Friday, April 30, 2010

Balik Kampung..Ooo..OOoo..Ooo..Balik Kampung

Sebelum nak membebel dengan lebih panjang lagi, saya nak mintak maaf dulu kalau blog saya ni kelihatan agak serabut,sepah-sepah dan semak. Saya pun macam serabut lagi tengok template yang baru ni. Masih belum sempurna sepenuhnya dan saya pun masih dalam proses cube menyesuaikan diri. Esok2 kang saya kemas ehh..

Esok nak balik banting, celebrate bezday mak. Hadiah dah beli minggu lepas. Esok tinggal nak beli kek je. Bende lain-lain sume dah prepare semalam. Tinggal angkut masuk kereta esok pagi. Actually bezday my mum adalah hari ahad, 02 Mei 2010. Tapi celebrate esok malam je. Sebab kalau siang sume pun busy. Lagipun saya ingat nak balik serdang pagi ahad. Pastu nak pergi nilai cari hiasan2 barang hantaran yang customer order. Tengok la kang camne. Macam tak patut pulak nak balik awal pagi.

Minggu depan mungkin agak busy. Kene all out siapkan barang2 hantaran yang customer order dalam mase 3hari je. Mungkin tak berkesempatan nak update blog. Haisshhooo.. Susah hati. Kene try gak curi2 mase update blog kejap.

K la.. Nak cakap ni je..

selamat hari pekerja - 01 Mei 2010

epy beday mak..epy beday kak mud - 02 Mei 2010
luv u mak..luv u kak mud..mmuahh..muahh..

and

selamat bercuti di hujung minggu..

Sepasang Pelangi Pagi

sepasang pelangi pagi yang cantik


Perjalanan ke tempat keje pagi ni diiringi awan mendung di langit. Sehampir tiba di ofis, hujan renyai mulai turun membasahi bumi. Syahdu rase hati. Hampir menitiskan air mata seperti mana langit menitiskan air matanya. Alam sekeliling seolah-olah memahami apa yang terbuku di hati kala ini. Yaaa.. Saya sedang dirundung sedih. Hati menjadi gundah. Dalam hati ini seolah-olah turut ada awan mendung seperti di langit sana.

Cuba mencari semangat yang kian pudar untuk memulakan tugasan harian. Saya harus lawan perasaan ini. Termenung sendirian cuba mencari ketenangan. Membuang pandangan jauh diluar jendela. Melihat sekitar Kuala Lumpur yang tak pernah sunyi. Tiba-tiba mata terlihat suatu keindahan yang jarang terlihat. Begitu hampir dari tempat saya berdiri. Ya Allah.. Cantiknya pelangi di waktu pagi. Sepasang pelangi di kala kedinginan pagi. Hati jadi makin sayu. Saya cuba untuk tersenyum pada sepasang pelangi itu.

Baru kejap tadi Kau hantarkan awan mendung, Kau turunkan hujan renyai. Sekarang Kau datangkan sepasang pelangi yang indah. Begitu hebat ciptaan Mu tuhan. Semoga awan mendung dan hujan renyai di dalam hati ini juga akan bertukar menjadi pelangi yang indah nanti. Selepas Kau datangkan bermacam dugaan, saya percaya ada hikmah di sebalik semuanya. Dan pastinya akan ada bahagia di hujungnya nanti sepertimana yang telah Engkau rencanakan untuk saya.



pemandangan yang jarang sekali dapat saya lihat

Thursday, April 29, 2010

Saya 'terCUTI, terKAROK dan terMEMBELI-BELAH'


Semalam adalah hari busy seharian. Dan tak de mood untuk menulis. Dah tengah malam camni masih belum boleh melelapkan mate. Dengan ini dimaklumkan, siang nanti saya TERCUTI.. Suke-suke je mencipta perkataan baru. Alang-alang dah TER'APPLY' CUTI, teruskan je la. Tak nak susahkan akak kerani cuti buat banyak keje kalau tibe2 cancelkan cuti *alasan tak boleh blah*

Banyak agenda dah dirancang. Tak lain tak bukan... ayuuuhhhh kite karok..karok..karok selame 4jam berturut2 tanpe henti. 'ili..masya..kite kasi pecah panggung..' ehhh?? Karok dikala waktu orang lain sedang bekerja adalah amat menyeronokkan sebab....boleh dapat harga murah.. Yeaaayyy.. Selain dari karok, adalah sesi menghabiskn duit dan meletihkan kaki mengukur keluasan Sunway Piramid *suruh jogging malas sangat kan..ni kire exercise gak la kan* OOowwwhhh. aii likeeee... Dah lame tak pegi sane wooo.


