Tuesday, June 29, 2010

Mari Belajar Berenang Part II

Ingat lagi tak entry INI?? Kecoh2 nak belajar berenang dari bulan mei hari tu lagi. Tapi sebenarnye kelas renang adalah bermula petang ni. Lambat sangat register hari tu. Dengan busy macam2 bende lagi. So, bermula petang ni, setiap hari selasa dari jam 6 hingga 7 petang saya akan bermandi manda riang ria kuak gajah kat kolam renang presint 6 putrajaya. Kelas renang ni de 8 sesi je. Setiap minggu satu sesi.

Sangat tak sabar nak pegi kelas petang ni. Tapi sebenarnye lebih kepada rase gelabah dan takut. Saya memang camni. Asal nak jumpe dengan kawan2 baru, mule la rase gelabah. Biase la. Aii ni kan pemalu terlebih2. Auww..auww~~~


dah siap sedia nak pegi kelas renang petang ni..



semestinya kene de aksi poyo dari kami.. dah macam ikan duyung terdampar je rasenye ni.. kat kolam nanti de berani buat aksi camni?? harus kene rotan vontot dengan cikgu kang.. hehee..


Ni la bende kaler hitam putih kat entry pasal parcel tu. Baju renang ni la.. Hehehee.. Dah tau kan?? Baju renang muslimah ni saya beli kat House of Muslimah Swimsuit. Cantik2 tau baju2 renang kat sana. De banyak pilihan. Servis pun terbaeekkk.. Cepat je kak matus tu balas email. Pagi tu bayar, pagi tu gak kak matus poskan.

Baju renang dah baru, siap dah beli gogel sekali.. Jangan petang ni de yang tenggelamtimbultenggelamtimbul lebih2 dalam kolam udah lee.. Tak pun langsung taktimbul2. Haru je kang.. Kalau tak pun, kene pakai two-pieces punye kot baru boleh berenang dengan penuh bergaya.. OOoopppsss!! Pengsan~~



Parcel dah sampai.. Yeayyy.. Saya sooOokaa..


Jumaat lepas dapat sorry note dari pos laju. So balik keje petang tu terus cepat2 berkejar ke pejabat pos kat bangi nak pegi amik parcel tu. Nasib baik la sempat. Kalau tak, harusla saya menyanyi2 kat telinge unlce law sebab dia tak pegi amik awal2. Memang saya tertunggu2 parcel tu. Tu yang tak boleh nak amik lambat2. Excited woo..


ni la dia parcel yang saya nanti2kan tu


Dapat je bungkusan ni, uncle law pulak yang excited lebih2. Macamkan barang dia je. Dia pulak yang bising2 suruh cepat2 bukak bungkusan tu nak tangok isi dalam..


tengokkk... slumber badak je dia koyakkan bungkusan tu. Memang over..


taraaaa... tu la dia bendenye. yang kaler hitam putih tu. nampak?? resit dengan bisnes kad tu saya hadiahkan khas untuk uncle law. nanti senang saya nak buat claim.. hahaha.. kejam..

Saya suke sangat2..suke..suke..suke..suke.. Suke berganda2. Memang cantik menarik tertarik la.. Nak tau pe bende yang kaler hitam putih tu?? Tungguuuu..

Monday, June 28, 2010

Setahun Sudah Berlalu

Genap setahun dah insiden ni terjadi. Tapi saya masih ingat lagi sampai hari ni. Mungkin masih trauma dengan pe yang jadi. Kejadian yang hampir2 meragut nyawa. Huisshhh.. Nasib baik nyawa kami masih panjang. Dan tuhan masih mahu kami terus hidup sampai ke hari ni. Syukur~~

Tak ramai yang tahu pasal kejadian ni. Mereka2 hanya tahu yang saya terlibat dalam kemalangan. Tu je. Takde yang tau cerita sepenuhnya. Rase macam takde kekuatan nak ingat balik kejadian ngeri malam tu. Setiap malam saya akan terjage dari tidur dalam keadaan terkejut dan ketakutan seolah-olah terdengar bunyi dentuman yang kuat tu. Dan ada masanya saya akan menangis. Saya jadi mudah terkejut. Memang seksa hidup dalam keadaan trauma.

Mase kejadian, kete tu masih belum berusia setahun pun lagi. Lokasi kejadian kat area Tanjung Malim. Sewaktu perjalanan balik dari Perlis ke Selangor. Waktu kejadian sekitar jam 1 pagi. Akibat kepenatan dan tak cukup rehat menyebabkan mate jadi mengantuk yang teramat sangat. Memang letih gile. Dah banyak kali behenti rehat dan tido. Tapi tetap terlelap dalam tak sedar. Semuanya berlaku sangat pantas. Saya terdengar dentuman kuat. Saya menjerit bagai nak gile dan tersedar. Keadaan dalam kereta yang huru hara. Semua barang2 tercampak dan bertabur. Adik sepupu dah menangis tercampak bawah seat. Saya tertanye2 bunyi pe tadi?? Langgar pe tadi?? Memang blur gile mase tu. Kosong tak rase pe.

