Friday, July 30, 2010

Osmet Day @ Sungai Chongkak

Setelah lama dirancang, akhirnya terlaksana gak perancangan nak buat bbq dengan budak2 425. Berapa kali tukar tarikh, berapa kali berubah tempat.. dan hampir2 gak la planning tak menjadi. Entah berapa kali meeting, diskus2, gusip2.. Planning asal dari Pulau Redang ke Pulau Perhentian ke Port Dickson ke Bagan Lalang.. sudahnye sungai chongkak gak lagi la yang menjadi pilihan. Konon2 siap nak bercamping. Ayah siap dah bagi duit suruh beli khemah sendiri *tak malu betul amik duit ayah walaupun dah keje. rejeki jangan ditolak bebbb* Tapi atas faktor2 keselamatan, terpakse ubah plan. Mama ayu dan ayah hafiz tak sihat uwekk..uwekkk pulak..


mari main masak2.. rajinnya diorang ni semua. keje aii tinggal ngap..ngap je.. bruupp.. hihiiii.. nampak tu. tengah bukak tuperware nak makan bihun goreng..*cian dowhh buli abang yen hidupkan api sensorang. semput2 abang yen main tiup2


Menu hari tu?? Memang menarik tertarik la. Macam2 adoo.. Ayam, udang, sotong..semuanya sedap2. Tu yang berendam kejap2 je. Selebihnye sesi melantak dan mentekedarah. Tapi aii je la kot yang camtu. Makan tanpa henti. Nyummm..nyummm..yummyyy... bruupp.. ekusmi..


salah amik port la. pagi2 datang tak panas pun lagi. redup je. sekali hambikk.. masak kat tengah2 panas. tebiat betul budak2 ni. camne la tak rentung kulit. kulit ehh..bukan ayam yang rentung. ayam2 semua sedap2 je.. *ni sape yang tak reti tengok arah matahari ni?? dushhh*


Waktu splash2 la yang paling di nanti. Air sungai tu..grrrrr....cejuuuukkk.. Tak boleh nak rendam lama2 sangat. Tak menahan weiiii.. Selalunya saya la yang berendam paling lama. Tapi hari tu, jadi duyung je la. Terdampar atas batu posing ala2 model majalah mangga tepi kolam yang tak berapa nak seksi mengancam. Hihiiii...


mandi poyo2 je. memasing tak tahan cejuk sangattt.. grrr.. ketar lutut..


celup sikit2 je. semua ngaku jadi kambing bandod takut air.. kambing bandod?? resakse gorgon mesti terer bab kambing bandod ni. sila jawab..!!


ayah hafiz dan mama ayu pun join sama walaupun demam uwekk uwekk.. cian diaaa..


425 wonder girls. tu semua geng kuat mengarut. lotih achik melayan. hihiiii.. *ehh..kecuali resakse gorgon bertudung pink itu. dia bukan ahli 425. pendatang asing tu* pitam la jap lagi dia ngamuk.. hihiii


Sebelum balik kene posing depan khemah yang dah berjaya dibina oleh engineer pokok. Sape lagi kalau bukan masya dan zura si resakse gorgon. Hihiiii...


ehh..macam dah pakat. 425 wonder girls masing2 pakai kaler merah hitam. same dengan kaler khemah dah.. aii je spesel. sebab leader kan. lalalaaa..


p/s : balik dari osmet day, terus rasa fleeettt gila2. dengan muka rentung lagi.. mana taknye.. balik dari family day kat port dickson terus ke sungai chongkak pulak ber’osmet’ day.. tapi penat2 pun tetap enjoy.. berbaloi-baloiii..

p/s/s : tahun depan jadi ehh kite pegi redang pulak. boleh mencandat sotong. lagi best nanti kite bolehla swimming2 dengan penyu. ohhh kak nat..sila cari baju penyu anda jika nak join. kami nak snorkeling + scuba nihh.. weee.. tak sabarnyeee..

Thursday, July 29, 2010

Cute Miut Photox @ Wedd Marlia

@ wedding MARLIA a.k.a Along Ya

Okehhh.. Ini adalah cerita lama. Serius lama. Tak tipu. Majlis 27 jun hari tu. Sebulan dah terperam. Hihiii.. Entah2 pengantin tu pun dah peknen.tettttt... Tak tanye pulak dah ke belum?? Along ya.. dah ke belum?? Cukup!! Jangan busybody lebih2 macam mak nenek.

