak gak bihun goreng ke.. mee goreng ke.. bihun sup ke.. Ayah pulak memang best part buat air. ABC, cendol tak pun milo ais blended. Tengok pada permintaan adik2 la. Agak2 malas nak layan, bagi je duit kat budak2 tu. Kang pandai2 la diorang pilih sendiri pe yang berkenan kat bazar ramadhan.

Yang paling bestnye balik kampung masa bulan puasa ni kan... takde la penat2 kene pikir.. nak makan pe ekk buka nanti.. nak masak ke nak beli je.. sahur kang nak makan pe ehhh.. Bangun awal2 lintang pukang tung tang..ting tong kat dapur. Goreng nuget sambil pejam2 mata. Kalau balik kampung, semua mak yang tolong setlekan. Silap2 kang mak tanya.. kang buka puasa nak makan pe?? Bangun2..dah nak imsak ni.. cepat makan. Gosok2 mata cuci muka terus duduk kat meja makan. Indah bukan.. Uuuummpphh.. Terbaeekk.. Anak dara lain sila jangan ikut contoh budak terlebih rajin masuk dapur ni yee..

Pastinya sekarang ni de budak dari kuantan sedang skodeng dan terus sambung merajuk. Hahahahaa.. Merajuk le ko.. Dah ko jauh. Buat pe nak balik semata2 sebab kenduri. Pastu sentap2 kene buli dengan akak2 yang baik hati ni. Yela.. Saja la nak share makanan yang sedap2 masa kenduri hari tu. Tu yang mms gambar makanan2 yang de. Sekali sentap2 pulak cakap makan sedap2 tak ingat dia. Hahahaa.. Kalau bab makan, mana boleh lupekan dia. Harusla sentap. Ugut tamoo balik sampai raya. Boleh ke?? Mak masak sambal tempe tuuu.. Hahaha.. Terus cepat2 beli tiket bas nak balik on the dot.. Minggu depan mesti dapat mesej.. amik kite kat bukit jalil. kite nak balik kampung ni. Kan?? Kan??

Berani jamin la masa budak kuantan tu dapat mms photox makanan mesti dia terus mengamuk kat cafe sebab de orang rebut makanan dia. Adik2 junior sekalian, maafkan la akak senior korang yang agak kurang kasih sayang itu. Hihiiii.. Jap lagi mesti tepon mak ngadu2 cakap kene buli. Tak pasal2 akak2 yang baik hati ni kene bebel lagi macam masa kat kenduri hari tu. Nasib tak kene piat tinge. Tapi kitorang tak kisah pun. Bluwekkk.. :p


nota buli : esok pagi akak pulak balik. owhhh.. sume de kecuali budak kuantan tu. jeles tak?? jeles tak?? nangis la dia sahur biskut rendam nestum diet dia tu..

Thursday, August 12, 2010

Hureyy..!! Dah Habis Appointment Doc

Saya pernah de masalah kulit muka serius. Betul tak tipu. Sape tak percaya boleh tengok CITE LAMA. Tibe2 je jadi camtu tanpa tau sebab. Tapi sekarang adalah masa untuk jerit kuat2 lompat2 riang cakap.. WehoooOOoo..!! Ianya telah berakhir!! Appointment 1julai hari tu merupakan yang last sekali. Tapi bukan jaminan 100% doc. Sebab kalau masih lagi gatal2 bereksperimen dengan macam2 produk kat muka, doc jamin masalah yang sama akan berulang. Dan saya akan terus terpakse berjumpa dengan doc dengar dia bebel2 lagi. So, sila jadi budak baik dengar cakap doc kalau tak nak duit simpanan untuk beli acer ferrari habis terbang melayang2 masuk akaun doc. Sadis okeee.. Tapi tetap kene datang juz untuk beli ubat saje. Tak perlu jumpe doc lagi dah. Owhh.. beli ubat saje pun masih banyak lagi duit yang akan melayang. Terpakse jadi kedekut jimat2 guna ubat yang de. Hihiiii..