Sila jangan jeles.. Selamat bertugas dan selamat beramal ye kawan-kawan..

Tuesday, April 27, 2010

Epy Belated Beday Untuk DIA

Pon..poooonnn... Tumpang lalu.. Tumpang lalu.. *sambil loncat2 mintak laluan* Saya dah terlambat..dah terlambat..lambat dan lambat.. Hishhh.. Dah lambat nak wish bezday kat seseorang sebenarnye ni. De bezday seseorang 25 April 2010 hari tu. Tapi sebab dia balik kampung menjalankan kewajipan kepada negara untuk mengundi, saya dah terlupa nak wish *pe kaitan dengan balik kampung dengan lupe nak wish* So, nak tebus balik kesalahan, hari ni saya nak wish gak.

"HAPPY BELATED BEZDAY KAK NAT... Sory sangat2 lambat wish. Tapi orang tak lupe tau bezday kak nat. Cume lupe nak wish je.. Hehehe.. Semoga kak nat panjang umur, murah rezeki, dah 'tua-tua' ni jangan la buat perangai tak senonoh macam..tutttt..tutttt.. Dah jadi auntie dah pun kan. Orang sayang kak nat sangat-sangat. Muaahhh..muahhh.."




Cite pasal ni patut dah buat ahad hari tu. Tapi atas sebab-sebab masalah yang tak dapat nak dielakkan, hari ni baru sempat nak wish dan buat entry ni. Sory ye kak nat. Orang tau kak nat tak marah kan..kan.. Nanti kak nat dengan abang yen belanje kitorang karok 3jam ekk.. Sempena bezday kak nat, nanti boleh la kitorang nyanyikan lagu bezday sekali mase karok 3jam tu.. Heeee...

p/s : Kak nat, nak hadiah macam tahun lepas tak?? Lalalala... Suke buli kak nat..

Monday, April 26, 2010

Sape Nak Voucher RM100

goodie bag dari carlo rino


Ni cerita pasal fashion show lagi. Mase pegi fashion show hari tu setiap tetamu yang berdaftar dapat goodie bag dari carlo rino. Nak tengok pe isi dalam goodie bag ni??


isi perut goodie bag


Dapat voucher Carlo Rino RM50 tuu. Saya de satu, uncle law satu, dah dapat RM 100. Of cos la dapat kat saya semua voucher tu *hukuman sebab lupe bawak dslr* Lagipun Carlo Rino mane de barang untuk laki kan.. WehoooOOoo.. Selain tu, de gak catalog Carlo Rino Splendid Summer 2010. Yang bentuk gajah tu pulak key-chain Carlo Rino. Ok la kan datang fashion show ni. Berbaloi-baloi gak.

Tapi voucher tu mungkin saya akan bagi kat sape2 yang lebih berminat. Ada sape2 berminat nak voucher RM100 dari Carlo Rino tak?? Sebab saya tak de plan nak beli henbeg atau kasut dalam mase terdekat ni *sebenarnye takde bajet dan dah lebih berkenan kat sembonia dan guess* Lagi pun voucher tu valid sampai 9 mei 2010 ni je. So, kalau sape2 berminat, bagitau la.. Saya bagi ikhlas. Ni betul2. Bukan tipu2 punye. Serius!! Macam biase la, tinggalkan komen kat entry ni. Tak pun email kat ezzazila@yahoo.com dengan kadar segera tau.

Mase fashion show tu de gak acara cabutan bertuah. Hadiah yang disediakan pun tak kurang menarik. Tapi saya ni memang la bukan seorang yang betul2 bertuah kat cabutan bertuah. Memang jarang-jarang nak dapat. Melepas la sume hadiah2, henbeg2 free yang best tu kat tangan orang lain *kuciwa* Free kan. Sape tak nak..