Best sangat2 dapat jumpe mereka2 yang sentiasa weng. Bile mau MATANG wehh?? Asal jumpe je semua pun jadi kanak2 riang. Bayangla.. atas stage depan pelamin pun boleh main2 lagi. Tapi memang enjoyla layan diorang2 ni. Tu yang selalu rindu sangat2 kat diorang. Nasibla sekarang ni masing2 dah jauh. Jarang2 je dapat jumpe. Kalau tak, rase2nye mesti selalu je la kitorang ni sesat nak cari jalan balik..*asal balik rumah lewat pagi je selalu bagi alasan sesat cari jalan yang benar..hihiiii*

Gambar bersama pengantin tak banyak mana pun. Selebihnya adalah aksi gedik kami bersama. Cume masa sesi photogedix tu de yang dah balik. So memang balik2 muka kami bertiga je la..*tu la ieka, orang suruh tunggu tamoo* Sesi photogedix kali ni kami bawak 2 personal photog. Tu yang lagi syok posing maut tu. Kalah pengantin wehh.. Pengantin pun pakai 1 je OP. Kehhh.. Jom intai2 photogedix bersama insan2 gedik tersayang..

aaa....gusip2 liar ekkk... not gud.. not gud..

pose over gedik

ceynuk + man.. lepas raya ni kan?? jadi ke??

Aksi gedik sebelum pulang.. Tak puas la wehh jumpe korang kejap sangat!!!





ceynuk main tipu. pandang kemera lain. nanti mata juling padan muke. hahahaa..

Suke sangat bile dengar de member2 kahwin. Bukan pe. Masa ni la dapat jumpe semua member2 lama. Boleh gosip2..ngumpat2.. Ehhh..takkk. Tu acara sampingan je. Yang best tu sebab masa ni je la dapat bersua muka. Dapat layan kepala weng masing2. Tapi nampaknya pasni makin bekurang la korum. Dah ramai yang kahwin. Nasib badan. Umur makin meningkat, memang la dah ramai member2 yang kahwin. Tu la lumrah hidup yang kita kene lalui. Kan??? Pe2 pun, harap2 korang semua sentiasa bahagia bersama insan yang tersayang..


Wednesday, July 28, 2010

Saya Yang Menurut Perintah



Cubaan update secara pantas tanpa merapu meraban. 'Saya Yang Menurut Perintah' sedang memenuhi kriteria berkursus 7hari setahun. Sehingga jumaat. Makanya, hanya sempat update di kala malam bulan mengambang. Tu pun kalau tak kebaboOomm awal. Adiosss..!!


p/s : syok ehh bawak berukben bersama hari ni. boleh layan muke buku. tapi dalam class kene fokus. kalau tak, harusla blur sepanjang masa.. 'sape tak faham??' balik2 muke ni gak la yang angkat tangan. salah satu cara untuk glemer dengan cara mudah. hahahaa.. mengarutttt!!!

Tuesday, July 27, 2010

Family Day Jabatan Pertanian Sg. Burong Part 3

sambungan dari part 1 dan part 2

Aktiviti hari ketiga adalah...BALIKKK... Owwhhh..adik2 sangat suke dapat balik rumah sebab konon dah lame sangat tinggal ps2. Geram je siap ajak balik dari malam lagi sebab dah tak sabar2 nak layan ps2 dia tu. Tapi sume pun buat2 tak dengar je. Hahaha.. Nasib baik gak dia tak terfikir nak bawak sekali ps2 tu. Kalau tak, harusla dia tak kuar bilik langsung. Sibuk bertarung nyawa je.. Konon hebat sangatla tu..

big family..bersama hamper ayah..adik2 bengang tak dapat nak bukak.. hihiiii..

sementara tunggu akak checkout.. kat depan Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson

Sebelum balik harusla ada sarapan dulu *terlebih2 makan wehh kat sini. sedap2 pulak tu* Lagipun nak jumpe mereka2 yang lain nak salam2 mmmuaahh..mmuuaahh dulu. Yela.. tak tau entah bile dapat jumpe lagi.

Tibe2 terperasan satu gambar ni. Gambar yang membuktikan bahawa resakse gorgon tu sangat bahaya. Sampai punah jahanam buaian di buatnye. Gara2 makanan dah habis, terus dia kunyah2 buaian tu dengan rakus. Hahahaa..

resakse gorgon menyerang.. yang tengah nak minum air tu.. Larikkksss..