So jumpe doc ari tu doc bekalkan ubat yang sama saje. Krim sapu untuk pagi dan losyen untuk malam. Siap de tambahan ubat. Doc bagi gentle skin cleanser cetaphil. Yang dah sekian lama cari tapi tak beli2 sebab mahal. Owhh..kedekut terserlah. Tapi bile doc dah bagi, terpakse beli jugak. Untuk kebaikan sendiri.

cleanser ni pakai ciput2 je sebab kedekut nak jimat

Masa mula2 pakai rase macam pelik. Sebab cleanser ni lembut je takde bau2 wangi dan takde buih2 sabun sebab ianya bebas sabun. Rasa macam tak puas hati loo takde buih2. Tapi dah sebulan lebih pakai ni lama2 dah ok. Biase je. Cleanser ni sesuai untuk kegunaan hari2, sesuai untuk kulit sensitif. Bukan je untuk muka, sesuai gak untuk badan. Tapi sebab mahal, pakai kat muka ciput2 pun dah cukup rasanya.

Gentle skin cleanser ni membantu kulit mengekalkan kelembapan yang diperlukan. Kulit akan terasa lembut dah halus macam kulit baby *auww...auww.. feeling2 baby comel dah ni* Boleh pakai dengan dua cara. Tanpa air dan dengan air. Kalau tanpa air, picitkan sikit atas tapak tangan. Gosok2 lembut kat seluruh muka. Lapkan dengan kain lembut. Takyah lap bersih2 pun takpe. Kalau dengan air pulak, pakai macam biasa je la. Sape tak biase ngade2 la tu ehh.

29 oktober 2010 - peringkat awal selepas jumpe doc

10 julai 2010 - hureyyy.. dah habis. tak payah makan ubat lagi

Mula2 nekad nak pegi Nathan Skin & Laser Center ni masa 8 oktober 2009. Last apponintment 1 julai 2010. Sepanjang tu de la 10 appointment gak. Kadang2 sebulan sekali. Kadang2 2minggu sekali. Tengok pada keadaan tindak balas dengan ubat la. So total untuk 10 sesi ni dah habiskan duit simpanan lebih 3k. Owhh..terlebih 1k. Sebab mula2 dulu bajet akan habiskan 2k je. Tapi bukan la bayar sehempok terus 3k tu. Bayar sikit2 ikut bil ubat tiap kali jumpe doc. Huwaa.. Banyaknya duit saving melayang kat akaun doc. So sekarang sila beringat dan dengar arahan doc. Jangan jadi budak degil. Bulan puasa ni la masa untuk jadi budak baik dengar cakap orang tua. Takmoo dah duit melayang sia2 camtu je..

Wednesday, August 11, 2010

Ber'Bowling Day' di kala Hujung Minggu

Lokasi pilihan : wonder bowl, mines shopping mall, serdang *dah dua kali buat pun mesti dekat2 dengan rumah. bagusla korang ni. pasni kat alamanda pulak ehh. senang saya nak datang*
Tarikh yang ditetapkan : 8 ogos 2010 *ahad yang banyak agenda*
Waktu : jam 3-5 petang *lambat sikit mula. biasala de beberapa masalah yang tak dapat nak dielakkan. di maafkan*

Actually masa mula2 diorang diskus2 nak pilih tempat dan tarikh, saya adalah terkecuali dari perbincangan. Bukan ahli forum perdana *sape la saya ni kan..sob..sobss..* Tau pasal bende ni pun bile dah kecoh2 kat ofis. So juz pikir tak pela. kalau de masa saya datang jadi penonton je nanti. tu pun kalau tak busy. sebab rasa macam banyak hal nak buat hujung minggu.