Carlo Rino Splendid Summer 2010 High Tea Fashion Show

Walaupun hari tu kata dalam kemalasan dan tak de mood nak ke mana2 di kala hujung minggu, saya penuhi gak la jemputan ke fashion show tu. Tak baik hampakan orang yang dah menjemput. Tu pun sampai dah agak lambat. Dengan mase tu la susah nak cari parking. Sume tempat pun full. Tapi tak de la sampai cuak-cuak. Sebab dah bajet kalau dah lambat pastu tak boleh masuk, saya boleh pegi tempat lain. Kata dah gaji kannn.. Haruslah habiskan duit dengan bershopping sesuka hati.. Lalalaa.. Nasib baik majlis pun mule agak lambat. Organizer de banyak bende nak setting kot. Tak pun model-model yang cun tu tak siap tacap lagi. Tapi sume yang de pun nampak happy je mase tu.


ramai sangat orang dah menunggu kat luar tu sebelum catwalk bermula.. aii jatuh chentaa kat kasut pink tu


gorgeous models berbaris lepas selesai buat catwalk


terpegun tengok model yang cun sambil berangan-angan nak jadi model


intai2 kasut dengan my partner-masya.. kasut yang pink tu tetap menjadi pujaan ati


Lepas habis fashion show semua yang de dijemput ke jamuan makan yang dah disediakan kat Imperial Chakri Palace. Memang feeling-feeling macam VIP dah *suke sangat berangan* Makanan yang disediakan pun semua terbaeekkk dan sangat sedap.. Yummyyy..

Sunday, April 25, 2010

Rindukan MEREKA

Dah lame tak jumpe MEREKA. Sejak masing-masing dah kahwin, sume buat haluan masing-masing. Lupe kat kawan yang masih bujang trang tang..tang lagi ni. Sampai hati mereka. Masing-masing dah de hidup masing-masing. Kawan-kawanku, haluan kite dah berbeza sekarang ni. Tapi tak kan la sampai dah tak de mase nak jumpe orang kat sini. Tak payahkan jumpe, mesej pun tak, call pun tak.. Sampai hati.. Tak pe la.. Saya faham..

Masing-masing pun dah jauh kan sekarang ni. Tapi kalau saya boleh datang dari jauh nak jumpe kamu, tak kan kamu2 tak boleh datang jumpe saya. Kenapa mesti nak mempertikaikan saya busy, schedule saya penuh. Itu cara kehidupan saya. Cara saya cari makan. Kalau saya free, saya join.. Kalau busy, saya bagitau tak dapat join. Tapi tak salahkan kalau pelawa. Sekurang-kurangnya bertanya dulu sebelum terus menghukum saya. Maaf, bukan niat saya nak mengungkit.

Saya faham masing-masing dah de keluarga baru. Aktiviti mingguan sentiasa penuh. Masing-masing dah de perjalanan hidup sendiri. Saya dari jauh hanya boleh doakan korang sentiasa bahagia di samping keluarga. Semoga cepat-cepat dapat baby. Kalau saya boleh faham dan terima keadaan hidup kamu, kenapa tidak kamu. Tolongla jangan cepat dan terus-terus menghukum saya.

Memang saya sensitive bile cakap pasal kahwin. Siyes saya rase terasing hanya disebabkan status. Setiap kali bertanya khabar mesti isu status yang jadi soalan utama. Bukan saya sengaja lambatkan perkahwinan. Saya tak se'KAYA' kamu. Saya tak se'MEWAH' kamu. Saya tak se'MUDAH' kamu. Sume perkara pun harus dirancang dengan teliti. Sumenye saya lakukan sendiri. Pe tah lagi saya ni memang 'CEREWET' dan 'TELITI' dalam semua bende. Tak macam kamu, ramai yang membantu dari segi kewangan. Semuanya telah tersedia untuk kamu dan macam2 lagi.


Saya pun jeles tengok kamu semua dah de keluarga sendiri macam yang kite impikan selama ni. Tak lame lagi yang sorang lagi tu pun nak kahwin dah. Yang bujang trang tang..tang ni akan terus rase terasing. Tunggu dah same level nanti baru boleh jadi geng balik ehh?? Sampai hati.. Saya rindu sangat2 kat korang.. Susah kan nak dapat jumpe dan kumpul ramai2 macam dulu2 lagi.. Yela.. Saya kan jauh.. Saya kan sentiasa busy.. Saya faham dan terima hakikat ni.. Terima kasih kerana menyedarkan saya akan hakikat erti kawan yang sebenar.. Terima kasih kat mereka yang lain yang sentiasa faham dan terus menyokong dengan setiap apa yang saya lakukan dari dulu hingga kini.. Saya sayang kamu semua..

