Wednesday, March 31, 2010

Cubaan Lari Dari Rumah 425

Malam tadi kami membuat cubaan untuk lari dari rumah. Ni gara-gara tak bayar sewa rumah selama 3bulan la ni. Tu yang membuat cubaan lari dari makcik julia tu. Pukul 11 lebih keluar dari rumah. Angkut sikit2 barang yang de. Masukkan dalam 3biji kereta. Huru hara macam penyamun pun de. Barang-barang yang selebihnye tu esok2 je la angkut. Bergerak la kami dengan 3biji kereta menuju ke destinasi yang rase2 agak selamat. Ke mana?? Putrajaya je pun. Sampai 3biji kereta pegi. Dah macam rombongan cik kiah ke sukan komanwel pun de. Bak kate si masya yang kuat mangarut tu, 'ni rombongan nak minang sape la ni. barang hantaran penuh 3kereta..'

Eehhh... Memang sah la kuat mengarut. Sebenarnye kami bukan lari dari makcik julia la. Kami tolong kak nat dengan abang yen pindah rumah *kami dipaksa menjadi buruh kasar..huhuhuu* Kak nat ni osmet 425 gak sebelum kahwin hari tu. Dah kahwin ni kene la pindah rumah. Barang dia.. Yarabbiiiiii.. Punye la banyak. Dah macam pe je. Segala bende yang kecik comel kat 425 pun dia nak kutip amik *ni kalau kak nat bace ni nahas la kene naik turun court pasni*

Ni buruh-buruh yang nakal dan comel. Mahal upah ni tau. Orang suruh angkut barang, dia bantai posing pulak



Gambar ni memang saje amik blur. Sebab kanak2 bawah umur tak boleh tengok tanpa pengawasan ibu bapa. 'Pak dukun' tengah nak mulekan operasi jampi2 masuk rumah baru



'Pak dukun' macam marah je tengok tuan rumah yang feeling2 macam kat court tu. Orang suruh duduk, dia sibuk nak bebel lagi



Jom balik.. *pesal masya pulak yang interframe ni* Sila abaikan gambar patrick yang sedang buat aksi jumping jet kat belakang tu ekk.. Tu la kanak2 riang yang tak boleh duduk diam. Hahaaa..


Pastu macam biase la.. Lepak maulana menge'pow' kak nat. Terima kasih la kak nat ehh sebab rela di 'pow' oleh adik2 yang nakal lagi comel ni. Pasni boleh 'pow' karok 3jam pulak ehh.. Abang yen ok je kan??

Mari Memasak Tauhu Sumbat

Hari isnin hari tu merajin-rajinkan diri untuk memasak. Dapat mc kan. Tu yang rajin je nak masak. Menu pilihan petang tu tauhu sumbat. Bukan yang tauhu sumbat yang biase jual kat pasar malam tu. Tapi yang ni spesel sikit. De pulak yang cakap tauhu sumbat johor.. Yeke..?? Tak tau la pulak selama ni johor punye tauhu sumbat lain dari tempat lain. Tak kisah la kan. Asal tauhu gak.

Ni la dia hasilnye

Bahan-bahan:
10keping tauhu – dipotong dua
Telur – 2biji

Untuk inti:
Bawang merah – agak2 la berapa ulas
Bawang putih – agak2 la berapa ulas
Black paper – agak2 jugak
Lobak merah – potong dadu
Ayam kisar – agak2 jugak
Isi tauhu yang telah dikorek

Tauhu tu goreng dulu sebelum potong dua. Pastu korek isi dalam tauhu. Jangan buang ehhh.. Nak masak untuk inti dia nanti. Untuk inti dia pulak, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dah dipotong kecik2 *nak kisar ke.. nak tumbuk ke.. ikut masing2 la* Pastu masukkan la bahan2 lain pulak.. lobak merah, ayam kisar, isi tauhu, black paper, garam *jangan terlebih masin ye kawan-kawan* Alaa.. tumis macam biase je. Uols mesti lagi terer masakkan.. Ooohh yeee.. Untuk sayur2 tu, kalau nak letak daun bawang pun boleh. Ikut selera masing2 la. Ayam kisar tu pun kalau nak gantikan dengan ikan ke, udang ke.. pun boleh gak. Kalau nak pedas, bolehla letak cili padi ke.. Senang kata, tepuk dada, tanye selera. Dah siap inti dia, bolehla sumbat2kan dalam semua tauhu yang kite dah korek2 tadi. Boleh la celup2kan dalam telur dan kemudian goreng… Dah siap. Kalau lepas dah sumbat2 tu tak nak goreng lagi sekali pun tak pe. Boleh je pun. Tak payah la celup2 dalam telur tu. Dah siap boleh la hidang. Kitorang makan tauhu ni cicah dengan sambal kicap je. Sedappp.. *cehhh.. puji diri sendiri ke pe ni*

Tuesday, March 30, 2010

Rase Macam Overdose..Kepalaku Weng..

Jangan salah anggap ekkk.. Bukan layan bende2 yang tak sepatutnye.. Cume pagi tadi kene makan ubat alahan 2biji yang berlainan jenis. Pastu campur pulak dengan ubat antibiotik sebiji. Tu yang macam mengantuk gile..gile babasss sekarang ni. Mate hampir nak pejam.. Kepala dah lentok atas meje.. Kang kejap2 tongkat dagu pulak sambil mate pisat2 dok tahan takmoo bagi pejam. Nak buat keje pun jadi susah. Bace surat sehelai nak amik tindakan pun boleh bace 18kali tapi masih tak faham2. Ulang bace banyak kali tapi fikiran melayang-layang. Camne nak faham kan. Atas meje dok sepah2 lagi paperwork. Mc semalam pun tak sempat2 lagi nak bagi kat akak kerani tu.

Bangun... Bangunnn.. Mane boleh tido. Nak balik dah ni. Dalam tren kang boleh lantak tido *tu pun kalu dapat duduk..silap2 kang terlepas stesen serdang pulak*.. Petang ni ade misi. Nak menjelajah kat kawasan balakong mencari bahan. Minggu ni de tempahan yang mesti disiapkan. Majlis dah dekat. Kang kastemer marah, lari pulak income minggu ni. Bajet nak all out malam ni. Tapi mate ni beratnye raseee... Bangun.... Banguunnnn..

i Like to Muvit..Muvit

Saya sedang sibuk mengisi borang Permohonan Pertukaran Tempat Bertugas. Isi form, karang ayat untuk surat sokongan *kasi ayat power sikit*, hantar semua bende kat incik bos.. pastu dah boleh hantar. Tapi... mase ni la pulak tak ingat letak surat sokongan kat mane.. Apekahhh??? Salah satu tanda2 diri ini akan kuciwa kahh?? Ooohh nooOOooo.. Cari...cari...cari cepat sampai jumpe..