Tapi tibe2 kene join sama pulak. De pulak team tak cukup korum. Ikut hati memang tak nak main. Sentap la kan. Masa diskus2 dah termiss aii. Bila dah tak tau nak cari sape, rajin pulak berulang ke tempat memujuk rayu suruh join. Bukan sebab cair dengan pujuk rayu ehhh.. Tapi lebih pada kesian. Saya tau camne susahnye nak handle satu2 program. So dapat bayangkan camne serabutnye kepala diorang uruskan macam2 bende. Lagi2 sume bende buat last minit. Nak2 pulak yang datang memujuk rayu tu dah taraf bos2 je. Sebagai staff bawahan saya yang menurut perintah mesti la de rasa segan dan bersalah kalau jual mahal sangat. So, tolak tepi touching2 sentap2 tu. Relakan jela ratu longkang ni beraksi join team diorang. Nasiblaaa..

team ikut lahh. dari kiri : ila, zaidi dan tuan punye belog. warna tema biru langit. tapi macam2 tone de dah tu

Team lain sume main wakil unit masing2. Tapi team kami ni main campur2 unit. Satu team 3orang peserta. Dan kami semua adalah dari berlainan unit. So bile nak bagi nama team pun macam dah tak tau nak bagi nama apa. Takde idea dan blurr.. Sudahnya letak je la nama 'Ikut Lahh' Dah sume pun asal tanya de idea ke tak..masing2 cakap ikut la.. Tanya warna tema pun..ikutla.. Haaa.. Boh je nama ikut lahh tu. Apa ada pada nama kan. Skill tu yang penting.. Ceaaa.. macamkan terer sangat main.

penganjur si bos baju itam nun

Main 10 team. Team ikut lahh dapat no 7 dengan jatuhan 1044 pin. Ok la tu kan bagi ratu longkang macam saya ni. Hihiiii.. Tapi masa game tu pun saya rasa lagi ok dari masa saya training. Siap training dulu wehhh hari rabu sebelum tu. Maklum la. Dah setahun de kut saya tak main bowling. Kesian kat team ikut lahh kalau saya jadi punca kekalahan teruk nanti. Tapi tak kisah sangat pun kalah menang ni. Kami main saja2 untuk enjoy2 hilangkan stress bekerja. Sekadar suka2. Yang penting semua pun nampak hepi2 je hari tu. Bak kata penganjur dalam emel dia "Tahniah diucapkan kepada semua team yang menang dan tiada sapa yang kalah kerana semua mendapat hadiah"

hadiah cenderahati dan dapat cabutan bertuah dua kali. hihiiii

acara wajib sebelum pulang. terpakse bongkokkan badan sebab danial takut muke dia tak interframe. tula.. dah tau bantut watpe dok belakang. kan dah penat kene menjingkit. lalalaaa..

makluman : kredit to bismi untuk semua photox semasa bowling day. ezza cilok dari muka buku bismi. cepat sungguh la awek kecik tu upload. saya tak bawak personal photog. cume bawak masya sebagai pengurus jurulatih.. :p E66 pun habis bateri. so memang takde gambar sendiri melainkan cilok dari orang. hihiiiii...

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan



Petang ni dah tengok anak bulan. Kalau takde aral melintang, esok (11 Ogos) seluruh umat Islam di dunia akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Sememangnya bulan yang menjanjikan 1001 ganjaran lumayan buat umat Islam yang bijak mengambil peluang memanfaatkan sepenuhnya peluang yang tersedia.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
Semoga mendapat rahmat dan keberkatan
Mohon maafkan segala salah dan silap
Saya selalu buat orang touching, sentap, majuk sampai nangis.. jangan simpan dalam hati
Selamat berpuasa semua..!!!




p/s : jangan ponteng puase. jangan puase yang yok..siang2 bukak periuk.. not gud.. not gud..

Friday, August 6, 2010

Invitation High Tea Fashion Show @ Valentino Creations

invitation card
Dapat jemputan ke High Tea Fashion Show lagi. 7 Ogos 2010 nanti. Hari Sabtu. Tapi kali ni kat Valentino Creations, Alamanda. Pukul 3petang. Sebelum ni pernah pegi High Tea Fashoin Show kat Carlo Rino. Memang best. Bukan je dapat tengok fashion show. Dapat goodie bag. Dalam tu de macam2. Siap de voucher carlo rino RM50. De cabutan bertuah hadiah gempak2. Pastu dapat makan sedap ala2 VIP. Kali ni pun mesti de dapat goodie beg yang de macam2 harta karun, de cabutan bertuah, de makan sedap2 kan.. hurrmmm.. Hati dan jiwa memberontak nak pegi..nak pegiii..