Pintu sebelah kanan depan dan belakang tak boleh nak bukak. Terpakse keluar melompat ikut pintu kiri. Tengok keadaan kereta, pun tak boleh nak fikir lagi. Mamai gile mase tu. De kereta lain behenti cerita pe yang diorang nampak. Baru sedar, kereta saya langgar divider tengah2 highway. Dan nasib baik tak lepas ke lorong bertentangan. Saya tak boleh fikir pe2. Diam. Tak menangis langsung bagaikan takde perasaan. Tapi menggigil 1 badan.

Sampai rumah pukul 3 lebih. Mak bukakkan pintu. Tibe2 terasa hiba nak bagitau mak yang saya eksiden. Tapi saya tak menangis. Cume suara agak bergetar. Mak kejut ayah suruh bangun. Saya tak tau same de ayah marah atau rase bersalah mase tu. Ayah diam je tak cakap pe2. Mungkin ayah marah sebab tak hati2. Ataupun ayah serba salah sebab ayah yang beria suruh saya ke Perlis mase tu. Bende nak jadi. Saya tak salahkan sape2. Saya tidur dalam keadaan masih blur. Serius saya rase macam takde rase pe2 mase tu. Saya sedar tapi tak boleh nak fikir pe2.

Pagi esoknya terjage dari tidur baru saya sedar pe yang dah jadi. Saya nangis semahu-mahunya. Tanpa tertahan-tahan saya menangis. Takde perasaan malu dah mase tu. Saya rase takut sangat. Syukur saya tak cedera sikit pun. Cume terasa sakit2 badan dan demam sikit. Mungkin sebab terkejut. Kalau la kejadian malam tu jadi lebih teruk, saya tak dapat nak bayangkan. Memang ngeri nak bayangkan. Syukur semuanya tak apa2. Kejadian tu pun dah cukup buat saya betul2 trauma dalam tempoh yang lama. Mintak di jauhkan saya dari malapetaka tu semua. Saya tak sanggup nak hadapi sekali lagi..


pagi selepas kejadian.. blur gile.. sampai amik gambar semua pun blur.. *ni la 1st amik gambar kete ni sejak dari beli.. 1st pic dah camni rupe dia..*



dah berminggu2 selepas kejadian baru nak hantar kete pegi bengkel..

Friday, June 25, 2010

Salam Sayang dan Terima Kasih Semua



Hari ni baru sempat nak buat entry khas untuk hari istimewa ni. 23 jun hari tu genapla umur saya 25 tahun. Dah masuk alam dewasa dalam tak sedar. Tapi tak rase pun macam dah dewasa. Selalu rase perangai ni masih lagi macam kanak2 riang. Pe2 pun, thanks kat sume yang wish bezday hari tu. Yang wish kt fb, wish kat email, mesej tanpa henti dari tepat jam 12malam, yang call dan nyanyikan lagu bezday secara rela dan secara paksa, yang wish kat ofis dan banyak cara lagila. Saya hargai dan sangat2 berterima kasih dengan ingatan uols sume kat saya. Terharu aii tau. De gak yang buat entry khas untuk bezday saya hari tu. Sape lagi kalau bukan masya dan uncle law. Nak tengok entry khas tu?? Sila klik SINI dan SINI..

Kejap je kan dah 25 tahun. Pasni 26, 27, 28.. Tau2 kang dah 30.. Wuwuuu.. Tua dah ke?? Kawan2 seangkatan sume dah de family sendiri, dah de anak. Saya?? Masih camni lagi. Cool dan rilex jee.. Wat pe gopoh gapah sangat nak kahwin kan.. Sampai mase kang saya kahwin la. Kejap2 kang fikir.. 'cepat2 la kahwin.. dah serabut fikir macam2 urusan yang menyesakkan kepala'.. *bukan sebab gatal ehh* Sampai tahap malas fikir macam sekarang ni.. 'esok2 je la sambung fikir.. rase macam mude lagi pulak nak kahwin'.. Camno tu?? Esok2 je la fikir dan renung2kan.. Malas~~

Harap2 pasni saya akan terus sihat selalu. Tahun ni je dah macam2 penyakit datang.. *de sorang member yang dah lame saya tak jumpe tibe2 mesej suruh saya pegi jumpe orang pandai agama.. nampak lain je kat saya sekarang ni. macam kene santau.. ciri2 sume de kat saya sekarang.. Seram~~~ Mintak dijauhkan* Saya tak mintak banyak. Cume berharap akan di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan boleh terus buat mereka2 tersayang yang sentiasa disekekliling saya bahagia dan terus tersenyum bersama saya. *Umur dah meningkat. Target nak naik pangkat dan sambung belajar masih lagi samar2 nampaknya*


ecard dari uncle law. bertuah punye uncle law. tau la dunia dah canggih, dah moden. bagi kad bezday pun pakai emel je sekarang ni ehh..