Selebihnya adalah sesi bergambar sefamilia sebagai kenangan...





dan semestinya de aksi gedik bersama

photogedix se'family'

Last sekali.. kene la tunjuk pix tuan rumah. Rase macam dah lame je tak mencapub jaja gambar sendiri kat belog. Hihiiii.. Heiipp..heppp.. Tak boleh nak marah. Ni belog saya. Ikut suke la nak letak gambar sendiri banyak2. Kan??

cik3zza

OhhhoooOOoo.. De yang terlupa lagi. Atas permintaan terutama sekali danial *ngade ko ehhh*..ezza letakkan pix yang nak sangat tengok mase sukaneka tu. Gelak la korang puas2 guling2. Ezza dah puas berguling atas pasir hari tu. Korang yang nak sangat tengok kan. Layannn..

kingkong yang di datangkan khas dari jawa.. hihiiii.. berlaku kejam sekali sekala..lalalaa...


p/s : tamat kisah family day. akhirnya berjaya gak buat entry ni walaupun dah terperam lama..

p/s/s : wehh kak ijan.. kalau nak semua pics, balik banting kang angkut lapy sekali. tak rajin le nak upload dalam muka buku. resakse rajin kutt.. tempat dia wifi terbaekk kan.. takyah la pakai berukben lagi youuu..

Monday, July 26, 2010

Epy Bezday B.U.C.U.K

B.U.C.U.K


Hari ni bezday bucuk yang ke 8. Macam tak pecaya je dah masuk 8 tahun. Tengok macam budak2 je walaupun saiz badan terlebih besar dari kawan2 sebaya dia. Sape bucuk?? She's my youngest sister.. Kenapa panggil bucuk?? Sebab dia bucuk. Ontah.. Dah dari kecik terbiase panggil dia bucuk. Mule2 dulu dia marah gak panggil bucuk. Lame2 dia ok je. Family je la panggil dia bucuk. Kadang2 adik. Kawan2 panggil dia ezza *kita serupa*.. Tak pun zira. Name sebenar bucuk adalah ezza nazira. Gabungan nama tiga akak dia. NA dari nama akak. ZI dari nama saya. Dan RA dari nama zura.

Budak ni terlebih manje. Kalau main dengan kawan2 tibe2 nampak dia balik tu tau dah la. Majuk dengan kawan. Selagi tak pujuk, selagi tu tamoo kuar main lagi dah. Satu habit dari lahir sampai sekarang yang tak boleh nak buang...SUKA HISAP JARI.. Sampai naik leper ibu jari dia. Esok gigi mancung macam halimah jongang akak tak tau aaaa... Dia tetap tak heran. Cikgu cakap kalau dalam kelas, kalau dia dah sorok2 hisap jari kat belakang memang dia takkan buat pe2 keje yang cikgu suruh. Feel sangatla kut hisap jari. Mate pun macam nak lelap jee..

Owwhhh.. Satu perangai yang pelik dan lain dari akak2 dia adalah..dia sangat obses pada kecantikan walaupun kecik lagi.. Akak2 dia takde yang sibuk bertindik nak pakai subang. Dia kecik2 dah bertindik nak pakai subang. Siap tuntut kat makcik2 suruh belikan subang baru. Sape yang berjanji tu nasib la ekkk.. Dia akan tuntut selagi tak dapat. Bucuk pun dah pandai jage badan. Kalau suruh makan lebih sikit ayat yang tak boleh blah adalah...'adik tak nak makan banyak2..nanti kalau kite gemuk camne..' Yang tak best tu, asal gemuk je nak samekan macam akak dia yang sorang ni. Tekanan makcikkk.. Akak zura ko tu lagi gemuk tau dikkk.. Heheeee.. Pitam la jap lagi mesti dia komen tak puas ati kat sini. Hihiiii..

Tak sempat lagi nak beli hadiah bezday bucuk. Dah lame pun tak balik kampung. Kalau balik mesti bucuk asyik dok ingatkan je bezday dia. Pastu sendiri perasan suruh beli kek celebrate bezday dia. Abang2 dia pun sampai naik tekanan. Asal bezday bucuk je masti celebrate beria siap de hadiah. Kalau kuar pegi mane2 mesti de beli bende untuk bucuk. Nasib la kan.. Dah dia adik bongsu. Abang2 sila la mengalah yeee.. Korang kan dah besar. Hurrrmmm.. Tak terfikir lagi nak beli hadiah pe..*nasib baik tak janji nak bagi pe2 tahun ni..kalau tak, jenuhla dengar dia tuntut selagi tak dapat* Bile la agaknya sempat nak celebrate.. Lambat2 sikit pun tak pe kuttt kan bucuk.. Akak2 agak bz la sekarang ni..