Tapi nampaknya terpakse lupakan je hasrat tu. Mak dah bagitau awal2 dari 2minggu lepas hujung minggu ni kene balik kampung. Nak buat kenduri sempena menyambut kedatangan ramadhan. Kang tak balik jadi anak derhaka pulak. Dahla hari tu mak ayah dah call tanya kenapa dah lama tak balik kampung. Ingat saya merajuk dengan mak ayah. Huhhh.. Teruk betul!! Sampai tunggu mak ayah call baru ingat nak balik jenguk diorang. Tak majuk pun. Cume banyak hal sikit.

Tapi tak dapat lepak lama2 kat kampung. Pagi ahad dah nak kene balik sebab kene pakse berjuang panjangkan tangan kat mines. Huwaaaa.. matikla kalau saya jadi punca kekalahan nanti. Camne nak main ni.. Belum pe2 lagi dah sakit pinggang. Semalam injured masa swimming. abang zaidiiiii.. ezza injured. kalau ezza main ala2 tuju longkang lebih kang pejam mata je la ehhh...*sambil pintal2 lengan baju mata gedik2* Pitam la ni jap lagi panggil zaidi 'abang'.. iyeeekkk..

Thursday, August 5, 2010

Rabbit Park, Berjaya Hills

Selepas dari japanese village dan colmar tropicale, kami terus ke rabbit park. Bayaran masuk yang di kenekan hanyalah RM3 sahaja. Kat sini kita boleh main2 bermain arnab2 yang de sambil bagi makan. Makanan arnab de dijual kat kaunter. Tapi tak ingat plak bape ringgit sebungkus. Kalau tak silap RM1.50 saja.

nama dia comot. tengok hidung dia. comot kan?? asek nak titon jeee..

Arnab2 kat sini tak takut orang. Dah biasa de ramai2 orang datang main2. Kita hulur je tangan, nanti cepat la dia datang. Macam tau je dalam tangan kita tu de makanan. Tapi macam geli sikit sebab boleh rase dia geget2. Hihiiii.. Tapi tak dibenarkan angkat arnab ni tau. Saya macam kesian kalau tengok orang angkat arnab tarik kat telinge dia yang panjang tu. Memang camtu ke nak angkat arnab?? Sian la tengok. Nanti dia sakit.. So, kat sini memang tak dibenarkan untuk angkat2 arnab. Jadi jangan ngade2 nak try angkat ehhh.. Nanti dia shishi kat ko baru tau.

Tapi untuk kali ni saya rase bilangan arnab yang de macam makin berkurangan. Dan arnab yang de pun nampak macam tak sihat je. Telinge lentok2 la.. kaki luke2 la.. Selalu gaduh berebut awek makanan kutt.. Sian dia. Saya rasa mane2 arnab yang sakit tu janganla kuarkan dari kandang dan biar main2 dengan orang ramai. Sebab macam kesian sangat. Kan lebih baik kalau di rawat dulu sampai dah betul2 ok baru kuarkan dari kandang dia. Owwhhh.. saya agak sensitif kalau tengok de haiwan teraniaya. Sian sangat..

heppp..heppp.. pe main kish2 vontott ni.. hihiii.. yang lain pakat bersusun tido tepi pagar nun

Masa saya datang tahun 2004 dulu kat rabbit park ni de tempat untuk memanah. Bayaran hanya RM10 saja. Sape rase nak try bolehla try. Tapi sekarang ni dah takde pulak. Tau la pulak dah pindah kat mana. Dan sekarang ni dah naik lot kedai pulak sebelah rabbit park ni. Dulu kawasan parking dia sangat luas. Sekarang dah agak terhad sikit. Tempat keldai dan rusa masih de dekat belakang nun. So bolehla jenguk2 sekali.

Ok. Habis dah cite pasal bukit tinggi ni. Sebab tiap kali saya datang pun memang akan datang kat 3 tempat ni je. Kat japanese village, colmar tropicale dan rabbit park. De lagi tempat2 lain kat bukit tinggi ni. Macam kandang kuda, tempat bowling dan tempat paintball. Tapi saya tak pernah sampai. Mungkin kunjungan kali ke 4 pulak nanti saya sampai sana. Mana tau kan..


p/s : teringat masa kecik dulu pernah bela arnab bulu putih gebus mata merah. comel. sampai tak sanggup nak makan bila dah sembelih. last2 bagi orang lain makan. nak sembelih pun suruh orang lain buatkan.