Friday, April 23, 2010

Happy Bezday Semua

Semalam de buat makan2 sikit kat ofis. Sempena sambutan bezday staff2 *buat secara random* Antara nama2 yang tertulis atas kek tu adalah NOR, FAIROL, KAK PAH, KAK GUNA, EN.DIN, EN.HAFIZ dan EN.RAHMAN. Not to sure bezday2 mereka yang lain. Tapi semalam, 22 april adalah bezday KAK GUNA dan EN.DIN. So, just wanna wish happy bezday to uols. Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki. May God bless u..


Thanks to uols sebab ajak ezza join sekali untuk jamuan ni. Maklumla, kami ni menumpang je kan. Huhuuu.. Sedih pulak.. Bezday ezza bulan 6 kang jangan lupa sambut ehh.. Nak kek besar punyee. Heee.. Tengokkk, sejak2 dah pandai edit2 pic ni, sume pic pun nak di edit. Rajin sungguh la..

Tunjuk Ajar Ku Sifu

Salam pagi jumaat semua.. Pagi ni tak nak bebel banyak2. Terasa mengantuk sangat2 sekarang ni. Kepala pun jadi weng bile tahan2 mengantuk.. Huwaaaa… Mengantuknyeee.. Pehal ni.. Layan tido dulu la kejap.. Hehehee..

Ok la. Nak pejam2 kejap *suke2 je nak main pejam2* Tapi sebelum tu nak tunjuk satu bende kat korang
*suke buat entry show off*


Comel tak?? Comel tak?? Ni la hasil tunjuk ajar ku sifu dari kak mud. Ni cubaan yang pertama. Buat simple2 sudahh.. Syok pulak edit2 pic ni. Habislaaa… Lepas ni sume gambar pun saya tacap2 kang.. Heeee.. Harap maklum la ekk.. Saya budak baru belajar. Tu yang agak jakun tu. Uols mesti lagi terer kan..

Thursday, April 22, 2010

Patah Dah Tumbuh Hilang Dah Berganti

kitorang tinggal bertiga..kak ayu cepatla balik..


Macam yang korang semua tau, kami tinggal berempat je sekarang ni kat rumah sewa. Dan rasenye kami lebih kerap bertiga je. Bila hafiz *husben kak ayu* balik, kak ayu akan balik ke rumah diorang kat equin. Walaupun hafiz keje kat kluang, tapi dia lebih banyak mase berada kat serdang atas urusan keje. So, jarang2 la kak ayu de kat rumah. Penghuni tetap hanya la kak mud, masya dan saya.

Bosan sebenarnya bile tinggal bertiga ni. Balik2 masya kacau saya, saya kacau kak mud, kak mud kacau masya.. Pusing-pusing hanya kami je.. Dulu mase duduk berenam, de gak la terasa meriahnye.. Duduk tengok tv ramai2, menyakat, bergelak, makan..memang huru hara rumah jadinya. Sume bende pun buat same2. Kadang tu, sampai berebut bilik air la, berebut ampaian la. Saje je bergurau senda.

Sekarang ni, rase macam sunyi. Lagi sunyi sejak SANYO 32'' flet skrin tu dah tak de. Wakakaa.. Kitorang layan SINGER 14'' je sekarang ni wehhh.. Dah macam saiz lappy putih yang comel tu je. Kejap2 kang pejam.. Pastu nyala lagi.. Pastu dia pejam lagi. Remote pun canggih. Sikit punye panjang. Tak kisah la.. Asal de hiburan sudah.. Layan tenet dengan lappy comel, tengok tv pun dengan tv comel.. Makin kabur la pandangan mata ni nanti. 'Spek..mane spek.. i need youuu..'

Dapat Hadiah Comel Lote


cube teka.. apakah yang telah saya spray2 kat kotak merah tu..