Happy Birthday B.U.C.U.K
Dah besar tak boleh terlebih manje - akak je boleh
Dah besar tak boleh hisap jari - nanti gigi mancung dah tak comel..not gud..not gud..
Dah besar kene rajin2 bace buku, kene jadi budak pandai - nanti keje best2 boleh beli subang banyak2 sampai rebeh telinge tu
Dah besar kene la makan banyak2 sampai gemuk2 - baru la boleh jadi lagi besar dari akak..tapi tetap tak buleh lawan kak zura punyee..pitam la jap lagi dia jadi resaksa gorgon


p/s : kejap je mase berlalu.. adik2 semua dah besar rupenye..
p/s/s : resaksa gorgon adalah makhluk yang cuba membuat tanduk 5 kat bucuk dalam gambar tu.. larikkksss...

Friday, July 23, 2010

Kelas Renang Sesi V

kolam renang presint 6, putrajaya


Dalam tak sedar dah masuk kelas renang yang ke 5 semalam. Maksudnya saya de lagi 3kelas untuk belajar. Tapi masih tak pro2 pun lagi. Pesal la slow sangat ni. Banyak main je ni. Mentang2 cikgu tak pegang rotan.

Semalam petang belajar bande yang sama je dengan kelas yang lepas. Selagi masing2 tak mahir teknik breathing, selagi tu la ben akan ajar bende yang sama berulang-ulang. Hari sabtu hari tu dah oke je. Bile kene buat lagi semalam, terus ntah gaya pe2 yang kuar. Kan tak pasal2 je kene jerit dengan ben. Main lagi..mainnn.. saya nak tengok kamu buat 50meter lepas ni.. Kulat2 kene marah. Padan muke. Selalu kene puji je kan. Semalam kan stress. So bila tak bolah nak relax tu yang ntah jadi pe2 tu. Rilex ezza..rilexx..

Dah nak habis kelas baru la ok. Berjaya gak la berenang dari hujung kolam ke hujung tanpa henti. Tu pun sebab dah takut tengok ben marah2. Lagipun sebenarnya dah tak sabar nak belajar bende lain pulak. Tapi dalam ben marah2 pun semalam macam biase la dia sempat puji cakap saya dah ok, cume kene banyak training je. Alahaiiii perempuan. Suke betul kene puji.

Tips penjagaan baju renang dan gogel dari cikgu ben *alolololoo.. macam comel panggil cekgu*

1. Cuci baju renang dan gogel menggunakan shower bath sahaja
2. Untuk gogel, boleh gosokkan sedikit dengan surat khabar selepas letakkan shower bath. Hasilnya gogel anda akan kelihatan bersinar. Ting..tinggg..


Ni pulak tips penjagaan baru renang dari House of Muslimah Swimsuit

Bagi mereka yang ingin menjaga baju renang agar sentiasa dalam keadaan baik dan cantik. Di sini terdapat beberapa tip yang anda boleh amalkan.


1. Anda dinasihatkan supaya membilas baju renang tersebut dan terus sidai selepas menggunakannya
2. Jangan mencuci baju renang anda dengan sabun pencuci atau peluntur atau pelembut kain
3. Jangan cuci baju renang dengan mesin basuh
4. Jangan merendam baju renang anda
5. Jangan perah baju renang atau spin
6. Jangan sesekali menyerika baju renang
7. Sila patuhi arahan seperti mana tertera di label pakaian anda

Hadiah Bezday Kontroversi

salah guna kuasa. pakai sampul urusan rasmi.. tapi ni yang reject. sampul dah koyak.. di maafkan


Genap sebulan berlalu bezday saya. Tapi rase2nye masih valid lagi kutt gelaran bezday girl tu. Okee...okee.. Kalau tak valid dah pun, saya masih terima lagi kalau de sape2 nak bagi hadiah bezday. Cepat sikit hantar yeee.. Dah lambat sebulan dah ni. Hihiiii.. *tak baik meminta2.. not gud..not gud..*