Wednesday, August 4, 2010

Kelas Renang Sesi VII

Hari khamis minggu lepas adalah kelas renang yang ke 7. Masuk kelas ke 7 ni, barula dapat belajar kicking untuk teknik breaststroke. First time gak pegi kat tempat kedalaman 2m. Selama 6 kelas sebelum ni main kat 1.2m je. Tapi tak dibenarkan untuk lepaskan tangan dari dinding tepi. Kaki je belajar kicking. Tangan tetap paut kat dinding. Yela..masing2 pun tak berapa nak tinggi kan. Memang sah2 kaki tak jejak dasar. Tinggi saya pun baru 1.6m. Kalau saya nampak kamu macam nak lemas je..saya kick sorang2 kuar dari kolam.. Bunyi macam kejam je kan. Tapi yela.. kang jadi pe2 kang camne pulak ben nak selamatkan sorang2.

Susah rupenye nak belajar teknik ni. Sebelum ni masa belajar freestyle saya tengok orang buat breaststroke ni macam senang je. Tu yang selalu fikir nak belajar yang ni je. Tak sabar2. Rase macam freestyle tu susah sangat. Rupanya same je susah. Tertonggeng2 okee.. Pesal entah masing2 pun de masalah yang sama. Vontott terapung lebih. De pelampung ke pe. Mantoop sangat. Tu orang lain la kutt.. Saya takkk.. Hihiii..

Disebabkan kelembapan yang melampau, ben ajar saya dengan cara dia pegang kaki saya pastu bile saya dengar dia jerit..KICK..haaa.. kick la ko.. 1,2,3..kick..1,2,3..kick.. Pastu training la sendiri sampai terer. Mase ni kan terus rasa macam dah terer sangat buat freestyle. Sebab breaststroke ni susah sangat nak dapat. Buat kicking je pun dah macam pe. Tertonggeng2 masing2. Pe2 pun, swimming ni sama je macam sports lain. Kene datang training selalu. Kalau takat datang time kelas 1jam sekali sesi, memang lambat la nak dapat. Elok orang lain dah belajar part lain, ko kedek2 lagi nak belajar tang tu jee..

Tinggal 1sesi je. Tapi tak terer2 gak lagi teknik breaststroke. Huhuuu.. Terus rase stress. Nasib baik dah terer freestyle. Yolah tu.. Terer la sangat..!!

Kelas Renang Sesi VI

Selasa minggu lepas kelas renang yang ke 6. Aktiviti adalah sama saje. Training teknik breathing..breathing dan breathing.. Training la korang sampai jemu. Selagi tak pro part ni, memang takde la nak belajar bende lain pulak. Sampai habis 8 sesi pun belajar freestyle je la kalau tak lepas2 teknik breathing. Lupakan je nak belajar teknik breaststroke.

So hari tu gigihla masing2 berlatih. Dari hujung kolam ke hujung kolam. Awal2 dah kene dera dengan ben. Masing2 kene buat freestyle 3lap dalam masa 10minit. Semua pun macam…haaaa… serius ke ni?? Seram2 kecut2 jari masing2. Penat memang penat la. Sebab tu bila masuk2 je kolam ben mesti jerit suruh buat blow bubbles dulu. Turun 5kali..!! Haaa.. faham2 la masing2 nak kene buat pe. Bukan ketuk ketampi ehhh..

Kenapa kena blow bubbles
1. Ia sebagai cara untuk kita bernafas bila aktiviti berenang
2. Sebagai daya apungan badan. Badan yang beroksigen lebih mudah terapung
3. Memanjangkan stamina bila dalam air
4. Mengurangkan penat selepas aktiviti renangan yang panjang
5. Memperlahankan kadar denyutan nadi

Lagi satu pe yang saya perhatikan, kalau teknik breathing betul, takde la mengah sangat bila sampai hujung kolam. Suruh buat 3lap pun steady je rase. Boleh swimming rilek2. Takde la sibuk nak cepat2 sampai hujung sebab dah tak cukup nafas.