Cube teka pe bende dalam kotak merah tu. Bende ni sangat comel.. Sampai rase sayang gile nak touch, usik, sentuh, makan.. Walaupun memang menjadi favourite dan pujaan hati. Rase2 dah tau pe bendenye?? Dah bagi banyak clue dah tu. Tensen je masing2 kene main teke2 dulu pulak kan.. Heheee.. Jangan marah ye kawan2.. Yang bulat2 sebelah kotak tu kenal?? Kalau tak kenal memang saje nak kene dush la tu. Epal tu dari kak ema. Saje nak interframe same dalam pic ni.. ‘Kak ema, tengok ezza tak makan lagi epal kak ema bagi ni..siap bawak balik rumah lagi’ Hehee.. Bunge tepi tu saje je nak bagi meriah2 sikit pic ni.. Aii kan suke yang comel lote cute mute..

Dah..dah.. mule la menyongsang dari niat sebenar.. Meh la nak tunjuk pe isi dalam kotak merah ni.. Comel gile wehh..

tadaaaa... ni la isi dalam kotak merah tu.. Malaysia Chocolate..Exclusively Handmade..comel gile kan..siap de tulis luv u luv u lagi kat coklat tu..


tengokkk..sampai malam pun tak makan lagi coklat ni..sibuk amik2 gambar je..sayang wehh nak telan..


Kalau dato’ ct makan strawberry coklat, saya pulak makan epal coklat. Tak agak2 nak buat perbandingan. Nak bandingkan dengan dato’ ct gak tu.. Tak nak kalah.. Aii kan memang kuat perasan. Suke feeling ala2 glemer gitu..

p/s : tibe2 dapat idea nak letak dalam goodies bag pulak.. Ahaaahhhh!!

Wednesday, April 21, 2010

Invitation High Tea Fashion Show

kad jemputan High Tea Fashion Show

Saya dapat jemputan ke High Tea Fashion Show @ Carlo Rino 24 april 2010 nanti. Macam berminat nak pegi kali ni *sebelum ni dah banyak kali tak pegi* Tapi sabtu ni dah plan nak ke IKEA. Tapi tu pun macam tak jadi gak je. Tiba-tiba takde mood untuk ke mana-mana hujung minggu nanti. So, ada sape2 berminat untuk pergi gantikan saya ke event tersebut sebagai Fashion VIP member?? *boleh ke ganti dengan orang lain??* Ataupun temankan saya?? Bukan jauh pun. Kat Alamanda je pukul 3 petang..

Tu je nak bagitau. Mesti de yang kata saya show off ni nanti. Memang tu pun niat sebenar.. Lalalalaaaa… *berblogging di kala mood tengah mereng.. ni la jadinye*

Tuesday, April 20, 2010

Trifle

Baru-baru ni kerap dapat order trifle dari kawan2. So hari ni nak share resepi untuk membuat trifle ni.. De macam2 version tau nak buat trifle ni. Yang ni version yang mudah dan ringkas..

Bahan-bahan :
1. Kek Gulung *tak kisah la nak perisa apa. Ikut selera masing-masing*
2. Buah coktail dalam tin
3. Susu penuh krim *dutch lady pun okee*
4. Tepung kastard
5. Jelly *perasa ikut selera masing-masing gak. Biase gune brand NONA*
6. Buah peach slice dalam tin *untuk hiasan*

Cara membuatnya :
1. Sebiji kek gulung di potong bulat dan di susun dalam mangkuk kaca *sebab nak jual, tupperware adalah lebih mudah untuk digunakan. Senang..Lepas tu takde sibuk2 nak mintak diorang pulangkan balik bekas*



2. Tabur buah2 coktail dalam tin beserta air coktail ke atas lapisan kek gulung yang telah disusun.



3. 2-3 sdb tepung kastard + susu penuh krim dimasak di atas api perlahan. Agak2 pekat, tuangkan atas lapisan coktail yang dah ditabur dalam bekas tadi. Taburkan lagi buah2 coktail dalam tin ke atas lapisan kastard tadi. Kemudian susunkan buah peach dalam tin untuk nampak lebih menarik *ikut la nak hias camne pun*







4. Masak 1 kotak jelly. Sila ikut arahan yang tertulis pada kotak. Selepas tu, tuang je atas lapisan buah2 coktail dan buah peach tadi. Siap… *teknik hiasan adalah mengikut kreativiti dan selera masing-masing. Tiada paksaan untuk tiru bulat-bulat resepi yang diberikan*





Kredit to kak nurul untuk resepi yang terbaeeekk ni. Order la lagi banyak2. Kitorang suke je nak buatkan.. Heheheee..