Wednesday, June 23, 2010

Beautiful Blogger Award




Hari ni baru berkesempatan nak amik award ni. Kang makcik tu sentap2 kang kalau tak amik2 sampai esok lusa. Kang dia ngamuk hempas2 pintu camne?? Scary wooo.. Hehee.. Neway, thanks sangat-sangat kat masya yang telah memilih saya untuk menerima award ni. Sepanjang beberapa bulan berblogging, ni la 1st award yang saya dapat *feeling2 macam menang pelakon wanita terbaik kat anugerah skrin je ni*

Harap2 pasni saya makin rajin dan bersungguh nak update blog setiap hari. Konon nak jadi blogger tegar. Tapi selalu pun skip je buat entry sampai berhari-hari. Suke sangat biar blog bersawang. Bukan saya takmoo update. Tapi kadang tu memang la takde kesempatan. Tak cukup tegar lagi kuttt.. Macam baru2 ni la.. Siap dah usung laptop pegi bercuti. Punye la banyak bende nak cite mase tu. Tapi tetapla tak dapat nak update secara tegar. Pasni kene la jadi lebih rajin macam blogger2 yang dah tahap sifu otai sume tu. Uols memang layak di gelar blogger tegar. Aii kagum la dengan uols..

Membesar dan Legam Bagaikan Juara

Semalam adalah 1st day bekerja setalah saya bercuti panjang minggu lepas. Maklum je la cuti sekolah dua minggu kan hari tu *cakap macamkan de anak2 kecik bersekolah je kan* Sampai2 je ofis semalam sume pun wish ‘selamat pengantin baru ezza’… what de tutttt..?? Camne la diorang boleh suspek saya cuti kahwin.. Hahaha.. Tak lawak okee..

Awal pagi sampai ofis dapat tau kene pegi meeting pulak. Dahla mood agak ke laut nak buat keje lepas dah cuti panjang. Pegi la gak walaupun blur2 tak ready pe2. Serius la memang macam blur gile dalam meeting. Ingatkan takde sape la perasan. Sekali kene tegur pulak dengan inchek pengerusi. Wuwuuu… agak malu gak la.. Macam tau2 je aii tengah blur2 kan.. Tu la.. Dah tau kene amik minit lagi mau berangan kat belakang. Tu belum lagi dok layan sembang gosip2 dengan kak nora. Siap bisik2 sampai orang lain sume perasan. Hahaa.. Nasib baik la tak kene dok sebelah inchek pengerusi. Kalau tak, memang de yang catat minit tulisan macam cacing kerawit sambil tunduk je sebab malu gile.. Biase la. Saya kan pemalu bile jadi tumpuan ramai. Hahaha.. Macamkan de orang nak perati..

Tapi yang tak best tu, ramai pulak yang tegur muke saya agak gelap sikit. Adehhh… Ni yang malas nak pegi mandi manda selalu ni. Penat2 nak putihkan kulit, sonang2 yo nak hitamkan balik. Huhuuu.. Kalau doc Nathan tau saya main panas ni, tak pasal2 je kene bebel2 ni kang. Mentang2 la bulan ni takde appointment, sangat berjinggo katak lupe pesan doc sume. 1 Julai nanti kene mengadap menjawabla dengan doc kalau muke masih legam.

Sejak balik bercuti panjang ni, saya rasa de satu tabiat yang kurang sihat dah melekat nak jadi sebati. Saya rasa berat badan saya akan naik mendadak bagaikan juara.. Owhhh tidakkkk!!! Ni sume gara2 tibe2 saya jadi kuat makan. Tak tau la kenapa. Lepas makan pun nak makan. Tengah makan pun masih boleh pikir lepas ni nak makan pe pulak. Orang lain yang mengidam mengandung, takkan orang lain pulak terkena tempias berselera gile makan. Biasenye saya tak makan nasi sebulan pun saya tak kisah. Sebab saya memang la bukan seorang penggemar nasi. Tapi sekarang ni, hari2 makan nasi wooo.. Breakfast makan nasi, lunch nasi, balik keje kang balun nasi lagi.. Pe kes niii.. Dulu susah gile nak suruh breakfast dan lunch. Sebab saya lagi rela tido dari kene makan. Hahahaa.. Tido tu lagi indah tau dari makan. Huhuu.. Mari mulekan berdiet tanpa perlu berlapar dan menahan makan…!!! Hoyeahhh…!!

Konon2 nak buat entry trip percutian last week. Tapi hangen punye pasal malam tadi, makanya tak siap2 la buh watermark kat segala pics yang de. Tunggu mood berbunga riang dulu la ehh..

Tuesday, June 15, 2010

Hipp..hiipp..hureyy... Saya Menang Motoo

Semalam dapat email dari digi. Email pasal Digi So Easy To Be Famous Winners Announcement. Ni dah kire kes lawan tokei la ni.. Saya yang join contest, tibe2 orang lain pulak yang glemer. Mane aci kan tibe2 muke orang lain pulak yang dijaja jadi model iklan. Nak marah ni.. nak marah ni.. Tibe2 nak ngamuk tak tentu pasal pulak kan. Nak tau pasal pe??


tibe2 muka mamat ni pulak yang menang.. 'muka jawa awak tu de value nampak yanggg'


Bukan uncle law pun yang join contest ni ehh.. Saya yang join. Muka je muka dia. Nama peserta tetapla nama saya. Konon2 nak dajalkan dia hari tu. Tu yang tepek muke dia tu. Gelak guling2 saya tengok vidstar dia ni banyak2 kali. Muke tak boleh blah. Tapi tak sangke la pulak boleh jadi top 10. Tak pasal2 uncle law jadi star role iklan Digi kat blog2 pasni. Kalau nasib baik silap2 jadi star role iklan Digi kat tv pulak.. Ciss sungguh la.. Kalau tau hari tu, baik tepek muke sendiri je. Aii kan gile glemer.. Aii rela je kalau disuruh jadi momok kuning tu pun..