Dah hujung2 kelas, ben tengok sume macam dah ok breathing, dah terer freestyle dia nak ajar teknik breaststroke *kuak dada* pulak. Tapi baru je nak belajar kicking yang macam kaki katak tu, sekali abang2 baywatch dah piweeett..piweeettt cakap timesup pulak. Huhhh.. Kacau betul..

Tuesday, August 3, 2010

Colmar Tropicale, Berjaya Hills

colmar tropicale

Selepas ke japanese village, kami terus ke Colmar Tropical. Tempat yang paling menarik bagi saya kat bukit tinggi ni. Dan semestinya harus di kunjungi kalau anda datang ke bukit tinggi. Bangunan2 kat colmar tropicale adalah bertemakan desa Perancis pada abad pertengahan. Sikit sebanyak dah boleh membayangkan budaya mereka.



bridge entrance

Kat sini de gak souviner shop. Bolehla beli sikit ole2 tanda kenangan dari bukit tinggi. Kalau kat japanese village cume de Ryo Zan Tei Japanese Restaurant yang menghidangkan makanan jepun, kat colmar tropicale ni pulak de berbagai cafe yang menghidangkan bermacam2 jenis menu. Selain dari yang dah saya bagitau dalam entry japanese village, kat sini de gak cafe yang menghidangkan menu perancis otentik, kedai roti perancis, kek, sandwich dan de gak restoran yang menyajikan makanan malaysia. So, banyak sikit pilihan untuk melayan anak tekak dan perut yang kebulur. Hihiiii..

flea market





De banyak aktiviti boleh buat kat sini. Kat sini de flea market yang jual macam2 bende menarik tertarik. De clown dan de mase kalau bernasib baik de dances performances. De kiddies games room. De taman2 yang menarik dan cantik untuk berehat. Owhhh.. macam2 lagila yang de.



de square

Bilik2 yang de kat sini tak kurang menarik. Sape yang suke dengan suasana romantik bolehla datang untuk bermalam dan rasa sendiri suasana romantik tu. Lagi2 untuk mereka yang baru kahwin *winkkk..gatal* Saya nampak ramai yang jari masih merah berinai datang sini. Mungkin honeymoon kutt. Kalau saya takde dahla nak datang honeymoon kat sini. Saya ni bukan boleh duduk dalam hutan. Datang kejap2 balik hari tu bolehla. Lama sikit kang mule la nak meroyan. Hihiiii.. Kalau laut ke pulau ke aii suke la. Tempat yang boleh sopeng..sopeng..sopeng.. lagila saya suka berganda..!!

Last sekali, harusla tayang pic aii yang feeling2 model tapientahbilenakglemer.. Heiiipp..heppp.. ni blog saya kan. Nasibla kalau jemu asyik tengok muka saya je..

model picture wall kat pathway to de square

Monday, August 2, 2010

Japanese Village, Berjaya Hills

Hanya perlu drive lebih kurang 45minit dari Kuala Lumpur dah boleh sampai kat Berjaya Hills ni *kalau layan drift sambil diiringi abang2 ninja badan kental2 mungkin cepat sikit boleh sampai. salah satu sebab suke perjalanan ke pantai timur boleh tengok abang2 ninja berkonvoi layan lap sambil vroomm..vroomm bikin aii tik..tikk.. netes air mata. impian yang tak tau entah tercapai ke tak* Tak tau berjaya hills ni kat mana?? Kat KM48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia. Semestinya kat Malaysia. Bukan bukit tinggi yang kat indonesia nun. Yang tu tak pernah sampai lagi walau sekali pun.