Perhatian!! Housemate Diperlukan!!


Salam dan hye uolss.. Sebelum tu nak ucapkan welcome and thanks kepada follower baru blog ni. Saya mengalu-alukan kedatangan kalian.. Selamat datang kepada anak jati, ezzan, tengkujuh, mikro_kokus dan axelida ke blog yang best ni.. Hahahaaa.. *mule nak merapu dan perasan dah* Saya pun sebenarnya masih baru dalam dunia blogging ni. Kalau de yang tak betul, harap anda semua tegur2 la ekkk.. Boleh membentuk 1 komuniti yang saling bantu membantu.. Cewaahhhh.. Ayat feeling2 jadi wakil rakyat dah ni. De gaya macam wakil rakyat tengah berkempen tak?? *sila pangkah saya* hahahhaa..

Ok. Full stop. Saya sedang mencari housemate. Sekiranya ada sesiapa yang berminat, boleh hubungi saya melalui email ezzazila@yahoo.com atau tinggalkan komen di entry ni dan saya akan hubungi anda kembali. Ianya adalah berkuatkuasa serta merta dan perlukan tindakan anda dalam kadar segera. Sedikit info berkaitan rumah adalah seperti berikut :

Rumah teres *berhadapan padang bola*

Terdapat 3 bilik dan 2 bilik air *1 bilik 2 orang*

Kedudukan rumah di taman sri serdang. Berhampiran dengan upm. Mudah untuk memperolehi pengangkutan awam seperti bas, teksi dan komuter *bagi yang tidak mempunyai kenderaan*

Berdekatan dengan kawasan kedai *kedai runcit, dobi, kedai makan dan pelbagai*

Banyak shopping2 complex berhampiran dengan rumah seperti alamanda, jusco balakong, jusco equin dan lain2.

Kadar sewa yang di kenakan : RM100 seorang (RM600 sebulan) Tiada caj deposit rumah dan api air yang di kenakan.

Bagi anda yang berminat, hanya perlu datang bersama kelengkapan diri sahaja *kain baju dan lain2* Katil,tilam dan almari semua telah tersedia.

Ciri-ciri housemate yang diperlukan : biarlah seorang yang jujur dan ikhlas *hanya anda yang boleh menilai diri anda*

Kami memerlukan 2 ORANG HOUSEMATE PEREMPUAN BERAGAMA ISLAM

Sekian, terima kasih. Siapa yang berminat, sila respon entry ini dengan kadar segera!!!

Monday, April 19, 2010

Dapat Acer Ferrari 1200 Laptop & Blackberry Bold Dari Nuffnang & Gatsby

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.. Memang tak sia2 la join Gatsby Deodorant Street Fair kat Berjaya Times Square sabtu hari tu. Letih tu biase la kan. Tapi berbaloi dengan pe yang saya dapat pada event tu. Memang berbaloi-baloi. Bertuah sungguh rasenye bile 1st time join dah boleh dapat macam2 bende. Tidak mengecewakan dan sangat mengujakan. Nuffnang.. lain kali buat lagi ekkk.. Saya suke rela nak join sekali lagi.


aucccaaakkk..!!! mase untuk posing dan bergambar dengan mereka semua..


lautan manusia berbaju merah. cube cari di manakah saya.. hahahaaa..


ramai dan meriah kan??


gambar dari belakang. banyak sangat la tangan yang kelihatan..


Seperti yang dirancangkan, rekod telah pun tercipta dalam Malaysia Book of Record sebagai Largest Gathering of Bloggers (518 bloggers). Tahniah kepada semua blogger, Nuffang dan terutama sekali Gatsby yang terlibat dalam event ni untuk mencipta rekod. Gempak gempita kat Berjaya Times Square hari tu bagaikan ada perhimpunan penyokong Thaksin Shinawatra. Ratusan bloggers yang hadir semua berbaju merah untuk memeriahkan lagi event tersebut. Semua pun nampak happy dan ceria.


banyak kali try tapi tak pernah lepas dari petak nombor 11.. fedup aiii..


senang je main ni.. baling-baling je.. hahahaaa..