Monday, March 29, 2010

Hujung Minggu Yang Penuh Pengisian

FuuuUuhhHhh... Hujung minggu yang agak memenatkan.. Awal pulak bangun pagi sabtu tu *jarang sekali boleh bangun awal pagi sekarang ni kalau hari cuti*. Selalunye bukak2 mate je terus tekan remote tv. Tu la bende pertama yang dicari selain dari hp. Tak tau mane datang semangat kerajinan pagi tu. Bangun je terus pegi mendobi baju-baju kotor stok seminggu. Mesti pikir saya ni malas sangat kan sampai simpan baju kotor seminggu. Bukan camtu la.. Hari bekerja sesungguhnye memang tak de mase nak mendobi. Letih sesangat la.. *macam la keje buruh*

Pagi-pagi dah mendobi. Pastu kemas bilik pulak. Pastu dah terlebih rajin kemas dapur pulak. Memang gigih gile kitorang bertiga mengemas rumah hari tu. Mimpi pe la masing-masing malam tadi. Petang tu pulak pegi jalan-jalan ke jusco balakong. Saje la cuci2 mate. Kate dah gajikan. Dapat la hasil tangkapan yang tak seberapa *janji ade* Lepas dah puas pusing2 cuci mate, makan pizza pulak. Pizza yang di idamkan selama beberapa hari. Ramai gile la pulak orang makan pizza mase tu. Makan dalam suasana yang agak romantik gituu.. Yela.. Earth Hour kan..



tak nampak same macam yang dalam iklan pun. dah la agak rentung sikit..


Perut dah kenyang.. Hati dah senang.. Terus zassss ke alamanda pulak.. Jooom Layan karok.. Hoyeaahhh... Pegi malam2 ingatkan dah tak ramai orang sangat.. Sekali kOOooo.. Ramai gile wehhh... Name pun malam minggu kan.. Layan sejam je pun.. Lebih2 kang de pulak yang tak de suare pastu.. *jerit je lebih*..



budak ni tengah pikir nak pilih lagu pe jap lagi




ni bukan nombor spot toto ekk.. jangan tak tau.. kene amik nombor tunggu giliran yee




saya pilih untuk gunakan talian hayat 'pelampung'.. *pesal ntah muke kerut2 macam dalam rancangan jangan lupe lirik*


Pagi ahad pun bangun awal. Kemas2.. iron baju keje stok seminggu.. Layan game.. Tengok tv.. Tapi tak sempat nak layan tenet *tak sempat la sangat.. padahallll..* Malam keluar ke alamanda lagi... Melayankan mamat uncle law tu pegi cari kasut bola la pulak. Tiap2 tahun beli kasut bola.. Dah la mahal.. Terernye tak gak.. Hahhaaaa...

Doktor Suruh Beli Glove Warna Pink

Selamat hari isnin kawan-kawan.. Hahaaa.. Dah petang2 camni baru nak wish selamat hari isnin. Isnin dah masuk separuh hari dah pun. Orang lain mesti macam lemau je masuk keje hari ni kan. Biase la kalau hari isnin. Camtu la gak orang kat sini. Tapi hari ni special la sikit. Sebab sekarang ni saya sedang bersiaran secara langsung terus menerus bersama anda dari serdang sahaja. Tak faham ehh..??

Hoyeeeaahhh.. Hoyeaaahhh.. Saya sedang bercuti hari ni. Bukan bercuti-cuti malaysia lagi ekk.. Tapi hari ni dapat mc *kalau tau kat doktor Syed ni confirm menyesal gile bagi mc* Pagi2 dah pegi klinik tadi. Kelakar je bile ingat balik situasi kat klinik tadi. Mule2 doktor Syed dah nak bagi mc. Tapi berlagak cakap tak nak. Sampai 3kali doktor tanye. Last2 mase kat kaunter ubat baru la cakap kat akak tu nak mc. Ngade betul. Bukan pe.. Tibe2 dah rase sengal2 pulak lengan lepas kene cucuk tadi. Tak tahan sangat dah kene gatal2 ni. Tu yang sampai kene cucuk kat lengan tu. Nasib baik kat lengan je.. Kalau kat... ooppss... Tak mooo.. Tak mooo... Hehehee...

Ni semua gara-gara sabtu yang rajin la ni. Bangun awal pagi kemas rumah.. Kemas biase2 je pun. Tapi tak tau la kat mane yang silap.. Tak tau terpegang pe, tangan jadi gatal2 pulak. Sensitif sangat la tangan ni. Doktor Syed dah bising2 lagi. 'Lain kali kalau nak buat pe2 keje yang agak kotor, awak pakai la glove. Pakai yang getah. Tapi kene cari yang tebal sikit tau'.. Alahaiiiii.. Ngade sangat pulak rase kalau sampai kene pakai glove camtu. Tapi dalam kepala dok pikir kalau cari yang kaler pink mseti cantik gak kan.. Hahahaha.. Sempat lagi tu..

Yang si
masya ni lagi dengki. Kitorang ni memang la geng kuat mengarut. De ke patut dia suruh pakai glove yang selalu penjaga gol bola sepak pakai tu. Kejam sungguh la budak ni... Nanti kite pegi cari kat al-ikhsan lagi ekkk.. I pakai sambil kemas2 rumah kang u jangan sibuk nak pinjam eehhh..*De pulak yang tak jadi kemas rumah gelak goleng2 sampai depan pintu*

Friday, March 26, 2010

Earth Hour Malaysia 27 Mac 2010


Masuk lif mase nak balik keje petang semalam terperasan de satu poster baru tertampal dalam lif tu *entah-entah dah lame pun tapi baru perasan* Dah tak de pe nak buat sementara nak tunggu lif tu turun dari tingkat 15 sampai ke G, mate ni pun rajin-rajin pulak nak bace. Poster tu agak kecik je. Sampai rase macam agak susah nak bace. Maklumla.. Mate ni kene pakai spec sebenarnye. Tapi spec suke simpan dalam beg je. Konon-konon risau terselindung kang anak mate yang coklat dan comel ni *wink..wink*

Poster tu pasal earth Hour Malaysia.. Ehh. Baru tau. Sabtu ni bersamaan 27 Mac 2010 ni Earth Hour Malaysia rupenye. Kenapa tak tau ehh?? Kurang publisiti ke.. Atau diri ni yang kurang mengambil tahu hal dan masalah negara sekarang ni.. Huhuhuuu.. Renung-renungkan la ekk..

So rasenye elok la kalu share pe yang saya baru dapat tau ni. Mungkin uols kat luar sane dah tau pun kan.

Dalam kenyataan WWF Malaysia (Tabung Alam Sedunia Malaysia) baru-baru ni, perubahan iklim ni bukan je mengancam kesejahteraan manusia, tetapi juga hidupan liar dan alam. Perubahan iklim juga akan memberi kesan buruk terhadap kehidupan penyu, yang merupakan antara hidupan paling terancam di negara ini. Lebih enam juta rakyat Malaysia menyertai Earth Hour pada tahun 2009.