Baru2 ni dapat hadiah bezday yang mendatangkan kontroversi. De orang sentap dan terasa pasal hadiah ni. Sebab hadiah ni saya terima dari seorang kawan. Iyeee.. dari KAWAN. Kenapa orang suke fikir negatif kat orang lain. Saya tau ianya agak mahal untuk dijadikan hadiah kepada seorang kawan seperti saya. Dia ikhlas beri. Dan sepatutnya saya hargai dengan ikhlas menerima tanpa perlu rasa curiga. Kan itu lebih baik. Asal tidak berlebih-lebih dan mengharapkan balasan yang tak tercapai dek akal sudahlah. Kalau tak saya akan bungkus semula dan kembalikan. Heeeiii.. Saya tau itu kawan saya. Dia ikhlas. TITIK.


i'm crazy for you?? sangat tidak bermakne di situ. jangan suka salah anggap!!! hehhhh.. nampak sangat orang kedai tolong balutkan


Tak bajet pun isi dalam sampul tu apa. Mula2 fikir mug je. Sebab bulat2. Dapat dari pagi kat ofis. Tapi letak tepi je. Dah sampai kat rumah petang tu baru sempat nak bukak. Bukan tak menghargai. Cume tak nak de yang salah faham dan kecoh2. Mulut orang kan susah di tutup.


sooo suprise..!!! its nina ricci


Melampau sangat ke?? Okee.. Saya tau ianya boleh mendatangkan curiga dan sangsi. Terima kasih sangat2 kat orang yang memeberi *nama terpakse dirahsiakan atas faktor private & confidential*.. Sorry untuk pihak yang lain. Saya tidak meminta dan tak pernah meminta untuk dihadiahkan nina ricci. Saya tak salah dan berhak untuk menerima kan??


p/s : orang cakap, kalau orang beri minyak wangi kat seseorang sebab dia suke nak bau badan orang tu. dia nak orang tu wangi2. tapi kalau fikir positif, dia beri minyak wangi sebab saya ni bucukk + masyammm la kan..?? tak ke?? be positif boleh tak??!!!

Thursday, July 22, 2010

:: Sedih ::





Sedang sedih sangat2
Nak balik rumah sekarang jugakk!!!
Jumpe lagi esok
Takpun.. minggu depan je
Tu pun kalau panjang umur
Sory dan thanks boss...

Bawak Bekal Boleh Jimatkan Belanja

Ecehhh.. Tibe2 je jadi baik nak jimat2 pulakkan. Sampai de yang perli takkan nak simpan duit untuk kahwin sampai kene bawak bekal air pegi ofis. Huwaaa... Tu bukan jimat lagi namenye. Kalau dah gitu gayanya, tu ciri2 orang kedekut. Saya tak pernah pulak nak sekat2 makan semata-mata nak simpan duit untuk kahwin. Sebab saya rasa kalau saya nak makan pe2, saya beli je la. Kenapa perlu nak disekat2 kan. Kang kalau kempunan camne.. Dan sebab tu la takde istilah diet berlapar dalam hidup saya. Cume memang saya ni kurang sikit nak makan. So, orang nampak saya ni macam nak jimat duit sangat2 sampai tamoo makan. So not me okeeee..!!


upm tetap di hati. eceehhh.. dua2 tu pun cenderahati dari upm


Nampak termos biru upm tu?? Rajin kan saya. Siap bawak bekal air pegi ofis. Huiii.. anak sape la ni. Tak..takkk.. Tipu je.. Sebenarnya uncle law yang siapkan bekal tu untuk saya. Dia memang terlebih rajin. Bangun pagi2 semata-mata nak siapkan bekal untuk saya. Kalau dia terlebih rajin, de la nasi lemak. Kalau kureng rajin sikit, dia buatkan sandwich je. Tugas saya sampai ofis kang tinggal ngap jeee.. Camne la tak membesar bagaikan juara. Huhuuu..

Nak tau pe yang uncle law bekalkan dalam termos biru tu?? Meh kite intai...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tadaaa... air barli..


Jom share sedikit info khasiat minuman barli

1. Dapat menyejukkan badan
2. Baik untuk melawaskan kencing
3. Meningkatkan kesihatan buah pinggang
4. Membantu merendahkan kolesterol
5. Meredakan sembelit
6. Mencegah penyakit kanser
7. Mengurangkan risiko kencing manis
8. Membantu sistem penghadaman

Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.