Macam-macam permainan yang disediakan untuk semua yang hadir. Syok gile main. Sume pun senang-senang dan menarik. Dah main dapat kupon untuk kumpul point. Pastu boleh redeem barang-barang Gatsby. Main pun untuk suke2 je. Cube sekali tak berjaya, boleh cube banyak2 kali. Lagi banyak dapat kupon, lagi banyak dapat point dan lagi banyak barang boleh redeem. Masing2 pun semangat nak kumpul kupon.


main mende ni la yang dapat kupon banyak gile tu.. dahh..tengok la gaya dia ni.. semangat gile main lembu.. mooo.. moooo..


Tengah beratur panjang nak redeem kupon, de 2orang akak datang pada saya bagi kupon. Thanks too akak yang tak sempat nak kenal sebab dia macam tergesa-gesa nak balik. Terima kasih banyak2 akak.. Kalau ‘akak’ orang yang saya maksudkan, sila tegur saya.. Nanti saya poskan barang yang saya dah redeemkan ni. Hehehe… Betul kak.. Tak tipu.. Pastu dapat pulak kupon lagi. Kali ni berlambak okeee.. Sangat teruja gile masa ni.. Thanks a lot bro.. Murah rezeki dan bertuah hari tu. Tengok la pe hasil yang saya dapat lepas redeem kupon2 tu sume. 3kali redeem okee.. Tu pun dah bagi 25keping kupon kat orang lain gak. Sharing is caring kan…


antara kupon yang kami dapat..


ni la hasil kami selepas 3 kali redeem hari tu.. stok setahun ni..


Banyak kan?? Bertuah kan?? Cume tak cukup bertuah kat cabutan bertuah la.. Dan saya bukan la orang yang dapat bawak balik Acer Ferrari 1200 Laptop dan Blackberry Bold macam kat tajuk entry ni.. *tajuk saje bikin gempak okeee*.. Pe2 pun, tahniah kat uols yang dapat hadiah yang best2 kat cabutan bertuah tu. Yang tak dapat pun tahniah gak. Sebab masing2 tak balik dengan tangan kosong. Dapat gak redeem barang2 gatsby kan... Yang penting kite happy!!!


last sekali mesti la tayang gambar tuan rumah sendiri.. lalalaaa..

Friday, April 16, 2010

Masa Untuk Bergembira Riang Ria

Yeeeaahhhh... Hari ni dah jumaat.. Asal jumaat je mesti suke and jadi riang ria.. Asal hari jumaat je mesti jadi semangat nak pegi keje. Korang sume pun mesti camtu gak kan.. Jangan tak ngaku ehh.. Nak tau sebab pe saya suke hari jumaat??

Sebab yang pertama adalah... Esok cuti. I likeee.. Boleh tido seharian, boleh bangun lambat. Boleh jalan2..boleh dating..boleh balik banting.. Tapi esok nak pegi Times Square. Nak pegi Gatsby Deoderant Streey Fair. 1st time nak join event nuffnang ni. Tibe2 de perasaan malu dan segan pulak. Tapi teruja sebab de games yang looks like best gilee and event ni jugak bertujuan untuk mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records for the Largest Gathering of Bloggers. Wawawaaa.. Bangge gile rase.. Saya akan terlibat sama untuk mencipta rekod. 1st time ni.. Teruja dan jakun okeee.. Tapiii...camne la saya esok.. Malu2 macam siput sedut ke?? Aisehhh.. Ni la masalah saya. Selalu segan dan susah nak bergaul dengan orang yang baru 1st time jumpe.. Korang2 yang pegi esok, tegur2 la saya ekk.. Saya ni memang camni. Pemalu yang malu-malu kucing meow2.. Tapi sebenarnya ok je.. Betul!!