Sebagai tanda sokongan dalam usaha mencegah perubahan iklim bumi, marilah kite padamkan semua lampu dari pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam pada 27 mac ni. 1jam je pun kan..


Sayangi Bumi, Padamkan Lampu Kediaman Anda, 27 Mac 2010 8.30pm-9.30pm..

Nak Pegi Klinik Lagi.. Dan Lagi..

Tengahari nanti dah janji nak bawak kawan pegi klinik. Semalam lagi dia dah pesan mintak temankan. Bukan la dia tak sihat.. No..no..no.. Dia sihat-sihat saje.. Cume sekarang ni dia ade masalah dengan kulit muke dia. Dah lama saya pesan suruh jumpe doktor cepat-cepat. Tapi dia takmo. So hari ni saya nak bawak dia pegi ke klinik yang biase saya pegi, Nathan Skin & Laser Centre.

Incik doktor, saya bawak kastemer untuk incik doktor hari ni. Takkan tak de pe2 komisyen kot untuk saya.. Dapat diskaun kat harge ubat pun jadi la.. Hahahaa.. *Tak.. tak.. Gurau je*

Ramai kawan-kawan tanye lokasi klinik ni. Tak susah pun nak cari. Alamat penuh klinik ni kat : Tingkat 1, Menara DBKL II, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia. Menara DBKL II ni betul-betul bertentangan dengan bangunan KWSP. Tak tau gak lagi?? Alaaa... Dekat-dekat je dengan Sogo. Sogo pun tak tau.. Tipu la tu.. Padahal tetiap bulan memang selalu pegi sane kan.. Jangan tak ngaku ehh.. Agak-agak memang tak tau sangat tu, tengok je la GPS..

p/s : Appointment dengan doktor hari khamis minggu depan untuk amik ubat yang terakhir. Hoyeeeaaahhhh...

Breakfast Ala-ala Minah Saleh

Selamat pagi kawan-kawan.. Lain macam je semangat pagi ni kan.. Biase la kalau dah hari jumaat. Maklum je la. Esok kan cuti. Tu yang semangat lebih je hari ni. Heee..

Berbalik kite kepada tajuk asal *macam pe je* ... yess uols.. Pagi ni saya breakfast ala-ala minah saleh. Jangan tak pecaya. Heheee.. Pagi-pagi lagi dah makan grilled chicken.. Confirm de yang terliur ni kang. Terus cepat-cepat nak pegi beli gak. Sebab tak nak bagi uols mengidam dengan lebih dahsyat lagi, takmo la letak pic grilled chicken yang sedaaaap sangat tu.. Saya kan baik hati.. Heheheee.. Sape2 nak join, meh la datang pantry kat tingkat 15 ni. Bangunan mana?? Pandai-pandai la uols cari. Bak kata bang nabil.. Lu pikir la sendiri..

Daaaa... I pegi makan dulu ekkk.. Hiksss..
*Tibe-tibe I pulak*

Thursday, March 25, 2010

Pengumuman Khas Untuk Teman Baru

Mari rapat.. Mari rapat.. Nak mengumumkan kedatangan kawan baru nehh.. Tibe-tibe pagi ni perasan de sorang follower baru pulak.. d.i.m *baru tambah sorang pun dah nak kecoh macam pe je kan* Neway, selamat datang dan selamat membaca kat blog yang kadang-kadang banyak merapu ni ehhh.. Rase terharu tak tibe-tibe dapat publisiti murahan kat sini.. Hahahaa.. Suke betul dapat buli budak ni.

Tapi harus diingat... Follow, follow gak.. Bace, bace gak.. Komen, komen gak.. Ko jangan kecoh-kecoh gosipkan diri ni kat ofis dah la. Terlebih glemer kang. Cukupla dah glemer sekarang ni *kalau tak, takmo bawak pegi jalan-jalan 3hari 2malam lagi dah* Hahahhaa.. Takut tak??

Jangan amik serius ehhh.. Saya tak kisah pun kalau de sape2 nak komen-komen kat blog ni. Saya mengalu-alukan komen-komen dari uols sume. Kalau saya tak suke, baik saya private kan je blog ni. Tak pun, baik tak payah share ape2 cerita kat sini. Kan d.i.m kan..?? Heeeee...

Telefon Berbunyi Ring..Ring..Ring

Hello.. Selamat Pagi.. Saya cikezza. Boleh saya bantu anda.. huuwwaaa.. Pagi-pagi lagi dah merapu cakap yang bukan-bukan. Pe kene la ni. Masalah jiwa ke?? Tak.. Tak.. Ni tengah praktis tatacara menjawab panggilan telefon la. Kene ucapkan salam, kene kenalkan diri pastu baru la offer bantuan *macam la boleh membantu sangat*

Sebenarnye bukan nak cakap pasal tatacara ni. Tapi nak bagitau bahawasanya... "harap maaf talian telefon anda telah disekat".. huwwaaaa.. Pagi-pagi lagi incik celcom dah kerat talian. Pagi betul incik celcom ni buat keje. Alaaa.. Saya lambat sikit je bayar bil. Incik celcom tak kesian ke kat saya. Pakai tepon canggih manggih tapi tak boleh buat call maupun nak mesej *canggih la sangat*

Susah betul kalau telefon kene sekat ni. Macam-macam urusan pun tersekat gak. Jap ek incik celcom. Jap lagi saya bayar bil. Tunggu ekk.. Tu la.. Incik celcom dah warning banyak kali hari tu dok abaikan je.. Kan dia dah marah.. Padan mukaaa.. Ni semua gara-gara nak tunggu gaji baru nak bayar bil la ni.. huhuuuu..

Wednesday, March 24, 2010

Misi Menuntut Hadiah

ohhHhoooooOOooo.. Baru teringat. 25 mac(esok) genap la 5tahun kami bersama. *ecehhh.. macam dah kahwin pulak*. Tak la. Genap 5tahun uncle law kenal saya. Nak tau kenapa camtu?? Sebab saya dah kenal dia 2tahun sebelum tu lagi. Tapi uncle law ni tak kenal pun saya mase tu.. Siankan.. Yela.. Zaman belajar dulu jadi budak comot. Tak comel. Petah lagi glemer macam uncle law. Asal nampak uncle law je mesti tengah dating dengan awek. Bertukar-tukar pulak tu *ehh tercerita pulak* Syhhh.. ni rahsia tau. Hahahaa..


Ni anniversary yang kedua dengan gelaran tunang. Harap-harap tahun depan dah jadi husben and wife pulak la *pesal gatal sangat ni* Untuk tahun ni tak harap pe2 hadiah pun dari uncle law *tipu* Tapi mane la tau kalau-kalau boleh dapat hadiah kan.. heheee.. Nak hadiah pe ekk *cepat bayangkan sambil pejam2 mata* Belanje makan.. makan.. makan.. karokk.. ehhh..