Hari tu saya de join gak untuk photostar. Letak muke sendiri. Tapi tak menang la pulak yang tu. Mesti sebab gambar tak clear kutt.. Pandai2 pegi resize gambar tu. Pastu dah jadi blur2. Padan la tak menang kan..*ayat2 orang tak dapat terima hakikat muke takde potensi jadi model* Nak tengok gambar yang di pertaruhkan untuk photostar??


ilham dari gambar mulut ikan emas comel kami ni.. menjadi...

*
*
*
*
*
*
*
*

begini.. ni la dia.. blur je kan gambar2 ni.. 'kak mud & masya.. kite tak menang la kali ni.. aksi mulut ikan emas kite tu kurang hottt la..' Hahahaaa..

Friday, June 11, 2010

6 Bulan Pertama 2010

Semalam petang balik dari keje sempat dengar sembang petang dengan wak kiran kat hot FM. Tajuk yang dibincangkan agak menarik. Dan dah lame pun terfikir nak buat entry pasal bende ni. Tertunai ke azam2 uols untuk 6bulan pertama 2010 ni??

Azam saya tahun ni adalah azam dari tahun2 lepas yang masih tak tertunai lagi. Kalau de yang dah tertunai pun macam masih belum berada di tahap yang boleh saya katakan untuk berpuas hati. Azam saya biase2 je. Takde la gempak mane sangat pun..

  1. Nak kurus *tapi tamoo diet*- dah berjaya turunkan berat badan. tapi ter'underweight' pulak. kene naikan sikit bagi stabil.
  2. Nak cantik - hahaa.. tiap2 tahun pun azam yang same.. nak cantik dan nak kurus. muke dah semakin ok sekarang ni lepas makan antibiotik yang banyak2 tu.
  3. Nak naik pangkat - dah apply keje sane sini tapi masih belum de rezeki. kene sambung belajar lagi kuttt.. terus jadi boss..
  4. Nak sambung belajar - asyik nanti..nanti...dan nanti.. sampai bile daaa..

Biase2 je kan azam saya. Tiap tahun pun ulang2 bende yang sama. Heheee.. Tapi de satu bende yang saya nak beli dari tahun2 yang sudah tapi sampai hari ni tak dapat2.. Tahun ni tak tau la boleh dapat ke tak. Macam dah berbelah bagi pulak sekarang ni. Nak tau pe...??

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

ni la dia bendenye.. Playstation Portable (PSP)..

Rase macam best je kalau de dapat bende ni. Sambil boring2 tunggu atau teman orang buat keje, main bowling, main futsal, karok, boleh layan game. Dalam perjalanan jalan jauh2, boleh layan game, layan tenet.. Lame gile dah aim PSP ni.. sampai sekarang pun tak beli lagi. Asal nak beli je mesti pikir 'kehendak ke keperluan.. kehendak ke keperluan??' huhuuuu.. Tapi sekarang ni rase2 macam nak sambar bende lain dulu la.. Nak tau pe pulak??

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

laptop acer ferrari one 200.. Merah menyala wehhh.. Cun gile rase..


Entah bile la kan boleh dapat. Entah sempat ke tak. De lagi tak sampai 6bulan je lagi. Agak2 tak dapat kang, fowardkan je la azam ni ke tahun depan pulak.. Hahaa.. Kalau sape2 de rase2 nak belikan saya hadiah bezday, dah tau kan nak bagi pe untuk tahun ni.. Bezday saya tak lame dah pun.. Menghitung hari dah je ni.. Lalalalaaaa~~~


p/s : pics kredit to wak gugel

Thursday, June 10, 2010

Peram Sampai Masam

Saya baru tau kewujudan gambar2 ni. De la makhluk tuhan yang paling seksi tu peram dalam pc dia lame2 *seksi ke??*. Dah hampir setahun dia peram. ‘Nak buat pekasam ehh..?? ke nak buat tenung2 di kala rindu-rinduan?? Kalau ye pun cari la pic aii yang syomelll2 sikit..’ Hahaha…

Kalau tak pegi menyibuk dan menyemak kat ofis kak nora hari tu, memang tak tau la pasal gambar ni. Tibe2 je tokei gambar yang pura2 tak bersalah tu tunjuk gambar2 kat pc dia. Aiiyyoooo.. sentap gak la sekejap. Malu wehhh.. Banyak gak la gambar2 aksi poyo yang mengarut. Ni la gara2 pantang nampak kemera pastu posing2 tak sedar diri. Dan disebabkan mase tu kulit muke saya de masalah *baru awal2 treatment kat nathan skin & laser centre* dah tau dah mesti gambar tak comel, so saya takde la sibuk2 nak cari gambar2 tu sume. Takde pun sibuk tanye sape punye kemera. Dah hampir setahun berlalu, baru la tau sape punye kemera. Pastu malu sendiri. Padankan muke… Huhuuuu..