Bayaran masuk adalah hanya RM 12 sahaja. Siap dapat voucher less 15% untuk dining pleasures kat Le Poulet Roti *hidangan ayam panggang, homemade mashed potatoes dan muffin*, La Flamme *hidangan pastri, pasta dan pizza*, Ryo Zan Tei Japanese Restaurant *hidangan masakan jepun*, La Bistro *minuman beralkohol dan non-alkohol, lite snack* dan L'Orient *restoran indochine*. Ryo Zan Tei tu je yang de kat Japanese Village. Yang lain2 sume antara restoran yang de kat Colmar Tropicale. Tapi harga makanan memang agak mahal dari biase. Sepinggan pasta pun dah macam harga berpinggan-pinggan pasta kat tempat lain. Standad la kan kalau tempat peranginan camni. Itu lumrah.


salah satu punca mata juling. tangan tunjuk lain. mata tengok lain


Tempat pertama yang kami diterjah adalah japanese village. Japanese Village ni salah satu tempat menarik yang harus di kunjungi kalau datang Bukit Tinggi. Boleh drive terus sampai atas. Tinggalkan kereta di tempat parking yang disediakan dan tunggu trem datang kutip anda di tepi jalan. Tu untuk orang yang malas nak jalan tonggek2 daki bukit macam saya la. Sape rajin boleh je jalan kaki. Tak jauh pun nak sampai kat japanese garden tu. Manje lebih takut ketiak masyam. Lalalaa..




Kali ke-3 datang tempat ni. Dah jadi macam acara wajib setiap 3tahun. First time sampai kat sini ni masa tahun 2004. Pastu datang lagi tahun 2007. Dan tahun 2010 ni datang lagi. Pasni mungkin tahun 2013 akan kembali lagi kut.. Kutt la ehh.. Tu pun kalau de perubahan kat tempat ni. Sebab tengok sama je macam dulu. Takde pe2 perubahan. Kalau de yang berubah pun, japanese garden dah tak wangi, botanical garden dah tak banyak sangat bunge2, ikan koi dah besar dan sangat agresif *best*, air terjun dah banyak ranting2 dan dahan2 takde sape nak bersihkan... Ehhh.. kenapa macam makin tak best je ni. Tapi udara dia tetap segar walau tak sesegar dulu. Best :)




Kat japanese garden ni de air terjun yang de banyak2 ikan koi. De rumah mini ala2 macam kat jepun. Bolehla nak duduk rehat2 kejap. Sape nak rase lebih feel lagi macam kat jepun, bolehla sewa kimono kat sini. Harga sewa RM18. Pastu posing2 sambil minum teh kat japanese tea house. Tak pun sambil bagi ikan koi makan. Makanan ikan pun de jual gak. Dah penat2 berjalan, bolehla pegi kat tatami spa. Macam2 de. Dari yang basic foot spa dan urutan 90minit hingga la sesi yang paling lama 4jam. De body scrub, body wrap, onsen, massage dan de makan sekali di sediakan. Tapi harga dia boleh buat aii pitam muntah2. Memang takde la nak merasa masuk. Balik rumah layan massage kat spa nana pun dah kire bagus. Hihiiii..





Sape yang nak bermalam kat japanese village ni de gak tempat untuk bermalam. Kat Ume Tatami Suite. Rumah yang boleh memuatkan kumpulan yang besar macam yang datang berfamily ke. Duduk lagi ramai lagi bagus rasanya. Sebab rumah ni betul2 seketul je kat tengah2 hutan tu. Sape pencinta alam dan sukakan ketenangan tengah2 hutan bolehla kutt. Macam aii ni, takde la wehh. Kang mule la terbayang rimau kat luar rumah. Bunyi burung malam2 pun kang aii dengar macam bunyi pontianak mengilai. Camne?? Eiiii.. Serammm..




Selain dari tu, de gak Souvenir Shop dan Botanical Garden. Bolehla beli ole2 sebagai kenangan. Kat botanical garden pe lagi yang de kalau bukan bunga2. Burung pun banyak. Kebetulan masa datang hari tu ramai photog kat sana tengah try shoot pix burung dari jarak jauh. Lense diorang jangan cakapla. Panjang sedepa. Macam meriam buluh dah gayanya *dah nak raya kang boleh pinjam main perang2 dengan jiran sebelah* Mesti berat nak pikul. Harga sebijik myvi tu. Tibe2 rase d200 tu kecik je. Sila la upgrade ye.. Yang d200 tu turun temurun kat aii je pasni. Lalalaaa..