Kalau la boleh dapat kasut yang lebih selesa bagi memudahkan buah hati mu ni lari dari stesen komuter ke ofis dengan lebih laju nak kejar punch kad sebelum ding..dong..ding..dong.. *owwhh.. jangan bayangkan la* kalau tak, de la yang tiap bulan kene belikan kasut baru sebab tumit habis *ehh.. macam ugut pulak* Uncle law jangan pura-pura tak bace entry ni yee..

Berpusing-pusing Macam Gasing


Oouucchhh... uuuhhh.. pening kepala menyerang lagi. dari hari isnin lagi dah rase pening-pening kepala. weng semacam je.. sampai muntah-muntah. tak tau la sebab pe.. bile baring rase macam kejap-kejap tertonggeng, kang kejap-kejap rase macam tengah berdiri. sedangkan mase tu tengah baring lagi pun. siap boleh rase bumi ni berpusing-pusing. tengok sume bende pun macam pusing-pusing. kenapa ehh?? tak de pulak salah makan rasenye.

Dan semalam, pening yang tak tertahan sampai muntah lagi. tak suke.. tak suke.. nasib baik sekali je. pagi ni pun masih terasa weng-weng lagi. saya syak la.. sebab gayat naik komuter kot. maklumlah.. dah tak biasa. sape biase naik komuter mesti tau camne keadaan komuter tu kalau huyung-hayang kan. belum lagi kalau dia brek mengejut. ngade2 betul rase. sikit2 pun nak gayat. lame-lame nanti ok la kot ni..

Nak Bersumo ke Nak Berjemur

Nak tulis pendek je pagi ni. boleh percaya ke?? kalau dah membebel mane nak sedar dah tulis panjang gile sebenarnye. suke merapu. cume nak bagitau...


Nampak tak pe yang tertulis dalam pic kat atas tu. saje je upload bagi kecik. hoyeaaahhh... hoyeahh.. dah dapat jemputan ke Gatsby Deodorant Street Fair. 1st time nak join event bersama nuffnang ni.. camne la agaknye nanti.. segan pulak rase. biase la.. saya ni kan pemalu.. *auwww.. aauuww..* tapi macam tak sabar pun de gak. haiiisshhh.. macam-macam la saya ni. tunggu je la mase tu tibe nanti. kite jumpe kat sane nanti ehh.. btw, thanks kat nuffnang sebab bagi peluang camni kat blogger baru macam saya.

Harap-harap plan nak pegi Pulau Redang bukan tarikh yang same dengan event ni. kalau tak, melepas la saya nak hitamkan kulit berjemur sambil pakai bikini di tepian pantai nan indah macam minah saleh. ehh.. melepas la peluang nak mencandat sotong.

Tuesday, March 23, 2010

Secebis Undangan Bersulam Ingatan

Hari tu dah cerita pasal barang kemas. Hari ni nak tunjuk pulak kad undangan majlis perkahwinan yang comel2 dan cute mute. Kalau ikutkan masih awal lagi untuk weols tempah kad kahwin ni. Tapi tak salahkan kalu pilih awal2. Sampai mase nanti senang nak pegi terjah.

Suke sangat kad jemputan yang ni. Simple tapi comel dan cute. Kredit to Gedung Kad Kahwin

Yang ni pun comel. Tengok kat Gedung Kad Kahwin jugee..

Yang ni cute. Gambar couple dating meting. Yang ni tengok kat Kad Kahwin

Semua pun gambar kartun yang weols tengok.. hehee.. Tibe2 jadi kanak-kanak riang pulak *ni gara-gara tengok de member buat nampak cute la ni* Nak cari yang simple2 je. Harga pun mestilah yang berpatutan. Takde la sampai yang mahal melampau. Kad2 tu semua harga berpatutan. Masih di bawah bajet kami. Biar bawah bajet, jangan terover bajet. Kang kene cut cost kat part yang lain-lain pulak.. Huhuuuu..

Tips untuk dikongsi bersama :
# Masa yang sesuai untuk menempah kad undangan perkahwinan adalah 2 atau 3 bulan sebelum majlis perkahwinan.
*tak boleh lambat sangat. bukan kamu sorang je yang nak kahwin. ni untuk elak masalah kepada printer. kang dapat kad tak seperti yang diinginkan jangan salahkan orang lain. sape suruh buat last minit kan*

# Masa yang sesuai untuk edarkan kad undangan perkahwinan adalah 6 minggu sebelum majlis perkahwinan. *waktu yang tepat rasenye 6minggu sebelum majlis tu. ambil kira untuk penghantaran dengan pos bagi kawan-kawan yang jauh. kalau awal sangat edar kad, takut sampai mase nanti de tetamu yang dah terlupa majlis kamu. kad pun tak ingat dah letak kat mane. masalah jugak kalau edar lambat sangat. nak pulak majlis kamu tu mase cuti sekolah. dah tentunye banyak majlis lain lagi yang tetamu-tetamu kamu perlu hadiri. so, kalau edar pada waktu yang tepat, mereka boleh la merancang dari awal. dan sudah tentunye majlis kamu akan di utamakan oleh mereka.

Monday, March 22, 2010

minggu kekecewaan

hari ni macam ketandusan idea untuk menulis. mugkin di pengaruhi faktor mood yang tidak menentu kebelakangan ni. dari beberapa hari yang lepas mood kurang stabil. kejap2 rase nak marah. kejap2 rase nak nangis *nangis dah pun*.. dan kejap2 ok.

owwhhh.. satu kekecewaan yang macam hampehhh... semalam.. bile dah kuar konon2 nak pegi tengok hot ballon kat putrajaya. bangun pagi lagi keadaan dah kelam kabut. mase ni la baru nak mendobi. dan mase ni la jugak si kelabu tu nak beranak. dengan tak makan lagi. cube siapkan keje secepat yang boleh. so bile dah sedia untuk keluar, badan dah letih gile. tapi tak pe.. gagah lagi untuk berjalan. *memang kuat berjalan pun*

dengan keadaan yang panas terik sampai rase nak pitam dan kepala jadi weng.. mate pun tak boleh nak buka sebab silau. dengan ramainye umat mase tu.. bahang jangan cakap la.. lapar lagiii..*sebelum kuar makan cepat2 dan sekadar alas perut*.. sekali tengok tak de pun hot ballon. dah terlepas waktu hot ballon tu. untuk kali ni dah 2 kali saya datang event kat putrajaya ni semata-mata nak tengok hot ballon. dan kali ni kecewa gak lagi sebab tak dapat tengok gak. nasib baik la dah pernah tengok depan rumah beberapa tahun yang lepas. bile mood dah tak betul, kecewa pulak..tak de la rase nak pusing-pusing kat gerai2 yang de. nak marah lagi de la. cuaca panas.. hati pun panas.. lepak bawah pokok kejap pastu balik.. golek-golek kat rumah lagi baikk..