Meh layankan pics yang dah kene peram hampir setahun tu..


pic ni je yang saya pernah tengok kt fb.. *yazid nampak slim dowwwhh posing sebelah danial*



ni la antara gambar yang kene peram dengan budak masyam tu.. geram jeee..



antara gambar poyo danial menyibukkk.. lalalaa..



kan saya dah kata tadi.. saya banyak buat aksi poyo..


Ni dalang2 yang peram gambar.. Hahaaa.. tokei gambar dan owner kemera adalah mamat yang kecik di sebelah kiri tu ehh *yazid saje posing sebelah danial nak bagi dia nampak kecik.. padahalll..* mamat yang badan besar terlebih tinggi tu pulak tukang tangkap gambar semase kejadian.. *wehh danialll.. kembang kempis la tu gambar dia kuar kat blog ezza.. ko curi siap la.. ezza dah letak watermark.. jangan berani2 nak crop ehh.. dushh!!*



Sebenarnya nak buat entry lain dulu. Tapi di sebabkan malam tadi transfer pics dari pc ke pendrive dalam keadaan mamai, makanya pics tu pun dah tersalah masuk pendrive lain. Pengajarannye.. sila jangan gelojoh cucuk pendrive banyak2.. Pastu dah la same bentuk rupa fizikal, name pun same. Tu yang boleh tersilap masuk pendrive tu.. Mamai betulll..

Akhirnya Terjawab.. Saya di BTN

Rase2nye ramai yang dah tau ke mana saya menghilang 5hari minggu lepas. Mehla hari ni saya bagitau perkara yang sebenar. 'Nana..akak bukan pegi MSK ehh dik.. Akak kene pegi BTN la.. Tu yang pakai ala2 budak sekolah tu..' Nak cerita banyak pun macam dah tak berape nak ingat pulak *padankan muke sape suruh perap cite lame2 sangat kan*

Pegi 5hari je pun.. Kat mane ehh sampai kene naik flight bagai tu kan.. Siap bawak beg penuh 3troli. Tu sume saje je nak bagi gempak kat uols.. Tu pics mase bercuti ke langkawi bulan mac hari tu la. Saya pegi BTN tak jauh pun.. Kat UPM serdang je.. Kat ofis lama sendiri.. Hahahaa.. Poyo kan.. Sebelah rumah jeee.. Dan saya berjaya bawak 1 luggage je. Tapi memang full gile la. Nasib baik dapat bilik aras 1. Tu pun naik semput angkut naik tangge sorang2. Berat weehhhh..

Peserta lain sume berkumpul kat padang kawad tinggal kete angkut segale beg naik bas pegi kat kolej kediaman. Tapi saya terus naik kete zasss ke kolej pendeta zaaba. Kata ex-staff kan. Sticker pegawai kat kete pun de kan. Harusla gunekan sebaiknye.. Nak pulak uncle law yang hantar. Sah2 la dia staff UPM. Takde dah guard nak tahan tamoo bagi masuk. Tunjuk kad staff confirm terus lepas. Ni bukan salah gune kuase ehh..

BTN ni kire macam ok la..bolehla.. Bile balik dari BTN sume orang tanye camne BTN, tu je la jawapan saya. Sebab peserta terlampaula ramai. De 5 kolej kediaman yang digunakan. Total peserta semua adalah almost 3k, so macam agak kesian la kat urusetia yang huru hara nak uruskan macam2 nak bagi yang terbaik. Dan sebab tak buat kat kem, maka kami semua terlepas dari kene buli kow2. Aktiviti senam pagi, riadah, kembara..sume pun takde. Yang de cume la duduk dan dengar ceramah. Cakap2..bebel2.. Memang mengantuk wehhh.. Tu yang saya boleh layan tido dalam dewan mase tengok movie 'Hati Malaya'. Mule2 cite dari zaman penjajahan. Saya sedar2 bile Tunku Abdul Rahman dah laungkan 'Merdeka..merdeka..merdeka...' Haaa.. pe jadi kat saya dalam pertengahan cite tu?? Heheeee...

Kawan-kawan semua pun ok. Walaupun 5hari je, tapi rase macam cepat je dah mesra dengan diorang sume. Nasib baik la diorang sume pun kepala mengong dan gile2. So takde la saya rase macam teramat la sopan dan santun kene cover2 ayu.. Urusetia, fasilitator dan jurulatih semua pun ok. Yang paling best sekali bile de urusetia, fasi dan jurulatih dari kampung saya. Boleh pulak la jumpe orang kampung. Dah la saya tak kenal mereka2. Tu yang kene sound 'camni la orang kampung..tak kenal orang kampung sendiri..' Ampun la ehh encik2.. Saya ni rabun ayam kutt.. Heheee..