Bagus kan?? Bukan je sedap tapi penuh berkhasiat. Sedap tau minum barli suam. Barli ais pun saya suke gak.. Yang paling best sebenarnya sambil minum boleh kunyah2 buah barli tu. Uuuhhhhh sedapnyeee..

Wednesday, July 21, 2010

Family Day Jabatan Pertanian Sg. Burong Part 2

sambungan dari Part 1

Aktiviti hari kedua sepatutnya bermula dari jam 6.30 pagi. Akak cakap de senaman pagi. Saya telah dilantik untuk menjadi instructor poco2. Dan secara sukarela telah offerkan diri untuk buat chicken dance sekali. Gedik kan?? Tapi kan, pagi tu tengok takde sape pun yang turun. Gelap je tepi pantai. Saya pun tengok dari bilik je la. Takde la nak turun. Makanya senaman atas katil jela. Hihiii..

my siblings..all de 7


Aktiviti hari ni adalah sukaneka. Macam2 game de. Untuk kanak-kanak, untuk dewasa, untuk veteren..sume pun de. Isi air dalam botol, lari bawak belon, bawak bola pingpong dalam sudu, lari guna tempurung, rebut kerusi, kutip gula2 dalam tepung, sambut belon air.. ehhh.. macam2 lagila. Banyak sangat game. Tak ingat dah..

sementara tunggu mereka setup acara.. kemain syok lagi diorang main tanam2 ehh..



isi air dalam belon.. ni je game yang bucuk main. pastu nangis. ntah pe2 ntah.. dapat gak la hadiah..



lari guna tempurung.. banyak yang pecah je bila turn dewasa main. overweight memasing kan..



rebut kerusi.. akak adalah orang pertama yang terkeluar diikuti dengan zura. ni la kelebihan orang vontot besar. oppss..


Waktu rehat dari pukul 12 sampai pukul 3.30, masing2 amik kesempatan nak mandi pool. Panas terik wehh mase tu. Tapi masing2 pun pakat terjun je. Syok kan mandi ramai2. Kebetulan cuti sekolah. So ramai la yang berkubang sekali dalam pool tu.

saya tak join mandi.. so ni la keje saya selain dari kene jage barang


macam dah rentung je memasing


Ni untuk sukaneka sesi petang pulak. Sebenarnye de banyak je acara. Tapi bateri kemera dah kong. Takdela nak snap2 pix. Lagipun mase tu dah tak tunggu sampai habis semua acara pun. Adik2 dah selamat mandi pool. Yang kami pulak dah selamat terjun laut. Hihiiii..

sambut belon air a.k.a sambut belon dalam senyuman.. orang lain stress je muke. aii je senyum2 sambut belon. rilexlaaa..


Selepas makan malam de acara cabutan bertuah dan penyampaian hadiah. Makan sedap2 pulak tu. Best2 la diorang ni masak. Hadiah untuk cabutan bertuah sangat lumayan tau.. De tv 42'' lagi. Baik punye aim.. Tapi akak tak dapat la pulak.. Kuciwaaa..

bucuk dapat hadiah kaler.. akak sibuk posing dengan hadiah yang bukan milik dia sepenuhnya.. tapi milik bersama uncle law


akak dan zura.. nasib baik dapat gak hadiah


saya dapat 2hadiah.. yang dalam paperbag tu hadiah uncle law. johan tu main baling belon air


yang tak disangka-sangka.. ayah dapat naib johan untuk pertandingan karaoke. cayalahhh..


p/s : selesai part 2.. nantikan part 3 pulak.. wehooOoo..

Tuesday, July 20, 2010

Kelas Renang Sesi IV




Sepatutnya hari khamis minggu lepas saya de kelas renang untuk sesi yang ke 4. Tapi atas sebab2 yang tak dapat di elakkan, saya tak dapat nak hadir. So, terpakse la datang kelas hari sabtu. Untuk kelas renang sesi ke 4 ni ben ajar teknik breathing. Susahnye la nak buat. Banyak kali tertelan air. Air masuk ikut hidung, masuk ikut mulut..kuar ikut hidung, kuar ikut mulut.. Sampai naik kenyang jadinye.. Berapa kali brupp dalam air. Hahaaa.. tak senonoh sungguh la.. Tapi semua pun jadi camtu.