sebab pagi dah tak dapat tengok, kami decide nak pagi yang sebelah petang pulak. acara untuk hot ballon pukul 6 petang. gerak dari serdang nak dekat pukul 6 dah. mase tu dah mule hujan pulak. sampai2 kat kawasan tu, hujan dah turun dengan lebatnye. jalan pun dah mule jem. sume orang berpusu-pusu nak balik. degil gak nak pegi tengok dan nak redah hujan. basah kuyup + geli2 kat kaki bile jeans habis basah sampai ke lutut. mood pun turn to moody again. dah la memang tengah moody pun. hot ballon tetap tak de.. perasaan?? menyampah gile mase tu.. baik balik sebelum de orang mengamuk dengan maha dahsyat...

dari entry2 hari ni pun dah boleh menggambarkan mood hari ni kan. kalau yang sebelum ni colorfull dan wonderfull, entry hari ni suram, kusam je.. serabut macam tuan tanah.. mana hilangnye keceriaan sebelum-sebelum ni.. harap-harap tak kan berpanjangan. dah penat menangis masa mandi. nak nangis dalam hujan, macam tak berani pulak nak main hujan.. nanti de guruh..

one song please!!

Agak letih pagi ni.. pagi2 dah kene exercise naik turun tangge.. akhirnyeeee.. setelah sekian lama tak naik komuter pegi keje, hari ni bermula la balik episod cerite lama. betul la hidup ni umpama roda. kadang kite berada di atas, kadang kita berada di bawah.. dan hari ni saya ulang balik kehidupan saya 2tahun yang lepas. bermula dari hari ni, saya akan pagi keje naik komuter sajorrkk.. setalah sekian lama bermanje2 pegi keje drive sendiri dan kadangkala uncle law hantar. biarla saya bersusah-susah dan bersesak-sesak semula macam dulu.

tapi pagi ni de 1kejadian macam pelik..macam perasan ataupun perasaan.. tak tau mane satu yang betul. perasaan je kottt... citenye camni...

biase la kalu naik komuter dari serdang memang susah nak dapat peluang nak duduk. berdiri je la sambil peluk tiang buat gaya ala-ala model tiang gituuu.. tu pun kalu bernasib baik dapat pegang tiang. kalu tak, pacak je la kaki kat lantai kuat-kuat sambil harap tak jatuh tersembam mase komuter huyung hayang kang. kire kalu mase masuk komuter tu cepat-cepat la main rebut-rebut tiang. alaa.. dulu mase kecik biase je kan main.. jangan tak ngaku..

lepas dah lalu beberapa stesen saya masih tak dapat nak duduk. tak kisah la.. mampu lagi nak jadi model tiang rasenye. sampai kat stesen kl sentral memang ramai la umat yang turun. so de la peluang nak duduk sekejap walaupun tinggal 2stesen je lagi nak turun dah. mase kat kl sentral ni de 2orang mamat ni masuk sambil bawak gitar. sempat la angkat muke tengok. sebab dia pun jadi model tiang kat tiang yang same. kire macam pass tiang kat dia la.. hahaaa.. bile mule2 tengok, bertentang mate pulak.. aisseehhh.. kantoi pulak. tapi mase ni dia sempat senyum+kenyit mate.. ewaahhh.. pehal ni.. perasaan je kot.. abaikan jee..

sampai kat stesen kl, turn akak yang duduk bertentang pulak turun. elok pulak dua seat tu kosong. so, sekarang ni mamat2 ni betul2 de depan mate. dalam hati mase tu dok pikir2 kalau tibe2 dia main gitar nyanyi lagu cinta dan tujukan kat saya.. berangannnnn... angan-angan dari dulu yang masih tak kesampaian kan.. bile dah pening tunduk je *malu-malu kucing*, angkat la muke jap tengok depan.. tau pe jadi..?? dua2 mamat tu tengah pandang kt muke ni.. yang sorang cepat2 alih muke tengok tempat lain sambil sengih-sengih. yang sorang lagi ni pulak berani gileee.. senyum+jelir lidah pulak.. eeeiii.. takut...takutt.. nasib baik dah nak sampai destinasi yang di tuju. so, cepat-cepat bangun nak pegi kat pintu. dengar la mamat2 tu cakap bye.. tapi takut nak pandang lagi sekali..

sambil berjalan ke ofis, saya terfikir.. kenapa mamat2 tu pandang saya semacam ehh?? bedak saya tompok2 ke?? muke saya comot ke..?? tudung saya senget ke..?? ke saya yang perasan.. sampai2 ofis tengok cermin ok je muke saya.. comel sangat kuuuttt.. *perasan*


dah lame tak naik komuter. bile nak mulekan balik mule la rase gayat bile kene kacau camtu. padahal sebelum ni dah biase je kene kacau dalam komuter camtu. masing2 pun boring. tu yang suke nak menyakat orang. kalu rase2 malas nak layan, tido je la.. tak pun pejamkan mate je.. tapi tak nak sampai kene rabe lagi.. kang de la yang jerit kuat2 dalam komuter.. pastu tobat tak naik komuter 8tahun. maluuu...

p/s : kalau de yang perasan dia adalah mamat dalam cite ni, boleh tak nyanyi 1 lagu sambil main gitar untuk saya.. wahahaaa... suke2 je..





Friday, March 19, 2010

"I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair"


Yeeaaayyy.. lagi sekali blog saya dihiasi dengan pics yang comel lote dan cute mute ni. Nampak tak ianya sangat colorfull dan wonderfull tu.. Sangat riang ria. Menarik bukan?? Ok, mari bercerita berkenaan event tersebut. Ni la sebenarnya projek rahsia yang dirahsiakan dan sulit selama ni. *berape kali nak sebut rahsia*. Projek 400 nuffnang, projek terbaru nuffnang bersama Gatsby‘Gatsby Deodorant Street Fair’

Sape berminat nak join?? Saya naaaakkkk saaannggaaat join. Please nuffnang..pliss..pliss.. *nampak bersungguh-sungguh tak* Rugi kalau tak join sebab macam-macam ada kat sana nanti. Bile?? Kat mana?? Meh saya bagi sedikit info

Tarikh : 17 April 2010
Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi : Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur



Tak rugi sape-sape yang join event ni. Sebab hadiah-hadiah yang dijanjikan oleh nuffnang dan Gatsby sumenye gempak dan BESAR-BESAR semuanya!!! Sume yang join berpeluang untuk mendapat cabutan bertuah. *banyak pulak sume* Antara hadiah-hadiah yang boleh dibolot nanti antaranya 'cool gadgets' berjumlah lebih dari RM 15,000.00. kalau dapat ni, sorrgaa…sorgaaa.. *tiba-tiba feel nak jadi si mata duitan*

Hadiah dah buat hati jadi riang ria kan?? Nak tambahkan lagi keriangan semua blogger bersama nuffnang, ada pelbagai game-game yang menarik telah dirancang di Gatsby Deodorant Street Fair nanti. Antaranya, ‘Sumo Wrestling (in air bag suits), ‘gladiator battles’ dan banyak lagi.. Bersedia la anda sume untuk di buli. HahaHHhahaAa.. bukan buli pukul-pukul, dush-dush kepala.. Nak tau camne, kene la datang untuk tengok sendiri nanti. Dijamin tidak akan menyesal. *Datang jangan tak datang. Rasakan sendiri kemeriahannya*


Sebelum ni kalau sebut pasal Gatsby mesti terbayang produk hair styling je. Sebenarnya ada banyak lagi produk keluaran Gatsby ni tau. Antaranya hair coloring, body care, face care dan shaving. Banyak sebenarnye kan.. Dan yang terbaru ni deodorant. Ada macam-macam jenis haruman untuk mempelbagaikan lagi pilihan kepada pengguna.