Ehhh.. dalam pada tak tau nak cite pe.. saya rase macam dah panjang sangat pulak saya membebel. Panjang berjela karangan ni. So, pe kata uols layankan pics je.. Boleh la ehh..


peserta pompuan group 6 Kolej Pendeta Zaaba.. liza dengan shim takde dalam pic.. lin tengah on de way tu..


liza si mak buyong tetap la takde


ady yang suke over posing.. habis tak nampak orang lain kat belakang.. ni aktiviti malam mase nak pegi dewan de nonton2..


tengah berkumpul sebelum pegi dewan


sebelum naik bas nak ke dewan besar untuk exam.. tengah2 panas pun boleh posing2 lagi


dan lagi


dan dalam bas pun.. orang lain sibuk study.. kami sibuk posing2


shah dengan sue pulak hilang.. lepas exam sementara nak tunggu bas amik balik KPZ


amar dengan jasz gaduh pe entah.. satu2nye pic yang de nampak saya in full black and white uniform..


amar gedik.. keje menyakat jasz je..


semua pun gedik..lalala..


amar yang over suke pose kat depan ala2 model majalah mangga


wan dan amar yang over posing. semua pun muke ceria sebab dah nak balik..


Poyo kan diorang sume..?? Nasib baik dapat member2 yang ok. So takde la terasa macam lame sangat 5hari tu. Jangan tak tau. Hari2 pun saya dok menghitung hari nak balik tau. Heheee.. Rase macam banyak sangat pulak pic kat entry ni. Ni sume gara2 malas nak bebel panjang2.. Tak pe kan?? Kire saya dah tunaikan janji gak la nak buat entry secara random ke mana saya hilang 5hari hari tu.. Aci la kan??

Surat Balas Untuk Suami




Ohhhooo. World cup dah nak mule ehh. Saya tak minat bola. So saya tak rase pe2 pun bile orang sibuk2 sane sini cakap pasal world cup ni. Rase macam bosan de la kutt.. Uncle law buat entry Surat Untuk Isteri ehhh.. Meh saya tolong balaskan ikut version saya pulak..



Surat Balas Untuk Suami


"Untuk Isteriku tersayang.. – owwwhhh.. ayat bodek yang membuatkan sayang sedikit terharu.. sikit je la pun..

Semoga berada dalam keadaan sihat dan selamat. Diharap kehadiran surat ini tidak melukakan hari dan perasaan Sayang.Sebenarnya sudah agak lama abang memikirkan akan perkara ini, cuma masanya sahaja dirasakan kurang sesuai. Akan tetapi abang rasa inilah masa yang paling sesuai untuk mencurahkan perasaan yang terbuku dihati selama ini. Harapan abang semoga Sayang dapat membacanya dengan hati yang jujur dan ikhlas dan berlapang dada menerima kehendak abang. – abang pun sile la terima surat balasan sayang ni dengan hati yang jujur dan ikhlas dan berlapang dada. abang urutla dada siap2 ehh.. sayang takut abang terkena serangan jantung nanti..

1. Seperti yang sedia maklum, abang setiap bulan terpaksa menghadapi perangai Sayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiapbulan tanpa gagal. Abang selalu menjaga hati Sayang tanpa soal. Abang jaga Sayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Amat besarnya pengorbanan yang abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah bertapak sejak lama? Kini relakah Sayang melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abang? – Ooohhooo..Besarnye pengorbanan ehhh.. tapi kenapa perlu ungkit dan meminta balasan?? Wekkkk!!!

2. Dr. Joseph S. Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang akan mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini dari 11hb Jun 2010 hingga 11hb Julai 2010. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal pagi. Untuk mengurangkan tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut, preskripsi dan cadangan di bawah ini telah disarankan. – kesiannye abang.. senggugut sampai de masalah tidur malam..

3. Dalam tempoh tersebut Sayang dikehendaki sentiasa membaca berita sukan pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Jika Sayang gagal melakukan perkara ini, Sayang mungkin rasa terabai jika tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa tersebut. Oleh itu Sayang janganlah komplen jika rasa diri diabaikan dalam masa period ini. – tak baca pun tak pe kuttt.. suami yang mengabaikan isteri apa hukumnya ehhh..?? kene tanye ustazah ni..

4. Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa Sayang akan diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran Sayang dari bermula dari 6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6 pagi, abang yang akan memegang remote control dan hak memilih channel yang digemari. Sayang dilarang sama sekali menjeling ke arah remote control pada masa tersebut. – yang ni lagila tak kisah.. abang pegang remote control 24/7 pun tak pe.. abang jangan buat2 lupe ehhh.. bukan ke abang layan tv 14’’ kat ruang tamu. Sayang pulak layan tv 34’’ flet skrin dalam bilik atas tilam yang empuk lagi luas.. syok ooo dapat layan tv sorang2 tanpa gangguan.. Abang sila angkut toto, selimut dan bantal sendiri ehhh.. Tak pun nanti kite beli satu katil single size letak depan tv.. Amacam???