Sebab yang kedua adalah... waktu rehat hari jumaat kan panjang. So bolehla pegi mengukur panjang jalan tar, mengira ukur lilit keluasan sogo, jakel, nagoya, kamdar.. haishhh.. Banyak lagila.. Kalau rajin lebih sikit, boleh pegi megira ukur lilit ikea, ikano, the curve, tesco.. Tapi dah semua pun kene cut cost sekarang ni, baik duduk kat ofis je sambil layan movie dalam suasana romantik. Tak pun tido je. Hahahah.. Kang kalau pegi jalan2 balik tangan kosong mesti jadi sakit hati pastu ngadu2 meow..meow kat uncle law. Kalau ngadu2 boleh dapat tak pe. Ni kadang2 je boleh dapat. Kadang2 tu dia buat boo layan je.. Dahhhh.. Kalau selalu sangat nak itu ini, tokey balak pun bankrup kan yanggg. Hahahaaaa...

Sebab yang ketiga adalah...*ni sebab hari ni je pun* Sepatutnya pagi ni pukul 9.00 de meeting. Pukul 8 baru nak prepare bahan2 nak masuk meeting *suke sangat buat keje last minit..lalalaaa* Sekali bos cakap meeting tunde pukul 3.00 petang pulak. So, dok depan pc layan blog jap la. Mase lunch kang baru prepare bahan2 *tengok, nak buat keje last minit gak tu* Kalau tak, kang menjawab la dalam meeting tu. Terkulat-kulat tak tau nak jawab pe kang baru ko tau. Padan mukaaaa kat diri sendiri...

Thursday, April 15, 2010

Kungfu @ Pantai Kelanang


Entry ni cume sambungan dari entry wedding irra tu *cerita basi* Dah alang-alang de kat Banting, saje je la nak bawak diorang jejakkan kaki kat Pantai Kelanang. Kang asyik dok kata tak pernah sampai je.. Nak bawak pegi Pantai Morib, rasenye masing-masing pun dah pernah sampai. Pantai Kelanang ni tak jauh pun dari Pantai Morib. Satu jalan nak ke Pantai Morib tapi kene masuk jauh ke dalam sikit la.

So petang tu dengan ayu pilu pakai baju kurung kitorang berkelah la kat tepi pantai. Siap bawak bekal pisang goreng Wak Lan. Borong sikit punye banyak kat tepi jalan on the way nak pegi Pantai Kelanang. Padahal dah melantak kat rumah irra tadi. Perut pun dah kenyang. Mulut ni je rase nak mengunyah *mulut gak yang nak di salahkan* Ramai gak orang yang datang berkelah. Makin petang makin ramai orang.

Layankan pics kitorang berkelah sambil buat aksi tak senonoh ni.. Masing-masing nak tunjuk hebat buat aksi kungfu. Tapi semua pun malu-malu macam siput sedut sebab ramai orang tengok.. Hahaaa.. Ni gara-gara masing-masing nak masuk contest IP Man 2 la ni. Tak sedar diri ayu pilu pakai baju kurung lagi mau buat aksi tak senonoh. Adik-adik yang tengok hari tu harap jangan tiru perangai gegirl2 ni ekkk…


ni la dia pantai kelanang


sampai-sampai je terus korek bekal makanan.. masya : nak satu *sambil jari lentik* kak mud : cepat la.. *kerut2 muke* saya : sabar ye akak2 *yang paling cun dan sabar*


masih lagi sibukkan dengan bekalan makanan.. sampai tak sempat nak pose ayu pilu


bermula la aksi teknik kungfu mengarut


ada aku kesah?? cak..cak..cakkk.. ehh.. ni bukan teknik kungfu laaa..


'kak mud..buat gaya power puff girl la.. bukan karate camtu.. hiiarrrggghhh'


bergabung..meletoopp.. debabooOOoomm.. yeayyyy.. saya pun pandai amik gambar..


hahahaa.. very de mengarut.. little pinoko belasah raksasa hitam.. ehh.. pink.. lalalaaa...


Budak2 425 memang kuat mengarut. Sebab tu saya gelarkan mereka geng kuat mengarut.. Walaupun penghuni rumah dah kurang, tapi jiran2 tetap boleh dengar suare kami yang lunak merdu umpama buluh perindu ni bergelak sakan. Tak lain la tu, de la yang kene buli kalau dah masing-masing gelak guling-guling pecah perut. Yang layan karok la.. Yang suke menyakat la.. Yang selalu jadi mangse buli la.. Haisshhh.. Macam-macam.. Mesti terasa rindu kalau dah keluar dari rumah tu nanti…