Terima kasih kat nuffnang dan Gatsby untuk tawaran yang gempak dan hebat!!! Saya nak sangat.. nak sangat join dan tak nak lepaskan peluang ni..

Anda bagaimana?? Berminat untuk join?? Dapatkan pelbagai info mengenai Gatsby Deodorant Street Fair ni kat :

www.gatsby.com.my/streetfair
cepat klik.. cepat klik..

Show Your Love Melalui Aiskrim


Tahukah anda pic pe yang kat atas tu?? saya percaya mesti dah ramai yang dah tau kan. cume nak bagitau, saya dah berjaya buat 1vidoeklip yang sangat comel lote dan cute mute. sukeee.. hari ni kalu de peluang nak buat lagi 1.. heee..

boleh nampak tak pic yang telah di bulatkan tu?? cari dalam gallery sampai jumpe tau. *omg.. nampak comel di situ kan..* dah jumpe ke belum videoklip tu?? pastu pegi je kat pic tu dan klik. mudah bukan??


see.. cute mute comel lote kan.. rasa macam nak tengok banyak2 kali kan lepas tu.. *perasan sungguh*.. lepas dah tengok videoklip tu jangan lupe untuk klik pada button 'VOTE' tu ehhh.. *undilah saya. tak baik pakse2 orang*.. tapi tak rugi kalau anda vote. sebab hadiah yang di tawarkan bukan sahaja untuk yang buat videoklip. yang tengok pun boleh menang hadiah tau. dengan syarat kene la vote *ayat pancing undi lagi*..


cepat2 klik www.cornetto.com.my untuk keterangan yang lebih lanjut. Pertandingan berlangsung dari 8 mac hingga 30 april 2010 sahaja. mane tau idea uols sume lebih kreatif dan boleh hasilkan videoklip yang lebih comel dan cute. *WWoooOOowww..sangat comel gile la video dia ni*

Wednesday, March 17, 2010

Siapakah Gerangannya Di sebalik Tabir

Bila baca blog saya, saya percaya mesti de ramai anda2 di luar sana yang tertanya2 sapekah gerangannye uncle law tu.. Selalu saya sebut2 dalam entry2 saya.. hehehe.. Uncle law tu adalah gelaran untuk incik tunang saya. Kenapa saya sebut uncle law..?? Ni sume kisah 5tahun yang lalu.. Mule2 kenal dia.. Saya de 1tabiat yang bagi orang lain nampak macam pelik sangat. Iaitu... Saya suke save name unik2 dalam phonebook HP saya. Contoh macam Honey Bee (my fren), Anakcondas (my sis). Pelik kan??


Mase mule2 kawan dengan uncle law, saya tak nak kawan2 tau saya berkawan dengan sape mase tu. Maka terhasil la perkataan uncle law tu.. UNCLE = WAK (dia ni anak jawa gak. Dan mase belajar dulu kawan2 dia suke panggil dia WAK). Tak nak bagi orang perasan, saya gantikan dengan UNCLE. Untuk Law tu pulak, LAW = HAKIM (nama panggilan dia yang biase orang lain panggil). Same gak kes nye, sebab tak nak orang perasan, so dari perkataan LAWYER, saya pendekkan menjadi LAW sahaja. Heheee.. Mule2 uncle law ni pun tak tau saya save name dia sebagai uncle law dalam hp. Yelaaa.. Malu la kan.. Bile dia dapat tau, dia sendiri pun terkejut. heheee.. Lama gak saya berjaya sorokkan dari pengetahuan uncle law sendiri.



ni la uncle law saya tu.. camne?? dah puas hati?? heee..

Untuk julung2 kalinye, hari ni saya nak promote sket la uncle law kat blog saya ni. Sebelum ni sebut nama je kan. Tak pernah jaja gambar dia. Lelong..lelonggg.. Jualan penghabisan stok sebelum terlambat.. HahahhHHahaa... Pastu sendiri nanges gigit jari.. Saya dah beli borong tau.. Huuuuu..

Jom Kita Bercuti-cuti Malaysia

Yeeeeaaayyy.. Dah seminngu balik dari holiday baru hari ni nak ceritakan kat kamu sume.. Rasanya macam tak de pe sangat nak cite. Sumenye baik2 saja. Semuanya ah cun sajaa... So, uols layan pics je la ekkk..


Aktiviti hari pertama





Aktiviti hari ke-2

Aktiviti hari ke-3

Ni la antara wajah mereka2 yang ikut serta dalam trip kali ni. Tak banyak aktiviti yang dapat dibuat atas alasan2 yang tak dapat dielakkan. Selebihnya adalah aktiviti ShOOoooPpiNggGGg... i Likeee..

Kilauan Mempersona Lambang Cinta Sejati

Semalam dah cerita yang saya dah bersedia untuk serius memikirkan urusan perkahwinan saya. Banyak perkara yang perlu saya fikirkan rupanya. huhuuu.. So malam tadi gigih la selak segala koleksi2 majalah pengantin yang ada. Saje mencari tips2. Kot la dalam list 'things to do' saya masih ade yang tertinggal dan terkurang.

Kalau ikut list kami, sepatutnya kami dah tempah rantai untuk majlis batal air sembahyang nanti pada febuari yang lepas. Tapi tertunda lagi nampaknya. Kebiasaanya simbol untuk perkahwinan adalah cincin. Tapi saya mahukan rantai leher berloket 'E' pada majlis tu nanti. Saje nak kan kelainan pada hari bersejarah kami nanti. Dan loket 'E' tu adalah simbol nama saya sendiri -ezza-



saya mahukan yang simple camni je. cume loket tu tukar kepada huruf 'E'. tapi yang ni pun dah cantik sangat. kalau la boleh dapat


lebih kurang camni gak la. tapi nak yang lagi comel



Owhhh.. Semalam saya dah tengok2 gak design cincin untuk uncle law nanti. Nanti mase nak beli dah senang. Dah tau nak yang camne.

yang ni cantik gak. tapi nampak too simple sangat tak??



ehhh.. yang ni couple ring. boleh bagi uncle law 1, saya 1.. heeee..



yang ni pun cantik. cume gemuk skit. ni tengok untuk uncle law ke sendiri punye ni?? heee...