Kelas macam biase, satu jam je. Dari jam 9 pagi sampai jam 10. Tapi biase la..bile dah main air mane nak ingat dunia kan. Lepas habis kelas, saya masih lagi rendam2 dalam pool. Sampai pukul 11 gak la nak praktis teknik breathing tu sampai berjaya. Kali ni saya berjaya berenang dari hujung kolam sampai ke hujung kolam tanpe berhenti. Ben cakap..'bagus..bagusss.. u dah ok..' Gila seronok. *bangga..banggaa..* Tapi sampai hujung pool terus tercungap-cungap.. oksigen.. oksigenn.. mintak napasss..




Untuk hari sabtu, kolam adalah bercampur untuk laki dan perempuan. Hari selasa dan khamis je kolam di khaskan untuk wanita dari jam 5 petang sampai jam 7. Tak pernah2 pegi kelas pagi. Selalu pegi kelas waktu petang je. Keadaan pun dah redup. Takde la panas terik. Bile kene pegi kelas pagi, terus muka bertukar jadi ala2 bendera pahang. Belang2 yang jelas kelihatan. Bukan kata hitam manis lagi dah. Ni namanya kelabu asap. Anak Kap Lam Ya Nga mane la ni.. Nak putihkan sikit punye payah. Nak bagi gelap..2jam je pun dah cukup.. Maklum jela.. Saya tak boleh nak pakai sunblock. Doc kan dah pesan..'u jangan nak bereksperimen dengan muke u lagi lepas ni..' Hambekk kooo.. Baik punye doc sound.


p/s : pics kredit to wak gugel

Monday, July 19, 2010

Family Day Jabatan Pertanian Sg. Burong Part 1

Lokasi pilihan : Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson
Masa Kejadian : 16 - 18 Jun 2010 (3hari 2malam) *cuti sekolah bulan 6 hari tu*
Anjuran : Sudah semestinya Jabatan Pertanian Sg. Burong *saya adalah jadi penyibuk yang memeriahkan lagi suasana..dah akak offer nak ikut ke tak..harusla cakap mau..mauuu..cuti2 bergembira jangan ditolak. terus cakap ajak mak ayah adik2 semua sekali*


Hari pertama takde aktiviti sangat pun. Kami sekeluarga gerak dari banting je. Mereka2 yang lain gerak dari tanjung karang..*tak sure bape bas, bape kereta dan bape lori* Kami sampai agak awal. Lame gak la nak tunggu untuk check in. Adik2 dah bising rancang2 nak mandi laut la..nak mandi pool la.. Tak tau penat betul. Budak2 kan. Apartment adalah sangat selesa.. Dapat rehat kejap2 je. Terus cepat2 turun nak layankan budak2 pegi terjun tiruk kat pool. Haisshhh.. Panas wehh mase tu. Tak tau ke akak diorang ni takut kulit bertukar jadi hitam manis. Hahaha.. Tapi layankan gak la. Harus terjun sama2 kan..


view dari bilik tingkat 6.. panas terik pun meriah je kat pool tu


Dah penat mandi pool, lepak2 kat bilik sementara nak tunggu makan malam. Petang tu mak ayah dan akak dah pegi tolong mereka2 yang lain masak untuk makan malam. Saya tau tinggal nak makan je.. Hahaha..


lepak2 dalam bilik tunggu masa makan malam


*razlan, akma dan amir* muke tensen je kene tunggu turn amik makanan. macam dah lapar sangat jeee..


sedap owhhh.. hingga menjilat jari.. tak nampak dah de paparazi kanan kiri. menikmati makanan sungguh kan..


Lepas makan malam, de pertandingan karaoke. Bajet konon nak sumbangkan barang seploh doploh lagu. Tapi rase macam malas je nak tunggu. Sudahnye kami lepak tepi pantai je. Main pasir.. De pertandingan memancing gak malam tu. Nak tengok diorang memancing pun gelap la pulak.


lepak tepi pantai main pasir. ya rabbiii.. *sopannya* duduk..


So lepak kejap2 tepi pantai terus naik bilik. Tengok2 tv kejap je dah hanyuttt... tido.. Penat sangat kutt. Habis cite hari pertama. Tak banyak aktiviti sangat pun. Sekadar enjoy2 je..

p/s : part 1 untuk entry hari pertama. de 3hari..so nantikan entry untuk part 2 dan 3 pulak nanti.. adioss..