5. Jika Sayang terpaksa melintas di hadapan tv di waktu tersebut, Sayang hendaklah tunggu sehingga masa rehat atau commercial break ataupun merangkak perlahan-lahan agar tidak menganggu konsentrasi abang. Jika Sayang bercadang untuk berbogel di hadapan tv pada waktu tersebut, pastikan Sayang memakai pakaian semula selepas itu kerana abang takut Sayang akan demam kerana kesejukan. Abang takut abang tidak mempunyai masa untuk membawa Sayang ke klinik dan juga melayan Sayang selepas itu. – lintas depan tv?? Tak mungkin kutt.. sebab sayang ni baik hati. Dahla abang layan tv kecik. Kang sayang buat iklan lalu lalang depan tv abang dah tak nampak tv pulak… kesiannn..abang takde mase nak bawa pegi klinik ehhh?? Sayang takde hal la.. "dokter syed, pasni kite kuar pegi minum ehhh.. I belanje u.."

6. Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan buta, pekak dan juga bisu kecuali bila abang memerlukan pertolongan Sayang untuk membuat air atau mengambil makanan ringan. Kasih sayang abang akan bertambah kepada Sayang jika yang sentiasa memastikan makanan ringan sentiasa tersedia untuk abang semasa perlawanan berlangsung. – kasih sayang saya kat abang akan lagi bertambah kalau abang angkut je tv kecik abang tu letak kat dapur. Senang sikit abang nak amik segale mak nenek makanan yang abang suke. Nak lagi senang, abang letak sebelah peti ais. Tak pun atas peti ais pun ok. Lagi bagus kalau lepas habis game, abang terus buatkan sarapan pagi untuk sayang. Bertambah2 sayang kat abang lepas tu.. I lap u la laling..

7. Sayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan bersama abang tetapi Sayang hanya boleh bercakap semasa half time atau commercial break. Sayang dilarang sama sekali menggoda abang pada masa ini terutama jika pasukan yang abang sokong sedang ketinggalan atau berada di ambang kekalahan. – yang ni macam yang tadi gak la.. abang layan la tv kecik abang tu sorang2. Sayang ni kan rabun. Mane la boleh tengok tv kecik2. sakit mata kang. Sayang layan tv dalam bilik lagi syokkk.. sayang rase abang kutt yang akan menggoda sayang nak tumpang tengok tv bile pasukan yang abang sokong di ambang kekalahan. Orang tak dapat terima hakikat memang camtu. Cepat2 je terus tutup tv. Tu kire nasib baik kalau abang tak hempas tv tu ke lantai..

8.Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat penting. Berapa kali replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Sayang tak perlu merungut mengata bahwa gol tu dah tengok kenapa nak tengok lagi? – abang tengokla banyak kali pun. Sayang tau abang cube meniru skill diorang tapi sampai sekarang pun abang masih kaki bangku.. selamat mencuba dan semoga berjaya abang..

9. Sayang perlu memberitahu saudara mara atau rakan karib bahwa jemputan ke jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas yang memerlukan kehadiran abang tidak dapat dipenuhi kerana abang tak nak pergi. – kalau de orang badan kental2 muke macho sanggup ganti tempat abang temankan sayang takpe kan?? Abang tak kisah kan.. sayang bukan pe.. abang tau je la.. sayang ni kan cantik dan comel. Pegi mane2 kene la bawak bodyguard badan kental2 muke macho bersama. Kalau tak nanti lagi ramai yang mengorat sayang. Sayang tak mengorat diorang pun..

10. Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk menyaksikan perlawanan langsung bersama-sama, maka Sayang perlu bersiap sedia dengan kadar segera. – abang pegi la sendiri. Sebab sayang dah janji dengan isteri2 kawan abang tu nak pegi holiday dari pulau ke pulau selame yang mungkin. Abang tak bagi duit belanje pun tak pe. Sebab awal2 lagi sayang dah songlap kad kredit mahupun kad debit abang.. abang tak perlukan semua tu kan.. sayang rase abang tak perasan pun kad tu hilang dari wallet abang nanti..

11.Selepas period abang ini abis. Sayang dilarang merungut : siib baik world cup 4 tahun sekali jer.. kerana abang telah immune dengan rungutan tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English Premier League, Serie A, La Liga, UEFA League, Championship League, Piala Malaysia dan lain-lain. – sayang tak merungut la.. sayang takut abang yang merungut lepas tu. Sebab abang kene teruskan sambung tido kat depan tv. Mungkin sampai world cup musim akan datang kutt..

12. Atas kerjasama dan timbang rasa Sayang ini, jika pasukan yang abang sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong menang kasut emas..pandai-pandai la Sayang bodek abang untuk dapatkan hadiah? Jika sebaliknya...hendaklah Sayang turut berduka. – kalah atau menang, sayang harap abang pun jangan la terlalu gembira atau berduka. Sebab abang kene bayar segale bil2 kad kredit yang sayang dah joli sakan dengan isteri2 kawan abang tu.. tapi sayang terlupa pulak nak belikan abang bola walau satu pun. abang jangan stress yee..


13. Akhir kata. Majulah Sukan Untuk Negara! – Akhir kata dari sayang gak… bersedia la abang untuk sakit kepala.. hahaha.. gelak keji ni..