Bile dah tengok cincin comel2, rase macam best pulak kalau boleh dapat cincin sekali kan.. Kot la tibe2 mase nak beli nanti uncle law cakap nak bagi cincin kat saya.. (PERHATIAN TO UNCLE LAW : simpan duit lebih sikit ehhh.. ni saya nak tunjuk cincin yang saya sukeeeee sangat2 ni..) hehehe..

yang ni tetap menjadi pilihan pertama saya. kau tetap di hati lah konon ni




yang ni pilihan kedua. cantik gak



yang ni simple tapi cantik



yang ni pun cantik dan unik




yang ni simple je but nice too


Tibe2 jadi banyak sangat pilihan kan?? Cincin tu saje2 je pun. Kot2 la de rezeki boleh dapat dalam pakej sekali. hahahaaa.. Tamak betul. Apa2 pun pilihan saya, mesti la rantai beserta loket 'E' yang perlu di utamakan dulu.

Tuesday, March 16, 2010

ala omak kahwinkan aku


nyanyi2 riang pulak tibe2 bile cakap pasal kahwin.. kalau sebelum ni asal de orang tanya bile nak kahwin, mule la buat muke bengang elak tak moo jawab soklan. tapi lately ni rase macam..... nak kahwin.. nak kahwin.. saya nak cepat2 kahwin.. wink..wink.. gatal betul kan..

sebenarnya perancangan nak kahwin dah lame buat. tapi asyik la tertunda. sebab saya tak sedia lagi nak kahwin. konon2 muda belia lagi. tapi bile tengok sekarang ni kawan2 sume dah kahwin, dah de anak, dah de family sendiri, saya rase... 'ooowwhhh.. saya dah lambat nak kahwin'.. sampaikan sekarang ni kalu nak pegi majlis kahwin kawan2 rase macam dah tak de teman je.. sume pun dah datang dengan family masing2. so saya terpakse la heret uncle law temankan saya. nasib baik dia rela je.. heee..

kali ni saya tetap dengan pilihan yang dah di buat. kami dah pilih untuk buat majlis pada mac 2011. tarikh je tak tau lagi. tu la.. hari tu family uncle law datang rumah nak bincang saya tak moo balik banting. kalu tak dah boleh diskus sekali. padan mukaaaa.. barang2 hantaran pun baru beli sikit. dah usha2 butik2 pengantin. dah skodeng2 design2 baju yang cantik lagi comel. pe lagi ek saya kene pikir?? owwhh.. design kad pun dah diskus2 dengan uncle law. huuuwaaaaa.. banyak lagi nak kene pikir. sampai hari ni saya masih tak tau nak pilih tema pe majlis kat rumah saya nanti. buat kaler pelangi kang.. sume kaler pun adooo.. hahaha.. uncle law dah pilih hitam oren untuk majlis kat rumah dia nanti. saya masih rambang mate lagi. sume pun cantik..

nak dekat 2tahun bertunang, baru hari ni hegeh2 nak pikir pasal kahwin. padan muke kitorang. sebelum ni main2 je kan.. sume sedare mare pun dah bising2 sebab tunang lame sangat. mase bertunang dulu pun memang weols tak terfikir nak kahwin dalam mase terdekat. heeee.. tapi weols memang camni pun. asal balik dari wedding member2 je mule la sibuk feeling2 macam nak kahwin. 2, 3 hari je.. lepas tu hilang la gatal tu.. ni gara2 ahad hari tu pegi 2majlis kenduri kahwin sekaligus la ni..

tapi siyes la... kali ni memang dah ready nak kahwin.. ala omak kahwinkan akuu.. winkk..winkk..

wedding paan.. budak tudung hitam dan pink tu ntah bile laa..

oowwhh my MIL to be

Macam entry bodek je ni... ehemm... ehemm.. saya baru balik dari cuti-cuti malaysia kat langkawi.. thanks to uncle law dan family sebab bawak saya untuk join same dalam family trip diorang.. tak malu sungguh tibe2 join kan.. tapi tak pe.. MIL2B tak kisah saya ikut sama..heheheee.. pe yang boleh saya katakan.. trip kali ni memang sangat2 syooOOkkk wooo... mau tak nye.. saya hanya perlu bawa badan dan kelengkapan diri sajoorrkk.. segalanya sudah disediakan oleh family uncle law. pengangkutan pegi balik, penginapan, makan...sume family uncle law uruskan.. saya cume ditugaskan untuk uruskan pengangkutan kami kat langkawi je.. uruskan je.. bayaran tetap la mereka yang hulur duit.. dan setelah beberapa kali tukar2 permintaan, akhirnye kami decide amik 1pregio, 1vanette dan 1kereta wira. banyak ehhh?? sebab kami pergi seramai 18orang.. huhuuu.. nasib baik harge boleh runding.. dan nasib baik la kak yah sangat baik hati nak bagi harge murah.. siap offer kereta honda city baru rm120 je sehari.. kalu dengan orang lain dia letak rm250 sehari.. baik hati sungguh la dia ni..

yang paling best sekali mesti la part shopping2 kan.. pilih2 MIL2B bayar.. pilih2 MIL2B bayar.. heheheee... bakal menantu yang sorang ni pandai amik peluang... layankan je MIL2B pilih barang.. pastu dalam mase yang same amik barang sendiri masuk bakul sekali.. hehehe.. tak de la camtu pun sebenarnye.. dah MIL2B yang tak bagi nak bayar sendiri. asal saya bayar je mesti dia pulang balik duit saya. ole2 untuk family saya pun sume MIL2B nak bayarkan.. saya betul2 berhabis rm150 je untuk coklat2 yang diborong. selebihnye uncle law dan MIL2B yang bayar. hehehee..

kalu MIL2B bace blog saya ni mesti lepas ni dia tak nak bawak saya join family trip diorang dah lepas ni.. tobat tak nak bawak bakal menantu yang sorang ni.. heheee.. saya bukan nak amik kesempatan. pe yang saya dapat dari cuti-cuti malaysia kali ni, saya rase makin selesa dengan mereka. bukan la selama ni saya tak selesa dengan mereka. cume saya rase janggal berada di samping keluarga uncle law. rase rendah diri, rasa malu, tak tau nak cakap pe.. dan saya susah nak bergaul dengan mereka. tak tau kenapa. sedangkan kami dah berkawan hampir 5tahun. tapi setiap kali uncle law ajak ke rumah dia, setiap kali jumpe family dia, saya mesti rasa takut dan berdebar. 2kali ikut diorang pegi terengganu sebelum ni pun saya banyak diamkan diri je.. ikut je pe diorang buat. tapi mase ikut diorang pegi langkawi, saya dah berani nak cakap, nak bersuare dengan akak dan adik2 dia. kalu sebelum ni... saya akan diam je... banyak2 diorang tanye, sepatah dua je saya jawab. saya dah boleh jalan berdua dengan MIL2B. dan saya rase dia bukan la sorang yang susah untuk di fahami dan didekati. cume selama ni saya yang terlalu takutkan dia.. MIL2B saya garang tau.. hahahaaa.. dan pe yang saya perasan, kami macam banyak persamaan. padan la susah sangat nak ngammm.. dah perangai pun same.. same2 garang.. tu yang kejap2 kene cubit kejap2 kene tepuk tu duduk sebelah dia.. heheeee..

Tuesday, March 9, 2010

JPJ ke JPA

waktu kejadian : pagi tadi
tempat : dalam kereta pinjam yang comel atas jalanraya sebab sangkut dalam jem
keadaan : cuba nak happykan diri nak elak mengantuk sambil borak2 dan menyakat sesama sendiri

saya : pot...pet..pot..pet.. bla...blaa.. membebel sambil ngadu2 kat uncle law
uncle law : ishhh.. issshhh.. ishhh.. teruk betul la.. nanti bagitau kat JPJ kang tau la. biar kene tindakan
saya : (blur2 kejap. dah diam sambil besar2kan mata macam susah nak faham) kenapa kene panggil JPJ pulak?? nak tarik lesen diorang ke..?? ke nak tarik bas diorang.. ??
uncle law : eehhh..?? sebut JPJ ke tadi ?? tak laaa.. JPA la.. betul.. sebut JPA tadi

hahahhaaaa... ngarut betul budak sorang tu. tau la mengantuk + ketar kaki sangkut dalam jem. cakap pun dah merapu2. nasib baik naik kereta comel tadi. tak boleh nak gelak guling2 dalam kereta. tapi puas la gelak sampai netes2 air mate.. heheheee..

3zza rempit vs uncle law sempit ???

heeee... pe2 ntah tajuk entry kan. semalam saya teman uncle law ot.. sebelum tu dah plan nak pegi pasar malam dulu.. kesian kitorang sekarang ni.. tak de kenderaan nak gerak ke mane2. kereta saya de kat kampung, kereta uncle law pulak de kat bengkel.. dah jadi penghuni tetap kat bengkel tu agaknye.. dah dekat 2bulan kat sane.. tak nak balik dah ekkk..?? so malam tadi decide nak pegi pasar naik motor sajorrkkk.. ok gak. lagipun dah lame kitorang tak merempit. tau kat mak dia ni, harus kene tadah telinga lepas tu.. dengar tazkirah + bebel2.. ampun makkk.. hehehehe...

sekali tu kan, boleh pulak uncle law cakap tayar motor pancit... huhuuu.. sian betul la kat kitorang ni.. tapi di sebabkan nak pegi gak, uncle law pinjam la motor pokcik (member rumah dia).. lagipun pastu uncle law nak pegi keje.. so memang kene pinjam motor gak la kan.. merempit la kami ke pasar malam dengan motor pinjam.. heheheee.. tau kat awek pokcik ni, tak pasal2 je saya kene marah kang. tapi dia de awek ke..?? hehehee..

nak tau pe perasaan..?? gayat ok.. saya sangat gayat.. hahaha.. macam la fisrt time naik motor. macam2 dah fikir mase atas motor tu. nasib baik la pasar malam tu dekat je. naik2 motor dah pesan kat uncle law suruh hati2 sebab saya takut. sepanjang perjalanan pun saya bebel2 kt telinge dia bende yang sama.. hahahaa.. kelakar gile laa.. dengan rase rambut terpenyek.. tudung jadi tak betul.. oowwwhhh.. betul2 macam tak pernah naik motor sebelum ni.. perjalanan yang dekat tu pun terasa macam jauhnyeeee... pipi pun sampai kebas2.. poyo betul la saya ni kn.. padahal sebelum ni saya biase je naik motor. dari umur 12tahun dah pandai bawak motor. dah rase jatuh motor banyak kali. sampai ke icu pun pernah dah. tapi pesal ntah malam tadi gayat sangat. dah lame tak naik motor kottt..

teringat pulak mase zaman belajar dulu2.. motor je yang de mase tu.. ke mane2 pun naik motor je la.. kadang2 je naik kereta.. pinjam kereta abah dia la.. akak dia la.. abang dia la.. dan kadang2 tu kitorang naik bas atau komuter je.. happy gak mase tu.. mase paling sedih bagi saya bile kuar naik motor dan hari hujan pulak. saya akan pakse uncle law behenti kat mana2 tunggu sampai hujan behenti. saya sangat takut tawww.. memang betul2 takut sampai pernah beberapa kali nangis atas motor sebab tak sempat cari tempat berteduh. hehehe... gedik betul rase..

bile fikir2kan balik, saya dah dalam keadaan selesa sekarang ni.. nak ke mana2 boleh pegi sendiri dengan kereta.. tak de kereta saya, kereta uncle law pun saya rembat.. hujan, panas tak de maslah bagi saya dah. bila dalam keselesaan camni, saya takut saya akan lupe pada kesusahan. keselesaan camni akan membuatkan saya malas dan tak kuat. malas untuk terus berusaha untuk dapatkan lebih keselesaan untuk masa akan datang. harap2 dalam saya laju menuju destinasi, saya takkan lupe untuk melihat ke belakang. bukan untuk membuat u-turn. cume berhati2 agar tak terlibat dengan kemalangan yang sama yang pernah saya alami satu masa dulu..

Monday, March 8, 2010

hot & sweet... boleh ke..??

panas hati tak korang kalu de orang lain sibuk2 masuk campur dalam kerja korang..?? macam la dia bagus sangat.. eeeiiii.. geraaammmm... lu hebat sangat ke bebbbb...!! saya punye keje.. ikut suke saya la nak buat camne pun.. masing2 de cara masing2 kan... dan hasilnye kan tetap sama.. cara je lain2... slumber je nak sergah2 keje orang...
tak suke la nak marah2... saya tak nak rosakkan mood holiday saya ni.. winkk..winkk... tak sabarnye nak pegi cuti2 malaysia.. marah2 camni makan kuih gelang dulu la... bagi manis balik mulut ni.. hehehee.. kuih gelang ni spesel tau.. tapau dari rumah.. hasil air tangan sorang akak tuuuu... gambar bawah ni bukan yang sebenar.. ihsan dari wak gugel.. yang sebenar tak sempat nak snap.. dah selamat masuk dalam pewot 3ketul mase otw pegi keje tadi.. heeee... ni de lagi 2ketul je.. jemput makan uolsss.. korang jamu mata je la ekkk... confirm de yang terliur ni kang... nyumm... nyuumm...