Yang benar,

Abang yang sentiasa menyayangi Sayang " – Sayang poket abang jugakkk.. tapi bukan ke abang lagi sayangkan bola.. abang dah keliru ehhh.. melampau la ni nak samekan sayang yang comel dengan bola yang boolat2 tu.. pang..!!!


Tak semua isteri camni kan.. De gak yang minat bola boleh layan same2 dengan husben. Bagusla kalau camtu. Jangan pulak de yang terase dengan entry saya ni. Sekadar suke2 je, ikut pendapat dan version saya sendiri. Sebab... saya memang la tak layan bola.. Uncle law... semua yang di atas adalah benar dan mungkin akan berlaku ehhh.. Sila la bersedia.. hahahahaa...

Wednesday, June 9, 2010

Seperti Yang di Janjikan

Gile pemalas sekarang ni kan.. Dah seminggu balik baru hari ni nak tunaikan pe yang dah di janjikan hari tu.. Malas nak buat entry banyak2. So untuk cite kali ni saya akan buat entry secara random sajorkk. See.. masih kemalasan lagi tuhh.. Bukan pe. Saya penat la wehh.. Balik2 hari tu tak sihat pulak. Dan selebihnye adalah sesi merehat dan menenangkan minda sambil2 window shopping, shopping moping, jalan-jalan dan nonton2.. *hambekkk..sume pun nak double2kan*

Tapi kannn.. entry ni belum lagi nak cite ke mane saya hilang selama 5hari minggu lepas. Ni saje nak bagi mukadimah je dulu. Intro je dulu. Cite pasal tu tunggu entry lain ehh. Baru sempat nak kutip gambar2 yang de dari member2. Saya tak bawak kemera sendiri sebab uncle law tak bagi bawak dslr dia. Mati hidup semula pun dia takkan bagi wehhh.. Buah hati pengarang jantung nombor 1 tu. Maintenance dia je la yang lebih2. Mane boleh pisah lame2. Nanti rindu-rinduan la konon. Agaknye kalau saya bawak dslr dia tu, mesti setiap jam saya akan dapat sms camni "ok tak?? jage baik2 tau.. simpan tempat selamat.. jangan tinggal merata.. gantung je kat leher" Adoiii.. Mau tekanan jiwa raga saya kang.. Hahaaa.. Tipu jeee.. Saya takde pun sampai nak bawak dslr bagai. Tak larat la nak gantung kat leher sepanjang mase. Dah la berat berkilo2.

Ehhh.. Merapu banyak dah ni. So untuk intro ni, uols layankan je la pic dari E66 dulu. Pics selebihnye masih dalam proses edit2 dan bubuh watermark. Tak letak kang esok2 de pulak cik enon yang tak malu mengaku muke comel saya tu muke dia. Bahayee wooo...!!


sape dapat teka saya pegi mane.. rasenye macam sume pun dah tau jee..



bersama anes si mata sepet..hehee

Saturday, June 5, 2010

Sarapan Pagi Sabtu Yang Berkhasiat




Setelah melalui weekdays yang sangat meletihkan dan memenatkan, hari ni konon2 nak rehat kat rumah dengan senang hati. Berangan konon2 nak bangun lambat sampai ke tengahari.. *anak dara lain sila jangan ikut ehh* Tapi pagi ni bukak2 je mate terus teringat baju2 kotor yang dah menimbun tinggi macam gunung berapi nak meletus. Awal2 pagi gagahkan gak badan, celikkan gak mata nak mendobi semua baju kotor yang de. Gile banyak weeehhh..

Dah nak tengahari baru sempat nak cari sarapan. Tu pun cari je pe yang de dalam peti ais *dasar rajin sangat nak masak* Nasib baik la hari tu de beli susu dengan cornflakes. Yummyyy… Menu yang sedap, mudah di sediakan dan cepat di makan. Ni la menu favourite saya untuk bersahur di kala bulan puasa. Hari2 makan cornflakes rendam susu pun tak pe. Yang penting susu mestilah susu segar dutch lady dan mestilah sejuk. Kalau tak nanti cornflakes cepat je lembik dan jadi tak sedap sebab tak crunchy2. Ooowwhhh..lagi sedap kalau campur dengan almonds ke..nuts ke.. Huhuuu.. Sedapnyee..




Tahukah anda, cornflakes bukan je menu sarapan yang sedap dan lazat, tetapi juga mengandungi 10 vitamin dan mineral penting termasuk kalsium dan zat besi untuk memulakan hari anda. Camne??? De gaya untuk jadi duta cakap cornflakes tak?? Mule dah nak berangan.. Hehee..

Tuesday, June 1, 2010

i'm back..!!!





Saya sudah kembali..
Tapi masih belum berkesempatan nak update blog ni..
Dalam keadaan tak sihat ni. Hari ni pun tak pegi keje.. *maaf ye incik bos*
Tunggu nanti esok2 kalau saya dah sihat, saya ceritakan semunya kat sini.
Saya nak rehat2 dulu, kumpul2kan semua gambar yang ada. Baru la syok nak buat entry nanti.

Rase macam dah lame tak jenguk2 blog uols kan..